You are on page 1of 2

KEINDAHAN SEMIOTIK DALAM SULALATUS SALATIN (OLEH JANZBIZZARE) Teori semiotik yang dibincangkan oleh

Michael Riffaterre dalam buku beliau yang bertajuk SEMIOTICS OF

POETRY (1980) adalah antara topik yang menarik untuk diketengahkan. Secara umumnya, semiotik ialah kajian tentang tanda dan lambang terutamanya hubungan antara tanda dan

lambang dgn benda atau idea yg dimaksudkan. Riffaterre mengaitkan unsur SEMIOTIK dengan HYPOGRAM iaitu perkataan/idea yang digunakan dalam teks sastera. Hypogram ini boleh disampaikan dengan berbagai-bagai kaedah demi mengindahkan penyampaian sesuatu idea. Antara kaedah tersebut ialah: Overdetermination(perulangan-berganda)->perulangan sesuatu perkataan atau idea (hypogram) secara berterusan dalam teks sastera. Perulangan ini sama ada dari segi semantik (makna) atau struktur ayat, perkataan dll. Contoh daripada Sulalatus Salatin:

Wan empuk dan Wan Malini inginkan kepastian sama ada ketiga-tiga org putera yang tiba-tiba sampai di Bukit Siguntang benar-benar cucu Raja Iskandar Zulkarnain.

Maka kata Wan Empuk dan Wan Malini, jikalau TUAN HAMBA daripada anak cucu Raja Iskandar apa sebab maka TUAN HAMBA ke mari, dari mana jalan TUAN HAMBA ? (m.s 21)

Convertion (penukaran)->penggunaan ungkapan tertentu yang digunakan untuk menggantikan/menukarkan dengan idea yang telah diungkap sebelum itu. Contoh daripada Sulalatus Salatin:

Sultan Mahmud amat mengagumi Tun Teja. Anak Seri Wak Raja itu digambarkan begitu baik paras dan akasnya. Baginda mengungkapkan perihal tersebut melalui pantun iaitu: Tuan Teja Ratna Menggala, Pandai membelah lada sulah; Jikalau tuan tidak percaya, Mari bersumpah kalam Allah.(m.s 224)

Expansion(peluasan)->perkataan atau idea yang diperluas oleh penulis menjadi ayat yang kompleks untuk menyatakan secara terpeinci sesuatu peristiwa, orang, benda dll. Contoh daripada Sulalatus Salatin: Pengarang menceritakan penaklukan negeri Hindi oleh Raja Iskandar Zulkarnain dengan menghuraikan jurai keturunan baginda.

Alam ketahui olehmu, pada zaman dahulukala, dan pada masa yang telah lalu, kata yang empunya ceritera, bahawa Raja Iskandar, anak Raja Darab, Rom bangsanya, Makaduniah nama negerinya, Zulkarnain gelaranya......(m.s 4)

Sumber: Sulalatus Salatin-A. Samad Ahmad


SEMIOTICS OF POETRY- Michael Riffaterre

You might also like