You are on page 1of 1

Ruj Kami : JPNJ(S):NP(27)(S)/500-5/2/11( 22 ) Tarikh : 27 Mac 2012 Semua , Ketua Sektor , Jabatan Pelajaran Johor Semua, Pegawai Pelajaran

Daerah, Negeri Johor Tuan / Puan URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PPPLD) GRED DGA32 KE GRED DGA34 DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA (SSM ) URUSAN TAHUN 2012 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada surat Kementerian Pelajaran Malaysia bil. KP(PP)SULIT 0063/1/1JILID 14/ (28 ) bertarikh 22 Mac 2012 mengenai perkara diatas. 2. Sukacita dimaklumkan Jabatan Pelajaran Johor akan mengadakan Urusan Pemangkuan PPPLD Gred DGA32 ke Gred DGA34 di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM )Tahun 2012. Sila Rujuk Lampiran A berdasarkan syarat khusus bagi zon tahun kenaikan pangkat DGA32 . Borang permohonan ini boleh diperolehi dan dimuaturun (download) dari laman web Jabatan Pelajaran Johor http://www.moe.gov.my/jpn johor. 3. Permohonan hendaklah menggunakan borang Lampiran C (BPDGA34 ). Dokumen sokongan hendaklah disertakan sebagaimana senarai semak dokumen yang diperlukan bagi tujuan ini. 4. Borang permohonan yang telah dikumpul di Pejabat Pelajaran Daerah hendaklah disemak di peringkat daerah. Data penyatuan hendaklah dibuat melalui Program MICROSOFT ACCESS dalam bentuk hard copy dan soft copy. Data Penyatuan ini hendaklah sampai ke Jabatan Pelajaran Negeri Johor ( u.p: Unit Naik Pangkat ) pada atau sebelum 10 April 2012. Sekian terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, ( MOHAMED SHUHAIMI BIN AB RASHID ) Penolong Pengarah, Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan, b.p. Pengarah Pelajaran Johor.
s.k: i) Pengarah Pelajaran Johor ii) Timbalan Pengarah Pelajaran

You might also like