You are on page 1of 1

GURU DAMPING

RASIONAL Program ini bermatlamat untuk membantu peningkatan prestasi murid-murid di sekolah ini dalam UPSR. Program seperti ini juga mampu menepis tanggapan bahawa UPSR adalah tanggungjawab guru-guru Tahun 6 sahaja. Dengan penglibatan semua guru dalam program ini, ianya diharap berkemampuan untuk mempertingkatkan tenaga dan daya fikir dalam usaha membantu murid-murid yang bermasalah dalam pembelajaran dan membebaskan murid dari segala masalah yang mengganggu pembelajaran mereka, seterusnya memartabatkan keputusan UPSR 2007 di puncak kegemilangan. Insyaallah. OBJEKTIF o Menggalakkan perhubungan rapat antara murid dan guru terutamanya murid tahun 6 supaya ianya dapat membuang rasa malu murid untuk bertanya perkara-perkara yang berkaitan dengan pelajaran mereka. o Memupuk sifat kecaknaan guru-guru terhadap murid-murid tentang apa jua masalah dihadapi yang boleh mengganggu pembelajaran mereka. o Membolehkan guru-guru membimbing murid secara individu serta berusaha mengenalpasti masalah yang dihadapi dan menyelesaikannya dengan penuh berhemat. o Menggalakkan penglibatan semua guru dalam program ini bagi menepis tanggapan bahawa UPSR hanya merupakan tanggungjawab guru-guru Tahun 6 semata-mata. PERLAKSANAAN Seorang murid akan diamanahkan kepada seorang guru. Guru dikehendaki mendampingi murid tersebut untuk bertanya masalah serta membimbing dalam aspek pembelajaran. Jika guru tersebut tidak boleh menyelesaikan masalah murid tersebut, guru dikehendaki berbincang dengan guru lain atau merujuk murid tersebut kepada guru lain. Murid boleh berjumpa dan berbincang dengan guru pada bila-bila masa yang sesuai, di samping diadakan perjumpaan berkala iaitu setiap kali selepas ujian OTI dan bila-bila masa yang difikirkan sesuai oleh guru damping dan murid. Ini penting kepada guru terbabit untuk mengenalpasti kelemahan atau kemajuan murid dalam pembelajaran mereka.

You might also like