You are on page 1of 2

Selepas filem Baba (2002) kurang mendapat sambutan, ternyata Rajinikanth mengambil kira pelbagai faktor sebelum memutuskan

untuk berlakon dalam Chandramukhi (2005). . [Saya sepatutnya menonton filem itu bersama-sama Ganesan Duraisamy pada 5 Mei 2005 (05-05-05) tetapi rancangan itu terpaksa dibatalkan kerana Ganesan kemalangan dalam perjalanan ke pawagam di The Summit USJ. Bagaimanapun, sebelum itu, Ganesan sudah menonton Chandramukhi di pawagam. Begitu juga saya. Cuma, kami tidak berpeluang menontonnya bersama-sama.] . P. Vasu yang mengarah filem Kannada berjudul Apthamitra (Close Friend) pada 2004 tentu berasa gembira apabila Super Star Rajinikanth atau nama sebenarnya, Shivaji Rao Gaekwad bersetuju untuk berlakon dalam filem berkenaan apabila diterbitkan dalam versi Tamil. . Filem Chandramukhi keluar pada 14 April 2005 sempena Tahun Baru Tamil dan terus mendapat sambutan hangat di seluruh dunia! Wajar dinyatakan bahawa filem berkenaan turut dialih bahasa ke Telegu dan mula ditayangkan di Andra Pradesh pada tarikh yang sama dengan judul yang sama. . Malah, Chandramukhi mencipta rekod sebagai filem Tamil pertama yang dialih bahasa ke Jerman dan diedarkan ke beberapa negara Eropah dengan judul Der Geisterjager (The Ghost Hunters). . Chandramukhi difilemkan semula dalam versi Hindi dengan judul Bhool Bhulaiyaa dengan barisan pelakon baru dan ditayangkan pada 2007. Namun, Chandramukhi lakonan Rajinikanth tetap dialih bahasa ke Hindi dan diedarkan pada 2008. . Saya menyebut bahawa filem ini ditayangkan dalam Bahasa Tamil, Telegu, Hindi, Kannada dan Jerman. Bagaimanapun, untuk mendapatkan gambaran lebih menyeluruh mengenai kehebatan filem Chandramukhi, kita perlu mengimbas filem versi Malayalam. Filem: Chandramukhi Tahun: 2005 Pengarah: P. Vasu Penulis: P. Vasu, Fazil, Madhu Muttam Pelakon: Rajinikanth, Jyothika, Prabhu Pemuzik: Vidyasagar

GUANE JALAN CITERNYE:Citer nie mengisahkan si Saravanan, sorang pakar psikiatri dari Amerika (Rajni nie dah tua2 xpenah yg pegang watak India selenga). Dia nie balik ke India nak jumpa ngan kwn dia, Senthil yg baru jek kawen ngan Ganga. Diorg nie nak pindah kat satu istana (standard ada tangga pusing2 punya) yg dikatakan berhantu. Umah tu dipahamkan berusia 150 tahun. Tp, yg Ganga pon dah gelut sgt nak masuk duduk dlm umah tu. Memandangkan Saravanan kwn seKarma dan seNirvana dgn Senthil, dia pon berjanji ler nak siasat kebenaran mistik istana tersebut. Durga nie plak cucu tukang kebun yg dok jaga umah lama tu. Nak jadi citer Tamil, dia nie kire close ngan Ganga biler depa pindah umah tu. Dlm istana tu, ada satu kawasan yg dilarang masuk, dipercayai ada hantu puaka yg bernama Chandramukhi. Haaaaa. Chandramukhi nie sorang pompuan yg ghejenye jadi penari. Satu hari, raja penduduk asal istana, Raja Vettaiya nie berkenan giler babas kat si Chandramukhi, pehtu dijadikan sebagai gundik beliau. Tp, Chandramukhi nie dalam diam2 minat kat sorang laki yg duduk belakang istana, Gunashekaran. Lalu depa pon ade projek2 rambang sket laaaaa. (tp xtunjuk ler dlm citer!). Lalu Raja Vettaiya nie pon tau ler kisah rambang depa. Pehtu dipancungnya Gunashekaran dan bakar Chandramukhi hidup2 kat satu majlis keramaian istana. Jadi, roh Chandramukhi nie nak revenge bunuh raja tu ler kebetulan plak raja tu muka mcm Saravanan. Biler disiasat, lps beberapa insiden yg terjadi, siap tok sami yg bapak otai dah dtg restecpa kat Saravanan nie, rupa2nya Ganga nie mengalamai penyakit mental yg dinamakan split personality syndrome. Kire dia dah kena rasuk dgn Hantu Chandramukhi ler. Utk membolehkan hantu tu hilang terus dari Ganga, jadi kombinasi tok sami yg membaca pooja sama keotaian psikologi Saravanan dipakai. Raja Vettaiya (yg iras2 Saravanan) mesti dibunuh mcm dia bakar Chandramukhi dulu. Jadi, pada hari Durgaa (xtau aku hari apo nie?) hantu Chandramukhi akan bakar Raja Vettaiya tu. Jadi, Saravanan kena jadi korban laaaa utk hari tu. baru ler roh tu leh kuar dari badan Ganga. Endingnya, mesti laaaa hero menang. Saravanan siap tipu2 hantu lagi. Dummy bakar patung yg berupa mcm Raja Vettaiya xsemena2 ada pulak bawah tanah nak bagi Saravanan nie terlepas. Bila Chandramukhi nie tgk dah mati raja tu, kire damai ler roh dia tu (Rest In Peace kot!). xdak laaa dia kaco sesapa lagi kat istana tu. Hmmm. Ok aaaa citer Chandramukhi nie. Terbaik aaaa lps Padaiyappa. Filem Baba dulu pon xbest mcm nie. Cuma kali nie ada unsur2 mistik dlm citer Rajni. Xdilupakan style2 lawan yg ada gabungan Matrix sket, skill rokok dah diganti dgn chewing gum plak (Rajni pon takut cepat mati tu yg tukar kunyah chewing gum plak tu. hahahaha!!!). Starting2 dah lawan beb.. rugi laaaa Fahmi kalo ko xtgk.. huhuhuhhu. Lakalakalakalakalakalakalakalaka nie Raja Vettaiya tu punya trademark. (trademark utk filem kali nie ler!). Overall, Chandramukhi terbaik beb. Xrugi aku subscribe Channel 21 nih. Kpd sesapa yg teringin nak tgk, buleh ler dtg umah aku, Sabtu kul 8 mlm ada lagi weiiiii. Hehehehee.. jajan dan food disediakan. Va.va.va. :p

You might also like