You are on page 1of 15

TEKS UCAPAN

Y.BHG. DATO HJ. MATRANG BIN SUHAILI PENGARAH KASTAM NEGERI PULAU PINANG

SEMPENA MAJLIS PERHIMPUNAN SETIA & MESRA BULAN MEI/JUN 2010

TARIKH : MASA :

30 JUN 2010 (RABU) 8.30 PAGI DEWAN SERBAGUNA PERUMAHAN PEGAWAI KANAN KASTAM, JALAN BARU, PERAI, SEBERANG PERAI.

TEMPAT:

Terimakasih Saudara/Saudari Pengacara Majlis. Bismillahirahmanirrahim. Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.

Yang Berusaha, Tn. Mariappa a/l Ramayah, Timb. Pengarah Kastam Negeri, Bahagian Penguatkuasaan, Merangkap Pengerusi Penganjur Majlis Perhimpunan Setia & Mesra Bulan Mei & Jun 2010. Yang Dihormati, Tn. Hj. Saarin bin Osman, Tim. Pengarah Kastam Negeri, Bahagian Cukai Dalam Negeri. Tn. Abdullah Zawawi bin Abdul Latif, Tim. Pengarah Kastam Negeri, Bahagian Pematuhan. Barisan Pen. Kanan Pengarah Kastam I. Pen. Kanan Pengarah Kastam II. Pengerusi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Jabatan. Semua Ahli Jawatankuasa Penganjur Majlis Perhimpunan Setia & Mesra. Ketua-Ketua Cawangan. Pegawai-Pegawai Kanan Kastam. Pegawai-Pegawai Kastam.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Warga Kastam Yang Diberkati ALLAH S.W.T. Sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ALLAH S.W.T. kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita masih berkesempatan berada dalam Majlis Perhimpunan Setia dan Mesra kali ini. Semoga perhimpunan ini akan mendapat keberkatan dan rahmat-Nya dalam meningkatkan nilai kualiti perkhidmatan di samping

mengeratkan jalinan perhubungan sesama kita warga Jabatan.

2.

Terima kasih diucapkan kepada warga Bahagian

Penguatkuasaan yang telah sudi menjadi hos kepada Penganjuran Majlis Perhimpunan Setia & Mesra pada kali ini dengan pengisian program yang dapat memberi impak positif melalui aturcara yang diatur sepertimana dicatatkan dalam kad jemputan.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Warga Kastam Sekalian. Pencapaian Berkualiti Peningkatan Prestasi 3. Ukuran keupayaan pengurusan sesuatu bahagian

sebenarnya dapat ditunjukkan secara jelas berpandukan prestasi semasa berbanding sebelumnya. Syabas diucapkan kepada

Timbalan PKN serta warga Penguatkuasaan negeri Pulau Pinang yang berjaya membuktikan prestasi cemerlang pada tiga tahun

kebelakangan

ini

berdasarkan

kepada

output

prestasi

penguatkuasaan yang diperolehi. 4. Penghasilan berkualiti melalui peningkatan prestasi dirujuk

melalui data perbandingan tahun 2008, 2009 dan lima bulan pertama tahun 2010 jelas dapat dilihat pencapaian ketara seperti berikut:-

Tahun 2008

Tahun 2009

Jan - Mei 2010 (5 Bulan)

Barang Rampasan Belum Barang Rampasan Belum Barang Rampasan Belum Lulus Lulus Kastam (RM11.38 Lulus Kastam (RM27.58 Kastam >(RM11.40 juta) juta) juta) melangkaui tahun 2008 Cukai Terlibat Dari Barang Cukai Terlibat Dari Barang Cukai Terlibat Dari Barang Rampasan (RM18.23juta) Rampasan (RM31.20 juta) Rampasan (RM44.65 juta) KS (147 dibuka) Pendakwaan(2 orang) Kes DiKompaun (79 kes) Denda (RM238.962.00) Cukai Dikutip Semula (RM327,263.21) Penyelesaian Kertas Siasatan - (44 kes) KS (266 dibuka) Pendakwaan (3 orang) KS (173 dibuka) Pendakwaan (4 orang)

Kes DiKompaun (185 kes) Kes DiKompaun (67 kes) Denda Denda (RM1.205,220 juta) (RM380,570.00) Cukai Dikutip Cukai Dikutip Semula Semula (RM326,915.00) (RM948,359.00) Penyelesaian Kertas Siasatan - (278 kes) Penyelesaian Kertas Siasatan - (50 kes)

5.

Berdasarkan kepada output prestasi penguatkuasaan ini, Penguatkuasaan produktiviti yang telah begitu berjaya ketara menunjukkan sekali dalam

Bahagian peningkatan

menunaikan tugas dan tanggungjawab Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Pulau lagi Pinang. sebab Saya percaya prestasi aduan ini dapat tentang

ditingkatkan

masih
4

banyak

penyeludupan

dan

penyelewengan

yang

diterima.

Lagipun

fenomena ini adalah sesuatu yang berterusan selagi terdapat elemen keuntungan berlaku dalam transaksi barangan dagangan. Namun begitu, pegawai yang ada janganlah merasa terlalu ghairah dengan kejayaan yang diperolehi yang merujuk kepada aspek output semata-mata, tetapi kecemerlangan ini perlulah diterjemahkan dalam bentuk kebekesanan atau outcome.

6.

Apa yang diharapkan, outcome yang dihasilkan adalah

meliputi tindakan penguatkuasaan yang dapat membenteras dan melumpuhkan rangkaian pengedaran barang-barang yang belum lulus kastam yang dijual tanpa selindung di pasaran, melumpuh sindiket-sindiket penyeludupan dan mempastikan pihak-pihak agen dan pengimport akur serta mematuhi keperluan syarat syarat pengecualian, pelesenan, yang syarat-syarat mendapatkan menuruti

kemudahan-kemudahan

ditawarkan

serta

perundangan yang ditadbir oleh JKDM. Sekiranya sasaran ini belum dikecapi sepenuhnya, adalah disarankan supaya tindakan penguatkuasaan perlu ditingkatkan lagi dan pendekatan

hendaklah dipelbagaikan supaya kita sentiasa mendahului pihak yang berusaha melakukan penyeludupan dan penyelewengan ini.

7.

Selain itu, keperluan kepada pembaikan kelemahan-

kelemahan dalam pengendalian Kertas Siasatan seperti tempoh siasatan yang terlalu lama khususnya ke atas Kertas Siasatan yang didaftar sebelum milinium dan siasatan-siasatan lain yang memakan masa 3 hingga 4 tahun perlulah diatasi. Kualiti penyiasatan perlulah ditambahbaikan kerana banyak kekurangan dan teguran yang dibuat oleh Pegawai Pendakwa Raya (DPP) dan Pengarah Perundangan Jabatan apabila kes-kes dikemukakan ke Ibu Pejabat bagi maksud pendakwaan. Kertas Siasatan perlu dilengkapkan sebaik-baiknya sebelum dibawa ke Mahkamah. Penyelesaian siasatan juga perlulah dipercepatkan kerana boleh melewatkan bayaran hadiah kepada Ampoma dan akibatnya telah menimbulkan aduan hingga ke peringkat Kementerian Kewangan. Inilah kelemahan-kelemahan yang perlu diatasi oleh Pegawai Penyiasat.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang Dihormati Sekalian. Perbelanjaan Berhemah dan Mengikut Batasan

8. yagn

Seterusnya saya ingin berbicara tentang isu-isu semasa memerlukan perhatian dan tindakan semua pihak.

Pertamanya, saya ingin menyentuh tentang peruntukan kewangan tahunan dan perbelanjaan mengikut batasan. Pada tahun ini
6

peruntukan yang diterima daripada Ibu Pejabat adalah jauh berkurangan dari tahun lepas sebanyak 26.6% berbanding tahun 2009. Kita diarah untuk melakukan perbelanjaan secara berhemah dan dikehendaki melakukan perbelanjaan mengikut perbelanjaan batasan (tidak boleh berbelanja melebihi peruntukan yang diberi). Dalam hal ini, kita telah mengambil langkah drastik khususnya dalam tuntutan perjalanan, perolehan dan pembelian aset,

pembaikan dan penyelenggaraan, pengendalian majlis dan lainlain tindakan. Kaedah dan tuntutan perjalanan dihadkan kepada penggunaan penerbangan Air Asia dan penggunaan kenderaan Jabatan. Pengendalian majlis dibuat secara sederhana dan tidak dibenarkan diadakan di tempat lain kecuali pejabat dan lain-lain tindakan berhemah telah kita lakukan.

9.

Alhamdulillah, usaha yang kita lakukan terhadap kawalan

perbelanjaan ke atas kerja lebih masa pada tahun-tahun sebelum ini telah dihargai dan kita diberi tambahan peruntukan kerja lembur menyamai peruntukan yang diterima pada tahun lepas walaupun pada awalnya peruntukan overtime sedia ada telah dipotong sebanyak 40%. Peruntukan tambahan membolehkan kita dapat menarik nafas lega yang diberi sedikit dan

selanjutnya membolehkan kita menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan berkesan kepada pelanggan. Usaha mengadakan
7

Mesyuarat memonitor permohonan penyediaan

Pemantauan prestasi

Belanjawan

Bulanan

adalah

untuk

perbelanjaan

semasa

dan

menimbang dan

pembelian, perkhidmatan

pembaikan, yang

penyelenggaraan oleh

dilakukan

Ketua-ketua

Bahagian supaya selaras dengan arahan Y.Bhg. Tan Sri Ketua Setiusaha kewangan Perbendaharaan dibuat secara yang mengkehendaki dan pengurusan perlaksanaan

berhemah

perbelanjaan secara berhemat.

10.

Apa yang ingin disampaikan di sini, kalau dulu Ketua

Cawangan/Unit dapat memesan atau membuat order pembelian bekalan pejabat, penyediaan perkhidmatan dan melakukan

pembaikan kecil tanpa dapat kelulusan terlebih dahulu dari Cawangan Kewangan JKDM, mulai 1 Julai tahun ini semua pesanan pembelian/perolehan Kewangan terlebih perlulah dahulu. dapat Ini kelulusan penting Cawangan bertujuan

adalah

menentukan keutamaan dan memastikan kedudukan kewangan adalah mencukupi pembiayaan. Pada tahun lepas, kita telah berbelanja berlebihan sebanyak RM315,000.00 ke atas kerja-kerja pembaikan, pembelian bekalan pejabat dan bekalan perkhidmatan yang dilakukan tanpa mengikut peraturan yang ditetapkan dan terpaksa ditanggung pada budget tahun ini. Perbelanjaan tanpa

kawalan seperti ini hendaklah diberhentikan. We must put a stop to it!.

11.

Sebenarnya perbelanjaan yang tidak mengikut peraturan

yang ditetapkan oleh tatacara kewangan ini telah membantutkan usaha kita untuk memantapkan pengurusan kewangan Jabatan. Melalui Mesyuarat Pemantauan Perbelanjaan Bulanan dan melalui batasan perbelanjaan akan membolehkan kita mengawal

peruntukan sebenar tanpa melakukan pembelian upfront yang sememangnya tidak dibenarkan. Dalam hal ini, suka saya

mengingatkan Ketua-ketua Bahagian, Cawangan, Unit dan semua pegawai yang hadir agar dapat mengambil tindakan sebaik mungkin, patuh dan akur terhadap arahan dan peraturan semasa. Untuk makluman, kita telah mengambil keputusan supaya satu Stor Pusat ditubuhkan di Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia (KPSM) supaya bekalan dan kegunaan pejabat dapat distor dan diagihkan mengikut permintaan dari Bahagian dan Cawangan lain dalam Jabatan. Usaha ini sepatutnya dibuat lebih lama dahulu bagi mengelakkan pembelian bekalan secara ad hoc di Cawangan-cawangan.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Warga Kastam Sekalian. Auditan Terhadap Aktiviti Cawangan
9

12.

Proses pengauditan telah dijalankan mulai pada 21

hingga 25 Jun 2010 lepas di mana dua Cawangan Jabatan iaitu Cawangan Perakaunan Hasil dan Cawangan Gudang Pengilangan Berlesen (GPB) telah diaudit oleh Jabatan Audit Negara. Aspek auditan yang dilakukan pada kali ini adalah agak berbeza dan menyeluruh yang melibatkan pembahagian tugas, Manual Prosidur Kerja (MPK), Fail Meja (FM), rancangan latihan, aktiviti Core Business Cawangan, Senarai Semak dan Proses Kerja, mesyuarat Bahagian, Carta Organisasi dan Aliran Tugas, Jadual Pemeriksaan dan perkara-perkara berkaitan pengurusan sumber manusia dan operasi Cawangan. Pengauditan ini telah memberi amaran dan menguji kesiapsiagaan kita sebenarnya. Persoalannya, adakah kita bersedia dengan senarai penuh perkara-perkara yang hendak diauditkan itu? Sekiranya belum bersedia, sila mulakan. Ketuaketua Bahagian, Cawangandan Unit adalah diseru dan diminta meningkatkan pengurusan Bahagian, Cawangan, Unit dan dapat melakukan perubahan mantap dari segi susunan tugas,

mekanisme kawalan dan pelaksanaan tugas serta penyeliaan kakitangan.

13.

Teguran audit adalah berkisar kepada perkara-perkara ini

dan merujuk kepada perundangan, perintah, pekeliling serta


10

peraturan dan arahan-arahan semasa yang dikeluarkan Jabatan. Sayugia diingatkan bahawa suatu exit conference dibuat dan disaksikan oleh pegawai Ibu Pejabat. Ini bermakna sebarang kelemahan dan kekurangan sedia ada dilakukan di peringkat negeri juga diketahui oleh Ibu Pejabat. Jesteru itu, saya

menyarankan persediaan rapi perlu dilakukan oleh semua ketua Cawangan sebelum diauditkan dari masa ke semasa akan datang.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Warga Kastam Sekalian. Lawatan Panel Penilai Kualiti Ibu Pejabat

14.

Panel Kualiti dijangka tiba pada bulan September 2010.

Tahun lepas kita dinobatkan dengan Anugerah Kualiti JKDM (AKKJKDM) setelah Panel Anugerah Kualiti JKDM menilai

pencapaian lalu. Harapan saya kita akan dapat mengekalkan aktiviti dan prestasi pencapaian sepertimana yang kita lakukan yang membolehkan kita dinobat sebagai johan tersebut. Kita perlu berusaha berterusan untuk sustain dan maintain pengurusan kualiti kita supaya kekal berprestasi tinggi. Pada tahun ini penilaian panel adalah berbeza dan berpandukan kepada Sistem Star Rating dan penyertaan adalah diwajibkan. Kriteria-kriteria yang dipertandingkan adalah seperti yang terdapat dalam garis

11

panduan AKKJKDM 2010 yang telah diedarkan kepada Ketua-ketua Bahagian.

15.

Tiga kriteria utama ditetapkan adalah meliputi

pengurusan organisasi, strategi kewangan dan sumber manusia. Keduanya, dalam aspek Perkhidmatan Teras, melibatkan dasar atau program yang berlandaskan outcome, penetapan kumpulan sasar, pencapaian KPI, time line, Sistem Pemantauan

Perkhidmatan Teras yang dibekalkan dan keberkesanan program. Ketiganya, adalah dalam aspek pengurusan Pelanggan meliputi penetapan misi, perkhidmatan pelanggan, Piagam Pelanggan dan kajian kepuasan pelanggan.

16.

Saranan saya supaya dalam tempoh dua bulan terdekat

ini, Ketua-ketua Cawangan mengkaji dan meneliti kriteria yang ditetapkan dan mengambil tindakan supaya prestasi pelaksanaan dapat dikekalkan dan ditingkatkan seboleh-bolehnya supaya dapat mengekalkan kejuaraan yang berprestej tersebut. Selain itu penyertaan Anugerah Kualiti Khas yang lain hendaklah dilakukan persiapan yang rapi. Jawatankuasa Perumahan, Surau dan

Pejabat-pejabat yang terpilih hendaklah sebolehnya dalam tempoh terdekat menyiapkan diri agar dapat meraih anugerah yang dipertandingkan nanti.
12

Tuan-tuan dan Puan-Puan Warga Kastam Sekalian. Tanggungjawab Penyelia Memantau Kakitangan

17.

Akhir sekali, saya ingin menyentuh sesuatu yang sensasi

dalam era masakini yang menjadi in thing atau happening iaitu penggunaan internet melayari Facebook yang direkacipta oleh Mark Zuckerberg pada tahun 2004 dan menjadi popular pada tahun 2006.

18.

Banyak warga telah melayari dan mendaftarkan diri

dengan laman web ini. Walaupun aktiviti ini dianggap sesuatu perkara yang baik dari aspek jalinan hubungan dan komunikasi di kalangan warga juga rakyat jelata, tetapi terdapat kesan negatif apabila ianya dilakukan dalam waktu bekerja di pejabat. Kegiatan menyalahguna kemudahan pejabat untuk kepentingan sendiri adalah bertentangan dengan Pekeliling berkaitan dengannya iaitu PKPA Bil. 1/2003 - Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet Dan Mel Elektronik Di Agensi-Agensi Kerajaan. Teguran ini adalah sebagai suatu ingatan kepada pegawai penyelia untuk memantau aktiviti dan tingkahlaku pegawai juga kakitangan dalam kawalan serta mengambil berkaitan perkara yang dinyatakan.
13

tindakan yang sewajarnya

19.

Kesedaran perlu ada di kalangan warga dan tidak melakukan sesuatu perkara tanpa

sewenang-wenangnya

pertimbangan yang sebenar. Ketua Cawangan/Unit perlu sedar peranannya agar aktiviti yang tidak mendatangkan manfaat, malahan memudaratkan pada perkhidmatan JKDM, menimbulkan kelalaian, menimbulkan aduan awam terhadap perkhidmatan yang diberikan dan boleh menyebabkan nama baik Jabatan tercemar boleh berlaku akibat kegiatan pegawai yang mengabaikan

tanggungjawab mereka. Penutup 20. Sebelum saya mengakhiri ucapan pada Majlis

Perhimpunan Setia & Mesra pada kali ini, terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada dan Jawatankuasa pihak Penganjur yang telah Bahagian berusaha

Penguatkuasaan

semua

menjayakan program dengan baik dan sempurna. Kejayaan ini tidak akan dapat dihasilkan tanpa kerjasama serta komitmen yang jitu daripada semua pihak dalam melaksanakannya. Dengan katakata itu, saya akhiri ucapan saya pada Majlis Perhimpunan Setia & Mesra Bagi Bulan Mei/Jun 2010 JKDM Pulau Pinang pada kali ini.

Sekian.
14

Wabilahhi Taufik Wal Hidayah, Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Pengarah Kastam Negeri Pulau Pinang. 30 Jun 2010.

15

You might also like