You are on page 1of 2

MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) Bahagian Sumber Manusia Tingkat 17 - 18, Ibu Pejabat MARA, 21, Jalan Raja

Laut, 50609 Kuala Lumpur. Bil MARA: PSM193/19/14 Jld. (4)

Tarikh: 8 Mei 2012

Pelajar Diploma Pendidikan MARA - UPSI Melalui: Pengawal Pusat

Tuan/Puan,

PERUBAHAN TAKWIM SEMESTER 2, SESI MEI 2012 Merujuk kepada surat tawaran MARA bertarikh 16 November 2011, dimaklumkan pihak UPSI telah membuat beberapa pindaan terhadap jadual pembelajaran Semester 2.

2.

Dimaklumkan bahawa tarikh pertemuan bersemuka adalah pada 28 Mei 2012

hingga 8 Jun 2012. Manakala lokasi kuliah adalah di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.

3.

Sehubungan dengan itu, penginapan tuan/puan adalah di Maktab Rendah

Sains MARA (MRSM) Kuala Kubu Bharu, Selangor. Tarikh daftar masuk adalah 27 Mei 2012 dan daftar keluar pada 9 Jun 2012.

4.

Jadual lengkap untuk Semester 2 akan diberikan oleh pihak UPSI sewaktu

pertemuan bersemuka kelak. Pihak MARA juga masih belum menerima jadual bagi sesi video conferencing tuan/puan.

5.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Cawangan Pengurusan Bakat,

Bahagian Sumber Manusia di sambungan 34412 / 34413 atau terus kepada pihak KPTM, Encik Azlan bin Hassan di talian 03-9281 9700 sambungan 276 / 012-7452931.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA 1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

(SURAINIZAN BINTI MOHAMED SUFIAN) Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pengurusan Bakat b.p Pengarah Bahagian Sumber Manusia MARA Keusahawanan dan Pendidikan Global Amanah rakyat

You might also like