You are on page 1of 3

Zainuddin Bin Juppri, DX090079DCJ04, Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat) Wakil Pelajar DDC Sesi Sem 1 2009/2010.

UTM, Jalan Semarak, Kuala Lumpur Prof. Madya Sr Dr Mohd Zulkifli B. Mohd Yunus Pengarah, Program Pengajian Separuh Masa UTMSPACE, UTM International Kampus, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Semarak, 54100 Kuala Lumpur. 16 April 2012 Tuan, PERMOHONAN PENAMBAHAN SUBJEK BAGI SUBJEK UMUM. Dengan hormatnya perjumpaan & perbincangan bersama Y.Bhg Prof. Madya Sr Dr Mohd Zulkifli, Pengarah Program Pengajian Separuh Masa UTMSPACE bertarikh 15 April 2012 bersempena program Ekspedisi Ramah Mesra Siswa UTMSPACE 2012 adalah dirujuk dan perkara di atas adalah berkaitan. 2. Sebagaimana yang telah dimaklumkan kepada Y.Bhg Prof. Madya Sr Dr Mohd Zulkifli berkenaan permasalah yang dihadapi oleh kami, adalah dengan ini saya ingin memperjelaskan melalui surat agar perkara ini mendapat maklumbalas yang terbaik daripada pihak pengurusan Program Pengajian Separuh Masa UTMSPACE. 3. Kami pelajar-pelajar DDC bagi pengambilan Sesi Sem 1 2009/2010 dijangkakan akan menamatkan pengajian pada sesi Sem 1 2012/2013. Walaubagaimanapun, kami menghadapi masalah apabila jadual pembelajaran yang sepatutnya kami ikuti tidak dapat dipenuhi untuk kami menghabiskan semester sebagaimana yang dijadualkan. Permasalahan ini timbul adalah

berpunca daripada pembatalan subjek umum yang sepatutnya ditawarkan pada Sem 3 2010/2011 atas sebab arahan daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi bagi tujuan penyelarasan proses pengambilan pelajar bagi pelajar Diploma dan pelajar Ijazah Sarjana Muda. 4. Oleh demikian, satu subjek bagi subjek umum bagi sesi sem 3 2011/2012 tidak dapat didaftarkan memandangkan syarat pendaftaran bagi subjek umum tersebut adalah hanya satu subjek yang dibenarkan didaftar bagi satu unit. Subjek yang dimaksudkan iaitu subjek Pendidikan Islam dan Institusi Islam di bawah unit Pendidikan Islam. Perkara ini telah disuarakan kepada Ketua Penyelaras Program iaitu En Azhar melalui surat bertarikh 25 Februari 2012. Walaubagaimanapun, maklumbalas yang diterima agak mendukacitakan, dimana En Azhar memaklumkan kami terpaksa menunggu sehingga penawaran subjek tersebut bagi sesi Sem 3 2012/2013 dan dijangkakan tamat pengajian pada sesi tersebut. Ini bermaksud kami terpaksa menunggu selama 6 bulan bagi menyambung pengajian. Perkara ini agak tidak adil bagi kami kerana permasalahan yang timbul adalah disebabkan oleh pengubalan dasar Kementerian dan bukan atas alasan kesilapan yang dilakukan oleh pelajar. Penangguhan ini memberikan kesan yang besar kepada kami darisegi masa dan kewangan. 5. Untuk makluman Y.Bhg Prof. Madya Sr Dr Mohd Zulkifli, beberapa cadangan cuba kami utara antaaranya adalah dengan membenarkan kami mendaftar subjek tersebut dan mewujudkan kelas pada masa subjek Bahasa Moden memandangkan untuk subjek tersebut kami telah habis ke semua subjek. Tiada kelas pada jadual tersebut. Tetapi kami dimaklumkan untuk mencari pelajar seramai 50 orang untuk subjek tersebut ditawarkan. Kami tidak mampu untuk mencari pelajar seramai itu kerana kami tidak mengenali pelajar lain yang bermasalah sebagaimana kami. Cadangan lain juga adalah dengan mengikuti kelas pelajar Perdana pada sesi Sem 1 2012/2013. Walaibagaimanapun, perkara ini juga mendatangkan masalah kepada kami kerana kami bekerja. Kami tidak dapat menghadirkan diri pada jadual kelaskelas perdana kerana tiada kebenaran cuti memandangkan permohonan belajar kami adalah secara separuh masa bukan secara cuti belajar. Pihak

sumber manusia jabatan agak sukar meluluskan permohonan cuti itu sekiranya kami mengambil pengajian secara Full Time. 6. Kami pelajar-pelajar DDC tidak menemui jalan keluar bagi permasalahan ini kerana maklumbalas yang diberikan oleh Ketua Penyelaras tidak membantu kami. Kami telah pun mendaftar dua subjek iaitu subjek Etika Profesional dan subjek Pendidikan Islam bagi sem ini dan telah mengikuti kelas. Kami berharap agar diberikan kelonggaran untuk dapat mendaftar bagi subjek Institusi Islam agar kami dapat menamatkan pengajian sebagaimana yang dijadualkan. 7. Dengan adanya program Ekspedisi Ramah Mesra Siswa UTMSPACE 2012 bersama Pengarah adalah satu kesempatan yang baik buat kami untuk mengajukan permasalahan ini. Maklumbalas yang diberikan oleh Y.Bhg Prof. Madya Sr Dr Mohd Zulkifli pada program tersebut amatlah kami sanjungi. Semoga perkara ini akan mendapat tindakan yang sewajarnya oleh pihak Y.Bhg Prof. Madya Sr Dr Mohd Zulkifli. Kerjasama, Y.Bhg Prof. Madya Sr Dr Mohd Zulkifli di dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan. 8. Bersama-sama ini dilampirkan surat kepada ketua penyelerasan bertarikh 25 Februari 2012. Sekian, terima kasih. Yang benar,

(Zainuddin Bin Juppri) Wakil Pelajar-Pelajar DDC with N'lela Tasuki and 6 others.

You might also like