You are on page 1of 6

LAPORAN PROGRAM SAMBUTAN BULAN DAKWAH

DAN MAULID AL-RASUL, SEKOLAH KEBANGSAAN TERUSAN BARU

Tarikh : 05.03.2009 – 13.03.2009


Tempat : SK Terusan Baru Sandakan
Penglibatan : Semua Warga Sekolah Kebangsaan Terusan Baru

Panitia Pendidikan Islam, Sekolah Kebangsaan Terusan Baru


Sandakan, telah menganjurkan sambutan Bulan Dakwah peringkat sekolah
yang diadakan dari 05.03.2009 – 13.03.2009 di Sekolah Kebangsaan Terusan
Baru. Program ini dianjurkan atas arahan daripada Jabatan Pelajaran Sabah
dan Pegawai Pelajaran Daerah Sandakan.

Semua warga sekolah termasuk bukan kakitangan guru turut serta


bersama menjayakan program ini selain daripada murid-murid yang
merupakan sasaran utama penganjuran sambutan sebegini. Acara ini
merupakan program julung-julung kali diadakan di peringkat sekolah dan
pelbagai acara dan aktiviti telah dijalankan.

05.03.2009 (Khamis)

Pada hari tersebut telah diadakan pertandingan tulisan jawi yang melibatkan
murid-murid tahun 1 hingga tahun 6. Pertandingan ini diacarakan di kelas
tahun 6 pada pukul 200 petang selepas tamat proses pengajaran dan
pembelajaran hingga pukul 300 petang. Dalam acara ini, setiap para perserta
diberikan sehelai kertas yang ditulis contoh ayat jawi yang cantik manakala
perserta hanya perlu menyalin semula ayat tersebut secantik dan sekemas
yang mungkin. Aspek yang diambil kira dalam pertandingan ini ialah
kekemasan, cantik dan menepati kehendak dan prosedur pertandingan.

06.03.2009 (Jumaat)

Kuiz Bahasa Arab telah diadakan pada hari berikutnya yang bertempat di
tempat dan waktu yang sama seperti di atas. Perserta yang terlibat dalam
kuiz ini ialah pelajar yang mengambil subjek Bahasa Arab sahaja iaitu tahun
1, 2 dan 3. Soalan kuiz diambil daripada silibus Bahasa Arab itu sendiri.

07.03.2009 (Sabtu)

Pada hari sabtu acaran yang berlangsung ialah pertandingan kuiz Pendidikan
Islam. Pertandingan ini telah diadakan di tempat dan waktu yang sama
seperti hari sebelumnya. Perserta yang terlibat dalam kuiz ini ialah murid
tahun 1 hingga murid tahun 6 yang mana mereka sememangnya mengambil
subjek Pendidikan Islam. Soalan yang digunapakai dalam kuiz ini diambil
daripada silibus pelajaran itu sendiri.
09.03.2009 (Isnin)

Diadakan pertandingan melaungkan azan dan membaca khutbah di surau


kampung Terusan Baru bersama dengan sambutan Maulidurrasul peringkat
kampung. Perserta terdiri murid tahap 2 dan disaksikan bapa pelajar yang
hadir.

10.03.2009 (Selasa)

Sambutan maulidurrasul peringkat sekolah bertempat di kelas tahun 6


dengan pelbagai acara dan perisian menarik diselitkan dalam sambutan ini.

11.03.2009 (Rabu)

Pertandingan nasyid yang terdiri daripada 3 kumpulan yang bertanding iaitu


tahun 2 dan 3, tahun 4 dan 5 serta tahun 6. Pertandingan diadakan di kelas
tahun 6.

12.03.2009 (Khamis)

Pertandingan bercerita kisah nabi dan rasul yang disasarkan kepada murid
tahap 2 sahaja. Seramai 6 orang murid mengambil bahagian dalam acara ini.

13.03.2009 (Jumaat)

Perasmian penutup sambutan bulan dakwah dan penyampaian hadiah yang


dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Terusan Baru
Encik Mohd Zaini Bin Said. Setiap pemenang pertandingan menerima trophy
dan sijil penyertaan yang disediakan oleh pihak penganjur.

Secara keseluruhannya program ini dapat dijalankan dengan begitu


cemerlang hasil daripada kerjasama yang diberikan pihak sekolah dan murid-
muird yang mengambil bahagian serta penduduk kampung yang turut sama
dalam menjayakan program seumpama ini.
Pelaporan
Aktiviti Bulan Dakwah 2009

Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Terusan Baru Sandakan

Bil Cadangan Aktiviti Tarikh Perlaksanaan Catatan

1. Pertandingan Tulisan Jawi 05 Mac 2009 (Khamis)

2. Kuiz Bahasa Arab 06 Mac 2009 (Jumaat)

3. Kuiz Pendidikan Islam 07 Mac 2009 (Sabtu)

4. Pertandingan Azan 09 Mac 2009 (Isnin)

5. Pertandingan Membaca Khutbah 09 Mac 2009 (Isnin)

6. Sambutan Maulid al-Rasul Dan 10 Mac 2009 (Selasa)


Pelancaran Bulan Dakwah

7. Pertandingan Nasyid 11 Mac 2009 (Rabu)

8. Pertandingan Bercerita Kisah 12 Mac 2009 (Khamis)


Nabi

9. Perasmian Penutup dan 13 Mac 2009 (Jumaat)


Penyampaian Hadiah

Disahkan oleh: Cop Sekolah

……………………………
Encik Husin Bin Abdullah
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Terusan Baru
Sandakan
Laporan Kewangan

Anggaran Pendapatan

Sumbangan Sekolah RM 280.00


Sumbangan orang kampung RM 40.00

Jumlah Keseluruhan RM 320.00

Anggaran Perbelanjaan

Cenderamata RM 225.40
Hamper RM 9.80 X 3 = RM 29.40
Trophy Cenderahati RM 4.00 X 49 = RM 196.00

Jamuan RM 93.40
RM 46.70 X 2 = RM 93.40

Jumlah Keseluruhan RM 318.80

Baki RM 1.20 dimasukkan ke dalam akaun bendahari panitia.

Disediakan oleh Disahkan oleh

…………………………………. ………………………………….
(SUFIAN BIN SHAH ARIFFIN) (HUSZARUDIN BIN HUSSIN)
Setiausaha Panitia Pendidikan Islam Ketua Panitia Pen. Islam
Sekolah Kebangsaan Terusan Baru Sek. Keb. Terusan Baru
Sandakan. Sandakan.
Sambutan Maulidurrasul Peringkat Kampung

Pertandingan Melaungkan Azan Dan Membaca Khutbah


Sambutan Maulidurrasul Peringkat Sekolah

You might also like