You are on page 1of 11

1

KAEDAH SYAKIR BELAJAR MEMBACA: KAJIAN TINDAKAN BAGI MEMBANTU MURID DISLEKSIA BELAJAR MEMBACA
Dr. Hjh. Noorhayati binti Hashim (drnoorhayati@usim.edu.my) Universiti Sains Islam Malaysia
Abstrak: Kanak-kanak disleksia yang dikatakan mempunyai masalah dalam pembelajaran sebenarnya mereka mempunyai gaya pembelajaran yang unik dan tersendiri. Oleh itu mereka memerlukan bahan bantu belajar yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran mereka yang tidak sama dengan bahan yang disediakan untuk kanak-kanak lain. Salah satu daripada masalah kanakkanak disleksia ialah masalah belajar membaca. Kemahiran membaca merupakan kemahiran asas yang paling penting. Tanpa dapat menguasai kemahiran membaca akan menyebabkan mata pelajaran yang lain tidak dapat dipelajari dengan lancar dan baik. Menyedari kepentingan ini dan rasa ingin membantu kanak-kanak disleksia, satu kajian tindakan dilakukan bagi mengenal pasti bentuk bahan bantu belajar membaca yang bersesuaian dengan kehendak dan keperluan kanakkanak disleksia. Subjek kajian ialah adik Ahmad Syakir Fakhri seorang murid tahun satu yang telah dikenal pasti mempunyai masalah disleksia dalam membaca. Tumpuan kajian hanya kepada pembangunan kaedah yang dapat menarik minat dan perhatian adik Syakir untuk belajar membaca. Setelah melalui pelbagai percubaan dalam pembelajarannya, kini adik Syakir sudah boleh membaca dan boleh memahami bacaannya. Dapatan kajian dapat menghasilkan satu set bahan teknologi animasi berstruktur yang menggunakan pelbagi strategi dan teknik persembahan bagi menangani masalah disleksia dalam membaca. Konsep teknologi animasi berstruktur yang bermula daripada mempelajari huruf hingga kepada memahamkan karangan ini dapat menarik minat dan tumpuan kanak-kanak disleksia kepada konsep membaca dan sekaligus dapat membimbing mereka kepada cara berfikir berkaitan dengan membaca. Bahan yang dihasilkan ini dicadangkan digunakan oleh kanak-kanak lain yang mempunyai masalah disleksia dalam membaca. Kata Kunci: Disleksia, masalah membaca, animasi berstruktur,

Pendahuluan Kemahiran asas membaca merupakan perkara yang perlu diberi perhatian khusus oleh ibu bapa sebelum anak-anak mereka memasuki alam persekolahan (Mubidin, 2003, Sulaiman at all, 2003).Alangkah kasihannya anak-anak yang setiap hari memikul buku-buku ke sekolah, tetapi tidak dapat membacanya. Ibu bapa tidak boleh menyerahkan urusan membentuk kemahiran asas membaca kepada guru-guru di sekolah. Guru mempunyai bilangan murid yang ramai dan masa yang terhad untuk memberi tumpuan khas kepada individu pelajar. Sekiranya ibu bapa mahukan anak mereka diberi perhatian khas, mereka akan dimasukkan ke dalam kelas pemulihan membaca. Pelbagai faktor telah dikenal pasti sebagai penyebab kepada masalah pembelajaran dalam membaca (al-Waqfi, 2011, al-Sayyid, 2003, Baker at all, 2007). Antara faktor yang menjadi tumpuan dalam kajian ini ialah masalah disleksia dalam membaca. Kanak-kanak disleksia dalam membaca bukanlah kanak-kanak lembam (Kawafihah, 2011).Mereka dikurniakan dengan akal yang cerdik dan kreativiti yang tinggi (Kawafihah et al., 2011). Terdapat sebahagian daripada mereka boleh menguasai matematik dengan baik. Pernyataan Masalah Bahasa adalah alat berfikir(al-cIyasirah, 2011). Berfikir memerlukan sumber yang banyak untuk dikembangkan ke tahap yang lebih luas bagi membuahkan hasil pemikiran yang dapat dimanfaatkan dalam kehidupan manusia sejagat. Membaca merupakan salah satu aktiviti penting yang dapat memperkaya sumber berfikir. Dengan terbatasnya aktiviti pembacaan, maka terbataslah perkembangan buah fikiran. Antara keistimewaan kanak-kanak adalah

mempunyai daya kreativiti (Syarit et al., 2007)namun kreativiti mereka itu tidak dapat dikembangkan ke tahap yang lebih tinggi, andai mereka tidak mempunyai kemahiran membaca yang baik. Bagi menangani masalah mereka itu, mereka perlu mempelajari asas kemahiran membaca berbantukan bahan yang kreatif juga. Tetapi bagaimanakan bentuk bahan bantu kreatif yang bersesuaian dengan kreativiti mereka? Matlamat Kajian Kajian ini menjurus kepada menangani masalah belajarmembaca dalam kalangan kanakkanak disleksia. Pengkaji meletakkan mereka sebagai tumpuan kajian ini kerana bagi pengkaji mereka adalah kanak-kanak yang unik. Mereka bukanlah lembam, tetapi bermasalah dalam belajar membaca. Mereka melihat sesuatu dalam keadaan yang dilihat secara luarannya sebagai terbalik. Mengapa terbalik? Adakah sengaja diterbalikkan? Adakah memang melihatnya dalam keadaan yang terbalik? Adakah kerana tidak pasti, jadi pakai agak-agak sahaja? Kenapa tidak pasti? Jawapan kepada persoalan-persoalan ini dapat memberi gambaran yang jelas tentang gaya pembelajaran kanak-kanak disleksia. Bagi pengkaji mereka bukan bermasalah dalam pembelajaran, cuma mereka mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri yang memerlukan kita sebagai pendidik perlu masuk dan menyelami ke dalam hakikat dunia mereka dan tidak hanya menjatuhkan hukum dari pandangan luaran atau tanggapan kita sahaja. Persoalan Kajian Huruf rumi yang digunakan dalam bahasa Melayu mempunyai strukturnya yang tersendiri, pembentukan perkataan dalam bahasa Melayu mempunyai strukturnya yang tersendiri dan pembentukan frasa dan ayat dalam bahasa Melayu mempunyai strukturnya yang tersendiri. Stuktur-struktur ini mempunyai cara mempelajarinya yang tersendiri Persoalan utama yang timbul di sini ialah bagaimana struktur bahasa Melayu ini dipelajari oleh kanak-kanak disleksia yang mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri tanpa struktur yang tetap dan pasti. Mereka mempunyai gaya pembelajaran yang tidak sama antara satu sama lain (al-Sufi, 2007).Pengajaran dan pembelajaran tidak boleh dipisahkan daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran dan bahan bantu mengajar dan belajar (Lever-duffy, 2011, Smaldino, 2008, Jewbey, 2011). Apakah bentuk kaedah, strategi dan teknik dan bentuk bahan yang berkesan bagi membolehkan kanak-kanak disleksia menguasai kemahiran membaca bahasa Melayu dengan baik? Oleh itu persoalan kajian ini berdasarkan gabungan struktur bahasa Melayu, kaedah, strategi, teknik dan bahan yang paling sesuai dan memenuhi keperlukan kanak-kanak disleksia dalam belajar membaca, iaitu: Apakah kaedah dan bahan yang berkesan bagi membolehkan kanak-kanak disleksia: 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) 9) 10) mengenal huruf dengan tepat? memahami konsep bunyi vokal? memahami konsep bunyi satu vokal terbuka? memahami konsep bunyi satu vokal tertutup? memahami konsep bunyidua vokal? memahami konsep bunyi tiga vokal? mengecamsuku kata di dalam perkataan? membacadengan laju? memahami bahan yang dibaca? menyusun isi penting bahan yang dibaca?

Subjek Kajian dan Batasan Kajian Kajian dijalankan berbentuk kajian tindakan yang cuba mengesan kaedah, stretegi dan teknik persembahan bahan bantu belajar serta proses penggunaannya dalam pembelajaran subjek kajian iaitu adik Ahmad Syakir Fakhri, murid tahun satu sekolah kebangsaan yang telah dikenal pasti mempunyai masalah disleksia dalam membaca bahan berbahasa Melayu. Ciriciri kanak-kanak disleksia terdapat pada murid ini yang antaranya ialah dia tidak dapat mengenal huruf dengan tepat, sering bertukar huruf antara [b, d], [p, q], [m, w], [n, u]. Tidak dapat membaca dengan betul walaupun setelah mengenal huruf. Sering menukar kedudukan suku kata seperti [masa] dibaca [sama]. Membaca suku kata pertama arah kiri ke kanan dan suku kata kedua arah kanan ke kiri seperti [bakul] dibaca [baluk] dan [lauk] dibaca [laku]. Tidak dapat memberi perhatian kepada penerangan yang panjang lebar, tidak membaca arahan latihan, terus cuba menjawab soalan dengan kefahamannya sendiri. Namun dalam mata pelajaran matematik cekap mengira dalam bahasa Inggeris dan pernah mendapat markah 100%. Sering bertanya penting ke? kepada sesuatu yang tidak menarik minatnya apabila diminta memberi perhatian. Hasil tulisannya boleh ditampal pada cermin kereta. Batasan kajian ini hanya kepada subjek kecil dengan bilangan terkecil. Namun kajian telah menghasilkan sesuatu yang diharap dapat dimanfaatkan oleh murid lain dan sebagai berkongsi pengalaman dengan ibu bapa yang lain yang mempunyai anak yang bermasalah dalam membaca. Bukan masanya untuk merasa segan dan malu dengan kurniaan Allah kepada kita, malahan untuk kita terus mengorak langkah bagi mengatasi ujian yang terdapat nikmat di sebaliknya. Beberapa bentuk bahan telah diubahsuai dan ada yang terus dibuang, sekiranya bahan tersebut tidak menarik perhatian subjek kajian. Bahan yang dapat menggerakkan subjek kajian terus aktif dalam pembelajaran sahaja yang dilengkapkan hingga sempurna. Kemahiran Berfikir dan Kemahiran Belajar Kemahiran berfikit secara kritis amat penting disebatikan dalam pembelajaran membaca (Lafi, 2006) yang bermula daripada mempelajari huruf, seperti kemahiran memadankan, iaitu memadankan nama dengan huruf dan memadankan huruf dengan bunyi, kemahiran membanding beza antara huruf dari segi bentuk dan bunyi, kemahiran menganalisis suku kata dalam perkataan sebelum membacanya. Kanak-kanak disleksia bukanlah lemah dalam daya berfikir,Mereka tidak dapat menerima sesuatu dan berpegang kepadanya tanpa benar-benar memahaminyaterlebih dahulu. Penerangan kepada mereka tidak boleh menggunakan istilahistilah ilmiah. Penerangan kepada mereka hanya perlu ringkas, tepat dan padat. Penerangan tanpa ayat tetapi memperlihatkan proses adalah amat bekesan untuk mereka. Kemahiran berfikir secara kreatif boleh dikembangkan dalam proses belajar membaca, seperti menghasilkan huruf-huruf daripada satu bentuk seperti berikut:

Rajah 1: Berapa huruf boleh diperolehi daripada rajah ini?

Pengendalian Emosi Kanak-kanak Disleksia Dalam Belajar Membaca Membaca bukanlah suatu yang mudah. Harapan yang diletakkan oleh ibu bapa agar anakanak mereka boleh membaca dengan baik adalah tinggi. Namun mereka lupa atau terlepas pandang, ke atas siapakah tanggung jawab memastikan anak-anak mereka menguasai kemahiran asas membaca, kalau bukan ke atas mereka sendiri. Kanak-kanak memerlukan suatu suasana yang sangat harmoni dan kondusif untuk mereka belajar membaca. Kanakkanak disleksia dalam membaca bukanlah kanak-kanak yang bermasalah dalam pembelajaran. Ini kerana mereka boleh belajar dan menguasai mata pelajaran yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan kecenderongan mereka (Syarit at all, 2008). Oleh kerana ciri-ciri yang terdapat dalam mata pelajaran bahasa Melayu tidak menepati dan tidak sama dengan kecenderongan mereka, maka mereka tidak dapat memberi pehatian kepada membaca bahan berbahasa Melayu. Mereka mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri (Harinath, 2007) yang agak unik dalam dua keadaan iaitu manja dan tegas. Kadang kala kita perlu bertegas tetapi bukan garang. Bertegas dengan tujuan membimbing mereka agar dapat memberi maklum balas yang lebih serius kepada perkara yang hendak disampaikan. Bahan Bantu Belajar (BBB/3B) bukan Bahan Bantu Mengajar (BBM/ABM) Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti bentuk bahan bantu belajar bagi murid bermasalah dalam pembelajaran, bukan bahan bantu mengajar. Kerana guru tidak mempunyai masalah dalam mengajar, bahkan yang bermasalah adalah murid dalam pembelajaran mereka dan diri guru itu sendiri merupakan bahan pembelajaran bagi murid. Sebagai seorang guru seharusnya membangunkan bahan yang dapat membantu murid mereka belajar dengan mudah, walaupun bahan tersebut terasa payah dibangunkan oleh guru. Apabila murid berjaya dalam pembelajaran mereka, maka dengan pasti guru dianggap berjaya dalam kerjaya mereka. Bahan yang berkesan dan benar-benar dapat membantu mereka belajar membaca hendaklah bahan yang memenuhi cita rasa dan keperluan mereka (Tileston, 2004). Di sini pengkaji menggunakan istilah bahan bantu belajar, bukan bahan bantu mengajar, kerana pada pandangan pengkaji, apabila proses pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar, tentulah bahan yang disediakan ialah bahan bantu belajar yang dapat membentuk kemahiran belajar. Firman Allah menerangkan perkara ini:

Bermaksud: Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak tidak mengetahui sesuatu pun; dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur ( al-Nahl : 78 ). Daripada ayat di atas dapat dipetik teori pendidikan berkaitan proses pembelajaran yang dimulai dengan mendengar seperti mendengar penerangan guru berkaitan isi pelajaran, kemudian disusuli oleh penglihatan melalui kajian di makmal lalu penyimpanan maklumat di dalam peti khazanah ilmu iaitu di hati. Sebaliknya teori pemulihan hendaklah bermula daripada menggerakkan hati yang dibantu dengan melihat bahan animasi, barulah pancaindera penglihatan dan pendengaran memberi perhatian yang mengaktifkan minda. Memang tidak

dapat disangkal lagi kepentingan bahan bantu belajar terutama bagi kanak-kanak disleksia. Secara umumnya bahan untuk mereka mempunyi ciri-ciri tertentu, seperti: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Bahan tidak boleh berubah-ubah bentuk susunannya, Bahan memahami konsep asas mesti sentiasa di mata, Bahan latih tubi membaca huruf beranimasi, Cepat sampai kepada tujuan bahan disediakan, Bahan yang mencabar minda kreatis, Bahan yang mengembangkan minda kreatif, Bahan yang memperlihatkan proses membaca.

Dapatan Kajian Walaupun proses kajian ini dijalankan secara berperingkat-peringkat bagi mengenal pasti kaedah dan bahan yang benar-benar bersesuaian dan berkesan untuk kanak-kanak disleksia belajar membaca, namun dalam penulisan yang ringkas ini, pengkaji hanya memaparkan dapatan akhir sahaja. i) Mengenal Huruf Dengan Tepat

Perkara-perkara berkaitan dengan huruf rumi mesti dikenal pasti dengan tepat meliputi nama huruf, susunan huruf, bunyi huruf, bentuk huruf dan cara menulis huruf. Langkah dimulai dengan mengenali nama huruf melalui nyanyian lagu huruf. Nama huruf ini penting untuk digunakan dalam mengeja perkataan semasa menulis.

Rajah 2: Bandingkan dua paparan ini Terdapat nama huruf sama dengan bunyi huruf, seperti huruf [o]. Terdapat nama huruf yang di mulai oleh bunyi huruf, seperti huruf [b: bi], [d:di], [h: hec], [j: je], [k: ke], [p: pi], [t: ti], [v: vi] dan [z: zek]. Terdapat nama huruf yang diakhiri oleh bunyi huruf, seperti huruf [f: ef], [l: el], [m: em], [n: en], [r: ar], [s: es], [u: yu] dan [y: way] Terdapat nama huruf yang lain daripada bunyinya, seperti [a: e], [c: si], [e: i], [g: ji], [i: ay], [q: kiu], [w: dabeliu] dan [x: eks]. Terdapat gabungan dua huruf yang membentuk satu bunyi, seperti [kh], [ng], [ny] dan [sy].

Huruf rumi mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri Bagaimanakah kanak-kanak disleksia memandang ciri-ciri tersebut? Oleh kerana mereka merupakan kanak-kanak yang kreatif dan mempunyai daya imaginasi yang tinggi (Everatt, 2008), huruf-huruf itu boleh saja ditukar-tukar menjadi huruf-huruf yang lain, asal saja ianya huruf. Itulah cara mereka berfikir

berkaitan huruf. Penekanan kepada memahami konsep satu bentuk huruf, satu nama, satu bunyi melalui pelbagai cara, antaranya: 1. Tulis 9 huruf [c] secara berderet [c c c c c c c c c c], huruf-huruf [c] ini berubah menjadi huruf-huruf lain yang bentuknya berasal daripada huruf [c]. Huruf [c] pertama tidak berubah, huruf [c] yang lain berubah [c o a d g e 6 s]. Menggunakan Bunga ABC

2.

Rajah 3 : Bunga ABC Kajian ini telah menemui sekuntum bunga yang dinamakan Bunga ABC. Bunga ini mengganbungkan semua bentuk asas huruf kecil dan besar. Bunga ini boleh dijadikan bahan melatih kanak-kanak disleksia berfikir mengenai huruf-huruf yang mengelirukan mereka. Pelbagai aktiviti dapat dijalankan dengan menggunakan Bunga ABC, antaranya: 1) 2) 3) 4) 5) Murid mewarna Bunga ABC mengikut arah tulisan huruf, Murid mewarna Bunga ABC pelbagai saiz daripada besar ke kecil, Murid mewarna Bunga ABC mengikut bentuk huruf tertentu sahaja Murid membuat perbandingan bentuk huruf berdasarkan Bunga ABC Murid melakar bentuk huruf berdasarkan bentuk Bunga ABC

Memahami Konsep Bunyi Vokal Lima huruf vokal ( a, e, i, o, u ) mempuyai enam bunyi, kerana huruf [e] mempunyai dua bunyi iaitu [e] pepet dan [e] taling. Langkah pertama dalam memperkenalkan suku kata ini ialah memperkenalkan suara atau bunyi huruf vokal terlebih dahulu. Kaitkan bunyi setiap huruf vokal dengan bunyi yang biasa digunakan dalam percakapan harian dan menyebutnya dengan bunyi yang panjang, seperti : a, malaslah!. i, jijiknya!. u, sakitnya!. e, maksud saya (dengan teragak-agak) e, saya pula!. o bunyi [o] : o, ini kerja awak rupanya!. a bunyi [a] : i bunyi [i] : u bunyi [u] : e bunyi [e] : Bahan yang ditayang pada pelajar hanyalah huruf vokal sahaja iaitu [ a,i, u, e, o ]. Setiap huruf vokal ini ditayangkan satu persatu. Untuk lebih praktikal, susunan vokal dibuat [

a i u e o ] bukan [ a e i o u ]. Ini kerana [ a, i, u ] merupakan bunyi vokal yang banyak digunakan dalam bahasa Melayu dan bunyinya agak mudah dan ringan disebut berbanding tiga bunyi yang lain.

Rajah 4: Pengkelasan Huruf Vokal Berdasarkan Bunyi Memahami Konsep Bunyi Satu Vokal Terbuka Huruf vokal merupakan huruf yang memberikan bunyi yang bermakna kepada huruf konsonan. Tanpa huruf vokal, huruf konsonan tidak dapat membentuk perkataan, seperti [br] dan [rb]. Keduanya tidak membawa apa-apa makna, kecuali didatangkah huruf vokal. Apabila diletakkan huruf vokal, banyak perkataan bermakna dapat dibentuk, seperti [bara], [bari], [baru], [biri], [bira], [biru], [buru] dan sekiranya ditukar kedudukannya kepada [rb], lebih banyak lagi perkataan yang dapat dibentuk seperti [raba], [rabu], [riba], [ribu] dan [rubi]. Oleh itu, langkah awal mengenali suku kata ialah memperkenalkan fungsi bunyi huruf vokal dalam membentuk perkataan. Bahan animasinya ialah huruf [br] tidak berubah, tetapi huruf vokal yang berubah-ubah. Kemudian diikuti dengan pertukaran tempat antara [br] menjadi [rb].

Rajah 5 : Konsep Satu Vokal Terbuka Memahami Konsep Bunyi Satu VokalTertutup Kedudukan KV ditukar menajdi VK membawa perubahan bunyi, merupakan konsep asas yang mesti dipelajari sebelum latihan membaca suku kata tertutup dijalankan. Bahan yang digunakan hendaklah bahan yang menayangkan satu vokal terbuka diikuti oleh datangnya huruf yang menutupnya. Animasi huruf datang dan pergi sangat berkesan bagi murid membezakan antara penggunaan vokal secara terbuka dan tertutup.

Rajah 6: Konsep Satu Vokal Tertutup Memahami Konsep Bunyi Dua Vokal Konsep gandingan dua huruf vokal perlu difahami terlebih dahulu sebelum diajar membaca perkataan yang mempunyai gandingan dua huruf vokal. Jadual 1 dibawah menerangkan bagaimana susunan gandingan dua huruf vokal membentuk bunyi. Agak payah untuk subjek kajian menerima konsep huruf [i] tetapi berbunyi [y], seperti ditulis [amboi] berbunyi [am, boy] atau huruf [u] tetapi bersuara [w], seperti perkataan [sauh] berbunyi [sa, wuh].

a i u e o

a aa ia ua ea oa

i ai ii ui ei oi

u au iu uu eu ou

e ae ie ue ee oe

o ao io uo eo oo

Jadual 1: KonsepGandingan Dua Huruf Vokal Cara penyelesaiannya ialah gandingan konsep KV dan VK disatukan, iaitu dengan meletakkan KV di sebelah kiri dan VK di sebelah kanan dan perkataan yang menggandingkan dua huruf vokal diletakkan di tengah-tengah. Pertama keluar KV dahulu diikuti oleh VK lalu bercantum menjadi perkataan yang menggabungkan dua vokal. Memahami Konsep Bunyi Tiga Vokal Agak berat untuk subjek kajian menerima konsep gandingan tiga huruf vokal dalam satu perkataan. Gandingan tiga vokal dalam satu perkataan seperti [cuai] dibaca [cu, a, i] dan dalam waktu yang lain dibaca [cu, ai]. Bahan konsep ini ialah menggabungkan rajah konsep asas satu vokal terbuka yang digabungkan dengan jadual konsep gandingan dua huruf vokal. Mengecam Suku Kata Di Dalam Perkataan Kini murid telah boleh menyebut suku kata bagi kata dasar. Lanjutan daripada ini ialah menyebut suku kata bagi kata berimbuhan. Kemahiran yang penting dalam membaca kata berimbuhan ialah mengecam suku kata, bentuk suku kata dan bilangan suku kata dalam ssesuatu perkataan. Caranya ialah masih lagi berdasarkan huruf vokal, iaitu dengan mengecam terlebih dahulu huruf-huruf vokal yang terdapat dalam perkataan yang dibaca dengan menukar huruf vokal tersebut kepada warna merah. Kemudian diikuti dengan

mengecam huruf konsonan sebelum huruf-huruf vokal tersebut. Huruf-huruf konsonan tersebut diberikan warna biru. Langkah seterusnya ialah dijauhkan suku kata yang terhasil daripada gabungan huruf konsonan biru dengan huruf vokal merah. Lalu murid membacanya. Sekiranya murid dapat membaca dengan baik, maka selesailah satu bahagian berkaitan dengan suku kata terbuka. Kemudian huruf yang masih lagi berwarna hitam dicantumkan dengan suku kata terbuka sebelumnya, membentuk suku kata tertutup. Diikuti dengan mengubah warna semua suku kata kepada warna hitam dan dicantumkan semula sebagaimana asal. Lalu murid membacanya. Kini murid dapat mengecam suku kata di dalam perkataan dan dapat membacanya dengan baik. Membaca Dengan Laju Membaca pantas adalah keupayaan membaca banyak perkataan dalam masa yang singkat dan memahami maksud serta boleh mengikuti urutan isi bahan yang dibaca dengan betul. Membaca dengan laju perlu dilatih daripada peringkat awal membaca. Pada peringkat awal pengenalan suku kata melalui huruf vokal [a] sudah dilatih membaca laju. Bahan animasi membaca yang disediakan ialah dengan menetapkan kedudukan huruf vokal tidak berganjak dan tidak bergerak, malah yang bergerak dan bertukar hanyalah huruf konsonan sahaja dengan membentuk perkataan-perkataan yang bermakna. Bahan teknologi terbaik untuk melatih membaca laju ialah bahan yang dapat mengukur kelajuan bacaan dan sekaligus memberikan markah kefahaman bacaan. Memahami Bahan Yang Dibaca Kanak-kanak disleksia sukakan sesuatu yang cepat dan pantas. Mereka cepat bosan dan tidak suka mengadap sesuatu dalam waktu yang lama (al-Mucayitah, 2005). Oleh itu, bahan yang disediakan untuk mereka perlu cepat dan pantas sampai kepada maksud yang hendak disampaikan kepada mereka. Mereka tidak suka kepada seuatu keterangan yang terlalu panjang. Bahan bacaan yang disediakan untuk mereka perlu pendek dan ringkas serta menjurus terus kepada maksud. Soalan-soalan memahamkan karangan perlu disusun mengikut susunan isi bahan yang dibaca. Pada peringkat awal, soalan-soalan memahamkan karangan hendaklah diletakkan bersebelahan dengan bahan yang dibaca. Soalan diletakkan di sebelah kiri dan bahan bacaan diletakkan di sebelah kanan. Ini kerana mereka akan membaca soalan terlebih dahulu, barulah membaca karangan. Soalan yang telah dijawab dan perenggan yang telah dibaca hendaklah berubah warna bagi mendapatkan fokus perhatian mereka hanya kepada perenggan-perenggan yang berikutnya. Bentuk bahan memahamkan karangan dan pengolahan bahannya bagi kanak-kanak disleksia ini walaupun berbeza dengan konsep memahamkan karangan yang asal, namun keadaan ini tidak lama. Setelah dilatih dalam jangka masa tertentu, boleh dicuba kepada proses memahamkan karangan yang biasa. Menyusun isi penting bahan yang dibaca Mengeluarkan isi penting daripada karangan yang dibaca merupakan kemahiran yang sangat susah dibentuk bagi kanak-kanak disleksia. Ini kerana mereka tidak dapat memberikan perhatian kepada karangan yang terlalu panjang. Namun demikian, kemahiran ini perlu diasah di peringkat awal pembelajaran mereka (Saad, 2006). Bagi membantu mereka, karangan yang disediakan hendaklah dibantu oleh gambar-gambar yang tidak tersusun. Setiap satu gambar mewakili satu perenggan daripada karangan. Mereka dikehendaki meletakkan nombor kepada gambar-gambar yang diberi setelah membaca perenggan-perenggan dalam karangan. Bahan bacaan dan gambar-gambar mestilah duduk bersebelahan dan murid boleh menggerakkan

10

gambar-gambar tersebut untuk disusun dan melakar garisan yang menghubungkan gambargambar sehingga menjadi satu kefahaman yang lengkap mengenai bahan yang dibaca. Kesimpulan dan Cadangan Kajian telah menghasilkan satu set bahan bantu belajar membaca bahasa Melayu untuk kanak-kanak disleksia yang menghadapi masalah dalam membaca bahasa Melayu. Kanakkanak disleksia memerlukan bentuk persembahan bahan teknologi berstruktur yang menepati keperluan mereka dalam belajar membaca daripada peringkat awal hingga ke peringkat lanjutan (Abu Ghanimah, 2010). Setiap bahan yang dihasilkan mestilah memenuhi gaya pembelajaran dan gaya berfikir mereka (al-Sayyid, 2004). Bahan yang digunakan untuk mereka hendaklah bahan yang beranimasi (Yahya, 2006) kerana sekiranya bahan tersebut tidak bergerak, mereka yang akan bergerak. Kajian tidak menggunakan istilah-istilah dalam Bahasa Melayu sebagaimana yang digunakan seperti suku kata, diftong, digraf dan lain-lain, kerana dalam kajian ini tidak memperkatakan tentang Bahasa Melayu tetapi lebih menjurus kepada kemahiran membaca bahan berbahasa Melayu. Kajian mendapati teknik huruf vokal adalah lebih berkesan dalam memberikan kefahaman konsep membaca kepada kanak-kanak yang bermasalah dalam belajar membaca.Akhir sekali, dicadangkan agar bahan yang telah dihasilkan ini digunakan untuk kanak-kanak lain yang menghadapi masalah dalam membaca dan dilakukan pengubahsuaian sekiranya perlu berdasarkan individu kanak-kanak itu sendiri. Ini kerana setiap kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam pembelajaran adalah tidak sama antara mereka dengan yang lain (Ahmad, 1984). Rujukan al-Quran al-Karim. Abu Ghanimah, cAdil Yusuf. (2010). cUsr al-Qiraah wa al-Turut al-cIlaj. al-Qaherah: al-Dar al-cUlum wa al-Teknolojiyyah. Ahmad, Lutfi Barakat. (1984). al-Ricayah al-Tarbawiyyah Li al-Mucawwiqin cAqliyyan. alSucudiyyah: Dar al-Marikh. Baker, Bruce L. &Brightman, Alan J. (2007). Steps to Independence Teaching Every Skills to Children With Special Needs ( ) . Terjemahan: Syita, hani Muhammad Ahmad. 4th Edition. alQaherah: Dar al-Salam. c al- Iyasirat, Walid Raqiq. (2011). al-Tafkir wa al-Lughah. al-Ordon: Dar Usamat. Everatt, John (2008) Proses Penglihatan dan Perhatian Membaca dan Disleksia. Terjemahan: Mastuti Isa, Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Harinath, P. Kusuma. (2007) Learning Disabalities in English. New Delhi, India: Discovery Publishing House. Jewby, Timothy J. Donald A. Stepich, James D. Lehman. James D. Russell & Anne Ottenbreit-Leftwich (2011) Educational Technology for Teaching and Learning. 4th Edition. Boston: Pearson Education Inc. Kawafihah, Taisir Muflih dan cAbdul al-cAziz, Omar Fuaz. (2011). Muqaddimah alTarbiyyah al-Khassah. 5th Edition. al-Ordon: Dar al-Musirah. Kawafihah, Taisir Muflih. (2011). Sucubat al-Tacallum wa al-Khuttah al-cIlajiyyah alMuqtarahah. 4th Edition. al-Ordon: Dar al-Musirah.

11

Lafi, Sacid cAbdullah. (2006). al-Qiraah wa Tanmiyyah al-Tafkir. al-Qaherah: cAlam alKutub. Lever-Duffy, Judy & McDonald, Jean B. (2011) Teaching and Learning with Technology. 4th Edition. Boston: Pearson Education Inc. Mubidin, Salwa. (2003). Taclim al-Qiraah wa al-Kitabah li al-Atfal. Al-Ordon: Dar al-Fikr. al-Mucayatah, cAbdul al-cAziz dan Muhammad al-Jughaiman. (2005). Musykilat Tarbawiyyah Mucasirah. Oman: Dar al-Thaqafah. Sacad, Murad cAli cIsa. (2006). al-Dhacf fi al-Qaraah wa Asalib al-Tacallum (al-Nazariyyat wa al-Buhuth wa al-Tadribat wa al-Ikhtiyariyyat). al-Iskandariyyah: Dar al-Wafa. al-Sayyid, cAbdul Rahman Sulaiman al-Sayyid. (2003). Sucubat al-Tacallum Tarikhuha, Mafhumuha, Tasykhisyuha, cIlajuha. al-Qaherah: Dar al-Fikr al-cArabi. al-Sayyid, cAbdul Rahman Sulaiman al-Sayyid. (2005). Sucubat Fahmi al-Lughah Mahiyatuha wa Istratijiyyatuha. al-Qaherah: Dar al-Fikr al-cArabi. Smaldino, Sharon E, Lowther, Deborah L. & Russell, James D. (2008) Instructional Technology and Media for Learning. 9th Edition. New Jersey: Pearson Prentice Hall. al-Sufi, Abdul Latif. (2007). Fan al-Qiraah Ahammiyatuha, Mustawayatuha, Maharatuha, Anwacuha. Damsyiq: Dar al-Fikr. Sulaiman, Naif, al-Syannawi, Muhammad, al-Humuz, Muhammad, al-Bakri, Amal. (2003). Taclim al-Atfal al-Qiraah wa al-Kitabah. Al-Ordon: Dar Safa. Syarit, Asyraf Muhammad cAbdul al-Ghani dan Hassan, Marwah Husna cAli. (2008). Tanmiyyat al-Ibdac Li al-Atfal Zawi Sucubat al-Tacallum. Al-Iskandariyyah: Muassasah Hauras al-Dauliyyah. Tileston, Donna Walker (2004) What Every Teacher Should Know About Special Learners. California: Corwin Press. ( learn best when there are visual tools to help explain the learning, 4) al-Waqfi, Radzhi. (2011). Sucubat al-Tacallum al-Nazari wa al-Tatbiqi. 2nd Edition. al-Ordon: Dar al-Musirah. Yahya, Khaulah Ahmad. (2011). al-Baramij al-Tarbawiyyah Li al-Afrad Zawi al-Hajat alKhassah. 2nd Edition. al-Ordon: Dar al-Musirah.

You might also like