You are on page 1of 9

MPW 1153 Pendidikan Moral Peperiksaan Akhir Semester, Julai 2012 Set A

Bahagian A/Objektif [60 Markah] Jawab semua soalan di bahagian ini dan hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

1. Moral berasal daripada perkataan Latin Mores. Moral juga boleh didefinisikan sebagai . i. pertimbangan dan tingkah laku ii. adat dan kegunaan iii. set peraturan tingkahlaku iv. falsafah moral a. i dan ii b. ii, iii dan iv c. iii dan iv d. semua di atas 2. Berasal daripada perkataan Latin Merupakan hak mutlak yang harus dimiliki Sejajar dengan tatasusila Merupakan tatahukum .

Ciri-ciri di atas adalah mengenai a. ethos b. mores c. kemoralan d. ethis 3.

ialah satu instrumen masyarakat secara keseluruhan untuk memimpin individu dan kumpulan kecil dalam kehidupan mereka. Ia juga memerlukan individu atau kumpulan kecil mengikutinya. a. Kemoralan b. Motif c. Keadilan d. Nilai

4. Berikut merupakan pernyataan normatif dengan pertimbangan moral: a. Anda perlu menjadi seorang guru yang berdedikasi. b. Saya tidak memberus gigi dengan cara yang betul. c. Kehidupannya tidak bahagia. d. Kereta itu elok.

Halaman 2 daripada 10

MPW 1153 Pendidikan Moral Peperiksaan Akhir Semester, Julai 2012 Set A

5. Deontologi bermaksud a. matlamat b. kewajipan c. akibat d. kebahagiaan 6.

Seseorang kanak-kanak yang diajar tentang nilai bersopan santun akan bertutur dengan cara yang bersopan dan berkelakuan baik, hanya jika kanak-kanak itu dapat memahami dan menghayati nilai yang dipelajarinya. Contoh di atas dapat menerangkan nilai dari aspek a. Intrinsik b. Aritmetik c. Altruisme d. Utiliti .

7. Berikut ialah pelaksanaan cabaran keempat Wawasan 2020 oleh kerajaan Malaysia. a. Mewajibkan semua rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun untuk mengundi b. Mewajibkan subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam di semua sekolah c. Mewajibkan semua rakyat mematuhi undang-undang jalan raya d. Mewajibkan semua rakyat memakai topi keledar untuk memandu motosikal 8. Seseorang yang mengikuti prinsip kewajipan akan a. memilih dengan bebas. b. membuat keputusan yang tetap. c. mengikut peraturan. d. memaksimumkan kebahagiaan. 9. Ajaran Confusius terkandung dalam buku-buku yang dikenali sebagai Empat Buku. a. Dua Klasik b. Tiga Klasik c. Empat Klasik d. Lima Klasik 10. Pilih contoh pertimbangan Aretaik bukan moral. a. Demokrasi ialah bentuk kerajaan yang terbaik. b. Siti perlu membeli kasut baru. c. Pelajar digalakkan tidur awal. d. Calon wajib membaca soalan dengan teliti. dan

Halaman 3 daripada 10

MPW 1153 Pendidikan Moral Peperiksaan Akhir Semester, Julai 2012 Set A

11. Berikut ialah ciri-ciri nilai objektif kecuali: i. Kualiti baik atau buruk yang bebas dari pandangan peribadi atau pihak yang tertentu ii. Diterima atau ditolak berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui oleh semua atau kebanyakan orang iii. Diterima atau ditolak mengikut pandangan seseorang individu iv. Ia adalah berbeza-beza antara masyarakat dan boleh berubah mengikut masa a. i dan ii b. ii dan iii c. iii dan iv d. semua di atas 12. Kehidupan sosial masyarakat adalah dipengaruhi oleh undang-undang, adat resam dan komunikasi di antara individu dalam masyarakat. Pernyataan ini merujuk kepada Teori . a. Keperibadian mulia b. Kemoralan sosial c. Teleologikal d. Teori Deontologikal 13. Nilai kejiranan berbeza dari segi intensitinya bagi masyarakat di kampung dengan yang di bandar. Tetapi asas nilai kejiranan memang wujud di kalangan mereka dan stabil dalam kehidupan mereka. Contoh di atas boleh dipadankan dengan penerangan ini. a. Nilai boleh digambarkan dengan gerak-geri. b. Kadang-kadang nilai boleh berubah dari semasa ke semasa. c. Nilai mempunyai kesan terhadap personaliti. d. Nilai membenarkan kita mengetahui apa yang boleh dibuat. 14. Kualiti yang diterima atau ditolak sebagai alat mencapai sesuatu matlamat Bergantung pada nilai lain untuk mencapai matlamat Contoh: mengenakan hukum gantung kepada pengedar dadah bagi menghapuskan kegiatan pengedaran dadah .

Ciri-ciri di atas adalah mengenai jenis bentuk nilai yang dikenali sebagai a. Objektif b. Relatif c. Instrumental d. Intrinsik
Halaman 4 daripada 10

MPW 1153 Pendidikan Moral Peperiksaan Akhir Semester, Julai 2012 Set A

15. Ciri-ciri nilai yang bersifat absolute atau mutlak ialah seperti berikut: i. Bersifat universal ii. Bersifat spesifik iii. Kekal sepanjang masa iv. Terbukti sebagai baik atau buruk a. i dan ii b. i, iii dan iv c. ii dan iii d. Semua di atas 16. Bersimpati dengan seorang bayi yang menghidap Leukemia mengandungi elemen dimensi moral seperti . i. penaakulan moral ii. perasaan moral iii. perlakuan moral iv. pemahaman moral a. ii sahaja b. ii dan iii c. iii dan iv d. Semua di atas

17. Sesuatu sikap atau perbuatan yang menyenangkan orang lain, memanfaatkan dan prihatin terhadap orang lain. Belas kasihan, simpati, menghargai dan mengambil berat tentang kebajikan orang lain. Penerangan di atas adalah mengenai a. keadilan b. situasional c. altruisme d. dilema sosial 18. Berikut ialah jenis-jenis konflik kecuali: a. konflik di antara manusia b. konflik di antara nilai c. konflik di antara satu hak dengan yang lain d. konflik di antara konsep .

Halaman 5 daripada 10

MPW 1153 Pendidikan Moral Peperiksaan Akhir Semester, Julai 2012 Set A

19. Berikut merupakan ciri-ciri masyarakat birokratik: i. Peraturan ditetapkan oleh autoriti ii. Memerlukan peraturan khas untuk mengawal ahlinya iii. Memerlukan nasihat untuk mengawal tindakan iv. Orang lain di bawah jagaan perlu mematuhinya a. i dan ii b. i, ii dan iv c. iii dan iv d. semua di atas 20. Berikut ialah proses yang terlibat dalam strategi analisis nilai Fraenkal dan Coomb: i. Meninjau kesan-kesan yang mungkin terjadi ii. Mengutamakan nilai yang paling asas iii. Menjaga perasaan dan kebajikan orang yang terlibat iv. Mementingkan akibat keseluruhan a. i dan ii b. ii, iii dan iv c. i, iii dan iv d. semua di atas 21. Melakukan sesuatu tindakan dengan kesan tindakan yang boleh membawa keseronokan atau memanfaatkan banyak orang. Prinsip ini adalah berkaitan dengan prinsip . a. Utilitarianisme b. Egoisme c. Kemoralan sosial d. Kewajipan 22. Berikut ialah peringkat yang terlibat dalam strategi pencairan masalah: i. pembinaan alternatif bagi mengelakkan masalah ii. merancang sesuatu dengan lebih rapi iii. tindakan yang memuaskan hati kedua pihak iv. menyusun pangkat mengikut kepentingan a. i dan ii b. ii, iii dan iv c. i, iii dan iv d. i, ii dan iii 23. Teori merangkumi pantang larang masyarakat dalam menjaga kerukunan sosial. a. Deontologikal b. Teleologikal c. Kemoralan sosial d. Keperibadian mulia
Halaman 6 daripada 1

MPW 1153 Pendidikan Moral Peperiksaan Akhir Semester, Julai 2012 Set A

24. Perkara-perkara yang disandarkan pada perkataan, perbuatan, tingkah laku, akhlak serta pengakuan Rasulullah dikenali sebagai . a. Al-Quran b. Hadis c. Iman d. Akidah 25. Sesuatu yang baik tanpa syarat dalam sesuatu tindakan yang dijelaskam oleh Immenual Kant adalah mengenai konsep . a. Perintah mutlak b. Tekad baik c. Eksistensialisme d. Relativisme 26. Peraturan-peraturan berasaskan akibat atau tujuan yang dibawa oleh mereka. Mengatakan bahawa nilai betul atau salah bergantung kepada kesan sesuatu perbuatan. Sesuatu tindakan atau perbuatan perlu dilakukan sekiranya ia membawa lebih banyak kebaikan atau bertujuan membawa lebih banyak kebaikan daripada keburukan. .

Ciri-ciri di atas menerangkan tentang teori a. Deontologikal b. Kemoralan sosial c. Teleologikal d. Utilitarianisme

27. Dalam teori keperibadian mulia, pembentukan keperibadian adalah unsur secara beransur-ansur seperti berikut: a. Kanak-kanak mematuhi peraturan untuk mengelakkan hukuman. b. Remaja mematuhi peraturan untuk mengelakkan denda. c. Dewasa mematuhi peraturan kerana memahami implikasi sahaja. d. Orang tua mematuhi peraturan untuk kebaikan. 28. Prinsip peraturan sosial yang distrukturkan kepada empat kelas sosial dikenali sebagai . a. Upanishad b. Dharma c. Varna d. Dukkha

Halaman 7 daripada 10

MPW 1153 Pendidikan Moral Peperiksaan Akhir Semester, Julai 2012 Set A

29. Berikut ialah interpretasi tentang roh yang dipercayai oleh penganut Kristian iaitu manusia mempunyai roh . i. perasaan ii. tumbesaran iii. intelektual iv. kemahiran a. i dan ii b. ii, iii dan iv c. i, ii dan iii d. semua di atas 30. Kitab Suci bagi penganut agama Sikh dikenali sebagai a. Guru Grant Sahib Ji b. Guru Nanak c. Guru Gobind Singh d. Panj Piare .

Halaman 8 daripada 10

MPW 1153 Pendidikan Moral Peperiksaan Akhir Semester, Julai 2012 Set A

Bahagian B/Struktur [30 Markah] Jawab SEMUA soalan di bahagian ini pada kertas jawapan yang disediakan. 1. Huraikan maksud egoisme psikologi dan egoisme etika. (3 Markah) 2. Nyatakan satu kelemahan bentuk etika situasional secara ringkas. (3 Markah) 3. Tuliskan satu contoh kelakuan tidak bermoral yang dapat anda lihat semasa anda makan di kantin sekolah. (3 Markah) 4. Huraikan kefahaman anda mengenai proses interiorized. (3 Markah) 5. Apakah yang anda faham tentang aliran pemikiran rasional? (3 Markah) 6. Prinsip Utilitarianisme adalah sebahagian daripada teori teleologikal dalam subjek Pendidikan Moral. Huraikan prinsip Utilitarianisme dengan ringkas. (3 Markah) 7. Konflik sering terjadi dalam kehidupan seseorang manusia. Huraikan satu faktor berlakunya konflik dalam kumpulan. (3 Markah) 8. Jika anda telah menjemput rakan anda yang beragama Islam ke majlis hari jadi anda, anda perlu sediakan makanan halal untuk mereka. Huraikan kefahaman anda mengenai makanan halal menurut agama Islam. (3 Markah) 9. Nyatakan satu contoh tindakan yang telah diambil oleh kerajaan Malaysia untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dalam negara kita. (3 Markah) 10. Kegiatan ragut semakin berleluasa pada masa kini sehingga membahayakan keselamatan anggota masyarakat. Huraikan satu langkah yang boleh diambil oleh anggota masyarakat untuk mengelakkan berlakunya masalah sosial ini. (3 Markah)
Halaman 9 daripada 10

MPW 1153 Pendidikan Moral Peperiksaan Akhir Semester, Julai 2012 Set A

Bahagian C/Esei [10 Markah] Jawab SATU soalan di bahagian ini pada kertas jawapan yang disediakan. 1. Salah satu fenomena yang menjadi duri dalam masyarakat Malaysia ialah masalah keruntuhan akhlak remaja. Bincangkan contoh-contoh keruntuhan akhlak remaja masa kini dan berikan langkah-langkah yang boleh diambil oleh kita untuk menangani jenayah tersebut. (10 Markah) 2. Media massa merupakan ejen maklumat bagi rakyat Malaysia. Namun remaja masa kini sering menyalahgunakan media massa untuk kepentingan diri. Huraikan peranan media massa kepada remaja dan kesan-kesan penyalahgunaan media massa yang membawa keburukan kepada remaja. (10 Markah) 3. Agama Sikh merupakan salah satu agama yang di amalkan oleh masyarakat di Malaysia. Huraikan perkara-perkara asas yang menjadi kepercayaan penganut agama Sikh. Bincangkan keperibadian mulia menurut agama Sikh yang telah anda pelajari dalam subjek Pendidikan Moral. (10 Markah) KERTAS SOALAN TAMAT
Disediakan oleh Muhamad Izzwandy B. Mamat Centre for Pre-University Studies

Halaman 10 daripada 10

You might also like