You are on page 1of 20

E2001/UNIT5/1

PENCAWANG













Objektif am : Mempelajari dan memahami jenis-jenis pencawang, peralatan pencawang,
pencawang utama 33/11 kV, pencawang pengagihan 11 kV/415V dan jenis-
jenis serta susunan basbar.


Objektif khusus :


Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-


1. Melakar dan melabel satu litar pencawang pengagihan 11 kV/415V.

2. Membincangkan kelebihan dan keburukan pencawang dalam bangunan dan di luar
bangunan.

3. Menyanaraikan jenis-jenis susunan basbar.

4. Melakar dan melabelkan rajah garis tunggal jenis-jenis basbar.

5. Melakar gambarajah susunatur sistem pembumian untuk sebuah pencawang agihan
(voltan rendah 11 kV/415V).

SUBSTATION
OBJEKTIF
E2001/UNIT5/2


PENCAWANG












5.0 Pencawang Pengagihan

Setelah kita mengenalpasti peranan dan susunatur pencawang penghantaran.
Dalam input ini pulakita akan mengenalpasti peranan dan susunatur pencawang
pembahagian .Sebenarnya lah pencawang yang menerima dan mengubahkan voltan yang
disampaikan oleh pencawang penghantaran 11 kV kepada 415V bagi 3- fasa dan kepada
240V bagi satu fasa yang diturunkan oleh alatubah. Pencawang pengbahagian juga boleh
dibahagikan kepada dua:-

a. Pencawang dalam bangunan.
b. Pencawang luar bagunan.

Penyusunan peralatan dalam pencawang adalah bergantung kepada jenis
pencawang yang digunakan samada pencawang berbangunan atau pencawang tanpa
bangunan.


5.1 Pencawang Pengagihan 11kV/415 V

Pencawang pengagihan 11kV/415V merupakan lanjutan daripada pencawang
utama. Pemasangan pencawang pengagihan mengikut piawaian sekurang-kurangnya
mempunyai peralatan suis 11kV, pengubah penurun 11kV/415 dan peralatan fius atau
peralatan voltan rendah. Merujuk kepada Rajah 5.1, menggambarkan garis tunggal
pencawang pengagihan 11kV/415V. Merujuk kepada rajah ini dapat kita pahafami
pengaliran tenaga elektrik bermula daripada penyuap 11kV yang dibekalkan daripada
basbar 11kV. Penyuap ini terdiri daripada pemutus litar voltan rendah, pengubah arus,
pengubah penurun 11kV/415V dan peralatan suis yang lain atau pengasing jenis OLU.
Kemudian kadaran voltan 415V, sebagai bekalan utama voltan rendah diagihkan kepada
penguna melalui sistem satu fasa talian atas 240V dengan perlindungan suis yang terdapat
di tiang talian atas ataupun pada rumah-rumah pengguna.






PENCAWANG PENGAGIHAN
E2001/UNIT5/3


PENCAWANG






























5.3 Pencawang Berbangunan dan Tanpa Bangunan

Pencawang boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu pencawang berbangunan dan
pencawang tanpa bangunan. Pencawang berbangunan dan pencawang tampa bangunan
dapat diperhatikan seperti Rajah 5.2 (a) dan Rajah 5.2 (b). Kebaikan dan keburukan
pencawang berbanguna dan tanpa bangunan boleh dibincangkan merujuk kepada faktor-
faktor seperti berikut;

11KV Basbar
11 KV / 415 V
Pengubah
Pengubah Arus

Pemutus Litar

S W
No. 1 No. 2
415 / 240 V
Rajah 5.1 Litar garis tunggal pencawang pengagihan 11kV/415V

E2001/UNIT5/4


PENCAWANG




















(a) Pencawang Berbangunan (I ndoor sub-station)

Pencawang berbangunan mempunyai keupayaan terhad kepada 1000KVA untuk nilai
tiap-tiap bilik alatubah. Pencawang ini biasa diletakkan dalam Bandar, kilang-kilang,
bangunan dan lain-lain lagi.

(b) Pencawang Tanpa Bangunan (outdoor sub-station)

Pencawang tanpa bangunan boleh dibahagikan pula kepada dua jenins iaitu : (i)
pencawang berpagar dan (ii) pencawang atas tiang. Pencawang berpagar biasanya
diletakkan dalam kawasan lombong, kilang-kilang dan tempat yang jauh dari Bandar.
Keupayaan bagi pencawang atas talian ialah 100kVA.

Semua pencawang penghantaran boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:-

i). Bahagian memasang perkakasuis 275kV atau 66kV. Bahagian ini diletakkan di
luar bangunan (outdoor).
ii). Bahagian memasang suis-suis 33kV atau 11kV. Bahagian ini diletakkan di dalam
bangunan (indoor). Di dalam bangunan juga dipasang panel-panel seperti panel
geganti, panel kendalian, pengecas bateri dan papan agihan. Semua pencawang
penghantaran mesti dipagar.





Rajah 5.2 (a) : Pencawang berbangunan Rajah 5.2 (b) : Pencawang tanpa
bangunan
E2001/UNIT5/5


PENCAWANG




5.3.1 Kebaikan dan Keburukan Pencawan Berbangunan dan Tanpa Bangunan.

i). Harga Pemasangan

Pencawang berbangunan memerlukan kos yang lebih tinggi
berbanding pencawang luar bangunan. Ini kerana keperluhan bahan-bahan
binaan seperti konkrit dan keluli sangat banyak berbanding pencawang luar
bangunan. Kos pembinaan ini semangkin meningkat bergantung kepada
keupayaan pencawang yang diperlukan dalam sistem pengagihan. Manakala
pencawang luar bangunan hanya memerluka ruangan yang kecil dan berpagar
serta sedikit keluli dan konkrit bagi meletakan perkakasan voltan tinggi yang
diperlukan.

Oleh kerana pemasangan peralatan voltan tinggi dalam bangunan, ini
menyukarkan kerja-kerja penyelenggaraan dan juga penambahan keupayaan
pencawang, akibatnya kos perlaksanaan kerja-kerja tersebut akan meningkat
juga berbanding kos penyelenggaraan dan penambahan pada lapangan suis
pencawang luar bangunan. Walaubagaimanapun oleh kerana pengaruh daripada
kekerapan perubahan suhu, habuk dan endapan kotor pada peralatan pencawang
luar, ini memerlukan peralatan yang hendak dipasang padanya direkabentuk
khas agar perkhidmatan yang diberikan oleh pencawang luar adalah baik ,ini
akan mengakibatkan kos pembinaan tinggi.


ii). Kebisingan dan Gangguan

Pencawang berbangunan adalah lebih senyap berbanding pencanwang
luar bangunan ini kerana kebisingan yang dihasilkan daripada pengubah dan
peralatan lain tidak tersebar ke luar dan ianya terperangkap dalam kawasan
bangunan sahaja. Bagi pencawang luar bagunan kebisingan pengubah dan
peralatan lain akan tersebar pada sekitarnya dan ini dapat dirasakan apabila kita
melalui kawasan-kawasan pencawang luar bangunan.

Oleh kerana perkakasan suis dan voltan tinggi terletak dalam banguna
ini akan menajamin keselamatan peralatan, terutama daripada gangguan
sambaran kilat, hujan, salji dan ribut. Manakala pencawang luar bangunan pulah
terdedah dengan bahaya persekitan seperti sambaran kilat dan perubahan suhu
termasuklah juga habuk dan dan mendapan kotor. Boleh dikatakan pencawang
dalam bangunan adalah lebih selamat berbanding pencawang luar bangunan.






E2001/UNIT5/6


PENCAWANG






UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT
SELANJUTNYA! SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA
MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

5a-1 Lengkapkan rajah garis tunggal pencawang utama pada rajah 1, dengan melukiskan
simbol-simbol peralatan yang sesuai pada rajah tersebut dan labelkan bahagian yang
bertanda 5a1-1.1, 5a1-2 dan 5a1-3.






































33 kV Pengasing
Gandingan

33 kV Pengasing
Gandingan
MVA, 33/11 kV
Pengubah
Pengubah Arus
C.T
Pemutus Litar
(C.B)
5a1-2
33 kV Suis Pengasing
Gandingan
5a1-1
5a1-3

Pengubah
Arus

Pemutus Litar

Rajah 5a-1






E2001/UNIT5/7


PENCAWANG


5a-2 Pencawang pengagihan sekurang-kurang mempunyai?.
a.
b.
c.

5a-3 Berdasarkan penyataan yang di berikan di bawah tandakan jawapan pilihan anda dipetak
yang disediakan samada BETUL [B] atau SALAH [S].

a. Pencawang luar bangunan boleh dibahagikan kepada pencawang berpagar
dan atas tiang. [B] [S]
b. Keupayaan pencawang atas talian tidak melebihi 100kVA [B] [S]
c. Pemasangan pencawang berbangunan memerlukan kos yang rendah
berbanding pemasangan pencawang luar bagunan. [B] [S]
d. Pencawang luar bangunan memerlukan ruang yang kecil berbanding
pencawang berbangunan bagi kendalian keupayaan kVA yang sama. [B] [S]
e. Pencawang berbangunan lebih senyap berbanding pencawang luar
bangunan. [B] [S]
f. Pencawang berbangunan kurang selamat berbanding luar bangunan dari
segi gangguan dan kilat. [B] [S]

































E2001/UNIT5/8


PENCAWANG







SYABAS!!!
KERANA ANDA TELAH MENCUBA

5a-1;
Rujuk jawapan anda pada Input-2 (Unit 5 /10)
5a1-1 Basbar 33 kV
5a1-2 Basbar 11 kV
5a1-3 Keluaran ke penyuap

5a-2:
a. Pengubah penurun 11kV/415
b. Peralatan suis 11 kV
c. Peralatan fius voltan rendah

5a-3:
a.
b.
c.
d.
e.
f.























Betul
Betul
Salah
Betul
Betul
Salah
E2001/UNIT5/9


PENCAWANG











5.4 Basbar
Basbar digunakan sebagai alat perantaraan yang menghubungkan pelbagai
peralatan elektrik yang terdapat di dalam pencawang. Penyusunan basbar dalam pencawang
pula bergantung kepada keperluan pengagihan tenaga elektrik di sesuatu kawasan. Rajah
4.10 menunjukkan contoh sebuah pencawang pendua beserta perkakasansuis yang terdapat
dalam bangunan. Penyusunan basbar dalam sesebuah pencawang yang biasa dilakukan
adalah seperti berikut:-

5.4.1 Basbar tunggal
5.4.2 Basbar pendua
5.4.3 Basbars gelang


















5.5 Kendalian Basbar

Setiap basbar seperti yang disenaraikan pada sub-tajuk 5.4.1hingga 5.4.3
mempunyai cara kendalian yang berbeza antara satu dengan yang lain. Kendalian setiap

Rajah 5.3 Menunjukkan basbar pendua beserta
perkakasan suis dalam pencawang.
PENCAWANG PENGAGIHAN
E2001/UNIT5/10


PENCAWANG

basbar ini bergantung kepada penyusunan basbar pada sistem talian penghantaran di mana ia
ditempatkan. Kendalian setiap basbar ini boleh difahami melalui penerang seperti berikut.


5.5.1 Basbar Tunggal

Basbar tunggal boleh di susun seperti pada rajah 5.4, dengan setiap basbar
yang digunakan lengkap dengan stesen jana kuasa. Basbar ini di sambung pada
kesemua penjana, pengubah dan penyuap melalui pemutus litar dan suis pengasing
(suis pepisau dalam bentuk udara atau minyak). Penyediaan pengasing regu dalam
sistem ini adalah untuk memeriksa kemungkinan berlaku balikkan dalam sistem.
Masalah yang berlaku dalam sistem penyambung basbar jenis ini, ketika proses
penyelenggaraan hendak dilakukan pada basbar.

Ini kerana kesemua sistem perlu dibekalkan tenaga semula selepas proses
penyelenggaraan berlaku. Kecuali kerosakan berlaku pada mana-mana pemutus litar
ia juga menyebabkan berlaku penutupan pada sistem kuasa. Walaubagaimanapun
sumber kuasa boleh dibekalkan semula kepada penyuap yang lain setelah pemutus
litar yang mengalami kerosakan diasingkan dari basbar dengan menggunakan suis
pengasing setelah basbar diberikan tenaga semula.





























Rajah 5.4 Basbar tunggal
G
1
G
2
Penyuap
no. 1
Penyuap
no. 2
Penjana
Basbar 11 KV

Pengubah

Pengasing
Pemutus
Litar
E2001/UNIT5/11


PENCAWANG

5.5.2 Basbar Pendua

Kawasan yang mempunyai penduduk yang padat, biasanya melibatkan
banyak aktiviti yang menggunakan tenaga elektrik, oleh yang demikian pembinaan
pencawang yang besar dikawasan ini adalah lebih ekonomi. Walaubagaimanapun
jika berlaku kerosakan pada pencawang ini, ia akan menyebabkan perkhidmatan
kepada penggunakan akan terganggu keseluruhannya
Bagi mengatasi masalah ini, pencawang tersebut hendaklah menggunakan dua
basbar yang disambung secara regu seperti Rajah 5.5 Sistem seperti ini terdiri
daripada dua basbar pendua yang mana ia dipisahkan dengan menggunakan pemutus
litar beserta suis pengasing.

Apabila berlaku kerosakan yang tidak dijangka pada salah satu basbar,
bekalan kuasa masih lagi dapat dibekalkan kepada pengguna dengan menggunakan
basbar yang satu lagi. Ini dapat dilakukan dengan membuka pemutus litar basbar
regu dan kemudian membuka suis pengasing yang menghubungkan talian ke
penyuap dengan basbar yang rosak setelah pemutus litar ke penyuap di matikan.

Pemeriksaan kedua-dua basbar juga boleh dilakukan dengan membuka
pemutus litar basbar regu. jika kedua basbar atau suis pengasing hendak diperiksa,
memutus litar basbar regu hendaklah di tutup terlebhi dahulu, kemudian kesemua
suis disebelah kanan ditutup dan kesemua suis disebelah kiri dibuka, dan akhirnya
pemutus litar basbar regu dibuka. Dengan cara ini pertukaran basbar utama kepada
basbar simpanan diperolehi dengan tidak menggangu bekaln.
























Penyuap
no. 1
Penyuap
no. 2
Penjana
Basbar 11 KV

Pengubah

Pengasing
Pemutus
Litar
G
1
G
2

Utama
Simpanan
Basbar
Gandingan
Rajah 5.5 Basbar pendua
E2001/UNIT5/12


PENCAWANG


5.5.3 Basbar Gelang (Ring Basbar)

Sistem basbar gelang dapat meliputi kawasan sekeliling sumber bekalan
yang mana semua beban disambung kepadanya. Merujuk kepada rajah 5.6, setiap
penyuap mendapat bekalan kuasa daripada dua sumber yang berlainan, maka apabila
berlaku kerosakan pada mana-mana bahagian basbar bekalan kuasa tidak akan
terganggu atau dengan kata lain bekalan kuasa akan sentiasa dapat dibekalkan pada
mana-mana penyuap. Penyusunan basbar sebegini memberikan kemudahan yang
banyak kepada keseluruhan sistem, di samping kos pemasang pemutus litar yang
diperlukan jumlahnya adalah hampir sama seperti yang terdapat pada basbar tunggal.





















5.6 Kebaikan dan Keburukan Basbar


5.6.1 Basbar Tunggal

Kebaikan :

- Penyusunan basbar bagi sistem ini adalah mudah terutama bagi kos
penyelenggaraan, operasinya mudah dan mempunyai sistem geganti yang
mudah

Pengubah

Pengasing
Penyuap
Rajah 5.6 Basbar gelang
Penjana
G
1
G
2
Penyuap
Penyuap Penyuap
Pemutus Litar
E2001/UNIT5/13


PENCAWANG



Keburukan :

- Penyusunan basbar sebegini, jika berlaku kerosakan kesemua bekalan
kuasa akan terganggu.


5.6.2 Basbar Pendua (Gandingan)

Kebaikan :

- Menjamin bekalan kuasa berterusan, sekiranya berlaku kerosakan pada salah
satu basbar bekalan kuasa boleh disalurkan melalui basbar simpanan.

- Kerja-kerja penyelanggaran dan pembaikan basbar dapat dilakukan tampa perlu
menganggu bekalan ke pengguna, dengan menggunakan basbar simpanan.

- Litar masukan dan beban boleh diasingkan kepada dua kumpulan sekiranya
diperlukan.

- Pengujian pemutus litar pada setiap penyuap boleh dilakukan dengan
mengalirkannya kepada basbar simpanan dan ini tidak menganggu basbar utama.

Keburukan :

- Kos pembinaan sistem basbar ini adalah mahal.


5.6.3 Basbar Gelang

Kebaikan :

- Penyuap boleh mendapat sumber kuasa daripada dua bahagian yang berlainan.
- Kerosakan pada mana- mana basbar tidak menganggu aliran bekalan kuasa kepada
mana-mana penyuap.
- Penyelenggaraan dan pembaikan basbar boleh dilakukan bila-bila masa tampa
menjejaskan pengaliran kuasa elektrik kepenyuap.

Keburukan :

- Membuka mana-mana bahagian pemutus litar boleh menyebabkan lebihan beban
pada talian, sebabnya kuasa boleh mengalir hanya pada satu arah sahaja.
- Bagi sistem ini penambahan talian baru adalah sukar




E2001/UNIT5/14


PENCAWANG


5.8 Susunatur Sistem Pembumian Pencawang Agihan (Voltan Rendah 11kV/415V)

Pembumian di dalam sesebuah pencawang pembahagian dijalankan bila semua
pemasangan perkakasuis unit peyambung minyak (OLU) dan unit suis berkeupayaan tinggi
(HFU), papan agihan voltan rendah, pengubah dan penyambung kabel telah diselesaikan
lihat Rajah 5.7 .Tujuan pembumian ialah untuk mendapat keterusan arus yang baik bila
berlakunya kebocoran elektrik pada pencawang.





























Pembumian ini dibuat pada semua rangka logam seperti OLU dan HFU,
pengubah dan papan agihan voltan rendah. Semua rangka logam ini dibumikan dengan
menggunakan jalinan tembaga (copper stripe) berukuran 1 x 1/8 inci yang diikatkan dengan
nat disekeliling bangunan pencawang dan bahagian rangkah logam. Di samping itu ia juga
menyambungkan perkakasuis, alatubah, dan papan agihan voltan rendah kepada
pembumian utama. Satu lagi pembumian pada punca neutral di sesendal (bushing) voltan
rendah dalam alatubah tersebut. Jalinan tembaga yang diikat di sekeliling bangunan
pencawang itu akan disambungkan ke paip keluli melalui dawai umbang
(galvani 7/10 SWG).



R
Y
B
OLU OLU
H
F
U
Pengubah
Penurun
Papan Agihan
Voltan Rendah
Paip Keluli
(10 -20 kaki)
Jalur Tembaga
(1 x 1/8)
Pembumian Berasingan bagi Neutral
Pengubah Pengawal
Dawai Umbang
(Galvani 7/10)
Rajah 5.7 Pembumian di pencawang secara ringkas
E2001/UNIT5/15


PENCAWANG

Parit dikorek sedalam lebih kurang 10 kaki (3.08m). kemudian paip keluli di
tanam dengan cara menghentak tukul penghentak kepada paip. Jarak antara dua paip keluli
yang di tanam itu hedaklah dua kali pajang paip keluli ynag digunakan. Contohnya jika
panjang keluli yang digunakan ialah 8 kaki (2.46m), maka jarak antara dua papip keluli
ialah 16 kaki (4.92m). setelah pembumian selamat dijanlankan, ujian rintangan bumi
dilakukan dengan menggunakan Megger Earth Tester. Nilai dari jangka mestilah 3 ohm
kebawah.































E2001/UNIT5/16


PENCAWANG



UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT
SELANJUTNYA! SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA
MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

5b-1 Senaraikan TIGA (3) jenis basbar yang biasa digunakan pada stesen pencawang.

a.

b.

c.

5b-2 Berdasarkan penyataan yang di berikan di bawah tandakan jawapan pilihan anda dipetak
yang disediakan samada BETUL [B] atau SALAH [S].

a. Penyusunan basbar bagi sistem tunggal adalah mudah terutama
bagi kos penyelenggaraan, operasinya mudah dan mempunyai sistem
geganti yang mudah. [B] [S]
b. Penyusunan basbar dengan cara sistem tunggal jika berlaku kerosakan
tidak semua kerosakan terganggu dan boleh berkendali seperti biasa. [B] [S]
c. Penyusunan basbar bagi sistem pendua menjamin bekalan kuasa
berterusan, sekiranya berlaku kerosakan pada salah satu basbar
bekalan kuasa boleh disalurkan melalui basbar simpanan. [B] [S]
d. Penyusunan basbar bagi sistem pendua tidak membolehkan
kerja-kerja penyelanggaran dan pembaikan basbar kerana
menyebabkan keseluruhan sumber tenaga kepada pengguna terganggu. [B] [S]
e. Penyusunan basbar dengan cara gelang membolehkan penyuap
mendapat sumber kuasa daripada dua bahagian yang berlainan. [B] [S]
f. Penyusunan basbar dengan cara gelang membolehkan penyelenggaraan
dan pembaikan basbar boleh dilakukan bila-bila masa tampamenjejaskan
pengaliran kuasa elektrik kepenyuap. [B] [S]
g. Membuka mana-mana bahagian pemutus litar pada sistem basbar
gelang boleh menyebabkan lebihan beban pada talian, sebabnya
kuasa boleh mengalir hanya pada satu arah sahaja. [B] [S]
h. Penyusunan basbar pendua memerlukan kos yang rendah berbanding
basbar tunggal. [B] [S]

5b-3 Merujuk rajah 2 merupakan sebuah basbar yang biasa digunakan di stesen pencawang,
namakan jenis basbar ini dan seterusnya lengakapkan rajah garis tunggal tersebut dengan
meletakan simbol-simbol yang seharusnya terdapat pada basbar ini.





E2001/UNIT5/17


PENCAWANG





















5b-4 Merujuk Rajah 5b-2 merupakan sebuah susunatur sistem pembumian pencawang agihan,
labelkan bahagian-bahagian yang ditandakan 5b4-1 hingg 45b4-6.
























Penyuap
no. 1
Penyuap
no. 2
Penjana


Pengubah

Pengasin
g
Pemutus
Litar
G
1
G
2
Utama
Simpanan
Basbar
Gandingan
Rajah 5b-1

R
Y
B
5b4-2

5b4-6

5b4-3
5b4-4

5b4-5
Pembumian Berasingan bagi Neutral
Pengubah Pengawal
5b4-1
Rajah 5b-2
E2001/UNIT5/18


PENCAWANG





SYABAS!!!
KERANA ANDA TELAH MENCUBA


5b-1:
a Basbar tunggal
b. Basbar gandingan (pendua)
c. Basbar gelang

5b-2:
a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.

5b-3:
Lihat Input-3 (Unit 5/17)

5b-4:
5b4-1 Betul dawai umbang (Galvani 7/10)
5b4-2 OLU (Oil link unit)
5b4-3 Papan agihan voltan rendah
5b4-4 Dawai umbang (Galvani 7/10)
5b4-5 Betul jalur tembaga (1 x 1/8)
5b4-6 BetulPengubah penurun



Betul
Salah
Betul
Salah
Betul
Betul
Betul
Salah
E2001/UNIT5/19


PENCAWANG






Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian
kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.
Jika soalan tidak diberikan, sila barbingcang dengan pensyarah anda.
Selamat mencuba semoga berjaya !!!


SOALAN 5-1

Sistem pengagihan tenaga elektrik biasanya memerlukan pencawang bagi membolehkan tenaga
elektrik diagihkan mengikut permintaan beban pengguna. Lukiskan satu litar tunggal bagi
pencawang pengagihan 11 kV/415 V membekalkan rajah litar gelang, rajah hendaklah
mengandungi:-

i). Peralatan suis 11kV
ii). Pengubah penurun 11kV/415 V
iii).Peralatan fius atau peralatan suis voltan rendah.


SOALAN 5-2

Terangakan kebaikan dan kekurang pencawang luar bangunan berbanding pencawang dalam
bangunan dari segi:-

a. Harga
b. Kebisingan dan gangguan

SOALAN 5-3

Pengagihan tenaga elektrik yang berkesan dan kurang ganguaan bergantung kepada pemilihan
jenis basbar yang digunakan pada stesen penacawang.

(a) Senaraikan tiga jenis basbar yang biasa digunakan dalam sistem pengagihan tenaga elektrik.
(b) Berpandukan soalan 4-5(a) lukiskan rajah garis tunggal bagi palang tersebut.
(c) Merujuk pada rajah bagi setiap basbar pada soalan 4-5(b) terangkan kendaliannya
(d) Terangakan kelebihan dan kekurangan bagi setiap palang bas pada soalan 4-5(a)

SOALAN 5-4

Lukiskan gambarajah susunatur sistem pembumian untuk sebuah pencawang pengagihan
(voltan rendah 11kV/415V).

E2001/UNIT5/20


PENCAWANG




CADANGAN :

Untuk memudahkan pelajar lebih memahami modul ini, buatlah lawatan ke
stesen-stesen pencawang yang berdekatan atau memberikan pelajar latihan
dengan membuat model-model pencawang dan basbar.







Adakah anda telah mencuba dahulu ?
Jika YA syabas!!!, sila semak jawapan anda, bagi jawapan yang
tidak diberikan sila berjumpa dengan pensyarah anda.


J.5-1 Sila rujuk Unit 4/ 13

J.5-2 Sila rujuk Unit 4/ 16

J.5-3
a. i). Basbar tunggal
ii). Basbar pendua
iii). Basbar gelang
b. Sila rujuk Unit 4/ 21-23
c. Sila rujuk Unit 4/ 21-23
d. Sila rujuk Unit 4/ 23-24

J.5-4 Sila rujuk Unit 4/ 25

You might also like