You are on page 1of 10

ELM 3103

AISHAH BT ASHAARI PPG MTE-5N

Pentaksiran Pendidikan Moral di Sekolah Rendah


Mata pelajaran pendidikan Moral diajar di sekolah rendah merupakan satu
usaha untuk membentuk insan yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh
menyumbang ke arah keharmonian . Untuk merealisasikan hasrat ini, guru-guru
melaksanakan pelbagai langkah dalam pengajaran dan pembelajaran.
langkah

yang

diambil

ialah

dengan

melaksanakan

pentaksiran

Antara
semasa

pembelajaran Pendidikan Moral di sekolah.


Definisi
Menurut Salvia dan Yseldyke (1978), pentaksiran boleh didefinisikan sebagai
proses pengumpulan data dengan tujuan untuk mengenalpasti dan mengesan
masalah pelajar serta untuk membuat keputusan.

David Lambert dan David Lines

(2000) mentakrifkan pentaksiran sebagai satu proses pengumpulan, menterjemah,


merekod dan menggunakan maklumat mengenai respon murid terhadap tugasan
mereka.

Mokhtar Ismail (2009) menyatakan bahawa pentaksiran adalah satu

proses yang dapat mengesan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.


Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) mendefinisikan pentaksiran sebagai
suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul,
merekod, memberi skor dan menterjermah maklumat tentang pembelajaran
seseorang murid bagi sesuatu ujian tertentu.
Dalam Pendidikan Moral di sekolah rendah, pentaksiran dijalankan bagi
mengukur pembelajaran murid dari segi penaakulan moral, perasaan moral dan
perlakuan moral. Proses pentaksiran memberi peluang kepada murid untuk menilai
sejauhmana mereka telah menguasai apa yang dipelajari dan mengetahui perkara
yang perlu diperbaiki seterusnya melalui proses pembelajaran dengan berjaya .
Pentaksiran pendidikan moral juga bertujuan mendapatkan maklumat tentang
prestasi murid bagi memperkembangkan sepenuhnya potensi setiap individu
sebagai modal insan yang harmonis dan seimbang selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Proses pentaksiran Pendidikan Moral di sekolah rendah melibatkan aktivitiaktviti seperti mengumpul maklumat , merekod, memberi skor dan menterjemah

ELM 3103

AISHAH BT ASHAARI PPG MTE-5N

maklumat tentang pembelajaran seseorang murid . Hasil pentaksiran dinyatakan


dalam bentuk skor untuk memudahkan murid mengesan kekuatan dan kelemahan
mereka sepanjang pembelajaran .

Murid-murid dinilai secara adil dan saksama

sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan ,kebolehan, bakat ,


kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pentaksiran yang
berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan dapat menggambarkan
keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid.
Sejajar dengan transformasi pendidikan, Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR) telah diberi penambahbaikan dan kini Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR ) diperkenalkan bermula tahun 2011.
Perbandingan antara Pentaksiran Moral KBSR dan KSSR.
Terdapat beberapa perbezaan diantara pentaksiran Pendidikan Moral
KBSR dan KSSR. Perbezaan yang jelas dapat dilihat antara KBSR dan KSSR ialah
dari aspek pentaksiran. Di dalam KBSR, pentaksiran yang dikendalikan oleh guru di
peringkat sekolah adalah secara formatif dan sumatif.

Dalam pendidikan moral,

penilaian yang bersifat formatif adalah untuk tujuan perkembangan proses


pembelajaran murid.

Pentaksiran formatif membabitkan proses sepanjang

pembelajaran murid dan guru tidak membandingkan kebolehan murid. Penilaian


yang bersifat sumatif ialah seperti peperiksaan pertengahan dan akhir tahun.
Pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung pembelajaran dengan membuat
pertimbangan dan penilaian prestasi murid .

Pencapaian murid dalam bentuk

kualitatif atau kuantitatif mengikut standard ditetapkan sekolah.

Manakala

pentaksiran yang digunakan dalam KSSR dijalankan secara berterusan untuk


mengesan

perkembangan

dan

pencapaian

murid

dalam

pembelajaran,

menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran yang bersifat autentik dan holistik.


Pentaksiran Pendidikan Moral KBSR adalah berasaskan tiga bidang utama
iaitu komunikasi, manusia dan alam dan perkembangan diri individu. Manakala
pentaksiran KSSR adalah berasaskan enam tunjang utama iaitu komunikasi, sains
dan teknologi,perkembangan fizikal dan estetika, kerohanian, sikap dan nilai,
kemanusiaan dan komunikasi elektif. Perubahan ini dapat melahirkan masyarakat
yang seimbang selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara .

ELM 3103

AISHAH BT ASHAARI PPG MTE-5N

Dalam Pendidikan Moral KBSR, pentaksiran berorientasikan peperiksaan dan tidak


menyumbang kepada aspek pembangunan modal insan.

Murid dalam sistem

pentaksiran KBSR hanya belajar untuk semata-mata lulus peperiksaan dan kurang
mengaplikasikan pengetahuan mereka dalam kehidupan seharian. Merujuk Utusan
Malaysia, 29 September 2005 , bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri
Murad Mohd Noor menyatakan bahawa sikap yang terlalu obsess kepada
peperiksaan berpusat dalam sistem peperiksaan menyebabkan murid tidak dapat
mencapai inovasi dan kreativiti maksimum. Terlalu banyak peperiksaan di peringkat
rendah dan menengah sebagai faktor kepada murid tidak dapat membina bakat,
kebolehan dan potensi mereka dalam jurusan yang diminati.
dengan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS)

Jika dibandingkan

yang digunakan dalam KSSR,

pentaksiran dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan


pencapaian murid dalam pembelajaran tidak berorientasikan peperiksaan.
Bekas Menteri Pelajaran Malaysia , Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein
menyatakan bahawa sistem pendidikan tidak sepatutnya
peperiksaan

terlalu berorientasikan

dan beliau mencadangkan LPM untuk mengambil tindakan

mengatasinya melalui sistem PBS (Utusan Malaysia,

22 Mac 2006).

PBS

memberikan autonomi kepada guru-guru Pendidikan Moral untuk melaksanakan


pentaksiran berdasarkan kesediaan murid.

Pentaksiran ini membantu guru dan

murid mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid semasa pengajaran dan


pembelajaran .Seterusnya guru boleh menyesuaikan aktiviti pengayaan atau
pemulihan mengikut keperluan murid.
Dalam pentaksiran KSSR tidak membandingkan pencapaian seseorang murid
dengan murid lain sebagaimana yang berlaku dalam pentaksiran KBSR.

Murid-

murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat
berdasarkan keupayaan , kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa
dibandingkan dengan orang lain. Dengan cara ini, tekanan ke atas guru dan murid
dapat dikurangkan .
Dari segi bahan kurikulum, pentaksiran Pendidikan Moral dalam KBSR adalah
berpandukan sukatan pelajaran yang sentiasa diubah mengikut kesesuaian dan
keadaan. Manakala KSSR menggunakan pendekatan baru iaitu Dokumen Standard
Kurikulum, modul pengajaran dan modul pembelajaran.
3

ELM 3103

AISHAH BT ASHAARI PPG MTE-5N

Dalam KSSR, pentaksiran dibuat berdasarkan Standard Prestasi untuk


melihat kemajuan dan pencapaian prestasi seseorang murid.

Standard Prestasi

merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang tahap-tahap penguasaan


seseorang murid. Dalam satu tempoh pembelajaran, murid ditaksir berdasarkan
penanda aras yang terdapat dalam standard prestasi. Berdasarkan Standard
Prestasi, guru Pendidikan Moral, dapat melaksanakan pentaksiran secara adil dan
berfokus.
Pelaporan pentaksiran dalam KBSR adalah berbentuk gred iaitu berdasarkan
peratus markah yang diperolehi dalam peperiksaan.

Contohnya murid yang

memperolehi markah 90 peratus memperolehi gred A.

Kini dalam KSSR ,

pencapaian murid dilabelkan dengan menggunakan band iaitu tanda aras tertentu
yang disusun secara hierarki bermula Band 1 hingga Band 6.

Setiap band

menggambarkan sejauhmana murid-murid telah menguasai sesuatu standard


seperti yang dijelaskan dalam deskriptor.
Antara matlamat pentaksiran dalam Pendidikan Moral ialah
memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum.

Sehubungan

dengan ini adalah penting bagi guru-guru Pendidikan Moral khususnya di sekolah
rendah untuk menilai tahap pencapaian murid mereka. Dalam pendidikan Moral
KBSR, murid juga diuji dengan soalan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
Manakala KSSR memberi penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT).

Kemahiran

ini

menguji

keupayaan

murid

dalam

mengaplikasikan

pengetahuan,kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi


menyelesaikan masalah , membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta
sesuatu.
Namun terdapat beberapa aspek dalam KSSR masih lagi mengekalkan aspek
yang digunakan dalam KBSR. Antara persamaan KBSR dan KSSR dapat dilihat
dari aspek pedagogi.

Pedagogi yang ditekankan di dalam Pendidikan Moral

kemahiran berfikir dalam pembelajaran, aplikasi kecerdasan pelbagai, penggunaan


TMK, pengajian berasaskan kajian masa depan, dan pembelajaran secara
kontruktivisme, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran akses kendiri,
pembelajaran masteri dan belajar cara belajar.

ELM 3103

AISHAH BT ASHAARI PPG MTE-5N

Jenis-jenis Pentaksiran : Penilaian Formal dan Tidak Formal


Pentaksiran bagi Pendidikan Moral sekolah rendah boleh dibahagikan kepada
dua jenis penilaian iaitu penilaian formal dan penilaian tidak formal. Hanna Gerald s
dan Dettmer Peggy A (2004) menyatakan penilaian secara formal ialah penilaian
yang dilaksanakan secar formal atau rasmi. Penilaian ini melibatkan suatu prosedur
yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi oleh semua calon.

Menurut Gronlund

(1985) mengatakan terdapat empat jenis penilaian formal iaitu penilaian formatif ,
sumatif, penempatan dan diagnostik.
Antara penilaian yang sering digunakan dalam Pendidikan Moral sekolah
rendah ialah penilaian formatif dan penilaian sumatif.
menjelaskan

bahawa

penggunaan ujian

penilaian

formatif

ialah

penilaian

Ea Ah Meng (1998),
yang

melibatkan

untuk mengukur kemajuan murid-murid setelah mereka

mencapai hasil pembelajaran tentang sesuatu unit pembelajaran.

Penilaian

dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


Keputusan yang diperolehi digunakan untuk memperbaiki pembelajaran dan bukan
untuk menetapkan gred atau kedudukan dalam bilik darjah. Program pengayaan
akan diadakan untuk murid-murid yang mendapat pencapaian yang cemerlang,
manakala program pemulihan akan diadakan untuk murid-murid yang tidak dapat
menguasai pembelajaran tersebut.
Penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan pada akhir suatu kursus.
Contohnya peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun. Tujuannya
adalah untuk menentukan gred atau taraf sijil. Skop ujian sumatif adalah luas dan ia
lazimnya mengukur satu contoh semua tugasan pembelajaran yang ditetapkan
dalam pengajaran.Gronlund (1985) menegaskan bahawa penilaian sumatif dibuat
pada akhir pengajaran. Penilaian formal kerap melibatkan ujian pensel kertas yang
merangkumi ujian objektif dan subjektif.
Penilaian tidak formal pula dapat memberi gambaran yang menyeluruh
mengenai profil murid dari segi nilai dan sikap. Pelaporan penghayatan ini
hendaklah membayangkan ciri-ciri perkembangan murid. Ia tidak seharusnya
memberi gambaran gagal atau lulus tetapi menghuraikan tahap kemajuan setiap
murid.
5

ELM 3103

AISHAH BT ASHAARI PPG MTE-5N

Dalam pentaksiran Pendidikan Moral, terdapat pelbagai cara digunakan untuk


menjalankan penilaian tidak formal . Contohnya pemerhatian, lisan , kuiz , soal
jawab, perbincangan, hasil kerja murid dan temubual.
Pemerhatian merupakan satu penilaian yang dijalankan secara sistematik
dan tepat untuk mengumpul maklumat dan merekodnya dengan tepat.Pemerhatian
akan dibuat berdasarkan tingkah laku, perbualan, interaksi sosial dan hasil kerja
murid.

Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu guru mengesan

sejauhmana penguasaan murid terhadap kemahiran yang diajar.


Perbandingan Instrumen pentaksiran Formal dan Tidak Formal
Setiap pentaksiran samada secara formal dan tidak formal adalah
menggunakan instrumen yang sesuai dengan kemahiran yang hendak diuji.
Instrumen-instrumen ini dapat memudahkan guru-guru pendidikan moral untuk
mengesan perkembangan dan sejauhmana penguasaan murid terhadap apa yang
telah dipelajari. Terdapat beberapa perbezaan dan persamaan diantara instrumen
pentaksiran formal dan tidak formal.
Pentaksiran dalam bentuk formal dijalankan melalui penilaian yang
berbentuk ujian pensel dan kertas.

Penyediaan item-item adalah berdasarkan

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang berdasarkan aras kemahiran Taksonomi Bloom
(pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis,sintesis dan penilaian).

Dengan

berdasarkan JSU, setiap instrumen mempunyai keesahan dan kebolehpercayaan .


Format ujian yang digunakan sama ada item jenis soalan objektif dan subjektif.
Pentaksiran tidak formal juga menggunakan pelbagai instrumen untuk menilai
tahap pencapaian murid. Contoh instrumen yang digunakan semasa penilaian tidak
formal ialah senarai semak, skala pemeringkatan,

Rekod Anekdot, hasil kerja

pelajar dan temu bual murid.


Senarai semak adalah satu senarai item yang disediakan oleh guru
Pendidikan Moral untuk mengenalpasti perkembangan dari segi pengetahuan ,
kemahiran, sikap, sahsiah dan kebolehan murid. Guru akan menyemak prestasi
pelajar berasaskan kriteria tingkah laku yang ditentukan untuk satu tempoh tertentu.
Jika murid memperolehi markah yang tinggi, ini bermakna murid tersebut

ELM 3103

AISHAH BT ASHAARI PPG MTE-5N

mempunyai sikap moral yang baik.

Dalam instrumen ini, guru menyenaraikan

tingkah laku murid dan pemerhatian sama ada (ya) atau (tidak).
Skala Pemeringkatan adalah salah satu instrumen yang digunakan untuk
menilai tingkah laku murid khususnya dalam Pendidikan Moral. Kaedah ini dapat
membantu guru membuat pentaksiran secara tidak formal berasaskan satu skala
pemeringkatan .

Instrumen yang digunapakai adalah borang Penilaian Tingkah

Laku. Borang tersebut mengandungi maklumat murid, senarai tingkah laku, tempoh
penilaian dan skala pemeringkatan. Skala menunjukkan tahap tingkah laku moral
yang dinilai bagi setiap murid.
Guru Pendidikan Moral menggunakan rekod anekdot sebagai instrumen
untuk merekodkan peristiwa yang berlaku dalam jangka masa tertentu.

Rekod

anekdot mengandungi maklumat murid, tarikh, jenis perlakuan dan ruangan komen
guru. Guru memerhati tingkah laku murid untuk direkodkan dengan jelas, ringkas
dan tepat. Berdasarkan instrumen ini, guru dapat membuat intepretasi tingkah laku
yang diperhatikan.
Seterusnya hasil kerja murid juga dapat dijadikan instrumen bagi membantu
guru-guru membuat pentaksiran moral.

Contohnya

hasil rekacipta murid, buku

skrap, dan folio. Prestasi murid boleh dinilai berdasarkan hasil kerja yang dijalankan
di dalam dan di luar bilik darjah. Murid menjalankan aktiviti mengikut prosedur
prosedur yang ditetapkan.

Sehubungan dengan itu, guru membuat pentaksiran

sepanjang perlaksanaan termasuk sikap murid, kerjasama, kolaboratif dan sahsiah.


Guru-guru Pendidikan Moral juga sukar untuk memahami perasaan moral di
kalangan murid. Perasaan moral tidak dapat dinilai secara bertulis atau gambaran,
tetapi dapat ditaksirkan dengan memahami murid secara luahan dan perbualan.
Temubual adalah satu instrumen yang paling sesuai untuk membantu guru membuat
pentaksiran . Temu bual melibatkan interaksi bersemuka antara guru dengan muridmurid.

Murid-murid diberikan peluang menyatakan perasaan yang dapat

menggambarkan sikap mereka.

Semasa menjalankan sesi temu bual, guru

seharusnya menimbulkan persoalan-persoalan yang dapat merangsang pemikiran


murid dan membuat pertimbangan moral.

Guru hendaklah memikirkan soalan-

soalan yang bersesuaian sepanjang temu bual. Tempoh temu bual tidak terlalu lama

ELM 3103

AISHAH BT ASHAARI PPG MTE-5N

untuk mengelakkan rasa bosan di kalangan murid. Sepanjang temu bual guru akan
membuat penilaian .
Namun begitu, terdapat juga persamaan diantara instrumen yang digunakan
dalam pentaksiran formal dan tidak formal. Semua intrumens adalah untuk menilai
tahap perkembangan moral di kalangan murid.
Refleksi Isu-isu dalam Pentaksiran Pendidikan Moral
Pelbagai isu yang dibincang khususnya oleh guru-guru semasa
melaksanakan pentaksiran Pendidikan Moral.

Antara persoalan yang timbul

haruskah guru menghabiskan sukatan pelajaran yang terkandung di dalam dokumen


standard sedangkan masih ada murid yang tidak mencapai sekurang-kurangnya
Band 3.

Guru-guru Pendidikan Moral menghadapi pelbagai cabaran kerana

berdepan dengan pelajar-pelajar yang berbeza kebolehan.


Penilaian formal dan tidak formal yang digunakan semasa melaksanakan
pentaksiran Pendidikan Moral dapat membantu murid

mengatasi masalah

pembelajaran yang dikenalpasti pada peringkat awal supaya kelemahan tersebut


tidak berulang lagi.
instrumen

Dengan ini Guru-guru juga dibebani dengan pembinaan

yang akan digunakan dalam pentaksiran.

Instrumen yang dibina

hendaklah mengikuti tahap kebolehan murid yang pelbagai.

Dalam Pendidikan

Moral KBSR, soalan-soalan yang dibina hendaklah berdasarkan Jadual Spesifikasi


Ujian (JSU).

Terdapat pelbagai aras kemahiran dalam JSU iaitu pengetahuan,

kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis, dan penilaian. Manakala dalam KSSR murid
diuji berdasarkan Standard Prestasi.

Selepas melaksanakan pentaksiran, guru

menilai pencapaian murid. dan membuat perancangan bagi aktivit pengayaan dan
pemulihan.
Isu seterusnya ialah guru menghadapi kekangan masa dalam melaksanakan
pentaksiran.

Contohnya pentaksiran yang dibuat melalui penilaian tidak formal

seperti senarai semak, skala pemeringkatan , pemerhatian dan temubual memakan


masa yang agak lama.

Guru juga merancang aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk

memerhati perubahan tingkah laku murid seperti aktiviti lakonan, simulasi. pidato
dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti ini dapat merangsang minat murid tetapi guru
memerlukan masa untuk membuat persediaan.
8

ELM 3103

AISHAH BT ASHAARI PPG MTE-5N

Peralatan yang digunakan dalam pentaksiran juga menjadi isu


memandangkan sesetengah alatan yang digunakan dalam penilaian pendidikan
moral banyak dipengaruhi oleh perasaan penilai . Penilaian jenis ini tidak tepat dan
diragui.
Pentaksiran Pendidikan Moral adalah susah dinilai secara afektif. Dengan ini
timbul persoalan di kalangan guru tentang bagaimana hendak menilai sikap dan
tabiat selepas waktu pengajaran. Contoh situasi dimana seorang guru yang
mengajar Pendidikan Moral iaitu tentang nilai kebersihan. Pada hari berikutnya,
didapati murid beliau berkuku pendek

dan berpakaian kemas.

Persoalannya

bolehkah guru tersebut dianggap berjaya kerana murid-murid telah memotong kuku
dan berpakaian kemas.
Proses pentaksiran Pendidikan Moral mengambil masa yang panjang.
Sebagaimana yang diketahui, pentaksiran dibuat melalui penilaian formal dan tidak
formal.

Pelbagai persediaan yang perlu untuk guru melaksanakan sesuatu

pentaksiran dan melalui beberapa peringkat


perlaksanaan dan

selepas perlaksanaan.

ialah menyediakan instrumen,

seperti persediaan, semasa

Antara persediaan untuk pentaksiran

senarai kemahiran yang hendak diuji,

penilaian,

semakan dan maklum balas.


Isu pentaksiran seterusnya ialah penilaian Pendidikan Moral adalah subjektif.
Contohnya

sesetengah alatan yang

digunakan dalam pentaksiran banyak

dipengaruhi oleh perasaan penilaia atau penguji. Penilaian jenis ini tidak tepat dan
diragui.
Guru-guru Pendidikan Moral juga sukar untuk mentaksirkan domain afektif
yang meliputi sikap, nilai, minat dan perasaan .

Penilaian Pendidikan Moral

di sekolah yang menitikberatkan domain afektif menghadapi pelbagai masalah.


Contohnya berdasarkan situasi seorang murid berusaha menyiapkan tugasan
apabila diarahkan oleh guru. Ini menunjukkan bahawa murid tersebut mematuhi
arahan guru. Persoalannya adakah murid tersebut seorang yang bermoral atau pun
dia takut dikenakan denda oleh gurunya. Isu ini menunjukkan bahawa guru sukar
untuk membuat pentaksiran yang tepat.

ELM 3103

AISHAH BT ASHAARI PPG MTE-5N

Merujuk kepada surat siaran Lembaga Peperiksaan Bil.3 Tahun 2011 :


Pemakluman Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Rendah dan
Menengah Rendah bertarikh 19 Julai 2011,

guru-guru Pendidikan Moral

dikehendaki

berorientasikan

melaksanakan

pentaksiran

tidak

peperiksaan.

Pentaksiran secara berterusan berdasarkan standard prestasi. Guru mengulangi


pentaksiran sehingga murid menguasai sekurang-kurangnya band 3. Guru pastinya
tertekan sekiranya masih ada murid yang sukar untuk mencapai tahap tersebut.
Murid yang belum mencapai band rendah tidak boleh mengambil pentaksiran yang
lebih tinggi.

Guru perlu mengambil masa di luar waktu Pendidikan Moral untuk

mengulangi pentaksiran bagi murid tersebut.


Sistem pelaporan pentaksiran KSSR secara online juga merupakan isu yang
sering diperkatakan oleh masyarakat khususnya pihak pendidik. Gangguan sistem
Sistem Pentaksiran Penilaian Berasaskan Sekolah (SPPBS) menyebabkan guruguru sukar untuk melengkapkan perlaporan dalam tempoh yang diberi. Ini
menimbulkan tekanan di kalangan guru untuk mencatat pelaporan murid .
Penutup
Komponen pentaksiran dan penilaian dapat menjamin kualiti insan yang
dihasilkan setelah mengikuti pembelajaran. Bagi menjamin perkembangan insan
yang menyeluruh maka Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperbaiki sistem
pentaksiran .

Pentaksiran KBSR diberi penambahbaikan dan kini wujudlah

pentaksiran KSSR yang menekankan kepada pentaksiran berasaskan sekolah


(PBS). Pentaksiran yang autentik dan holistik menjadi pilihan untuk guru dan murid
memacu kejayaan walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran.

10

You might also like