You are on page 1of 29

LATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN

SEMESTER EDISI
SEMESTER 2 - 2007

* Karangan Bahagian A
* Karangan Bahagian B
* Merumuskan Karangan
* Pemahaman
* Pengetahuan & Kemahiran Bahasa
* Novel

UNIT BAHASA MELAYU


JABATAN BAHASA
MAKTAB RENDAH SAINS MARA TRANSKRIAN
14300 NIBONG TEBAL
PULAU PINANG
© 1 OKT 2007

LATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN SEMESTER TING. 4 EDISI


SEMESTER 2 – 2007

KARANGAN BAHAGIAN A
Huraikan pendapat anda tentang isu yang dibincangkan dalam dialog di bawah. Panjang
huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Encik Arif : Rakyat Malaysia terutama kanak-kanak sangat menggemari


makanan segera. Saya sangat risau dengan keadaan ini.

Encik Latif : Saya pun begitu Encik Arif, memandangkan makanan


segera mengandungi kandungan lemak tepu, gula, garam
dan bahan kimia yang tinggi. Oleh itu, pihak pengeluar
makanan segera perlu lebih bertanggungjawab

Encik Arif : Mereka perlu sedar bahawa kandungan itu boleh


memudaratkan tubuh badan manusia. Oleh itu, saya
cadangkan agar iklan-iklan makanan segera hendaklah
dihentikan.

Encik Latif : Pihak berwajib perlu menangani masalah ini dengan


segera. Bagi pengusaha yang engkar, lesen perniagaan
mereka mesti ditarik balik.
1

LATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN SEMESTER TING. 4 EDISI


SEMESTER 2 – 2007

KARANGAN BAHAGIAN B
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada
350 patah perkataan.

1 Sejak kebelakangan ini, para remaja dikatakan kurang berminat untuk melibatkan diri
dalam aktiviti-aktiviti yang bercorak kemasyarakatan.
Bincangkan manfaat-manfaat yang diperoleh remaja apabila menceburkan diri dalam
aktiviti-aktiviti bercorak kemasyarakatan.

2. Kecemerlangan sesebuah sekolah tidak hanya bergantung kepada peranan yang dimainkan
oleh guru dan pelajar tetapi juga melibatkan ibu bapa.
Nyatakan peranan ketiga-tiga pihak tersebut.

3. Anda berminat untuk menyertai pertandingan syarahan yang akan diadakan pada peringkat
daerah. Tajuk yang anda pilih ialah “Budi Bahasa Budaya Kita”.
Tulis teks syarahan anda selengkapnya.
4. Masalah jerebu yang berlaku di rantau ini dapat ditangani secara berkesan melalui
kerjasama dengan negara-negara jiran.
Bincangkan kerjasama yang dapat dilakukan oleh Malaysia dengan negara-negara
jiran untuk menangani masalah tersebut.

5. “Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat” bermaksud perpaduan dapat
diwujudkan melalui kerjasama anggota masyarakat.
Berdasarkan maksud peribahasa tersebut, tulis cerpen yang menggambarkan
kerjasama dalam kehidupan masyarakat majmuk.

LATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN SEMESTER TING. 4 EDISI


SEMESTER 2 – 2007

MERUMUSKAN KARANGAN
Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang cara-cara mengurus tekanan
dan kepentingan pengurusan tekanan kepada individu. Panjang rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.

Tekanan didefinisikan sebagai satu tindak balas mental dan fizikal terhadap pengalaman
pahit atau sukar yang dialami oleh seseorang. Tekanan yang berterusan akan memberikan kesan
buruk terhadap mental, emosi dan jasmani. Oleh itu, tekanan perlu diurus dengan baik supaya
tindakan-tindakan yang terhasil merupakan tindakan yang mencerminkan kebijaksanaan dan bukan
tingkah laku melulu yang memalukan. Ekoran itu, setiap individu perlu mengetahui cara-cara
mengurus tekanan dengan baik supaya tekanan tidak menguasai diri mereka.

Pepatah ada mengatakan bahawa mencegah lebih baik daripada mengubati. Kita perlu
mengelakkan gejala ini sebelum terlambat dengan mengamalkan budaya hidup sihat, bukan sahaja
dari segi pemakanan tetapi juga dari segi pergaulan. Beriadah merupakan salah satu amalan budaya
hidup sihat. Aktiviti ini membolehkan seseorang itu mendapat tidur yang berkualiti dan
menghindarkan kemurungan serta meningkatkan daya tahan. Kita juga perlu membuang segala
perasaan buruk dan sentiasa berfikiran positif. Hal ini dapat dilakukan dengan memberikan kata-
kata perangsang yang dapat meredakan perasaan negatif supaya kita berada dalam keadaan yang
lebih terkawal dan seimbang. Walau bagaimanapun, jika kita gagal berbuat demikian, kita boleh
memikirkan hikmah atau kebaikan di sebalik perkara-perkara buruk itu. Seseorang itu dapat
menegaskan kepada dirinya bahawa seteruk mana sekalipun sesuatu perkara itu menyakitkan
hatinya, bukan bererti dunia telah berakhir dalam hidupnya. Kita hendaklah memahami bahawa
kitalah yang bertanggungjawab menentukan emosi kita. Oleh itu, kita hendaklah ingat bahawa
perasaan marah tidak memberikan keuntungan, sebaliknya keadaan diri sendiri akan menjadi lebih
buruk.

Tekanan juga boleh diatasi dengan cara memikirkan perkara-perkara yang


menggembirakan kehidupan kita. Contohnya, seseorang itu boleh mengimbau kejayaan-kejayaan
yang telah dicapai selama ini kerana dengan berbuat demikian, dia berasa lebih yakin dan mampu
menghadapi cabaran. Penglibatan diri dalam kegiatan kemasyarakatan dapat menghindarkan
tekanan dalam diri kita. Pergaulan dalam masyarakat membolehkan kita tidak keseorangan dalam
menghadapi masalah hidup. Oleh itu, luahkan masalah tersebut kepada orang yang boleh
dipercayai secara terus-terang dan tidak menyimpannya dalam hati kerana masalah yang dipendam
akan menjadi racun yang membunuh secara senyap.

Berjenaka juga dapat mengurangkan kerunsingan kerana dengan ketawa seseorang dapat
melupakan masalah yang dihadapinya. Di samping itu, kita perlu kembali kepada kepercayaan
agama masingh-masing supaya dapat menenangkan fikiran dan emosi. Kita perlu sedar bahawa
masalah hati tidak dapat diatasi sekiranya kita sekiranya kita lemah dalam penghayatan agama.

( Diubahsuaikan daripada Membina Motivasi Diri Tatkala Tertekan


oleh Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj, Dewan Masyarakat, Mac 2002 )

LATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN SEMESTER TING. 4 EDISI


SEMESTER 2 – 2007

PEMAHAMAN
Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas ,jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata bukan bererti dunia telah berakhir.
[ 2markah ]

(ii) Apakah kesan daripada kegagalan mengurus tekanan?


[ 3 markah ]

(iii) Huraikan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dapat mengurangkan tekanan.

[ 4 markah ]
4
LATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN SEMESTER TING. 4 EDISI
SEMESTER 2 – 2007

Petikan Cerpen 1
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan berikutnya dengan
menggunakan perkataan anda sendiri.

Ketika Junid tiba ke tempat rumpun buluh, matanya segera menangkap apa yang ada di
depannya. Dia masih mengenalnya dengan cerat. Pusaran sedang dibaringkan!
“Pusaran!!!”
Junid terus menerkam ke atas leher Pusaran yang sedang dipegang oleh beberapa orang.
Dia memeluk seerat-eratnya. “Pusaran! Pusaran!” Serunya dengan suara yang sudah tidak dapat
dikuatkan lagi. Dia seolah-olah menghadapi suatu gerombolan penjahat dari neraka yang ingin
mengorbankannya.
Keadaan menjadi gempar. Takbir berhenti tiba-tiba. Dan semua orang melingkungi
peristiwa yang terjadi tiba-tiba. Junid memeluk leher Pusaran yang terbaring lemah. Dia
menangis dan meraung. “Bunuhlah aku! Bunuhlah aku! Pusarannn!”
“Bukalah ikatan itu!” Perintah Tuan Haji Subki, dengan pisau tajam masih tercekak dalam
tangannya. “Kau tidak berunding dengan anakmu lebih dulu. Ini membahayakan jiwa anakmu.
Batalkan lembu ini dari korban kita. Tak baik merosakkan nyawa orang yang bersangkutan.”
(Dipetik daripada cerpen Pusaran dalam
antologi Anak Laut Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Mengapakah suasana di tempat penyembelihan Pusaran menjadi gempar?


[ 3 markah ]

(ii) Sekiranya anda Junid, apakah tindakan-tindakan yang boleh anda lakukan setelah
Pusaran dilepaskan?
[ 3 markah ]

(iii) Huraikan dua sifat Junid yang terdapat dalam petikan di atas dan dua sifat lain yang
terdapat dalam cerpen ini.
[ 3 markah ]

LATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN SEMESTER TING. 4 EDISI


SEMESTER 2 – 2007

Petikan Cerpen 2
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan berikutnya dengan
menggunakan perkataan anda sendiri.

Tangannya yang bertaut-taut diramas-ramaskan, hingga memercik cahaya ungu. Dari udara
yang kosong muncul sebilah pedang di dalam genggaman Strenn. Eyrique juga berbuat demikian
cuma pedang putihnya yang dihasilkan nampak lebih kemas buatannya.
Strenn menghayun senjata memulakan sayembara yang telah lama tertangguh. Eyrique
sekadar menangkis. “Strenn,” katanya sambil melayan kehendak sepupunya. “ Kau tahu akibatnya
sekiranya aku kaubunuh?”
“Aku tidak peduli itu semua. Yang penting kau mesti kuhapuskan.” Balas Strenn. “Jadi sia-
sialah tindakanmu selama ini.” Eyrique menekan. Jawapan Strenn hanyalah serangan yang bertubi-
tubi ke arah anak saudara bapanya. Eyrique kian berundur sehingga dia terasak ke dinding bangsal.
Pertahanannya semakin tipis walaupun aksinya tetap tenang.
Annyss mula dicakar cemas. Namun dia tahu pertarungan ini adalah perhitungan peribadi.
Tetapi Akmal tidak dapat membiarkan sahabat yang baru dikenali begitu sahaja. Dicapainya
senjatanya sendiri dari saku seluarnya lantas dihalakan kepada Strenn.
“Akmal! Jangan!”
Banggg!!!
(Dipetik daripada cerpen Annyss Sophillea oleh Nisah Haji Haron,
Antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka 2000)

(i) Siapakah Strenn dalam petikan di atas? [ 2 markah ]

(ii) Pada pendapat anda, apakah tindakan yang perlu diambil oleh Akmal untuk mengelakkan
pertumpahan darah seperti di atas daripada berlaku ?
[ 3 markah ]

(iii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan dua pengajaran
lagi daripada keseluruhan cerpen tersebut.
[ 4 markah ]

6
LATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN SEMESTER TING. 4 EDISI
SEMESTER 2 – 2007

Petikan Drama
Baca petikan drama di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan berikutnya dengan
menggunakan perkataan anda sendiri.

UMAR : Foreign Service? Buat apa?


SAFIAH : Ha, itulah susahnya kalau fikiran you asyik ke guru sahaja! Nak jadi guru,
nak jadi guru, sampai you tak mahu ke tempat lain. Father I bilang kalau
masuk Foreign Service ada can ke luar negeri.
(Memandang Umar, sedikit keanak-anakan) You tak suka ke luar negeri ?
UMAR : Ini bukan soal suka tak suka ke luar negeri Piah. Kalau jadi guru pun bukan
tak mungkin I ke luar negeri.
SAFIAH : Ke luar negeri sebulan dua melawat-lawat sahaja, buat apa
UMAR : Habis apa maksud you?
SAFIAH : I mahu duduk di luar negeri, bekerja di luar negeri..
(Memandang ke kejauhan, matanya penuh impian, bangga dan bergaya) Di
Paris, di London, di.....
UMAR : (Sinis) Di United States, di Hollywood ….
SAFIAH : (Terhenti, menjeling masam pada Umar, terdiam seketika, tapi bersemangat
semula) Kalau you bercita-cita hanya nak jadi guru; tak payah masuk
universiti pun you boleh jadi guru. Apa susahnya? Tengok, berapa banyak
orang yang boleh jadi guru, tak payah pandai cakap Inggeris pun boleh jadi
guru.
UMAR : (Sedikit kesal) You terlalu memikirkan diri sendiri. I suka jadi guru dan kita
pun memang kekurangan guru.
SAFIAH : (Tak sabar) You ni nasionalis sangat......
(Dipetik daripada drama, Serunai Malam oleh Usman Awang, dalam

Antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan


Pustaka,2000 )

(i) Nyatakan perkara yang tidak dipersetujui oleh Safiah? [2 markah ]

(ii) Pekerjaan guru kini dianggap sebagai satu profesion yang mencabar. Berikan pendapat
anda untuk menyokong pernyataan tersebut.
[3 markah ]

(iii) Huraikan satu perwatakan Umar dalam petikan di atas dan dua perwatakannya yang
lain daripada keseluruhan drama [3 markah ]

7
LATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN SEMESTER TING. 4 EDISI
SEMESTER 2 – 2007

Petikan Klasik 1
Baca petikan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

Akan titah tuan puteri, “Jikalau Raja Melaka hendakkan aku,perbuatkan aku jambatan
emas satu,jambatan perak satu,dari Melaka datang ke Gunung Ledang ini.Akan peminangnya, hati
nyamuk tujuh dulang, hati kuman tujuh dulang, air mata setempayan,air pinang muda setempayan,
dan darah raja semangkuk, dan darah anak raja yang bernama Raja Ahmad itu semangkuk. Jikalau
boleh demikian, kabullah tuan puteri akan kehendak Raja Melaka itu.”Telah sudah ia berkata-kata
demikian lenyaplah ia.

Maka pada suatu riwayat orang tua yang berkata-kata itulah Puteri Gunung Ledang,
merupakan dirinya seperti orang tua.Telah itu Tun Mamat pun turunlah dari sana, kembali pada
Laksamana dan Sang Setia.Maka segala kata Puteri Gunung Ledang itu semuanya dikatakannya
pada Laksamana dan Sang Setia.Maka Laksamana dan segala kawannya itu pun turunlah dari atas
Gunung Ledang itu, berjalan kembali ke Melaka. Berapa lamanya di jalan sampailah ke
Melaka.Maka Laksamana dan Sang Setia dan Tun Mamat pun masuklah menghadap Sultan
Mahmud,dan segala kata yang didengarnya itu semuanya dipersembahkannya kepada Sultan
Mahmud.

Maka titah Sultan Mahmud, “Semuanya kehendaknya itu dapat kita adakan; mengeluarkan
darah itu juga tiada dapat, kerana tiada sampai hati kita, melainkan berhentilah dahulu.”

(Dipetik daripada Peminangan Puteri Gunung Ledang Dalam antologi


Anak Laut,Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan segala kata yang didengarnya itu seperti yang
digunakan dalam petikan? [ 2 markah ]

(ii) Apakah reaksi Sultan Mahmud sebaik-baik sahaja permintaan Puteri Gunung
Ledang dipersembahkan kepada baginda? [3
markah ]

(ii) Pada pendapat anda, wajarkah Puteri Gunung Ledang meletakkan syarat-syarat
sedemikian?
[ 3 markah ]

LATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN SEMESTER TING. 4 EDISI


SEMESTER 2 – 2007

Petikan Klasik 2
Baca petikan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

Setelah sudah Sura Pandaki berkata demikian maka ia pun menggerak-gerak dirinya dengan
seketika itu jadi seorang perempuan terlalu baik rupanya. Maka ia pun berjalan pada tempat
Seri Rama diam itu. Maka ia pun berdiri di hadapan Seri Rama maka pelbagai ia menjadikan
dirinya dan rupanya hendak akan Seri Rama. Maka kata Seri Rama, “Hai perempuan muda, aku
telah beristeri jika engkau hendak bersuami ada saudaraku Laksamana di balik bukit ini,
pergilah engkau ke sana!” Mendengar kata demikian maka Sura pandaki pun pergi mendapatkan
Laksamana ke sebelah bukit itu. Maka didapatinya Laksamana lagi bertapa maka Sura Pandaki
pun membuat dirinya berbagai-bagai dan barang lakunya, di hadapan laksamana. Jangankan
ditegur Laksamana dilihatnya pun tiada. Maka Sura Pandaki pun menggerak-gerakkan dirinya
dengan seketika itu juga ia jadi seperti rupa raksasa lalu ditangkapnya Laksamana. Setelah sudah
ditangkap maka diterbangkannya ke langit. Tatkala itu Laksamana melihat ke bawah maka
dilihatnya dunia ini seperti sebuah telur juga besarnya. Maka Laksamana pun menghunus
pedangnya maka ditetaknya hidung Sura Pandaki lalu rompong. Merasai tetak itu maka
Laksamana pun dilepaskannya daripada tangannya. Tatkala itu Laksamana dan Sura Pandaki pun
gugur ke bumi.
(Dipetik daripada Sikap Terburu-buru Membawa Padah dalam antologi Anak
Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan hendak akan Seri Rama berdasarkan petikan di
atas? [ 2 markah
]

(ii) Nyatakan kesaktian yang dimiliki oleh Sura Pandaki.


[ 3 markah ]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah Laksamana tidak mempedulikan Sura Pandaki yang
cuba menggodanya.
[ 3 markah ]

9
LATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN SEMESTER TING. 4 EDISI
SEMESTER 2 – 2007

Petikan Puisi Tradisional 1


Baca seloka di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

SELOKA PAK KADUK

Aduhai malang Pak Kaduk


Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang;
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk.
(Antologi Anak Laut,DBP.hal.9)

(i) Nyatakan tiga perbuatan Pak Kaduk yang telah merugikan dirinya sendiri.
[ 3 markah ]
(ii) Sekiranya anda rakan Pak Kaduk, apakah nasihat yang boleh anda berikan supaya
dia dapat mengubah nasib malangnya? [ 3 markah ]

(iii) Berikan tiga pengajaran yang dapat diambil daripada seloka ini. [ 3 markah ]

10

LATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN SEMESTER TING. 4 EDISI


SEMESTER 2 – 2007

Petikan Puisi Tradisional 2


Baca seloka di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

PANTUN KIASAN

Tikar pucuk tikar mengkuang,


Alas nikah raja Melayu;
Ikan busuk jangan dibuang,
Buat perencah si daun kayu.
Buah bacang masak serangkai,
Burung dekut meniti batang;
Saya dagang tidak terpakai,
Macam melukut di tepi gantang.

Tebang gelam, tebang kenanga,


Batangnya tumbang menimpa gedung;
Kumbang mengidam nak seri bunga,
Bunga kembang di puncak gunung.

Pokok terap tumbuh di bukit,


Belat berbanjar panjang ke hulu;
Jangan diharap guruh di langit,
Kilat memancar hujan tak lalu.

Limau Bentan di tepi tingkap,


Budak-budak melempar burung;
Harimau di hutan lagi kutangkap,
Kononlah pulak cicak mengkarung.

Antologi Anak Laut Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) Apakah maksud Macam melukut di tepi gantang dalam puisi di atas ?
[ 2 markah ]
(ii) Pada pendapat anda, mengapakah seseorang itu tidak boleh berharap kepada sesuatu
perkara yang belum pasti?
[ 3
markah ]
(iii) Huraikan persoalan - persoalan yang terdapat dalam pantun di atas.
[4 markah ]

11
LATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN SEMESTER TING. 4 EDISI
SEMESTER 2 – 2007

Petikan Sajak 1
Baca sajak di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

ANAK LAUT

Segar angin laut


mengembalikan rindunya pada kolek
bagai buih kecil terapung di air
menjaring sedikit rezeki
dan sisik ikan
kulit ketam
kepala sotong
dan
kaki udang yang bersimpati

Seperti kolek terdampar di pasir


menampakkan urat jalur-jalur tua
anak laut itu sudah dapat menerka
langkahnya hampir tiba
pada muara Pencipta

RAHIMIDIN ZAHARI [Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka,2000]

(i). Apakah yang dimaksudkan oleh penyajak dengan mengembalikan rindunya pada kolek
dalam sajak di atas ? [ 2 markah ]

(ii). Selain perlu mempunyai tahap kesedaran untuk maju yang tinggi, pada pendapat anda,
bagaimanakah taraf hidup para nelayan boleh ditingkatkan?
[4 markah ]

(iii). Huraikan tiga nilai yang hendak disampaikan oleh penyajak dalam sajak di atas.
[3 markah ]

12

LATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN SEMESTER TING. 4 EDISI


SEMESTER 2 – 2007

Petikan Sajak 2
Baca sajak di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

JALAN-JALAN RAYA KOTAKU


Saban waktu sepanjang perjalanan
jalan-jalan raya kotaku
lewat senja begini
tika gerimis menabur benih
menerima kehadiran warga kota
lemas dalam kesabaran
lelah meresahkan
dengan luka parah di hati.
Ketidaksabaran membengkak
kesombongan merajai setiap ruang
semakin padat dengan emosi
kebosanan mengigit pangkal rasa.
Demikian ketika di perjalanan
budi luhur warga kotaku
tidak lagi berlaku
yang hadir adalah keserakahan
memacu menghimpun kekuatan
menghakis sopan santun
seperti banjir kilat
melanda pinggir perjalanan
fitrah sang manusia
peradaban kota masa kini.
Jalan-jalan raya kotaku
adalah gelanggang kebuasan
perlumbaan kebiadaban
para pesakit
kemanusiaan semakin mandul
pada penghujung musim.

ZAM ISMAIL [ Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000 ]

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan yang hadir adalah keserakahan? [ 2 markah ]
(ii) Berdasarkan sajak di atas, pada pendapat anda, apakah sifat yang perlu kita hindari
dalam hidup ini?
Mengapakah anda berpendapat demikian? [ 4
markah ]
(iii) Nyatakan pengajaran-pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas.
[ 3 markah ]
13

LATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN SEMESTER TING. 4 EDISI


SEMESTER 2 – 2007

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA 1

(a) Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksud
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan serta menggunakan perkataan
itu sebagai peribahasa dan nama khas.
i. hias
ii. berhias
iii. menghiaskan
iv. menghiasi
v. perhiasan
vi. penghias
[ 6 markah ]

(b) Tukarkan ayat cakap ajuk di bawah kepada ayat cakap pindah tanpa mengubah maksud
asalnya.

Jannah : Eh, apa yang kaubaca tu?


Meor: Ni hah ..., berita hangat tentang keracunan makanan yang berlaku di
sekolah akhir-akhir ini.
Jannah : Aku pun pernah terbaca. Tapi, apakah puncanya?
Meor: Daripada petikan ini, aku rasa pengusaha kantin sekolah mengabaikan
faktor kebersihan.
Jannah : Betul pendapat kau tu. Mereka sepatutnya mementingkan kebersihan,
bukan keuntungan semata-mata.
Meor : Aku setuju, pandai pun kau.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis
ayat-ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Komen-komen yang membina telah dikemukakan oleh juru ulas terkemuka itu
demi meningkatkan mutu menerbitkan filem tempatan.

(ii) Pengaruh dailek dalam pertuturan didapati mempengaruhi prestasi tulisan para
pelajar di kawasan-kawasan tertentu di negara ini.

(iii) Projek untuk memperlebarkan jalan-jalan raya di kawasan bandaraya di seluruh


negara sedang giat dijalankan untuk mengatasi masalah kesesakan.
[ 6 markah ]

14

LATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN SEMESTER TING. 4 EDISI


SEMESTER 2 – 2007

(d) Dalam ayat- ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu
dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
(i) Penunggang serta penumpang motosikal wajib memakai topi keledar dengan rapi
demi untuk memastikan keselamatan mereka ketika di jalan raya.

(ii) Kebanyakan ibu dan bapa yang berkerjaya gagal memberi pandangan sepenuhnya
pada anak-anak mereka oleh sebab mereka terlalu sibuk dengan pekerjaan masing-
masing.

(iii) Para remaja di negara ini Perdana Menteri seru untuk melengkapkan diri mereka
dengan kemahiran teknologi maklumat supaya mereka dapat berlawan dengan
remaja di negara-negara maju.
[ 6 markah ]

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai
dengan ayat-ayat tersebut.

(i) Sekalipun Tengku Rosman merupakan seorang kerabat raja, namun pergaulannya
dengan rakyat biasa tidak akan menjatuhkan martabatnya.

(ii) Segala jasa dan bakti yang ditaburkan oleh pejuang kemerdekaan negara tidak akan
dilupakan walaupun mereka sudah meninggalkan kita semua.

(iii) Didikan dan panduan yang diberikan oleh ibu bapa akan mencorakkan peribadi
anak-anak mereka.

[ 6 markah ]

15
LATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN SEMESTER TING. 4 EDISI
SEMESTER 2 – 2007

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA 2

(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam pasangan kata di bawah ini untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda
tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa
dan nama khas.
(i) menghadiahi - menghadiahkan
(ii) menghadiri - menghadirkan
(iii) menghubungi - menghubungkan
[ 6 markah ]

(b) Tulis semula ayat-ayat di bawah dengan menggarisi kata kerja yang terdapat dalam ayat
tersebut. Nyatakan juga sama ada kata kerja itu, kata kerja transitif atau kata kerja tak
transitif.

(i) Pak Khamis terbaring di atas katil kerana kepenatan.


(ii) Kami sampai di kolam air panas itu pada pukul 7.00 pagi.
(iii) Kami melancong ke Langkawi pada hujung minggu lepas.
(iv) Mak Minah menjerit dengan sekuat hatinya kerana terperanjat .
(v) Meja yang berat itu terangkat oleh pelajar yang berbadan kurus di sekolah itu.
(vi) Juruhebah radio itu memainkan lagu keroncong kegemaran nenek saya..
[ 6 markah ]

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis
ayat-ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Jurujual itu sedang mengenengahkan kaedah penggunaan alat perapi rambut agar
pembeli tahu selok belok merapikan rambut dengan betul.

(ii) Usaha membenteras vandalisme perlu dilakukan secara terusan oleh semua pihak.

(iii) Projek pembinaan lebuhraya itu telah tergendala akibat kegawatan ekonomi pada
akhir tahun 1990an lagi.
[ 6 markah ]

16

LATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN SEMESTER TING. 4 EDISI


SEMESTER 2 – 2006

(d) Dalam ayat-ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa.Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu
dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
(i) Kedua ibu bapa Azman tidak mampu menghantarnya yang tepok itu ke sekolah
khas kerana sewa bulanannya terlalu tinggi.

(ii) Masalah pengurangan ozon telah membimbangkan dunia berikutan berlakunya


pencairan ais pada kawasan kutub.

(iii) Walaupun sibuk, Ahmad tetap mengulang kaji pelajaran disebabkan banyak isu
yang belum dia kuasai.
[ 6 markah ]

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan ini.
Perpaduan rakyat menjadi tonggak kegemilangan negara Malaysia. Mereka saling
membantu antara satu sama lain. Mereka amat sedar bahawa pada masa ini sikap negatif
akan menyukarkan kerajaan untuk menyatupadukan rakyat. Sekiranya hal ini wujud maka
tiada sesiapa pun yang untung. Sebaliknya, mereka akan kehilangan segala-galanya.

[ 6 markah ]

17

LATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN SEMESTER TING. 4 EDISI


SEMESTER 2 – 2007

NOVEL
Jawab soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel-novel yang anda pelajari.
(i) Terminal Tiga karya Othman Puteh
(ii) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusuf
(iii) Di Hadapan Pulau A. Samad Said
(iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari
(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussein
(vi) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah
(vii) Julia karya Abu Hassan Morad
(viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Mohamad

(a) Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan dua nilai tolong-menolong yang
terdapat dalam novel tersebut.
[ 7 markah ]
(b) Huraikan satu perwatakan dua watak sampingan yang terdapat dalam novel yang
telah anda kaji. .
[7 markah ]
(c) Latar tempat merupakan aspek penting dalam sebuah novel. Huraikan tiga latar tempat
dan peristiwa yang berlaku berdasarkan novel yang anda pelajari.
[8 markah ]
(d) Ketabahan merupakan aspek penting dalam menjamin kejayaan watak utama. Buktikan
pernyataan ini dalam sebuah novel yang telah anda kaji.
[8 markah ]
(e) Berdasarkan novel yang telah anda kaji, jelaskan tiga latar masyarakat yang
menitikberatkan aspek keprihatinan yang terdapat dalam novel tersebut.
[7 markah ]

(f) Jelaskan tiga teknik plot yang digunakan oleh pengarang dalam novel yang anda kaji.
[ 8 markah ]

(g) Huraikan dua peristiwa penting yang terdapat dalam novel yang anda pelajari.
Mengapakah anda berpendapat bahawa kedua-dua peristiwa itu dianggap penting?
[7 markah ]

(h) Pada pendapat anda mengapakah novel yang anda kaji dapat menimbulkan keinsafan
kepada pembaca?
[ 7 markah ]
(c) UNIT BAHASA MELAYU
JABATAN BAHASA
MAKTAB RENDAH SAINS MARA TRANSKRIAN
14300 NIBONG TEBAL
PULAU PINANG
18
PANDUAN JAWAPAN
LATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN SEMESTER TINGKATAN 4
EDISI SEMESTER 2-2007
MERUMUSKAN KARANGAN
Pengenalan
Tema petikan atau idea keseluruhan atau DPL
Petikan ini membincangkan kaedah-kaedah/langkah-langkah/ panduan mengawal tekanan yang
dihadapi oleh setiap individu.
[ 2 markah ]
Isi-isi tersurat
Cara-cara mengurus tekanan
1. Tekanan diurus dengan baik. [ 2 markah ]
2. Mengamalkan budaya hidup sihat [ 2 markah ]
3. Membuang segala perasaan buruk [ 2 markah ]
4. Sentiasa berfikiran positif [ 2 markah ]
5. Memikirkan hikmah atau kebaikan di sebalik perkara-perkara buruk [ 2 markah ]
6. Memahami bahawa kita bertanggungjawab menentukan emosi kita. [ 2 markah ]
7. Memikirkan perkara-perkara yang menggembirakan kehidupan [ 2 markah ]
8. Melibatkan diri dalam kegiatan kemasyarakatan [ 2 markah ]
9. Meluahkan masalah kepada orang yang boleh dipercayai/ tidak menyimpan
dalam hati [ 2 markah ]
10. Berjenaka [ 2 markah ]
11. Kembali kepada Tuhan/ kepercayaan agama masing-masing [ 2 markah ]

Isi-isi tersirat
Kepentingan pengurusan tekanan kepada individu
1. Dapat menghadapi cabaran/dugaan/ Dapat bersaing [ 2 markah ]
2. Dapat melahirkan individu yang sihat/ bahagia/ berkeyakinan tinggi/
mengawal emosi [ 2 markah ]
3. Dapat bertindak dengan rasional. [ 2 markah ]
4. Melahirkan keluarga yang bahagia. [ 2 markah ]
5. Melahirkan individu yang produktif/ berguna [ 2 markah ]
6. Mewujudkan masyarakat yang berkualiti/ aman damai. [ 2 markah ]

Kesimpulan
Kesimpulannya, setiap individu perlu bijak mengurus tekanan agar dapat menangani masalah
dalam kehidupan.
[ 2 markah ]
1
PEMAHAMAN
Petikan Umum
(i) maksud rangkai ‘kata bukan bererti dunia telah berakhir’.....
... masih ada peluang. 2m
[maksimum 2 markah]
(ii) kesan daripada kegagalan mengurus tekanan....
... memberi kesan buruk terhadap mental,emosi dan jasmani/ keadaan 1m
diri menjadi lebih buruk
... bertindak melulu yang memalukan 1m
... tindakan tidak mencerminkan kebijaksanaan 1m
... masalah yang dipendam menjadi racun yang membunuh secara 1m
senyap
(Terima mana-mana 3 isi) [maksimum 3 markah]

(iii) aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dapat mengurangkan tekanan........


... mengadakan aktiviti gotong –royong agar dapat bergaul 1m
... menganjurkan pelbagai pertandingan supaya dapat melahirkan 1m
perasaan gembira
... menganjurkan aktiviti lasak/perkhemahan/riadah/sukan agar dapat 1m
menghilangkan kebosanan/berinteraksi
... menganjurkan lawatan untuk mengeratkan hubungan 1m
... menganjurkan aktiviti-aktiviti berbentuk keagamaan agar hati 1m
menjadi tenang/memperoleh kedamaian jiwa
(Terima mana-mana 4 isi) [maksimum 4 markah]

Petikan Cerpen 1

(i) masalah-masalah yang dihadapi oleh pak (Buchanan) ...


... masalah tekanan perasaan akibat kematian isterinya. 1m
... masalah dengan anak-anak yang tidak memahami nilai kebun epal. 1m
... pihak tentera (Jabatan Kerajaan British Columbia) mahu membina lapangan
terbang tentera di atas tanahnya (kebun epalnya). 1m
[maksimum 3 markah]
(ii) alasan mempertahankan hak yang kita miliki ...
... hasil titik peluh kita. 1m
... mengenang jasa nenek moyang. 1m
... kita sebagai pewaris yang menyokong usaha nenek moyang. 1m
... warisan melambangkan maruah kita. 1m
... kita boleh menggunakan warisan untuk membaiki kehidupan. 1m
... untuk mengelakkan penindasan pihak lain. 1m
(Terima mana-mana 3 isi) [maksimum 3 markah]

(iii) satu nilai daripada petikan ...


Nilai Huraian
... cinta akan hak Pak (Buchanan) sanggup mempertahankan kebun epal 1m
warisan mereka.
... ketabahan / Pak tabah menghadapi pelbagai masalah. 1m
kecekalan
... simpati Yvonne bersimpati dengan konflik yang dihadapi oleh 1m
pak (Buchanan).
(Terima mana-mana 1 isi)

dua nilai daripada cerpen ...


Nilai Huraian
... kasih sayang Yvonne / Mazlina menyayangi pak (Buchanan) walaupun 1m
mereka hanyalah anak angkat dan membantu pak dalam
usaha-usahanya mempertahankan kebun epal.
... kesetiaan mendiang isteri pak seorang yang setia. 1m
... keberanian Buchanan berani bertindak terhadap pihak yang ingin 1m
mengambil kebun epalnya / Yvonne sanggup mengangkat
senjata menentang penceroboh.
... kerajinan / Mazlina rajin membantu pak di kebun epal. 1m
kegigihan
... persahabatan walaupun Mazlina dan Yvonne datang daripada berlainan 1m
negara tetapi bersahabat baik.
... kesyukuran Mazlina bersyukur dapat menikmati keindahan di Tsolum 1m
River Fruit Trees.
(Terima mana-mana 2 isi) [maksimum 3 markah]
3

Petikan Cerpen 2
(i) suasana di tempat penyembelihan Pusaran gempar kerana ...
... Junid menerkam leher Pusaran 1m
... Junid memeluk Pusaran 1m
... Junid memanggil Pusaran 1m
... Junid menangis 1m
... Junid meraung 1m
... Junid meminta supaya dia sama-sama dikorbankan 1m
[maksimum 3 markah]

(ii) tindakan-tindakan selepas Pusaran dilepaskan ...


... membawa Pusaran pulang 1m
... memandikan Pusaran. 1m
... memberi Pusaran makanan istimewa. 1m
... terus membelanya. 1m
... mengadakan kenduri kesyukuran. 1m
... membina kandang baru. 1m
... mencari pasangan untuk Pusaran 1m
(Terima mana-mana 3 isi) [maksimum 3 markah]

(iii) satu sifat Junid daripada petikan ...


Sifat Huraian
... penyayang sayang akan Pusaran. 1m
... prihatin sanggup mencari Pusaran hingga berjumpa 1m
... bijak cepat mengecam tempat Pusaran berada 1m
(Terima mana-mana 1 isi)

dua sifat Junid daripada cerpen ...


Sifat Huraian
... emosional/sensitif terasa segala yang berlaku pada Pusaran 1m
... berkebolehan berkebolehan mengajar Pusaran 1m
... tegas tidak mahu Pusaran dicucuk hidung. 1m
... degil tidak mahu mendengar nasihat ayah untuk menjauhkan 1m
diri daripada Pusaran
(Terima mana-mana 2 isi) [maksimum 3 markah]

Petikan Cerpen 3
(i) sebab-sebab Daneng enggan ...
... tidak mahu meninggalkan tempat kelahirannya 1m
... tetap dengan pendiriannya untuk terus menetap di dalam hutan 1m
... jiwanya sudah sebati dengan kehidupan di hutan 1m
... ingin memperhambakan dirinya di hutan/menginginkan kehidupan di hutan 1m
[maksimum 3 markah]

(ii) tindakan-tindakan yang boleh diambil oleh Cikgu Jo ...


... terus berusaha untuk memujuknya sehingga berjaya 1m
... memujuk ibu/ayah Daneng supaya menasihati Daneng 1m
... meminta kerjasama kaunselor sekolah untuk mengubah pemikiran/ 1m
menyedarkannya
... meminta pihak sekolah membantu Daneng dari segi kewangan 1m
(Terima mana-mana 3 isi) [maksimum 3 markah]

(iii) satu pengajaran daripada petikan ...


... kita perlu menerima/mendengar nasihat guru kerana ada kebaikan di sebalik 1m
nasihat tersebut
... kita perlu mencintai tempat kelahiran kerana mempunyai keistimewaan 1m
yang boleh dibanggakan
... seseorang guru mesti mempunyai iltizam/komitmen yang tinggi ketika 1m
bertugas demi memastikan setiap rakyat berpendidikan
(Terima mana-mana 1 isi)

dua pengajaran daripada cerpen ...


... kita mesti mengenang jasa/membalas jasa orang lain sebagai tanda 1m
kesyukuran kita atas pertolongan tersebut
... kita mesti rajin belajar agar mencapai kejayaan dalam hidup 1m
... kita mesti menjaga/mempertahankan alam sekitar daripada terancam demi 1m
kesejahteraan masa depan
... kita mesti menghormati tetamu yang datang ke rumah untuk menunjukkan 1m
sifat mesra/kehadiran mereka dihargai
(Terima mana-mana 2 isi) [maksimum 3 markah]

Petikan Drama
(i) perkara yang tidak dipersetujui Safiah ...
... keinginan Umar untuk tetap menjadi guru 1m
... Ke luar negeri 1m
... jiwanya sudah sebati dengan kehidupan di hutan 1m
... ingin memperhambakan dirinya di hutan/menginginkan kehidupan di hutan 1m
[maksimum 3 markah]

(ii) tindakan-tindakan yang boleh diambil oleh Cikgu Jo ...


... terus berusaha untuk memujuknya sehingga berjaya 1m
... memujuk ibu/ayah Daneng supaya menasihati Daneng 1m
... meminta kerjasama kaunselor sekolah untuk mengubah pemikiran/ 1m
menyedarkannya
... meminta pihak sekolah membantu Daneng dari segi kewangan 1m
(Terima mana-mana 3 isi) [maksimum 3 markah]

(iii) satu pengajaran daripada petikan ...


... Penyayang sayang akan Pusaran. 1m
... prihatin sanggup mencari Pusaran hingga berjumpa 1m
... Bijak cepat mengecam tempat Pusaran berada 1m
(Terima mana-mana 1 isi)

dua pengajaran daripada cerpen ...


... emosional/sensitif terasa segala yang berlaku pada Pusaran 1m
... Berkebolehan berkebolehan mengajar Pusaran 1m
... Tegas tidak mahu Pusaran dicucuk hidung. 1m
... Degil tidak mahu mendengar nasihat ayah untuk menjauhkan diri daripada 1m
(Terima mana-mana 2 isi) [maksimum 3 markah]

Petikan Klasik 1
(i) maksud ‘segala kata yang didengarnya’...
... semua maklumat/perkara/syarat/percakapan yang telah diperoleh Tun Mamat 2m
[maksimum 2 markah]
(ii) reaksi Sultan Mahmud...
... baginda sanggup/bersedia untuk memenuhi semua permintaan Puteri 1m
Gunung Ledang.
... tidak dapat menyediakan darah anakanda baginda 1m
... baginda tidak sampai hati/tergamak untuk mengambil darah anakandanya. 1m
... baginda tidak mahu meneruskan niat/menangguhkan hasrat untuk 1m
berkahwin dengan tuan puteri .
(Terima mana-mana 3 isi) [maksimum 3 markah]

(iii) Puteri Gunung Ledang meletakkan syarat-syarat sedemikian...


wajar
... menguji keikhlasan Sultan Mahmud. 1m
... cara menolak pinangan secara lembut 1m
... PGL bukan manusia biasa. 1m
... mahu menyindir sultan Melaka 1m
... mahu menyedarkan sultan Melaka 1m
(Terima mana-mana 4 isi)

tidak wajar
... baginda tidak berperikemanusiaan 1m
... rakyat Melaka akan teraniaya 1m
... permintaan itu tidak munasabah. 1m
... permintaan itu melibatkan pekerjaan yang rumit. 1m
[maksimum 4 markah]

Petikan Klasik 2
(i) maksud rangkai kata ‘berseru-seru minta tolong’...
... merayu-rayu/ menjerit-jerit/ melaung-laung/ memekik-mekik/ memanggil- 2m
mamnggil memohon bantuan
[maksimum 2 markah]

(ii) tiga perintah Maharaja Rawana...


... seorang menjadi kijang emas. 1m
... seorang menjadi kijang perak 1m
... pergi ke hadapan rumah Seri Rama. 1m
... Melompat-lompat/ menari-nari. 1m
(Terima mana-mana 3 isi) [maksimum 3 markah]

(iii) Sebab Sita Dewi meminta Seri Rama menangkap kedua-dua ekor kijang itu hidup-
hidup...
... untuk dipelihara/ dibela 1m
... kijang itu cantik/ aneh/ luar biasa 1m
... untuk menguji kebolehan Seri Rama. 1m
... untuk menguji kasih sayang/ cinta Seri Rama terhadapnya 1m
... untuk dijadikan hiburan/ teman bermain-main/ menghilangkan rasa bosan/ 1m
minat akan kijang itu
(Terima mana-mana 4 isi) [maksimum 4 markah]

Soalan 3: Pengetahuan & Kefahaman Tentang Tatabahasa Bahasa Melayu [30 markah]

(a) Membina ayat


(i) kusut : ...bersimpul/ tidak kemas (rambut)
...tidak teratur atau tenteram (keadaan, fikiran dll)
(ii) mengusutkan : ...menjadikan kusut (benang dll)
...merumitkan atau mengacaukan

(iii) kekusutan : ...perihal kusut, kerumitan, kekalutan,kekacauan

(iv) tangguh : ...pengunduran/penundaan waktu (untuk mengerjakan


sesuatu)
(v) bertangguh-tangguh ...minta tempoh/ minta diundurkan waktu
...berlambat-lambat/ berlengah-lengah
...tidak mahu/ enggan
...menunggu hingga masa lain/ menanti
(vi) penangguhan : ...perihal menangguhkan
( 6 markah )

(b) Menggabungkan Ayat


(i) Penyakit barah merupakan penyakit yang berbahaya dan boleh meragut nyawa
penghidapnya serta menyerang orang yang berisiko tinggi.
(ii) Penyakit barah berpunca daripada faktor pemakanan terutama makanan yang
terlalu
banyak lemak dan faktor keturunan.
(iii) Risiko menghidap barah semakin tinggi apabila umur meningkat dan masalah
kegemukan juga turut menjadi punca selain tabiat merokok.
(iv) Setiap orang seharusnya mengambil makanan yang seimbang kerana makanan

berfiber tinggi boleh mengelakkan barah dan tabiat merokok juga haruslah
dihentikan
( 6
markah )

(c) Membetulkan Kesalahan Ejaan dan Imbuhan


(i) tonggak, menyiapkan
(ii) efisien, memastikan
(iii) mematuhi, prosedur ( 6 markah )

(d) Membetulkan Penggunaan Kata dan Istilah


(i) menempa/mencipta/mengukir, dialami
(ii) dilancarkan, diteruskan
(iii) menopang, dilanda/ditimpa ( 6 markah )

(e) Peribahasa
(i) bagai isi dengan kuku 2m
(ii) umpama kacang lupakan kulit 2m
(iii) seperti melepaskan batuk di tangga/ hangat-hangat tahi ayam 2m
( 6 markah )

You might also like