You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

PENAMBAHBAIKAN DAN MEMBAIKPULIH SISTEM SIARAYA


SK JANGLAU
1.0

PENGENALAN
Sistem siaraya satu komponen penting di dalam pengurusan sesebuah
sekolah. Segala maklumat kepada pelajar-pelajar dan guru-guru dapat
disampaikan dengan adanya sistem siaraya yang berfungsi dengan baik.
Untuk memastikan sistem siaraya ini sentiasa berfungsi dengan baik,
penyelenggaraan perlulah dilakukan dari masa ke semasa. Kertas kerja ini
dibuat bertujuan untuk memperbaiki, membaikpulih dan menyelenggara
sistem siaraya di SK Janglau. Perkara ini adalah amat penting bagi
memastikan maklumat-maklumat dapat disampaikan kepada seluruh warga
sekolah. Dengan adanya sistem siaraya yang baik, pengurusan sekolah akan
menjadi lebih teratur dan cekap.

2.0

MATLAMAT
2.1

Memastikan sistem penyampaian maklumat sekolah lebih berkesan.

2.2

Memastikan alatan dan kemudahan siaraya sekolah sentiasa berfungsi


dengan baik.

3.0

OBJEKTIF
3.1

Menggantikan pembesar suara yang telah rosak.

3.2

Menambah alat pembesar suara di Dewan Terbuka Al-Falah

3.3

Menyelenggarakan sistem pendawaian pembesar suara dari blok A ke


blok B dan kantin.

4.0

5.0

SASARAN
4.1

Makluman boleh didengari di seluruh kawasan sekolah.

4.2

Tiada gangguan teknikal semasa penggunaan sistem siaraya.

LOKASI PENAMBAHBAIKAN
5.1

Sistem pendawaian di Blok A, B dan kantin dan surau.

5.2

Tambahan pembesar suara di Dewan Al-Falah.

6.0

TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN


6.1

7.0

Tarikh pelaksanaan : 25 Apr 2016 4 Jun 2016

JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi

Tn. Hj Md Asri bin Jusoh (Guru Besar)

Naib Pengerusi

En. Amir Rezal bin Razak GPK Pentadbiran

Setiausaha

En. Arman bin Abdul Aziz

AJK

1) En.Mohd Halimi bin Hamat


2) En. Zainal bin Badruldzaman
3) En. Ahmad Syahir bin Abdullah

8.0

PERBELANJAAN DAN SUMBER KEWANGAN


PERKARA / ITEM

Wayar penyambung
Pembesar suara (corong 12 inci)
Paku wayar
Dawai tebal
Microfon
Amplifier
Wayar mic
Set microfon wireless
Wayar converter
Speaker box
Pin wayar mic
Mic stand
Kos upah

9.0

KUANTITI
1 gulung
1
1 kotak
1 gulung
2 unit
1 unit
1 gulung
1 set
2 set
1 set
5 set
2 batang

HARGA
(RM)
85.00
160.00
3.00
7.00
60.00
1750.00
170.00
550.00
20.00
350.00
5.00
60.00
70.00
JUMLAH

JUMLAH
(RM)
85.00
160.00
3.00
7.00
60.00
1750.00
170.00
550.00
40.00
350.00
25.00
120.00
70.00
3390.00

Sumber kewangan
YB Dato Hasan bin Arifin

= RM 3000.00

Pusat Sumber SK Janglau

= RM 200.00

Persatuan Ibubapa dan Guru

= RM 200.00

10.0

Penutup
Pemantapan sistem penyampaian maklumat adalah perkara yang
sangat penting di sekolah. Dengan adanya sistem siaraya yang berfungsi
dengan baik, pengurusan sekolah akan menjadi lebih mudah dan ini
membantu mempertingkatkan lagi prestasi kerja di kalangan kakitangan
sekolah.
Sehubungan dengan itu, kami amat berbesar hati agar pihak tuan
dapat membantu menjayakan rancangan ini demi kepentingan warga SK
Janglau. Pertimbangan dan kerjasama pihak tuan untuk menjayakan hasrat
murni kami ini, kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Disediakan oleh:
.......................................................
( EN. ARMAN BIN ABDUL AZIZ )
Setiausaha
Unit Siaraya SK Janglau
Disemak oleh :

Disahkan oleh :

................................................

.............................................

(EN. AMIR REZAL B RAZAK )

(TN. HJ MD ASRI BIN JUSOH )

GPK Pentadbiran

Guru Besar

SK Janglau

SK Janglau

You might also like