You are on page 1of 2

KERTAS KERJA

PENAMBAHBAIKAN SISTEM SIARAYA


SK SUNGAI KARANG

1.0 PENGENALAN
Sistem siaraya merupakan kemudahan yang penting dalam pengurusan dan
pengoperasian sesebuah sekolah. Kemudahan siaraya membantu pihak guru
menyampaikan maklumat dan informasi tentang pengajaran dan pembelajaran,
aktiviti-aktiviti akademik dan kokurikulum serta melancarkan perjalanan sesuatu
program dan majlis di SK Sungai Karang.
2.0 MATLAMAT

2.1 Memastikan sistem penyampaian maklumat pembelajaran dan pengumuman


sekolah menjadi lebih berkesan
2.2 Memastikan alatan dan kemudahan siaraya sentiasa berkeadaan baik dan
dapat digunakan setiap hari

3.0 OBJEKTIF

3.1 Menggantikan pembesar suara di Dewan Terbuka SKSK yang telah rosak
3.2 Menggantikan set pengadun bunyi (Power Amplifier Set) di Dewan Terbuka
SKSK yang telah rosak
3.3 Menyelenggara sistem pendawaian pembesar suara di Dewan Terbuka
SKSK

4.0 SASARAN

4.1 Semua pelajar dan guru SK Sungai Karang


4.2 Semua warga kerja dan staf SK Sungai Karang

5.0 LOKASI PENAMBAHBAIKAN

5.1 Dewan Terbuka SK Sungai Karang

6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : Pn Hjh Zunaidah bt Mohamed Som (Guru Besar)


Penyelaras : Pn Siti Atikah bt A. Razak (Ketua Panitia)
Pen. Penyelaras : En Sayed Hasrul Izwan b Sayed Hashim
Peralatan : En Haizul Anwar b Aripin
Baikpulih : En Miqdad Johari b Mohd Hamidim
Pn Siti Noor bt Ibrahim
1
Selenggara : En Mohd Khairul Azmi b Muhamad Nor
En Mohd Sahizam b Mat Salleh

7.0 PERBELANJAAN DAN SUMBER KEWANGAN

7.1 Perbelanjaan Alatan


HARGA JUMLAH
NO JENIS BARANGAN KUANTITI
(RM) (RM)
1 Besi pemegang (brackets) untuk Pembesar Suara 1 unit 55.00 55.00
2 SPEAKON set (pin sambungan wayar ke speaker) 4 unit 8.00 32.00
3 Pembesar Suara 12 inci AMPAUDIO F12 1 pasang 1000.00 1000.00
4 Kabel PRONIC untuk Pembesar Suara 1 gulung 210.00 210.00
5 Pengadun Bunyi MP-88 (Power Mixer) bersama kotak 1 unit 990.00 990.00
JUMLAH (RM) 2287.00

7.2 Sumber Kewangan


Pembelian dan perbelanjaan adalah tanggungan SK Sungai Karang

8.0 PENUTUP

Penambahbaikan sistem siaraya dan komunikasi sekolah ini pasti membantu


kelancaran sistem pengajaran dan pembelajaran di SK Sungai Karang kepada
suasana yang lebih kondusif dan bermaklumat. Diharapkan rancangan ini dapat
disokong dan dijayakan demi kelangsungan pendidikan dan kebugaran ilmu
pengetahuan buat setiap warga di SK Sungai Karang.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

(SAYED HASRUL IZWAN BIN SY HASHIM) (SITI ATIKAH BINTI A. RAZAK)


Unit Siaraya, Ketua Panitia
Jawatankuasa 3K, Pendidikan Muzik
SK Sungai Karang SK Sungai Karang

You might also like