You are on page 1of 4

TEKS UCAPAN YANG BERUSAHA : PN. JUARIAH BT.

YUNUS - PENGETUA
SMKA TUN PERAK, JASIN SEMPENA MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN
KEPIMPINAN PELAJAR 2013
Bismillahirrahmanirrahim
Terima kasih Saudara Pengacara Majlis
YANG BERHORMAT : DATUK HJ. GHAZALEE BIN MOHAMMAD- ADUN
KAWASAN SERKAM
MERANGKAP TIMBALAN PENGERUSI J/KUASA NEGERI
HAL EHWAL AGAMA,TANAH, KEWANGAN DAN EKONOMI
NEGERI MELAKA.
YANG DIHORMATI : EN.JOHARI BIN ABU BAKAR GURU PENOLONG KANAN
PENTADBIRAN

YANG DIHORMATI
YANG DIHORMATI

SMKA TUN PERAK


: PN.HJH.YAZIDAH BT.YAZID
GURU PENOLONG KANAN HEM SMKA TUN PERAK
: TN.HJ.SAHARI BIN MD DERUS
GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
BARISAN GURU KANAN MATA PELAJARAN
GURU-GURU CEMERLANG
GURU-GURU DAN PARA PELAJAR YANG DIKASIHI

SEKALIAN
Assalamuaalaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Melaka Negeriku
Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau dan Salam Satu Malaysia.
1. Alhamdulillah, terlebih dahulu izinkan saya memanjatkan rasa
kesyukuran ke hadhrat Allah Taala kerana dengan izin dan
InayahNya

kita

dapat

berkumpul

pada

pagi

ini

bagi

menyempurnakan Majlis Watikah Pelantikan Kepimpinan Pelajar


SMKA Tun Perak bagi Sesi 2013.
2. Di sini saya mengambil kesempatan merakamkan rasa terima
kasih kepada YB Datuk Hj. Ghazalee bin Mohammad ADUN
Kawasan Serkam Merangkap Timbalan Pengerusi J/Kuasa Negeri
bagi Hal Ehwal Agama, Tanah, Kewangan dan Ekonomi Negeri
Melaka, atas kesudian beliau untuk merasmikan Majlis Watikah
Pelantikan Kepimpinan Pelajar Sesi 2013 ini. Walaupun kita amat
menyedari bahawa beliau tentunya mempunyai pelbagai tugas
resmi , namun masih berkesempatan meluangkan masa untuk
bersama-sama kita pada pagi ini. Sesungguhnya, kehadiran beliau

mencerminkan iltizam dan sikap prihatin beliau terhadap pelajaran


di Daerah Jasin amnya dan SMKA Tun Perak, khususnya.

3. Untuk pengetahuan YB,

Seramai 186 orang pelajar telah dipilih

untuk menganggotai Saf Kepimpinan Pelajar Sesi 2013

yang

melibatkan :
Pengawas Sekolah seramai 60 orang,
Pengawas Pusat Sumber 44 orang,
Exco Asrama seramai 22 orang,
Exco Badar seramai 32 orang
dan Ketua Tingkatan 25 orang.
Tujuan utama pelantikan pengawas hari ini adalah untuk
mengiktiraf peranan dan fungsi pengawas sebagai pemimpin kecil
yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas membantu
guru

dan

pentadbir

sekolah

agar

dapat

mewujudkan

suatu

persekitaran sekolah yang lestari dan kondusif . Mereka merupakan


mata dan telinga

bagi pihak pentadbir bagi memastikan

peraturan-peraturan [ Disiplin ] sekolah dapat dipatuhi oleh pelajarpelajar . Untuk tujuan itu juga , kita [pihak sekolah ] menetapkan
bahawa semua pengawas asrama adalah juga pengawas sekolah.
Gabungan

kepimpinan

yang

senergi

ini

diharapkan

mampu

merungkai permasalahan disiplin sama ada yang berlaku di sekolah


ataupun di asrama.
4

Sesungguhnya dengan kemantapan disiplin dalam kalangan pelajar

diharapkan dapat
menjulang prestasi pelajar dalam bidang akademik. Hal ini selari
dengan Motto

Pengawas iaitu Disiplin Mantap, Pelajar

Cemerlang bukan sahaja untuk

melahirkan sahsiah yang

unggul ,malahan hebat dalam pelajaran. Semua ini mampu dicapai


seandainya para pelajar dilindungi dan dipayungi dengan disiplin
yang ampuh

seterusnya dapat mensifarkan masalah pelanggaran disiplin dalam


kalangan pelajar.
Kepada Kepimpinan

Pelajar

diharapkan

mampu mendepani

cabaran ini agar menjadi


kenyataan.

5. Yang Berhormat , para guru dan para pelajar sekalian,


Golongan pelajar hari ini adalah khazanah kepada negara kita kerana
mereka merupakan human capital yang penting untuk masa depan
negara. Melalui Projek SUMUR

[ Sahsiah Unggul Murid ] yang

dijalankan oleh pihak sekolah merangkumi pelbagai teras [ Modul ]


utama iaitu ;
Modul Berbudi Bahasa, Modul Penampilan Diri,
Modul Muhtadayyin dan Modul Jati Diri
Kesemua pelaksanaan model ini diharapkan dapat melahirkan
pelajar yang berketrampilan dan memiliki

sahsiah yang unggul

selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Kita tidak


mahu

hanya

berjaya

keintelektualannya,

menjadikan

tetapi

tempang

pelajar
dari

yang
segi

cemerlang

sahsiah

dan

perilakunya. Hanya hebat dalam penerokaan ilmu tetapi miskin


tentang nilai kerohanian dan

jati dirinya. Hal ini menggambarkan

kegagalan kita dalam membentuk insan kamil dan jlwa rabbani


dalam kalangan pelajar. Oleh itu, sebagai salah satu sub dalam Projek
SUMUR iaitu aspek KEPIMPINAN, pihak sekolah mengharapkan agar
Kepimpinan Pelajar pada tahun ini akan benar-benar mampu menjadi
role modul dan suri teladan kepada pelajar-pelajar yang lain.
. Kepimpinan melalui teladan perlu diamalkan dalam mematuhi
seluruh peraturan, disiplin dan undang-undang sekolah, demi tujuan
akhirnya adalah untuk mencapai visi dan misi sekolah. Kepada
andalah diletakkan segala hasrat dan harapan untuk melihat
keunggulan kepimpinan Pelajar

SMKA Tun Perak sama taranya

dengan sekolah-sekolah aliran Agama yang lain

bukan sahaja di

Negeri Melaka khususnya bahkan di Malaysia amnya .


Bagi kami warga pendidik, semua ini bukan perkara
mustahil atau angan-angan Mat Jenin sahaja. Indah dilafazkan tetapi

sukar dilaksanakan. Kami sebenarnya menaruh sepenuh keyakinan


dan segunung harapan bahawa tidak ada perkara yang mustahil
dalam era dunia tanpa sempadan ini. Syaratnya, kemahuan yang
tinggi,

disiplin

yang

terarah,

kefahaman

yang

selaras

dan

kebersamaan dalam tindakan adalah resepi utama menjayakan visi


dam misi sekolah ini. Oleh itu marilah kita bersama-sama menempuh
hambatan dan cabaran baru. Ibarat cangkat sama didaki, lurah sama
dituruni; kuah sama dihirup, sambal sama dicolek; terapung sama
hanyut, terendam sama basah; seliang bagai tebu, serumpun bagai
serai'. Marilah sama-sama kita merintis denai, menebas semaksamun agar kita sama-sama menggapai apa-apa yang diimpikan.
Sekian ,saya akhiri dengan lafaz yang mulia Assalamualaikum
waruhmatullahi wabarakatuh.Terima kasih.

You might also like