You are on page 1of 2

5.

0 Tindakan Yang Dijalankan


Dalam kajian ini, saya telah menggunakan Model Kurt Lewin (1948) yang
mempunyai empat kitaran untuk menyelesaikan masalah membaca perkataan
KV+KV.
Berikut merupakan rajah yang menerangkan kitaran tersebut :

Perancangan
n

Refleksi

Tindakan

Perancangan
n

Rajah 1 menunjukkan empat kitaran yang diutaarakan oleh Kurt Lewin pada
tahun 1948. Iaitu perancangan, tindakan, pemerhatian, dan refleksi. Pada kitaran
yang pertama, saya telah mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat dan
data serta merancang intervensi. Saya telah membuat ujian diagnostik,
pemerhatian, temu bual dengan guru pemulihan dan murid tersebut sebagai
pengumpulan data awal bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid.

Saya telah mentadbir Ujian Diagnostik untuk mengenal pasti corak masalah
murid dalam membaca perkataan KV+KV. Ujian memori auditori juga
dilaksanakan sebagai pengumpulan data untuk mengenal pasti punca masalah
murid. Murid yang tidak mencapai 80 peratus dikira gagal (merujuk kepada
Manual Pentadbiran Instrumen Literasi Membaca Saringan 1 Tahun 2 2014).
Data yang dikumpul dapat menjawap persoalan kajian 1 serta membantu dalam
merancang intervensi.

You might also like