You are on page 1of 4

Di sekolah, semua pihak memainkan peranan yang amat penting bagi membentuk insan

yang berkualiti dan bermutu tinggi. Maka selain daripada guru bimbingan dan kaunseling yang
menerima kursus dan latihan yang khas serta bertauliah, maka guru biasa yang lain seperti
guru kelas, guru mata pelajaran juga memainkan peranan yang amat penting. Sebagai guru
biasa juga sering meluangkan masa dan tenaganya kepada murid bagi memastikan tingkah
laku, akedamik, perasaan murid-muridnya sentiasa berada dalam keadaan yang paling baik.
Antara peranan-peranan guru biasa dalam membantu perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
di sekolah ialah sebagai pembentukan peribadi dan kejayaan murid, pengumpulan maklumat
dan mengenal pasti masalah murid.
Sepanjang hari persekolahan, guru biasa turut memainkan peranan penting dalam
pembentukan peribadi dan kejayaan murid. Ini disebabkan selain daripada guru bimbingan dan
kaunseling, guru biasa merupakan orang yang paling ketara dijumpai sepanjang hari
persekolahan. Guru bimbingan dan kaunseling hanya mengambil masa yang amat singkat
untuk bertemu dengan muridnya berbanding dengan guru biasa. Maka itu, guru biasa dapat
memperbaiki sikap-sikap murid yang disruptif dan yang bermasalah. Selain itu, walaupun guru
biasa adalah seorang guru Bimbingan dan Kaunseling yang tidak menerima khusus dan
bertauliah, tetapi guru biasa masih mempunyai kemahiran-kemahiran khusus untuk
mengendalikan program atau khusus Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Maka dengan
bimbingan dan bantuan dari guru biasa, perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dapat
dijalankan dengan lancar, berjaya dan berkesan. Sebagai contohnya program-program yang
sering dianjurkan bagi meningkatkan pembentukan peribadi dan kerjayaan murid serta motivasi
murid adalah seperti ceramah dan perkhemahan yang memotivasikan murid.
Di samping itu, guru biasa berperanan sebagai pengumpulan maklumat di kalangan
murid-muridnya. Guru biasa sebagai seorang pengumpul maklumat amat membantu
keberkesanan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah disebabkan dengan
maklumat dan data yang dikumpulkan, ia akan memudahkan guru Bimbingan dan Kaunseling
menjalankan tindakan yang selanjutnya. Guru biasa sering bertugas untuk merekodkan
maklumat-maklumat muridnya dalam dokumen-dokumen yang khasnya. Antara dokumen ialah
kad laporan murid, buku kedatangan murid, kad Kumulatif murid dan sebagainya. Dalam kad
laopran murid, segala markah pencapaian bagi setiap mata pelajaran akan dicatatkan dari
semasa ke semasa. Selain itu, komen-komen juga akan dicatatkan sebagai peneguhan positif
dan dorongan serta pengukuhan kepada pencapaian untuk tujuan penambahbaikan terhadap
mata pelajaran tertentu. Makumat-maklumat dalam Kad laporan murid menunjukkan salah satu

maklumat yang formal dan penting kepada guru Bimbingan dan Kaunseling. Ini disebabkan
melalui markah pencapaian bagi setiap mata pelajaran, maka guru Bimbingan dan Kaunseling
dapat menganalisis masalah atau sebab murid adalah lemah pada mata pelajaran tertentu.
Sebagai contohnya, melalui pemerhatian kad laporan murid mendapati bahawa murid yang
bernama Tan adalah lemah dalam Bahasa Melayu. Namun itu, murid tersebut telah mmemberi
sebab dia lemah dalam Bahasa Melayu disebabkan dia tidak suka pada guru Bahasa Melayu.
Di samping itu, melalui pemerhatian Kad Laporan Murid, komen yang dicatatkan dalam
Kad Laporan Murid juga menunjukkan salah satu gambaran awal kepada guru Bimbingan dan
Kaunseling tentang perkembangan sosial, tahap kognitif murid, kekuatan dan kelemahan murid,
usaha-usaha murid, sikap dan personaliti murid dan sebagainya. Segala-gala maklumat ini
dapat memberi kesan yang positif kepada guru Bimbingan dan Kaunseling untuk merancangan
tindakan susulan pada murid tersebut. Contohnya, guru Bimbingan dan Kaunseling dapat
mengadakan sesi Bimbingan dan Kaunseling secara kelompok setelah mendapatkan maklumat
mengenai perkembangan sosial murid tersebut adalah aktif melalui Kad Laporan Murid bagi
mengembangkan sosial dan interaksinya dengan murid-murid lain.
Selain itu, bagi meningkatkan keberkesanan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling,
maklumat seperti buku kedatangan murid yang dihasilkan oleh guru biasa juga memberi impak
yang positif kepada guru Bimbingan dan Kaunseling. Dalam Buku Kehadiran Murid terkandung
maklumat seperti nama penuh, nombor pendaftaran, tarikh lahir, nama ibu bapa atau penjaga,
alamat rumah dan nombor telefon nombor. Selain itu, dalam buku tersebut juga mengandungi
kadar kehadiran murid dan catatan terhadap ketidakhadiran pada seseorang murid. Segalagala butiran dalam Buku Kedatangan Murid adalah penting bagi guru Bimbingan dan
Kaunseling. Sebagai contohnya, guru Bimbingan dan Kaunseling dapat merujuk Buku
Kedatangan murid bagi menyemak kehadiran murid supaya mengenal pasti sebab
ketidakhadiran murid tersebut.
Di samping itu, maklumat-maklumat yang dapat dikumpulkan oleh guru biasa adalah
Kad Kumulatif Murid. Ini menunjukkan salah satu rekod maklumat persekolahan seseorang
murid seperti butir peribadi termasuk butiran latar belakang keluarga, rekod kehadiran mengikut
tahap persekolahan, sistem sokongan yang pernah diberikan kepada murid atau keluarganya,
rekod pencapaian pendidikan mengikut tahap persekolahan, anugerah yang diterima, rekod
displin, rekod kesihatan dan sebagainya. Maklumat-maklumat ini amat penting bagi guru
Bimbingan dan Kaunseling bagi tujuan pengenalan diri yang ringkas pada sesi intervensi yang

pertama dan awal. Guru Bimbingan dan Kaunseling dapat menjalinkan hubungan yang baik dan
erat dengan perbualan yang meliputi latar belakang murid tersebut seperti elakkan soalan yang
mengenai kekeluargaan kepada seseorang murid yang mempunyai masalah keluarga atau
perceraian ibu bapa.
Tambahan lagi, maklumat yang dikumpulkan oleh guru biasa juga membantu guru
Bimbingan dan Kaunseling dapat menggunakan maklumat tersebut untuk menjalankan tindakan
yang selanjutnya seperti temu bual dengan murid, intervensi dan sebagainya. Walaupun
sebagai seorang guru biasa, tetapi masih mempunyai tanggungjawab untuk berkenalan dengan
muridnya bagi mengetahui keperluan dan kehendak murid dengan lebih jelas dan mendalam.
Sebagai contoh, melalui pengenalan dengan murid di sekolah, masalah kekeluargaan dan
kehilangan ibu bapa sehingga terpaksa tertinggal di rumah yatin merupakan salah satu kisah
sedih kepada murid. Maka guru Bimbingan dan Kaunseling perlulah menggunakan terapi dan
perkataan serta teknik yang sesuai untuknya supaya perasaan murid tersebut tidak
teryinggung. Maklumat-maklumat yang dikumpulkan oleh guru biasa memainkan peranan yang
amat penting kepada perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah, maka guru biasa
perlulah sentiasa mengemaskinikan maklumat yang terkini dari semasa ke semasa supaya
mengelakkan berlaku sebarang kesulitan.
Selain itu, guru biasa juga berperanan untuk mengenal pasti masalah-masalah bagi
membantu guru Bimbingan dan Kaunseling menjayakan perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling dengan berkesan. Seperti yang dibincangkan, masa perjumpaan antara murid
dengan guru biasa adalah lebih panjang berbanding Guru Bimbingan dan Kaunseling. Namun
itu, guru biasa dapat mengenal pasti masalah muridnya dengan melalui banyak cara seperti
rekod anekdot, rekod running, persampelan masa, persampelan peristiwa, penulisan dairi,
komunikasi, perbualan dan permerhatian serta sebagainya terhadap murid-muridnya.
Melalui perbualan dengan murid-murid, maka guru biasa dapat lebih memahami latar
belakang keluarga dan sikapnya serta hal peribadi murid tersebut dengan lebih mendalam.
Setelah guru dapat memahami masalah, keperluan dan kehendak para murid, maka bimbingan
dan kaunseling bagi guru pembimbing agak mudah untuk mengendalikannya. Pada masa yang
sama, guru pembimbing dan kaunseling dapat mengatasi masalah dan membantu murid
tersebut dengan lebih berkesan. Sebagai contohnya, melalui pemerhatian yang dijalankan,
seorang murid Tahun 3 tidak sudi berkongsi pengalamannya kepada guru pembimbingan dan
Kaunseling walaupun guru telah menggunakan pelbagai terapi yang khas untuknya. Tetapi,

disebabkan guru biasa sering berjumpai dengan murid tersebut, maka murid tersebut sudi
meluahkan perasaan dan berkongsi masalah dengannya tanpa sebarang paksaan dan
dorongan dari guru biasa. Ini membuktikan bahawa murid lebih berdekati kepada guru biasa
yang kerap berjumpa disebabkan murid berasa guru biasa adalah lebih mesra dan senang
berkomunikasi.
Pada masa yang sama, guru biasa juga berperanan sebagai penasihat dan pengawal
emosi kepada murid-murid. Emosi murid-murid yang bermasalah sering terganggu dan kurang
berstabil seperti sentiasa murung, sedih, takut dan sebagainya. Maka, guru biasa yang sentiasa
mendekati dengannya dapat menasihati dan memotivasikan murid-muridnya. Sebagai
contohnya, murid yang sentiasa menangis dalam kelas disebabkan mengalami masalah
sosialisasi dengan rakan-rakannya dapat dibimbing oleh guru biasa dengan berbincang dengan
gurunya. Selain itu, guru biasa juga cuba cool down murid-muridnya dengan membiarkan
murid-muridnya menangis terlebih dahulu dan mengambil berat terhadap muridnya selepas itu.
Selain itu, guru biasa juga berperanan untuk menjalin hubungan antara guru dengan
murid bagi menjayakan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Guru biasa yang sering
berjumpai dengan murid-murid dapat memupukkan kepercayaan dan komitmen supaya muridmurid dapat sudi memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi bagi menjalankan segala-gala
aktiviti Bimbingan dan Kaunseling. Maka itu, guru Bimbingan dan Kaunseling lebih mudah
memulakan sesi intervensinya kerana guru Bimbingan dan Kaunseling telah memberi
gambaran dan imej yang baik kepada murid. Murid-murid tidak akan berasa segan, takut atau
ketidaksudian untuk menerima bimbingan tersebut. Setelah guru biasa telah mempunyai
hubungan yang erat dengan guru Bimbingan dan Kaunseling, maka pelbagai perkongsian
pengalaman dan teknik bimbingan dan kaunseling dapat dijalankan. Dengan itu, guru biasa
dapat mengaplikasikan perkongsian tersebut kepada murid yang bermasalah. Lama-kelamaan,
masalah murid dapat diselesaikan dengan lebih efektif dan berkesan.

You might also like