You are on page 1of 2

LAPORAN JAWATANKUASA HADIAH / CENDERAHATI

Sebelum menjalankan Lawatan ke Sk Tasik Utara dan Sk Kampung Pulai, ahli


jawatankuasa telah dilantik dalam kalangan pelajar 6 PISMP PML supaya perjalanan
program dapat dijalankan dengan lancar. AJK Cenderahati membuat perbincangan
dengan ahli yang lain bagi membincangkan jenis hadiah atau cenderahati yang akan
diberikan kepada pihak sekolah. AJK Cenderahati sentiasa berurusan dengan ahli
jawatankuasa yang lain bagi melicinkan perjalanan projek lawatan ini.
Kemudian, AJK cenderahati menetapkan atau merancang bajet hadiah untuk
diberikan kepada penceramah sekaligus mendapatkan sumbangan daripada pihak
institusi. Setelah mendapat kata sepakat daripada semua ahli jawatankuasa, AJK
cenderahati telah mendapat sumbangan daripada pihak institusi iaitu cenderahati yang
akan diberikan kepada penceramah. Bagi mendapatkan sumbangan tersebut, beberapa
prosedur telah dilakukan iaitu dengan mendapatkan tandatangan daripada pensyarah
pembimbing, ketua jabatan Gerko serta pihak Hal Ehwal Pelajar dengan menyertakan
kertas kerja untuk mendapatkan kelulusan. Seterusnya, AJK cenderahati menguruskan
penempahan hadiah kepada para penceramah seminggu sebelum lawatan tersebut
dijalankan. Cenderahati tersebut diambil dua hari sebelum lawatan.
Semasa lawatan tersebut, AJK cenderahati akan memastikan semua hadiah
telah disediakan dan dibawa bersama ke lokasi lawatan tersebut. Kemudian, apabila
tiba di sekolah, AJK cenderahati menyusun cenderamata tersebut di tempat yang
sesuai bagi memudahkan acara penyampaian cenderahati dapat dijalankan dengan
lancar. Setelah itu, apabila tiba acara penyampaian cenderahati, AJK cenderahati
menguruskan cenderahati untuk diberikan kepada para penceramah. Selepas majlis
penyampaian cenderahati, AJK cenderahati memastikan semua barang yang
digunakan telah dikemaskan dengan baik dan tersusun.
Selepas program berakhir, semua pelajar membuat refleksi bersama dengan
pensyarah pembimbing untuk membuat penambahbaikan bagi program akan datang.
AJK cenderahati membuat laporan lengkap mengenai Lawatan ke dua-dua sekolah.

tersebut serta membuat refleksi bagi setiap individu sebagai dokumentasi bagi projek
ini. Tempoh yang diberikan untuk melengkapkan laporan ini adalah dalam masa dua
minggu selepas tarikh lawatan.
Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada pensyarah bimbingan atas sokongan
dan dorongan yang telah diberikan kepada pelajar 6 PISMP PML. Diharapkan agar
program sebegini dapat dijalankan pada generasi akan datang bagi menimba
pengalaman dan pengetahuan pelajar untuk melahirkan bakal guru yang cemerlang
dari segi fizikal dan mental.
Sekian.

Disediakan oleh,

_____________________________
NG KIM YOKE DAN LIM LEE LING
Ajk Hadiah dan Cenderahati,
.

You might also like