You are on page 1of 17

1.

0 Pendahuluan
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling telah menjadi salah satu bidang profesional yang amat
popular pada masa kini. Pada masa kini yang semakin maju dan sibuk, bimbingan dan
kaunseling memainkan peranan yang amat penting bagi perkhidmatan membimbing, membantu
dan memulih kepada masyarakat.
Masyarakat memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bagi mendapatkan
bimbingan, dorongan, motivasi dan sebagainya. Ia merupakan satu perkhidmatan kemanusiaan
yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat bagi mewujudkan satu masyarakat yang
bahagian, harmoni, produktid dalam kehidupannya.
Bimbingan dan kaunseling adalah salah satu cabang ilmu psikologi.Bimbingan adalah
proses menolong orang lain membuat pemilihan penting yang memberikan kesan kepada gaya
hidupnya (Sabariah, 2003). Menurut Aziz (2002), kaunseling ialah proses seorang kaunselor
menolong individu secara membimbing dan memberi nasihat bagi membuat keputusan sendiri
untuk mencapai sesuatu matlamat.
Dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, kaunselor merupakan orang yang amat
penting bagi memastikan sepanjang intervensi dilaksankan dengan baik dan berkesan.
Kaunselor perlulah seorang yang bersemangat, bermotivasi, sabar, kasih sayang dan
sebagainya supaya kliennya lebih berasa mudah untuk mendekatinya.

2.0 Penulisan
2.1 Peranan guru biasa dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
Di sekolah, semua pihak memainkan peranan yang amat penting bagi membentuk insan
yang berkualiti dan bermutu tinggi. Maka selain daripada guru bimbingan dan kaunseling yang
menerima kursus dan latihan yang khas serta bertauliah, maka guru biasa yang lain seperti
guru kelas, guru mata pelajaran juga memainkan peranan yang amat penting. Sebagai guru
biasa juga sering meluangkan masa dan tenaganya kepada murid bagi memastikan tingkah
laku, akedamik, perasaan murid-muridnya sentiasa berada dalam keadaan yang paling baik.
Antara peranan-peranan guru biasa dalam membantu perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
di sekolah ialah sebagai pembentukan peribadi dan kejayaan murid, pengumpulan maklumat
dan mengenal pasti masalah murid.
Sepanjang hari persekolahan, guru biasa turut memainkan peranan penting dalam
pembentukan peribadi dan kejayaan murid. Ini disebabkan selain daripada guru bimbingan dan
kaunseling, guru biasa merupakan orang yang paling ketara dijumpai sepanjang hari
persekolahan. Guru bimbingan dan kaunseling hanya mengambil masa yang amat singkat
untuk bertemu dengan muridnya berbanding dengan guru biasa. Maka itu, guru biasa dapat
memperbaiki sikap-sikap murid yang disruptif dan yang bermasalah. Selain itu, walaupun guru
biasa adalah seorang guru Bimbingan dan Kaunseling yang tidak menerima khusus dan
bertauliah, tetapi guru biasa masih mempunyai kemahiran-kemahiran khusus untuk
mengendalikan program atau khusus Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling masih dipersoalkan lagi walaupun kini ramai orang guru bimbingan
dan kaunseling telah menyediakan pelbagai program yang terancang untuk murid-murid (Mizan,
2001). Maka dengan bimbingan dan bantuan dari guru biasa, perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling dapat dijalankan dengan lancar, berjaya dan berkesan. Sebagai contohnya
program-program yang sering dianjurkan bagi meningkatkan pembentukan peribadi dan
kerjayaan murid serta motivasi murid adalah seperti ceramah dan perkhemahan yang
memotivasikan murid.
Di samping itu, guru biasa berperanan sebagai pengumpulan maklumat di kalangan
murid-muridnya. Guru biasa sebagai seorang pengumpul maklumat amat membantu
keberkesanan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah disebabkan dengan
maklumat dan data yang dikumpulkan, ia akan memudahkan guru Bimbingan dan Kaunseling

menjalankan tindakan yang selanjutnya. Guru biasa sering bertugas untuk merekodkan
maklumat-maklumat muridnya dalam dokumen-dokumen yang khasnya. Antara dokumen ialah
kad laporan murid, buku kedatangan murid, kad Kumulatif murid dan sebagainya. Dalam kad
laopran murid, segala markah pencapaian bagi setiap mata pelajaran akan dicatatkan dari
semasa ke semasa. Selain itu, komen-komen juga akan dicatatkan sebagai peneguhan positif
dan dorongan serta pengukuhan kepada pencapaian untuk tujuan penambahbaikan terhadap
mata pelajaran tertentu. Makumat-maklumat dalam Kad laporan murid menunjukkan salah satu
maklumat yang formal dan penting kepada guru Bimbingan dan Kaunseling. Ini disebabkan
melalui markah pencapaian bagi setiap mata pelajaran, maka guru Bimbingan dan Kaunseling
dapat menganalisis masalah atau sebab murid adalah lemah pada mata pelajaran tertentu.
Sebagai contohnya, melalui pemerhatian kad laporan murid mendapati bahawa murid yang
bernama Tan adalah lemah dalam Bahasa Melayu. Namun itu, murid tersebut telah mmemberi
sebab dia lemah dalam Bahasa Melayu disebabkan dia tidak suka pada guru Bahasa Melayu.
Di samping itu, melalui pemerhatian Kad Laporan Murid, komen yang dicatatkan dalam
Kad Laporan Murid juga menunjukkan salah satu gambaran awal kepada guru Bimbingan dan
Kaunseling tentang perkembangan sosial, tahap kognitif murid, kekuatan dan kelemahan murid,
usaha-usaha murid, sikap dan personaliti murid dan sebagainya. Segala-gala maklumat ini
dapat memberi kesan yang positif kepada guru Bimbingan dan Kaunseling untuk merancangan
tindakan susulan pada murid tersebut. Contohnya, guru Bimbingan dan Kaunseling dapat
mengadakan sesi Bimbingan dan Kaunseling secara kelompok setelah mendapatkan maklumat
mengenai perkembangan sosial murid tersebut adalah aktif melalui Kad Laporan Murid bagi
mengembangkan sosial dan interaksinya dengan murid-murid lain.
Selain itu, bagi meningkatkan keberkesanan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling,
maklumat seperti buku kedatangan murid yang dihasilkan oleh guru biasa juga memberi impak
yang positif kepada guru Bimbingan dan Kaunseling. Dalam Buku Kehadiran Murid terkandung
maklumat seperti nama penuh, nombor pendaftaran, tarikh lahir, nama ibu bapa atau penjaga,
alamat rumah dan nombor telefon nombor. Selain itu, dalam buku tersebut juga mengandungi
kadar kehadiran murid dan catatan terhadap ketidakhadiran pada seseorang murid. Segalagala butiran dalam Buku Kedatangan Murid adalah penting bagi guru Bimbingan dan
Kaunseling. Sebagai contohnya, guru Bimbingan dan Kaunseling dapat merujuk Buku
Kedatangan murid bagi menyemak kehadiran murid supaya mengenal pasti sebab
ketidakhadiran murid tersebut.

Di samping itu, maklumat-maklumat yang dapat dikumpulkan oleh guru biasa adalah
Kad Kumulatif Murid. Ini menunjukkan salah satu rekod maklumat persekolahan seseorang
murid seperti butir peribadi termasuk butiran latar belakang keluarga, rekod kehadiran mengikut
tahap persekolahan, sistem sokongan yang pernah diberikan kepada murid atau keluarganya,
rekod pencapaian pendidikan mengikut tahap persekolahan, anugerah yang diterima, rekod
displin, rekod kesihatan dan sebagainya. Maklumat-maklumat ini amat penting bagi guru
Bimbingan dan Kaunseling bagi tujuan pengenalan diri yang ringkas pada sesi intervensi yang
pertama dan awal. Guru Bimbingan dan Kaunseling dapat menjalinkan hubungan yang baik dan
erat dengan perbualan yang meliputi latar belakang murid tersebut seperti elakkan soalan yang
mengenai kekeluargaan kepada seseorang murid yang mempunyai masalah keluarga atau
perceraian ibu bapa.
Tambahan lagi, maklumat yang dikumpulkan oleh guru biasa juga membantu guru
Bimbingan dan Kaunseling dapat menggunakan maklumat tersebut untuk menjalankan tindakan
yang selanjutnya seperti temu bual dengan murid, intervensi dan sebagainya. Walaupun
sebagai seorang guru biasa, tetapi masih mempunyai tanggungjawab untuk berkenalan dengan
muridnya bagi mengetahui keperluan dan kehendak murid dengan lebih jelas dan mendalam.
Sebagai contoh, melalui pengenalan dengan murid di sekolah, masalah kekeluargaan dan
kehilangan ibu bapa sehingga terpaksa tertinggal di rumah yatin merupakan salah satu kisah
sedih kepada murid. Maka guru Bimbingan dan Kaunseling perlulah menggunakan terapi dan
perkataan serta teknik yang sesuai untuknya supaya perasaan murid tersebut tidak
teryinggung. Maklumat-maklumat yang dikumpulkan oleh guru biasa memainkan peranan yang
amat penting kepada perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah, maka guru biasa
perlulah sentiasa mengemaskinikan maklumat yang terkini dari semasa ke semasa supaya
mengelakkan berlaku sebarang kesulitan.
Selain itu, guru biasa juga berperanan untuk mengenal pasti masalah-masalah bagi
membantu guru Bimbingan dan Kaunseling menjayakan perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling dengan berkesan. Seperti yang dibincangkan, masa perjumpaan antara murid
dengan guru biasa adalah lebih panjang berbanding Guru Bimbingan dan Kaunseling. Namun
itu, guru biasa dapat mengenal pasti masalah muridnya dengan melalui banyak cara seperti
rekod anekdot, rekod running, persampelan masa, persampelan peristiwa, penulisan dairi,
komunikasi, perbualan dan permerhatian serta sebagainya terhadap murid-muridnya.

Melalui perbualan dengan murid-murid, maka guru biasa dapat lebih memahami latar
belakang keluarga dan sikapnya serta hal peribadi murid tersebut dengan lebih mendalam.
Setelah guru dapat memahami masalah, keperluan dan kehendak para murid, maka bimbingan
dan kaunseling bagi guru pembimbing agak mudah untuk mengendalikannya. Pada masa yang
sama, guru pembimbing dan kaunseling dapat mengatasi masalah dan membantu murid
tersebut dengan lebih berkesan. Sebagai contohnya, melalui pemerhatian yang dijalankan,
seorang murid Tahun 3 tidak sudi berkongsi pengalamannya kepada guru pembimbingan dan
Kaunseling walaupun guru telah menggunakan pelbagai terapi yang khas untuknya. Tetapi,
disebabkan guru biasa sering berjumpai dengan murid tersebut, maka murid tersebut sudi
meluahkan perasaan dan berkongsi masalah dengannya tanpa sebarang paksaan dan
dorongan dari guru biasa. Ini membuktikan bahawa murid lebih berdekati kepada guru biasa
yang kerap berjumpa disebabkan murid berasa guru biasa adalah lebih mesra dan senang
berkomunikasi.
Pada masa yang sama, guru biasa juga berperanan sebagai penasihat dan pengawal
emosi kepada murid-murid. Emosi murid-murid yang bermasalah sering terganggu dan kurang
berstabil seperti sentiasa murung, sedih, takut dan sebagainya. Maka, guru biasa yang sentiasa
mendekati dengannya dapat menasihati dan memotivasikan murid-muridnya. Sebagai
contohnya, murid yang sentiasa menangis dalam kelas disebabkan mengalami masalah
sosialisasi dengan rakan-rakannya dapat dibimbing oleh guru biasa dengan berbincang dengan
gurunya. Selain itu, guru biasa juga cuba cool down murid-muridnya dengan membiarkan
murid-muridnya menangis terlebih dahulu dan mengambil berat terhadap muridnya selepas itu.
Selain itu, guru biasa juga berperanan untuk menjalin hubungan antara guru dengan
murid bagi menjayakan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Guru biasa yang sering
berjumpai dengan murid-murid dapat memupukkan kepercayaan dan komitmen supaya muridmurid dapat sudi memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi bagi menjalankan segala-gala
aktiviti Bimbingan dan Kaunseling. Maka itu, guru Bimbingan dan Kaunseling lebih mudah
memulakan sesi intervensinya kerana guru Bimbingan dan Kaunseling telah memberi
gambaran dan imej yang baik kepada murid. Murid-murid tidak akan berasa segan, takut atau
ketidaksudian untuk menerima bimbingan tersebut. Setelah guru biasa telah mempunyai
hubungan yang erat dengan guru Bimbingan dan Kaunseling, maka pelbagai perkongsian
pengalaman dan teknik bimbingan dan kaunseling dapat dijalankan. Dengan itu, guru biasa
dapat mengaplikasikan perkongsian tersebut kepada murid yang bermasalah. Lama-kelamaan,
masalah murid dapat diselesaikan dengan lebih efektif dan berkesan.

2.2
Ujian Minat Kerjaya telah dilaksanakan pada kelas 6M yang akan tamat persekolahan rendah
pada tahun 2016. Jenis ujian yang digunakan adalah dibina oleh John L.Holland yang bernama
Self-Directed Search (SDS). Ujian ini merangkumi 192 item yang mempunyai pilihan jawapaan
Ya atau Tidak untuk mengukur minat kerjaya atau jenis personaliti seseorang. Dalam Ujian
SDS telah enam sub skala pengukuran iaitu Realistik (R), Inestigatif (I), Aristik (A), Sosial (S),
Enterprising (E) dan conventional (C). Tujuan ujian diadakan adalah untuk membenarkan muridmurid mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam supaya dapat mengikut keminatan,
kehendak, kekuatan dan kelemahan untuk mencapai kerjayanya dengan lebih baik dan tepat.
Selain itu, ujian SDS ini dilaksanakan adalah untuk menolong murid membuat pilihan kerjaya
dan membuat persediaan sebelum memasuki kerjaya yang dipilih (Salim, 2001).6
Ujian SDS ini telah dilaksanakan di Kelas 5M dimana ia dalam keadaan yang selesa dan
kondusif. Murid-murid telah diperuntukan masa sebanyak 30 minit untuk menjalankan ujian
tersebut. Bilangan murid yang terlibat dalam ujian tersebut adalah sebanyak 30 orang murid.
Sebelum pelaksanaan ujian SDS, sesi perkongsian diri sendiri berkaitan tentang minat,
bakat dan kecenderungan telah dijalankan. Murid-murid tidak memahami dan mengenali diri
sendiri dengan baik. Mereka gagal berkongsi minat, bakat dan kecenderungannya dengan baik.
Sepanjang Ujian SDS dilaksanakan, murid-murid adalah keliru semasa menjawab soalan
tersebut. Ada sesetengah murid telah mengambil masa yang agak lama semasa menjawab
soalan tersebut sedangkan dia tidak dapat mengenali dan memahami diri sendirinya dengan
baik.
Melalui Ujian SDS yang telah dijalankan, analisi daripada ujian adalah seperti jaduah
dibawah.
BI

NAMA MURID

L
1
2
3
4
5
6
7

Sherlyn Heng
Darius
Liaw Chun Hao
Aqmar Safuan
Angeline Lee
Hong Ying Xin
Hoe Yi Sheng

24
5
15
4
24
4
6

2
10
16
5
15
5
4

5
7
17
16
16
16
7

13
24
20
15
20
7
29

30
15
4
20
2
18
6

8
25
2
4
4
21
5

8
9
10
11
12
13
14
15

Zoe Lim
Lau Zhen Hang
Raymond Bong
Moo Er Yang
Oh Zeng Xi
Tay Kai Ming
Cheryl
Chew Hui See
Jumlah

25
8
2
4
6
29
15
12
183

4
2
5
2
5
13
2
24
114

7
7
2
6
2
9
9
5
131

15
25
30
26
29
9
31
11
304

20
15
1
8
15
15
5
3
177

11
25
2
15
13
2
10
19
166

Keseluruhan

Berdasarkan dapatan Ujian SDS mendapati bahawa personaliti sosial adalah terbanyak di
kalangan murid, iaitu sebanyak 304 Ya, 8 orang murid yang terdiri daripada sifat tersebut.
Daripada 8 orang murid, murid yang terbanyak merupakan ciri-ciri sosial adalah Cheryl iaitu
sebanyak 31, dan Chun Hao menunjukkan bilangan yang paling sedikit, ia hanya mempunyai
20 pilihan kelompok sosial. Bagi kelapan-lapan murid, ciri-ciri personaliti mereka ialah
manipulasi orang lain dengan tujuan untuk memberitahu, melatih, mengembang, menyembuh,
atau menjalankan kebajikan, suka berinteraksi dengan manusia, suka bercakap, suka
berkongsi, suka dirinya menjadi ketua, suka kegiatan sosial, pandai mewujudkan hubungan
antara orang lain tetapi kurang kerja dalam bidang teknikal, elakkan diri sendiri daripada aktiviti
sistematik yang melibatkan mesin, mahir berkomunikasi. Maka itu, kerjaya yang sesuai bagi
kelompok murid ini adalah seperti guru, kaunselor, ahli psikologi klinikal, pegawai kebajikan
masyarakat, jururawat, diplomat, pengulas berita, pegawai personal, penasihat penanaman,
pegawai perhubungan industri, pemandu pelancong, penasihat Bimbingan Vokasional, pegawai
kesihatan, polis, peguam dan sebagainya.
Manakala, ciri-ciri Realistik, Enterprising dan Conventional menunjukkan kelompok kejaya
yang serdehana antara 6 kelompok kejayaan itu. Ia terdiri daripada 183, 177 dan 166. Bagi
kelompok realistik, hanya terdapat 3 orang yang terdiri daripadanya sahaja. Mereka ialah
Angeline Lee, Zoe Lim dan Tay Kai Ming. Bagi murid yang terdiri daripada kelompok realistik
kerjayaan yang sesuai untuk mereka adalah seperti mekanik, jurugegas jentera, juruelektrik,
jurufoto, jurutaip, jurutera, juruukur, pakar cap jari, ahli kaji logam, ahli optik, ahli penternak ikan,
juru kamera wayang gambar, juru teknik mamal, akauntan, perangkawan, operator mesin,
mekanik kapal terbang, ahli ilmu perkebunan, tukang kayu dan lain-lain. Murid-murid dalam
kelompok ini adalah bersifat kurang kebolehan dalam hubungan sosial, mempunyai kecekapan
dalam bidang Sains dan Matematik, menggunakan kebolehan kekuatan fizikal dalam

penyelesaian masalah, menghargai perkara yang konkrit atau ciri peribadi yang terbukti
kebenarannya seperti wang, kuasa dan status, mahir dalam elektrik, minat bekerja di luar
bangunan daripada di dalam bangunan.
Manakala, murid yang terdiri daripada kelompok enterprising adalah sebanyak 2 orang
sahaja. Mereka adalah bersifat suka kepada aktiviti yang boleh mendapat keuntungan, suka
bekerja dan berinteraksi dengan manusia, mempunyai kebolehan memimpin dan kurang dalam
perkara-perkara saintifik, peka terhadap soal-soal kekuasaan, mempunyai kemahiran dalam
bidang penjualan dan menerima dirinya sebagai agresif, mempunyai keyakinan diri dan
sebagainya. Kerjaya-kerjaya yang sesuai adalah seperti penguamcara dan penguambela,
pegawai pendakwaan, polis, tentera, jurujual, pengurus pengeluaran, pengurus kelab,
penyeliaan penjualan, penganjur sukan, pegawai penilai, pengurus restoran, mandu estet,
renjer hutan, ahli audit, pegawai pemasaran, ahli politik, penulis skrip iklan, pegawai
perhubungan, aktuaris dan sebagainya. Murid yang terdiri daripada kelompok enterprising
adalah agak sama dengan kelompok sosial. Ciri-ciri personaliti antara kedua-dua kelompok
kerjayaan adalah sama.
Selain itu, murid yang terdiri daripada konvensional adalah hanya seorang sahaja, iaitu
bernama Hong Ying Xin. Ciri-ciri personaliti dalam kelompok ini adalah biasa seornag yang
melibatkan diri dalam kegiatan manipulasi data secara teratur, suka bekerja dengan data dan
nombor, suka kepada aktiviti yang melibatkan usaha mempengaruhi data dengan sistematik,
mementingkan aktiviti yang menggunakan nombor memberatkan kepada aspek-aspek
perbualan ataupun topik-topik yang dirancang, tingkah laku cenderung kepada bidang
pertanian, perniagaan dan komputer, lemah dalam seni seorang yang terperinci. Antara kerjaya
yang sesuai adalah seperti pemeriksa akaun bank, perancangan belanjawan, pegawai penilai,
operator komputer, pakar kawalan mutu, pegawai penerangan, pegawai cukai, juru trengkas
mahkamah, kerani audit, juru analisa sistem, juru wang, guru Matematik, juru ukur, penyusun
komputer, penyimpan kira-kira dan sebagainya yang berkaitan dengan nombor dan data.
Seterusnya, ciri-ciri Aristik pula menunjukkan bilangan murid yang kedua kurang antara 6
kelompok, iaitu hanya sebanyak 131 pilihan di kalangan 15 orang. Manakala di kalangan 15
orang murid, tiada seorang murid yang terdiri daripada kelompok ini. Bagi murid yang terdiri
daripada sifat aristik perlulah seorang yang suka kegiatan yang bebas, tidak bersistem dan
melibatkan manipulasi bahan fizikal, bahasa, dan kemanusiaan untuk mencipta bentuk dan

hasil seni, seorang yang inovatif, tidak selesa dengan kerja yang berulang-ulang, kreatif,sangat
benci kepada pekerjaan perniagaan dan perkeranian, sensitif kepada persekitaran, tingkahlaku
cenderung kepada kebolehan dalam bahasa, seni muzik, drama dan penulisan. Antara kerjaan
yang sesuai bagi kelompok adalah seperti pengarang, kartunis, pelukis papan iklan, penyanyo,
dramtis, penerbit radio dan TV, pencipta muzik, guru seni halus, artis persolekan, konduktor,
juru gambar penjual took muzik, juru hias dalam pelukis, penjual bunga, penulis skrip,
penggubah lagu pelukis potret, wartawan, pelukis kartun, pereka bentuk fesyen dan
sebagainya.
Manakala, melalui dapatan ujian tersebut, kelompok kerjayaan manusia yang paling rendah
atau kurang adalah investigatif. Jumlah keseluruhan murid membuat pilihan tersebut adalah
sebanyak 114 item sahaja. Daripada 15 orang murid, hanya terdapat seorang murid yang terdiri
daripada kelompok investigatif sahaja, iaitu bernama Chew Hui See. Melalui permerhatian dari
kelas, dia adalah seorang murid yang suka kepada bidang Sains. Bagi murid yang terdiri
daripada kelompok tersebut adalah bersifat suka membuat pemerhatian, mempelajari,
menyelidik, menganalisis, menilai dan menyelesai masalah melalui penyelidikan, mempunyai
kemahiran sainitifik, suka menjalankan pemerhatian, kreatif mengenai fenomena fizikal, biologi
dan budaya, suka suasana pekerjaan investigatif, suka kepada kerja yang sistematik, tidak suka
bersosial dan sebagainya. Antara kerjayaan yang sesuai bagi Chew Hui See dan murid yang
terdiri daripada kelompok ini adalah seperti ahli kaji cuaca, ahli biologi, ahli botani, ahli
agronomi, ahli fizik, ahli sains, ahli geografi, ahli geofizik, ahli teknologi makanan, pakar
pengajaran pandang dengar, akturi, doktor haiwan, dan sebagainya.
Selepas analisis dapatan ujian tersebut, Kaunselor telah menerangkan kepada muridmurid.Terdapat murid-murid yang amat bersetuju dengan analisis tersebut. Manakala, juga
terdapat sesetengah murid yang amat tidak percayai analisa tersebut.

3.0 Refleksi
Pelaksanan simulasi intervensi bimbingan dan kaunseling telah berja. Dalam simulasi intervensi
kaunseling tersebut, murid adalah dinamakan sebagai Lili. Lili seorang yang perempuan yang

berumur 8 Tahun. Masalah peribadi Lili adalah dia tidak dapat menumpukan perkatian kepada
guru semasa proses pembelajaran dan pengajaran.

Selain itu, dia juga turut tidak suka

menyiapkan kerja rumah dan bersikap malas. Dia sentiasa tidak menghantar buku kerja pada
waktu yang ditetapkan. Sikap yang malas itu telah mengakibatkan rakan-rakanya semakin
menjauhinya dan tidak sudi berkawan dengannya. Segala-gala punca masalah berlaku adalah
disebabkan ibu bapa Lili yang sentiasa sibuk dengan pekerjaannya sehingga tiada masa untuk
menemai Mei Ling dan mengambil beratnya. Lama-kelamaannya, Lili merasakan diri sendirinya
telah dipinggirkan oleh ibu bapa. Maka, Lili cuba melakukan sesuatu untuk menarik perhatian
ibu bapanya. Malangnya, ibu bapanya masih tidak mengesan masalah Lili tetapi menyebabkan
masalah Lili menjadi semakin serius.
Oleh itu, bagi mengatasi masalah Lili, pelaksanaan intervensi bimbingan dan kaunseling
telah dilakukan di dalam Bilik Bimbingan dan Kaunseling yang tertutup bagi tujuan kerahsiaan
antara kaunselor dengan klien. Manakala, segala-gala prosedur dan perkara yang dibincangkan
sepanjang intervensi juga merupakan salah satu rahsia antara mereka. Menurut Noraini Ahmad
(2003), kerahsiaan penting dalam hubungan kaunselor dan klien bagi tujuan saling hormatimenghormati dan percayai antaranya. Namun itu, intervensi bimbingan dan kaunseling yang
dijalankan adalah menggunakan terapi bercerita. Tujuan sesi simulasi menggunakan intevensi
terapi bercerita adalah disebabkan murid berkenaan seorang yang suka membaca buku cerita.
Dia sering menggunakan masa lapangnya untuk membaca buku cerita. Kaunselor telah
menggunakan sebuah cerita yang bernama Arnab yang malas bagi memulihkan Lili. Terapi
bercerita merupakan salah satu terapi yang popular di dunia Bimbingan dan Kaunseling. Melalui
terapi bercerita, murid berkenaan dapat meluahkan perasaannya kepada orang luar. Menurut
Bacrtiar (2005) bercerita adalah menuturkan sesuatu yang mengisahkan tentang perbuatan
atau sesuatu kejadian dan disampaikan secara lisan dengan tujuan membagikan pengalaman
dan pengetahuan kepada orang lain Selain itu, menurut Mustakim (2005), bercerita adalah
upaya untuk mengembangkan potensi kemampuan berbahasa anak melalui pendengaran dan
kemudian menuturkannya kembali dengan tujuan melatih ketrampilan anak dalam bercakapcakap untuk menyampaikan ide dalam bentuk lisan. Namun begitu, disebabkan Mei Ling yang
suka bercakap,maka teknik bercerita khasnya untuknya supaya dia dapat sudi menceritakan
masalah atau hal peribadinya dengan lebih teliti.
Di samping itu, disebabkan sikap Lili yang malas itu, maka guru Kaunselor menggunakan
terapi bercerita bagi cuba mengubahkan sikapnya yang negatif dengan melibatkan nilai murni
dalam cerita tersebut. Menurut Musifiroh (2005), manfaat bercerita dapat membantu

pembentukan peribadi dan moral anak, merangsang minat dalam kemahiran membaca dan
menulis, membuka skop pengetahuan murid-murid. Kaunselor bertujuan untuk menggunakan
sikap cerita perwatakan arnab yang malas tersebut untuk memangkitkan semangat Lili supaya
menjadi seorang murid yang rajin dan pandai.
Satu sesi intervensi kaunseling yang berkesan, sebagai seorang guru bimbingan dan
kaunseling perlulah menguasai pelbagai jenis kemahiran asas pada tahap-tahap yang tertentu.
Sepanjang sesi simulasi intervensi kaunseling tersebut, kemahiran-kemahiran yang telah
digunakan adalah pelbagai. Antara kemahiran yang telah diaplikasikan dalam sesi simulasi
tersebut adalah seperti kemahiran mengenal pasti masalah, kemahiran melayan dan
mendengar, kemahiran memberi perhatian dan kemahiran melaksanakan intervensi.
Untuk mengenal pasti masalah klien, kaunselor telah mengaplikasikan kemahiran mengenal
pasti masalah dengan baik dan berkesan. Kaunselor telah menggunakan kaedah bertanya
untuk menyoal murid bagi mengenal pasti masalah Lili. Sebagai contohnya, dalam intervensi
bimbingan dan kaunseling, pada permulaannya kaunselor telah membukakan satu soalan
tentang Lili masih gagal menyiapkan kerja sekolah dan menghantar pada waktu yang
ditetapkan. Lili telah memberi response bahawa dia adalah sebegitu. Ini menunjukkan
kaunselor telah mengenal masalah klien dengan baik. Selain itu, kaunselor juga telah
mengumpul maklumat dari guru-guru mata pelajarannya.
Di samping itu, dalam kemahiran melayan dan mendengar, kaunselor telah melaksanakan
dengan baik. Menurut Ivey(1999), kemahiran melayan adalah digunakan untuk membantu klien
meluahkan cerita atau masalah. Maka kemahiran melayan merupakan salah satu kemahiran
yang amat penting dalam proses intervensi bimbingan dan kaunseling. Selain itu, menurut
Covey (2001), kantak mata, bahasa tanpa lisan, kedudukan dan jarak, dorongan minima
merupakan elemen yang penting ketika melayan dan mendengar klien. Kantak mata kaunselor
sering fokus kepada murid ketika proses intervensi supaya memberikan satu gambaran dimana
dia adalah diambil berat. Selain itu, kaunselor juga telah mengaplikasikan bahasa tanpa lisan
dalam proses intervensi supaya klien dapat memahami bahawa kaunselor adalah berminat
hendak mendengar dan memberi bantuan kepada klien. Sebagai contohnya, guru telah duduk
dalam keadaan tanpa bersilang kakinya.
Dorongan minima memainkan peranan penting dalam proses intervensi bimbingan dan
kaunseling supaya klien merasakan diri sendirinya adalah disokong oleh kaunselor seperti
dengan angguk kepala, memberi senyuman, maklum balas yang ringakas seperti Ya dan

sebagainya. Sebagai contohnya, kaunselor cuba mendengar masalah dan perasaannya lalu
memberi tindak balas dengan bertanya soalan dengan Mei Ling. Selain itu, perkataan seperti
baiklah dan hmmm juga menunjukkan kaunselor adalah sedang mendengar kepada murid.
Ini merupakan kaunselor adalah melayan klientnya dengan baik. Di samping itu, guru
bimbingan dan kaunseling juga telah melayan klientnya dengan penuh kemesraan seperti
pandang terus ke arah Mei Ling, anggukan kepala semasa Mei Ling memberikan
penjelasannya, kedudukan guru bimbingan dan kaunseling adalah terbuka dan sudi membantu
dan badannya sentiasa mencondong ke hadapan serta mempunyai kontek mata dengan Mei
Ling ketika dia sedang bercakap. Selain itu, guru bimbingan dan kaunseling juga sentiasa
berada dalam keadaan yang tenang dan relax.
Selain itu, bagi kemahiran mendengar, guru bimbingan dan kaunseling telah menggunakan
soalan tertutup dan soalan terbuka. Bagi soalan tertutup, guru bimbingan dan kaunseling telah
menyoal Mei Ling telah bersarapan atau tidak. Manakala, bagi soalan tertutup pula, gurur
bimbingan dan kaunseling telah juga telah mengemukan soalan terbuka seperti Kenapakah
badan mereka sering basah dan sejuk?.Soalan sebegini perlulah murid berfikir sebab-sebab.
Selain itu, guru bimbingan dan kaunseling juga telah menggunakan kemahiran mendengar
parafasa setelah mendengar penjelasan daripada Mei Ling. Ini dapat dibuktikan ketika guru
bersetuju Mei Ling.
Dalam sesi simulasi tersebut, kaunselor telah memberi perhatian dan tumpuan yang
secukupnya kepada murid tersebut ketika murid bercakap dan memberi jawapannya kepada
kaunselor. Menurut Adul Ghani (2009), perhatian yang diberikan kepada klien atau murid akan
memberi gambaran kepada klien atau muird berkaitan sikap dan minat kaunselor dalam
menolongnya. Kaunselor perlu memberi perhatian kepada kliennya bagi memberikan
pengukuhan kepada klien supaya terus bercakap dan meluahkan perasaannya serta
menyampai mesej kepada kilen bahawa dia adalah dihormatin oleh kaunselor. Sebagai
contohnya, kaunselor telah melakonkan perwatakan arnab dan tupai dengan menggunakan
nada suara yang berlainan. Selain itu, kaunselor telah menggunakan puppet kertas bagi
menarik perhatian kilen ketika proses intervensi.
Kemahiran melaksanakan intervensi juga penting dalam intervensi. Kaunselor telah
menjalankan sesi intervensi dengan baik dari permulaan intervensi sehingga tamat sesi
tersebut. Sebagai contohnya, kaunselor telah menjemput kedatangan kliennya dengan
senyuman yang mesra. Ini dapat membina hubungan yang erat antara kaunselor dengan klien

supaya klien sudi mempercayai kaunselor dan meluahkannya dengan baik. Selain itu, bagi
memastikan intervensi bimbingan dan kaunseling dilaksanakan dengan berkesan, kaunselor
telah menyediakan bahan bantu mengajar yang berkaitan dengan ceritanya bagi menarik minat
dan perhatian dari kliennya.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling perlulah sentiasa
meningkatkan kemahiran dan pengetahuan diri sendiri dari semasa ke semasa bagi
melengkapkan diri sendiri untuk bersedia memberi bimbingan dan dorongan kepada kliennya.
Guru bimbingan dan kaunseling seharusnya memilik pendekatan teori yang lengkap dengan
tekniknya dan dapat dijadikan salah satu garis panduan bagi membantu guru bimbingan dan
kaunseling mengendalikan proses intervensi atau bimbingan dan kaunseling dengan berjaya
dan berkesan.
Selain itu, bagi memastikan intervensi bimbingan dan kaunseling dijalankan dengan
lancar dan berkesan, semua pihak adalah memainkan peranan yang amat penting juga. Guru
biasa, guru kelas atau guru mata pelajaran perlulah sentiasa memberi maklumat mengenai
masalah murid atau klien bagi memudahkan guru bimbingan dan kaunseling mengenal pasti
masalah dan merancang serta menyediakan intervensi yang sesuai dan tepat kepadannya.
Selain itu, guru biasa juga perlu sering merujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling
sekirannya klien menghadapi masalah tidak kira ia dari segi emosi, akademik dan sebagainya.
Di samping itu, ibu bapa juga perlu memberi kerjasama yang setinggi-tingginya kepada
guru bimbingan dan kaunseling. Ibu bapa tidak harus menghalang anaknya bertemu dengan
guru bimbingan dan kaunseling. Pada masa yang sama, ibu bapa boleh berjumpa dan
berbincang dengan guru bimbingan dan kaunseling bagi menyelesaikan masalah pada
kliennya.

Rujukan

Abdul Ghani Adullah,Ph.D. Adul. Rahman Abd. Aziz. (2009). Mengurus tingkah laku
pelajar. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing.
Amaludin Ad.Rahman. (2008). Perkhidmatan Kaunseling. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Bachir, Bachtiar S. (2005). Pengembangan Kegiatan Bercerita di Taman KanakKanak
dan Teknik dan Prosedurnya. Jakarta: Depdiknas.
Ivey, G. (1999). A multicase study in the middle school: Complexities among young
adolescent readers. Reading Research Quarterly, 34, 172192.
Covey. R Stephen. (2001). First Things First to live, to love, to learn, to leave a legacy.
Singappre. Simon&Schuster.
Noraini Ahmad. (2003). Konsep dan amalan kaunseling. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors.
Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim. (2001). Pengurusan Perkhidmatan Personaliti
Murid. Shah Alam: Cerdik Publications.

Muh. Nur Mustakim. (2005). Perananan Cerita Dalam Pembentukan Perkembangan


Anak TK. Jakarta: Departemen Pendidikan Nasional Direktorat Jenderal Pendidikan Tenaga
Kependidikan Dan Ketenagaan Perguruan Tinggi.
Musfiroh, Tadkiroatun. 2005. Bermain Sambil Belajar dan Mengasah Kecerdasan.
Jakarta. Depdiknas
Mohamed Sharif Mustaffa. Roslee Ahmad. Hamdan Abdul Kadir. (2006). Teori dan
praktis kaunseling kelompok kontemporari. Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia.
Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim et.al. (2003). Pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling di sekolah. Kuala Lumpur: Cerdik Publication Sdn. Bhd.

Malek Muhamat Said. (2007). Mengurus Khidmat Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah.
Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing.
Salim, S. (2001). Bimbingan dan kaunseling. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributions Sdn. Bhd.

LAMPIRAN

You might also like