You are on page 1of 4

KOMPETENSI 3: PREPARE STANDARD OPERATION PROCEDURES (SOP)

I.

SOP MEMBELI BAHAN DAN PERALATAN

SEBELUM
1.
2.
3.
4.

Pesan kuantiti bahan dan alatan yang mencukupi.


Anggarkan seberapa tepat yang boleh dilakukan sebelum membuat pesanan.
Mendapatkan maklumat tentang bahan dan alatan.
Menyimpan akaun dan rekod-rekod yang diwajibkan.

SEMASA
1. Menyelia, menyelenggara dan mengawal bahan dan alatan.
2. Membayar mengikut peraturan yang ditetapkan.
3. Dokumen dan rekod yang digunakan :
a. Borang permintaan.
b. Pesanan tempatan.
c. Nota serahan dan bil/invois.
d. Baucer.
e. Cek.
4. Semak dengan pesanan tempatan/nota serahan.
5. Kecacatan disenaraikan dan diasingkan untuk dikembalikan kepada pembekal.
6. Sahkan penerimaan pada pesanan tempatan dan/atau nota serahan, invois/bil dan
sebagainya.
7. Mengkategorikan bahan dan alatan.
8. Periksa ketahanan bahan dan alatan.
9. Sediakan lokasi yang bersesuaian.
10. Jaga keselamatan bahan dan alatan (terbakar/keracunan dan sebagainya).
SELEPAS
1. Selenggarakan rekod.
2. Buat pemeriksaan fizikal.
3. Tentukan :
a. Bil/invois diterima dalam bulan berikutan barangan di bekalkan.
b. Dibayar tidak lewat dari sebulan daripada tarikh menerima invois.
c. Pesanan tempatan dan invois disahkan dengan sewajarnya.
d. Sediakan baucer bayaran dan rekod dalam Buku Tunai.
4. Yang meluluskan baucer diberi kuasa bertulis oleh ketua unit bengkel.
5. Rekod butir-butir pembayaran dalam Buku Tunai
6. Kemaskinikan Daftar Pembelian dan Sipiutang/Bil.
7. Tentukan cek dikeluarkan dan rekod dalam Buku Tunai.

II.

SOP MENCEGAH KEBAKARAN

SEBELUM
1. Pastikan anda tahu dengan jelas dan betul kaedah kendali alatan atau mesin yang
hendak digunakan.
2. Pastikan bahagian yang berputar pada mesin dilengkapi pelindung keselamatan.
3. Pastikan alatan dan mesin yang hendak digunakan dalam keadaan baik.
4. Pastikan alatan dan mesin mempunyai pembumian yang sempurna.
5. Pastikan sebarang kerosakan alatan dan mesin dilaporkan dan dibaik pulih dengan
segera.
6. Gunakan alatan dan mesin yang sesuai dengan kerja yang hendak dilakukan.
SEMASA
1. Jika berlaku kebakaran segera membunyikan penggera kebakaran dengan cara
memecahkan kaca pada panel yang paling berhampiran.
2. Cuba untuk memadamkan api dengan menggunakan peralatan pemadam kebakaran
yang disediakan apabila api masih kecil, tetapi jangan membahayakan diri, seperti
berikut:i. Alat Pemadam Api Kecil (Fire Extinguisher) atau
ii. Hose Reel.
SELEPAS
1. Menghubungi terus Hubungi Pusat Kawalan Kebakaran /Jabatan Bomba dan
Penyelamatan Malaysia berserta dengan maklumat seperti berikut :i. Maklumat ringkas pengadu;
ii. Tempat dan Alamat Kebakaran;
iii. Peringkat Kebakaran;
iv. Maklumat ringkas berkaitan tempat kebakaran; dan
v. Ikuti tindakan lanjut pihak Bomba sehingga pasukan Bomba tiba.
2. Menghentikan mesin/proses kerja dan memutuskan bekalan kuasa.
3. Memastikan semua dokumen-dokumen penting disimpan dan dikunci di dalam
kabinet besi.
4. Berkumpul di tempat yang selamat (Assembly Point [AP]) dan mengambil kedatangan.
2. Mengosongkan bangunan.

III.

SOP MELAYAN PELANGGAN

SEBELUM
1.
2.
3.
4.

Mendapatkan pelanggan dan melayan pelanggan dengan mesra.


Mencatatkan rekod maklumat pelanggan.
Menyediakan tempat rawatan.
Menyambut dan membincangkan masalah dengan pelanggan.

SEMASA
1.
2.
3.
4.
5.

Menanggalkan aksesori pelanggan.


Menyediakan pelanggan dengan kemas dan selesa.
Mempersilakan pelanggan ke tempat rawatan.
Melakukan rawatan mengikut kehendak pelanggan dengan prosedur yang betul.
Memberi khidmat nasihat penjagaan kepada pelanggan.

SELEPAS
1.
2.
3.
4.

Merekodkan kad rawatan dengan betul.


Membuat pengiraan kos.
Membawa pelanggan ke kaunter pembayaran.
Mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kerana melakukan rawatan.

IV.

SOP KERJA JURUKECANTIKAN / JURUDANDAN

SEBELUM
1.
2.
3.
4.
5.

Jurukecantikan perlu membuka salon 15 minit sebelum waktu kerja bermula.


Mengisi kehadiran dalam buku rekod kehadiran.
Jurukecantikan melakukan operasi pembersihan salon.
Jurukecantikan memakai uniform dengan kemas dan lengkap.
Membuat senarai semak bagi setiap alatan dan bahan di dalam stor.

SEMASA
1. Periksa pelanggan yang sudah membuat appointment pada hari tersebut.
2. Keluarkan alatan dan bahan rawatan.
3. Mensterilkan semua peralatan yang hendak digunakan.
4. Melayan pelanggan dengan baik dan mesra.
5. Mengisi kad rawatan pelanggan.
6. Menanggalkan aksesori pelanggan.
7. Menyediakan pelanggan dengan kemas dan selesa.
8. Mempersilakan pelanggan ke tempat rawatan.
9. Melakukan rawatan mengikut kehendak pelanggan dengan prosedur yang betul.
10. Memberi khidmat nasihat penjagaan kepada pelanggan.
SELEPAS
1. Membersihkan pelanggan dan membawa pelanggan ke tempat persalinan.
2. Membawa pelanggan ke kaunter pembayaran.
3. Mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kerana melakuakan rawatan.
4. Mengemas tempat kerja.
5. Mengira stok bahan dan alatan.
6. Mengisi buku rekod keluar/ masuk alatan dan bahan.
7. Memastikan alatan dan bahan disusun di tempat yang sesuai.
8. Pastikan kawasan tempat kerja dalam keadaan yang baik.
9. Melakukan pembersihan akhir seperti menyapu dan mop sebelum salon ditutup.
10. Pastikan semua suis dimatikan sebelum keluar salon.
11. Pastikan sampah dibuang.
12. Pastikan jurukecantikan yang akhir periksa keseluruhan salon agar dalam keadaan yang
baik dan kemas.
13. Jurukecantikan menutup semua pintu dan tingkap dan akhir sekali mengunci pintu
utama.

You might also like