You are on page 1of 2

CARA MENANAM HIDROPONIK

1. Kenal alatan takung, penutup takung, raga tanaman, kapas/ span, set baja A
dan B dan satu bungkus biji benih.
2. Basuh semua alatan dengan air bersih/ air paip
SEMAIAN BIJI BENIH HIDROPONIK
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Sediakan span berdasarkan saiz raga tanaman


Belah span menggunakan pisau
Rendam span dalam air di bekas semaian
Celup lidi dalam air dan lekatkan lidi pada biji benih anggaran 3 hingga 5 biji
benih
Masukkan biji benih di celah belahan span
Susun span dalam bekas semaian yang mengandungi sedikit air
Letakkan bekas semaian yang telah siap di rumah semaian
Biarkan selama 3 hingga 5 hari/ tumbuh 2 hingga 3 helai daun

SEMAIAN TERUS BIJI BENIH HIDROPONIK


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Bahagikan kapas untuk 8 raga tanaman dan rendam dalam air


Masukkan kapas dalam raga satu per satu
Buat lekukkan pada kapas
Celup lidi dalam air dan lekatkan lidi pada biji benih anggaran 3 hingga 5 biji
benih
Letakkan biji benih dalam lekukan kapas
Letakkan raga dalam takung semaian berisi air separas lubang raga bahagian
bawah
Letakkan bekas semaian yang telah siap di rumah semaian
Biarkan selama 3 hingga 4 hari/ tumbuh 2 hingga 3 helai daun

MENANAM BIJI BENIH HIDROPONIK


1. Sediakan larutan dengan mengisi air dalam takung sehingga paras 2 cm dari
bibir takung
2. Ambil 100 ml set baja A, tuangkan dalam takung dan larutkan sehingga sebati
3. Basuh alat sukatan sehingga bersih sampai kering
4. Ambil 100 ml set baja B, tuangkan dalam takung dan larutkan sehingga sebati
5. Ambil anak benih yang telah hidup 2 hingga 3 helai daun dan letakkan di atas
penutup takung

MAKLUMAT TAMBAHAN

Bila tuai jangan buang kapas/ span untuk mengelakkan sayur layu
Plastik silver shine boleh digunakan untuk mengelakkan serangan serangga.
Letakkan lapisan berwarna kelabu di bahagian atas supaya cahaya boleh
dipantulkan seperti cermin untuk mengelakkan serangan serangga di bawah
daun. Manakala lapisan hitam diletakkan di bahagian bawah untuk menyerap
lebih banyak haba dan menghalang pertumbuhan lumut.
Plastik silver shine juga boleh menyebabkan biji benih yang asalnya dominan
menjadi resesif.
Kacau larutan 1 minggu sekali supaya larutan tidak berkumpul
/ mendap di bawah menjadi Kristal.
Kalau larutan kurang, tambahkan air sahaja
Masukkan air dulu dalam takung sebelum menuang larutan baja A dan B
(Formulanya pekat ke cair)

You might also like