You are on page 1of 2

Sujaatha a/p Nagaratnam,

Penyelaras Lawatan Tahap 1,


SJK (T) Kuala Kubu Bharu,
Jalan Dato Balai,
Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.
Kilang Roti High5,
Stanson Marketing Sdn Bhd,
Lot72, Persiaran Jubli Perak,
Seksyen 21, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

22 Jun 2015

Tuan,
Memohon Kebenaran Mengadakan Lawatan sambil Belajar ke Kilang Roti High5.
Merujuk perkara di atas, saya Sujaatha a/p Nagaratnam selaku Penyelaras Lawatan Tahap 1 SJK
(T) Kuala Kubu Bharu ingin meminta kebenaran tuan untuk mengadakan lawatan sambil belajar
ke Kilang Roti High5.
2. Berikut merupakan keterangan berkenaan lawatan sambil belajar tersebut.
Tarikh
: 27 Julai 2015
Hari
: Isnin
Masa
: 9.00 am hingga 10.30 am
Jumlah peserta
: 40 orang peserta ( Tahun 1,2 & 3 )
Jumlah guru pengiring : 4 orang
3. Saya berharap agar pihak tuan dapat memberi kebenaran untuk melawat Kilang Roti High5
pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Saya amat berbesar hati sekiranya tuan dapat membalas
surat ini sebelum 24 Jun 2015. Hal ini akan memudahkan saya untuk membuat persiapan yang
rapi bagi menjayakan lawatan tersebut kerana kami juga akan melawat ke tempat lain.
4.
Saya juga berjanji akan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak tuan. Saya
mengucapkan jutaan terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama pihak tuan. Semoga lawatan
ini akan mendatangkan banyak faedah kepada peserta rombongan ini.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Sujaatha
.........................
( SUJAATHA A/P NAGARATNAM ) ( 012-9914465 )
Penyelaras Lawatan Tahap 1
SJK (T) Kuala Kubu Bharu.

You might also like