You are on page 1of 9

ULASAN BUKU

Harimau Malaya : Biografi Tengku Mahmood Mahyiddeen oleh Mohd.


Zamberi A. Malek. Penerbit UKM. 174 halaman.

Harimau

Malaya.

Itulah

gelaran

Tengku Mahmood Mahyiddeen seorang patriot


generasi

sekarang

mengenalinya.

Buku

yang

diberi

kepada

yang mungkin tidak ramai

terbitan

Penerbit

Universiti

Kebangsaan Malaysia yang dibahagikan kepada 5 bab ini adalah hasil karya
pemenang pertandingan menulis Sejarah Malaysia 1996 anjuran Persatuan
Sejarah Malaysia, Mohd. Zamberi A. Malek. Mohd. Zamberi A. Malek dalam
prakatanya mengakui menghadapi kesukaran dalam proses mengumpul
bahan dan maklumat

mengenai

Tengku Mahmood Mahyiddeen kerana

rakan seperjuangan beliau sudah ramai yang tiada dan bahan rujukan
mengenai tokoh ini agak terbatas.
Penulis

dalam

Bab

mengimbas

secara

ringkas

kehidupan

Tengku Mahmood Mahyiddeen yang merupakan seorang reformis pendidikan,


pegawai

tentera

yang

disegani,

pemimpin

pertubuhan

politik

yang

memperjuangkan nasib bangsa Melayu Patani dan tokoh nasionalis Malaya


sebelum merdeka. Sejarah kegemilangan kerajaan Melayu Patani yang
memiliki sultan dan kerajaan sendiri sebelum jatuh di bawah penjajahan
Siam turut diceritakan kembali. Pada 10 Mac 1909, termeterai Perjanjian
Sempadan Inggeris-Siam yang memisahkan Patani dengan

negeri-negeri

Melayu di Semenanjung. Setahun sebelum itu, Tengku Mahmood Mahyiddeen

telah diputerakan di Istana Cabang Tiga, Patani hasil perkongsian hidup

di

antara Tengku Abdul Kadir Kamaruddeen, raja terakhir Patani dengan Cik
Maimunah yang berasal dari Kelantan. Beliau banyak menghabiskan zaman
kanak-kanak di Patani sebelum dibawa pulang ke Kota Bharu untuk
memulakan alam persekolahan di

Sekolah Majlis Agama Islam Kota

Bharu. Pada usia 12 tahun, beliau telah dihantar oleh ayahandanya untuk
belajar di Royal Assumption College, Bangkok. Suasana yang tidak tenteram
di Patani akibat tindakbalas keras Kerajaan Siam terhadap penentangan
penduduk Patani menyebabkan persekolahan Tengku Mahmood Mahyiddeen
di Bangkok terpaksa dihentikan dan beliau menyambung pula pelajaran di
Penang Free School, Pulau Pinang. Satu perkara yang di luar kebiasaan
kerana pada lazimnya golongan kerabat raja dan bangsawan memilih untuk
menghantar putera mereka belajar di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak.
Latar belakang pendidikan aliran Inggeris inilah yang membentuk karakter
Tengku Mahmood Mahyiddeen menjadi seorang yang berfikiran terbuka
selain fasih berbahasa Inggeris, suatu kemahiran yang cukup berguna untuk
berurusan dengan pegawai tinggi British di Tanah Melayu pada kemudian
hari. Beliau telah menolak biasiswa untuk melanjutkan pengajian dalam
bidang kedoktoran di King Edward College, Singapura sebaliknya pulang ke
Kota

Bharu

untuk

mengurus

ayahandanya. Di Kelantan,

harta

keluarga

seperti

diamanahkan

putera raja yang luar biasa ini menjadi

bangsawan Melayu Kelantan pertama yang menceburi bidang perniagaan


dengan membuka kedai menjual basikal import buatan England (basikal

adalah barang mewah ketika itu) dan kedai pengimport serta pengedar
barang keperluan harian di Kota Bharu. Beliau sering berbasikal ke kawasan
kampung atas urusan perniagaan. Pada ketika inilah timbul kesedaran dan
keinsafan pada dirinya setelah melihat sendiri akan kemunduran masyarakat
Melayu ketika itu yang rata-rata hidup dalam serba kemiskinan. Beliau sering
mengutus surat untuk menyuarakan pandangannya mengenai isu sosial
masyarakat Melayu kepada pegawai British di Kelantan. Peluang untuk
mengubah nasib anak bangsa akhirnya tiba apabila dilantik menjadi Nazir
Sekolah-Sekolah Melayu dalam perkhidmatan awam negeri. Di sini penulis
buku menyenaraikan sumbangan Tengku Mahmood Mahyiddeen dalam
memperbaiki taraf pendidikan di negeri ini. Di antaranya ialah mengubah
persepsi masyarakat Melayu Kelantan ketika itu mengenai kepentingan
pendidikan terutama untuk anak perempuan. Masyarakat Melayu Kelantan
ketika itu lebih mempercayai institusi sekolah pondok yang telah lama
bertapak di negeri yang digelar

Serambi Mekah ini. Hasil usaha tanpa

putus asa oleh Tengku Mahmood Mahyiddeen dan Jabatan Pendidikan Negeri
Kelantan mengutus surat kepada ibu bapa agar mendaftar anak mereka di
sekolah kerajaan akhirnya membuahkan hasil apabila tiba satu tahap di
mana permohonan ibu bapa untuk mendaftar murid baru terpaksa ditolak
kerana tiada kekosongan tempat.Selain itu, beberapa sekolah baru didirikan
atas usaha beliau seperti Ismail English School (Maktab Sultan Ismail) dan
Zainab English School (Sekolah Menengah Zainab). Kualiti tenaga pengajar
pula ditambah baik manakala sukatan pelajaran dan pentadbiran sekolah

disusun

semula.

Pencapaian

luar

biasa

beliau

dalam

membawa

pembaharuan kepada sistem pendididikan negeri telah melayakkan beliau


menjadi anak Melayu pertama di seluruh Semenanjung dilantik sebagai
Penguasa Pendidikan Negeri.
Bab kedua membawa pembaca ke zaman penjajahan Jepun dan era
sebelum kemerdekaan. Satu perkara menarik yang didedahkan dalam buku
ini ialah,

Tengku Mahmood Mahyiddeen, seorang sarjan dalam Pasukan

Sukarelawan Kelantan (Kelantan Volunteer Force) adalah antara anak watan


pertama berada di barisan depan ketika menentang kemaraan ganas askar
Jepun di negeri Kelantan. Walaupun terpaksa berundur, beliau telah
menunjukkan semangat keperwiraan yang tinggi demi mempertahankan
tanah air. Nyawanya sekali lagi terselamat ketika kapal yang dinaikinya, S.S
Kuala dibom Tentera Udara Jepun di Selat Melaka ketika berundur ke India.
Semasa di India, Tengku Mahmood Mahyiddeen dilantik menjadi pengelola
Bahagian Melayu di All Indian Radio. Program yang diterbitkan adalah
Suara Harimau Malaya yang dipancarkan ke Semenanjung Tanah Melayu
dan

Selatan Siam. Siaran ini cukup ditakuti oleh tentera Jepun yang telah

melarang penggunaan semua peti radio bergelombang pendek. Pemerintah


British di India yang sedia maklum akan kebolehan putera raja ini lantas
melantik beliau untuk memimpin Bahagian Melayu Force 136 dengan
ditauliahkan pangkat Mejar.

Mejar Tengku Mahmood

Mahyiddeen adalah anak Melayu pertama yang menyertai pasukan ini dan
menyandang jawatan tertinggi sebagai pegawai turus. Sebagai pegawai

pemerintah, beliau turut terbabit dalam perancangan operasi Force 136


bersama

pegawai

tinggi

Inggeris

serta

merekrut

anggota

baru

dan

menguruskan latihan mereka dalam usaha untuk menawan semula Tanah


Melayu. Ramai anak Melayu yang berada di India dan Ceylon ketika itu
menyahut seruan Tengku Mahmood Mahyiddeen untuk berjuang bersamasama Force 136. Salah seorang daripadanya ialah

Kapten

Ibrahim Ismail (Panglima Angkatan Tentera Malaysia Ketiga, Jeneral Tun


Ibrahim Ismail), seorang lulusan Indian Military Academy, Dehra Dun. Tamat
perang, Tengku Mahmood Mahyiddeen, seorang yang tidak kenal erti penat
dalam perjuangan terbabit pula dalam gerakan menentang Malayan Union
sekaligus membuktikan kesetiaannya bukanlah kepada penjajah British
tetapi sebaliknya Tanah Melayu. Beliau menentang gagasan ini kerana
penduduk asing terlalu mudah mendapat hak kerakyatan sedangkan
masyarakat Melayu ketika itu agak ketinggalan dalam pelbagai bidang.
Bab 3 mengisahkan perjuangan Tengku Mahmood Mahyiddeen yang
ketidaksampaian dalam membebaskan Patani daripada cengkaman Siam.
Selama menjajah Patani, kerajaan Siam telah melaksanakan berapa dasar
yang

pro Siam-Buddha menyebabkan masyarakat Melayu

Islam berasa tidak selesa dalam mengamalkan ajaran Islam dan adat resam
Melayu. Undang-undang Islam yang bersabit nikah cerai dan pembahagian
harta digantikan dengan perundangan awam Siam. Orang Melayu di Selatan
Thai tidak dibenarkan memakai pakaian tradisi masyarakat Melayu serta
dilarang menggunakan nama Melayu-Arab sebaliknya dikehendaki menukar

nama kepada nama Siam-Buddha. Ketika ini, muncul tokoh-tokoh yang


membela hak-hak masyarakat Patani daripada terus ditindas seperti
Tuan

Guru

Haji

Sulong,

Tengku

Abdul

Jalal

Tengku Mahmood Mahyiddeen, putera raja Patani.


kecewa

kerana

memerdekakan

penjajah
Patani

British

sedangkan

gagal

dan

sekali

Beliau sebenarnya

menghukum

kerajaan

tentu

Siam

Siam

sebelum

dengan
ini

telah

membuka jalan kepada Jepun untuk menyerang askar British di Tanah


Melayu. Tengku Mahmood Mahyiddeen akhirnya menyertai Gabungan Melayu
Patani Raya (GEMPAR) sebagai Yang Dipertua.

Perjuangan GEMPAR telah

berjaya meraih sokongan daripada pemimpin persatuan, pertubuhan Melayu


dan Majlis Raja-Raja Melayu. Suara rakyat Patani yang ingin merdeka dari
penjajahan Siam telah cuba untuk dibawa ke peringkat dunia. Tetapi apakan
daya, Patani terjebak dalam

percaturan politik penjajah British dan Siam

yang tidak mahu status negeri Melayu dalam Negara Buddha ini berubah.
British telah berusaha menyekat aktiviti politik Tengku Mahmood kerana
sedar pengaruh beliau cukup kuat di kalangan orang-orang Melayu di
Semenanjung. Malah ada beberapa pegawai Tinggi British di Malaya
bersimpati dengan beliau. Sir Frank Swettenham, bekas Gabenor Negerinegeri Selat

dan Pesuruhjaya Negeri-negeri Melayu Bersekutu misalnya

pernah menyatakan hasrat supaya Patani disatukan dengan negeri-negeri


Melayu di Semenanjung. Aktiviti Parti Komunis Malaya di sempadan MalayaThai

seterusnya

keselamatan

merencatkan

Siam

mengambil

perjuangan
kesempatan

GEMPAR

apabila

mengadakan

pihak
operasi

keselamatan mensasarkan penduduk Melayu di Selatan Siam yang dituduh


menyokong komunis. Tengku Mahmood Mahyiddeen adalah seorang yang
cintakan keamanan dan tidak percaya kepada penggunaan kekerasan untuk
mencapai matlamat. Beliau menolak cadangan pemimpin berhaluan kiri
Tanah Melayu ketika itu,

Ahmad Boestamam untuk

memulakan revolusi bersenjata ke atas Siam.


Patriot Negara Yang Dilupai tajuk Bab 4 pula memfokuskan kepada
tahun tahun akhir hayat Tengku Mahmood Mahyiddeen. Meskipun gagal
memperjuangkan

kemerdekaan

untuk

rakyat

Patani,

pihak

penjajah

sebenarnya gagal menyekat pengaruh beliau sebagai tokoh politik penting


Kelantan. Beliau juga sentiasa

membuat kerja-kerja amal dan kebajikan.

Sebagai menghargai jasa dan sumbangannya yang tidak ternilai terhadap


rakyat dan kerajaan Kelantan, Tengku Mahmood Mahyiddeen dianugerahkan
bintang kebesaran Kelas II Al-Muhammadi yang

membawa gelaran Dato

Paduka oleh Sultan Ibrahim. Pada 3 Ogos 1949, beliau dilantik menjadi Ahli
Mesyuarat Persekutuan mewakili negeri Kelantan. Banyak lagi jawatan dalam
badan berkanun dan persatuan yang dipegangnya menunjukkan betapa
beliau seorang yang berkaliber dan dipandang tinggi oleh masyarakat.
Penulis kemudiannya telah mengungkap kembali ketokohan dan prinsip
perjuangan Tengku Mahmood Mahyiddeen yang dapat dikesan sejak zaman
persekolahan hinggalah ketika beliau menjadi Yang Dipertua GEMPAR. Tengku
Mahmood Mahyiddeen disifatkan sebagai seorang yang tidak sukakan
pertumpahan darah sebaliknya memilih kepada cara perundingan untuk

mencapai matlamat. Beliau juga aktif dalam kegiatan politik di Tanah Melayu
dan pernah bertanding menentang Dato Onn bagi merebut jawatan Yang
Dipertua UMNO tapi tewas. Namun sayang sekali hayatnya tidak panjang.
Berita kematian Tengku Mahmood Mahyiddeen di usia 46 tahun mengejutkan
rakyat Malaysia dan Selatan Thai. Cita-citanya agar Patani kembali disatukan
dengan Tanah Melayu tidak menjadi kenyataan.
Bab

terakhir

mengumpulkan

koleksi

pandangan

waris

terdekat,

sahabat seperjuangan dan kenalan rapat mengenai Tengku Mahmood


Mahyiddeen. Penulis buku berjaya mendapatkan pandangan daripada
putera-dan puteri Tengku Mahmood Mahyiddeen iaitu Tengku Jauhar Ratul
Maknu (puteri sulung) dan Tengku Sulaiman Shariffadeen (putera bongsu).
Turut disertakan ialah pendapat peribadi mengenai
Mahmood

Mahyiddeen

daripada

Jeneral

(B)

Tun

Tengku
Ibrahim

Ismail

dan

Mohamad Zain Jaafar yang pernah berkhidmat dengan Tengku Mahmood


Mahyiddeen dalam pasukan Force 136 semasa di India serta Haji Muhamad
Amin Haji Sulong dan Haji Abdul Latif Syeikh Hussein, pejuang pembebasan
Patani. Secara kesimpulannya mereka mengganggap

Tengku Mahmood

Mahyiddeen sebagai seorang yang berdisplin tinggi, mudah bergaul mesra


dengan semua peringkat golongan dan memiliki semangat kepahlawanan
yang tiada taranya.
Satu penghargaan buat penulis kerana berjaya menghasilkan sebuah
buku biografi yang sangat menarik untuk dibaca. Perjalanan hidup dan sifat

peribadi yang ada pada Tengku Mahmood Mahyiddeen berjaya dirungkai


semula oleh penulis walaupun tokoh besar ini telah lama meninggalkan kita.
Tidak lupa disertakan

gambar-gambar menarik yang relevan sebagai

rujukan buat pembaca. Buku ini wajar menjadi bahan bacaan generasi muda
masa kini agar dapat mengambil iktibar dan teladan daripada kisah
perjuangan generasi terdahulu. Menurut penulis, bukan Jeneral Yamashita
dan bukan juga Sir Gerald Templer tapi hanya Tengku Mahmood yang layak
digelar Harimau Malaya yang sebenar. Diharapkan buku ini dapat menjadi
tanda ingatan buat pahlawan terbilang.

You might also like