You are on page 1of 21

PRAKATA

Buku nota bersaiz poket atau Pocket Book bertajuk


Teknologi Penyelenggaraan Kebun Getah Dewasa
Untuk Pekebun Kecil ini diterbitkan bagi memudahkan
semua pihak yang terlibat membuat rujukan segera.
Pocket Book ini mengandungi teknologi-teknologi
berkaitan penyelenggaraan kebun getah iaitu
kawalan rumpai, pembajaan, penyakit-penyakit
dan serangga perosak utama tanaman getah.
Kandungan dalam Pocket Book ini adalah adaptasi
dan olahan semula dari buku Manual Teknologi
Penanaman Getah yang diterbitkan dalam tahun
2004 dan dicetak semula pada tahun 2007 serta
buku bertajuk Teknologi Perladangan Getah dan
Pemprosesan yang diterbitkan pada tahun 2009.
Lembaga Getah Malaysia berharap penerbitan
Pocket Book Teknologi Penyelenggaraan Kebun
Getah Dewasa Untuk Pekebun Kecil ini dapat
memberi maklumat dan menjadi panduan khususnya
kepada agen pengembangan dan penggunapengguna lain ke arah membantu pekebun kecil
getah menghayati dan mengam alkan teknologiteknologi yang disyorkan untuk meningkatkan hasil
i

dan pendapatan mereka. Kepada semua penulis


buku Manual Teknologi Penanaman Getah dan buku
Teknologi Perladangan Getah dan Pemprosesan
sekali lagi diucapkan terima kasih. Secara tidak
langsung mereka telah menyumbang dalam proses
pemindahan teknologi. Terima kasih juga kepada
Unit Penyelidikan Pengembangan dan lain-lain pihak
yang terlibat dalam penerbitan Pocket Book ini.

Datuk Dr Salmiah Ahmad


Ketua Pengarah
Lembaga Getah Malaysia

Disember 2010

ii

SENARAI KANDUNGAN
Kandungan

Muka Surat

Prakata
Senarai Kandungan
Pendahuluan

i
iii

1

KAWALAN RUMPAI DI KAWASAN


TANAMAN GETAH
1

Kebaikan Rumpai 2
Kesan-kesan Rumpai Kepada
2
Tanaman Getah

Kawalan Rumpai Di Kawasan
3
Getah Dewasa
3
Jenis Rumpai
Kaedah Mengawal Rumpai 5
Kekerapan Merumpai 9
10
Kaedah Penyemburan Racun Rumpai
Faktor-Faktor Mempengaruhi
Keberkesanan Penyemburan
13
Langkah-langkah Keselamatan
13
Bagi Penggunaan Racun Rumpai
15

PENUTUP

iii

SENARAI JADUAL
Jadual 1. Jadual Kawalan Rumpai
Dengan Semburan Racun Herba
Jadual 2. Racun Rumpai Bagi
Kawasan Getah Dewasa
Jadual 3. Kekerapan Merumpai
Bagi Tanaman Getah Dewasa

SENARAI RAJAH
Rajah 1. Jenis-Jenis Rumpai Di
Dalam Tanaman Getah

Rajah 2. Alat Penyembur Racun


dan Jenis Nozel

12

Rajah 3. Pekerja Meracun Lengkap


Dengan Pakaian dan Peralatan
Pelindung

15

iv

PENDAHULUAN
Penanaman getah mempunyai dua objektif utama, iaitu
untuk mencapai kematangan awal dan memperolehi
hasil yang maksimum. Semua tumbuhan termasuk
getah memerlukan sumber nutrien yang betul dan
mencukupi bagi membolehkan mereka membesar
ke tahap maksimum. Keperluan nutrien ini dapat
ditambah dengan pembajaan diberi pada kadar,
jenis dan masa yang betul. Sebelum dibaja, kawasan
perlulah dibersihkan daripada rumpai supaya baja
yang ditabur tidak sia-sia. Satu lagi perkara yang
menganggu pertumbuhan pokok getah adalah
penyakit pokok getah. Mengenal pasti jenis penyakit
yang betul perlu bagi membolehkan penggunaan
jenis racun dan kadar yang sesuai.
KAWALAN RUMPAI DI KAWASAN TANAMAN
GETAH
Rumpai adalah tumbuhan yang tidak dikehendaki
atau tumbuhan yang tumbuh di tempat yang tidak
sepatutnya ia tumbuh.

Kebaikan Rumpai
Kewujudan rumpai dalam ladang getah masih
diperlukan dan mempunyai beberapa faedah
antaranya: Rumpai membantu mengurangkan hakisan
tanah dengan mengurangkan impak
langsung air hujan pada permukaan tanah.
Rumpai menyejukkan permukaan tanah
dengan mengurangkan impak langsung
sinaran matahari pada permukaan tanah.
Membantu mengekalkan kelembapan tanah.
Menambah jirim organik tanah daripada
pereputan daun-daun.
Membekalkan makanan untuk haiwan.
Beberapa spesis rumpai digunakan dalam
perubatan tradisional.
Kesan-Kesan Rumpai Kepada Tanaman Getah
Bersaing dengan tanaman getah untuk
mendapatkan cahaya, zat, air dan kawasan
pertumbuhan.
Membantutkan tumbesaran pokok getah.
Melambatkan pokok getah mencapai
kematangan.
2

Menyukarkan kerja membaja dan kawalan


penyakit.
Memberi perlindungan kepada makhluk
perosak tanaman getah.
Menyebabkan kebakaran pada musim

kering.
Kawalan Rumpai Di Kawasan Getah Dewasa
Naungan dalam getah matang adalah lebih tinggi
berbanding getah muda. Oleh itu, pertumbuhan
semula rumpai selepas dikawal adalah lebih
lambat berbanding dalam kawasan getah muda.
Jenis Rumpai. Rumpai yang selalu didapati di
kawasan getah matang dan tua adalah dari jenis
pokok berkayu dan paku-pakis (Rajah 1).

Eleusine indica
(Selaput Tunggul)

Ischaemum muticum
(Rumput Kemarau)

Mikania micrantha
(Rumput Sambau)

Pennisetum
polystachion
(Rumput Ekor
Kucing)

Chromolaena
odorata
(Pokok Kapal
Terbang)
Rajah 1.

Melastoma
malabathricum
(Senduduk)

Stenochlaena
palustris
(Paku Miding)

Clidemia Hirta
(Akar Kala)

Nephrolepis
biserrata
(Paku Anjing)

Jenis-Jenis Rumpai Di Dalam


Tanaman Getah.

Kaedah Mengawal Rumpai


Mengawal rumpai di ladang perlu kerap dilakukan
supaya tidak mudah baginya untuk tumbuh semula.
Usaha seperti ini dapat mengurangkan kesan
saingan rumpai ke atas pokok getah.
Terdapat dua bidang di mana kawalan rumpai
diperlukan rumpai yang tumbuh di kawasan antara
barisan dan rumpai yang hidup sepanjang baris
tanaman atau teres. Mengikut amalan, kawasan
antara barisan ditanam dengan kekacang penutup
bumi dan mengawal rumpai yang didapati tumbuh
dicelah-celah kekacang penutup bumi adalah
terhad. Untuk mengurangkannya daripada berlaku,
tindakan merawat benih kekacang sebelum ditanam
adalah disyorkan. Kawasan yang tidak ditanam
dengan kekacang penutup bumi sudah pasti
akan dipenuhi oleh rumpai yang memerlukan
pengawalan minimum. Rumpai seperti ini perlu
dikawal dengan menebas supaya ianya tidak
mencapai ketinggian 60 sentimeter.
Membersihkan rumpai di antara barisan secara
menyeluruh tidak digalakkan, terutamanya di lerenglereng bukit, kecuali bagi rumpai keras seperti Imperata
cylindrica. Rumpai yang tumbuh di baris tanaman
5

selebar dua meter atau teres memerlukan kawalan


maksimum. Ini boleh dilakukan secara manual dengan
cangkul atau semburan racun rumpai kimia. Pada
masa kini, kerja manual dengan mencangkul didapati
agak mahal dan lambat diusahakan. Tambahan pula,
pertumbuhan semula rumpai adalah sungguh cepat
oleh kerana tunggul-tunggul rumpai yang tinggal di
dalam tanah boleh mengeluarkan pucuk-pucuk baru
dalam beberapa hari sahaja. Kaedah ini boleh juga
merosakkan akar pokok getah dan dengan itu, ianya
tidak disyorkan.
Tempoh kesan kawalan dengan menggunakan
semburan racun rumpai adalah panjang, dan terdapat
beberapa kes di mana ianya mencapai sehingga tiga
bulan atau lebih. Akar pokok tidak terjejas dan kosnya
adalah lebih murah.

Di peringkat awal pertumbuhan pokok getah,


kawalan rumpai boleh dikatakan kerap, tetapi
ketika pokok bertambah tua, kekerapannya akan
berkurangan. Ini disebabkan oleh kesan naungan
pokok getah ke atas pertumbuhan rumpai (Jadual 1).
Jadual 1. Jadual Kawalan Rumpai Dengan
Semburan Racun Herba

Tahun

Rumpai di
Garisan
Tanaman
(Bilangan
Pusingan)

Rumpai di
Antara Barisan
(Bilangan Pusingan)

Empat ke enam

Enam

Empat ke enam

Empat

Empat

Tiga

Empat

Dua

Empat

Satu

Tiga

Satu

Dua

Satu

Dua

Satu

Satu

Racun rumpai untuk digunakan mengikut jenis


rumput adalah seperti Jadual 2.
7

Jadual 2. Racun Rumpai Bagi Kawasan


Getah Dewasa
Jenis rumpai

Jenis racun rumpai

Contoh nama
dagangan

Kadar
sehektar


Kadar bagi
18 liter
(Penyembur
galas)

Campuran
Rumput dan

Glifosat isopropilamina
(ipa)

Roundup

3.0 liter

120ml

Rumpai Daun
Lebar

Glufosinat ammonium

Basta 15

3.3 liter

132 ml

Kecil

Glifosat ipa + 2,4-0 ipa

Hat-Trick

3.0 liter

120ml

Fluroksipir + glifosat
ipa

Starmix

1.5 liter

60ml

Glifosat ipa +
metsulfuron
metil

Roundup +

1.5
liter +

60ml +

Ally 200F

0.075
kg

3g

Rumput Kasar:

Glifosat ipa

Roundup

3.0 liter

120ml

Lalang, rumput
ekor
kucing, rumput
kemarau, dll

Glifosat trimesium

Touchdown

3.0 liter

120ml

Imazapir

Assault
100A

5.0 liter

200 ml

Rumpai Berkayu:

Triklopir

Garlon 250

2.0 liter

80ml

Pokok kapal
terbang,
senduduk, akar
kala,
mempelas, dll.

Fluroksipir

Starane
200

1.25
liter

50ml

Oicamba dimetilamina

Banvel400

2.0 liter

80ml

Tordon 101

2.0 liter

80ml

Ally200F

0.15 kg

6g

Paku-Pakis:

Glufosinat ammonium

Basta 15

6.0 liter

240 ml

2,4-0 dimetilamina +
natrium klorat

2,4-0
Amine +
Sodium
chlorate

3.0
liter +
20 kg

120ml+
800 g

Resam, paku
miding, paku
anjing,
resam ribu, dll

Pikloram triisopranol
amina
+ 2,4-0 triisopranol
amina
Metsulfuron metil

Kekerapan Merumpai
Beberapa faktor boleh mempengaruhi kekerapan
merumpai iaitu :

Umur pokok getah dewasa (JaduaI 3).


Kekerapan dan hujan lebat.
Kaedah kawalan rumpai yang diamalkan.
Jenis dan ketebalan rumpai.
Jenis dan kadar racun rumpai yang
digunakan.
Jadual 3. Kekerapan Merumpai Bagi
Tanaman Getah Dewasa
Umur pokok

Kekerapan merumpai
dalam

(tahun)

setahun (kali/tahun)

10 dan ke atas

Catatan : Mengandaikan pokok getah mencapai


dewasa pada umur 5 tahun selepas tanam.
9

Kaedah Penyemburan Racun Rumpai


Menyembur racun rumpai hendaklah dilakukan
mengikut sistem supaya kesan semburan dapat
menghapus rumpai sepenuhnya dan pada masa
yang sama mengelakkan pembaziran campuran
racun rumpai.
Bagi semburan menyeluruh, kawasannya perlu
dibahagikan mengikut blok. Lebarnya adalah sekali
ganda lebar saiz semburan nozel, dan biasanya
adalah empat meter. Apabila menyembur rumpai di
alur tanaman atau di teres, penyembur hendaklah
berjalan sepanjang alur dan melepaskan semburan
pada masa yang sama. Sebuah pam galas
dengan muatan 18 liter yang dilengkapi dengan
nozel jet kipas untuk semburan menyeluruh dan
jet pembias untuk semburan alur tanaman boleh
digunakan (Rajah 2).
Campuran racun boleh dibancuh dengan banyak
dalam drum 200 liter atau kuantiti kecil sebanyak
18 liter dengan menggunakan tin minyak tanah
yang mempunyai muatan 20-liter.
Ketika membuat campuran racun rumpai, air
yang telah disukat hendaklah disediakan terlebih
dahulu.
10

Sekiranya lebih daripada satu bahan kimia


digunakan, ianya perlu dilarutkan satu persatu
untuk mengelak terjadinya pemendakkan.
C a m puran hendaklah selalu dikacau d a n
kemudiannya ditapis ketika dipindahkan ke dalam
pam sandang.
Untuk mendapatkan keputusan yang baik,
penyemburan sepatutnya dilakukan pada awal
pagi atau lewat petang untuk mengelakkan
peruapan campuran kimia semburan.
Kesan semburan ke atas rumpai adalah selama
dua hingga tiga bulan mengikut keadaan naungan.
Walau bagaimanapun, penyemburan semula
hanya dilakukan apabila kadar pertumbuhan
rumpai mencapai 60 peratus.
Mengawal rumpai dengan kimia bukan sahaja
mahal tetapi turut berbahaya kepada kesihatan
dan mengakibatkan pencemaran alam. Oleh itu,
penggunaannya perlu diminimumkan seperti.
Apabila terdapat hanya sejenis rumpai yang
tumbuh di ladang, gunakan jenis racun rumpai yang
berkesan untuknya dan elak menggunakan
campuran racun rumpai biasa.
11

Kadang kala, kekerapan menggunakan sesuatu


jenis racun rumpai untuk spesis rumpai tertentu
mungkin menyebabkan pengumpulan sesuatu
spesis yang rentan kepada racun tersebut.
Pemerhatian ke atas perkara ini perlu diteliti untuk
mengelakkan pembaziran.
Jenis alat penyembur galas. Alat penyembur jenis
galas selalunya diperbuat daripada tembaga, keluli
atau plastik.
Jenis Nozel. Nozel juga ada berbagai jenis nozel
iaitu jenis kipas, kon dan pembias dengan berbagai
saiz. Nozel jenis kipas atau pembias sesuai untuk
meracun di lorong pokok getah dan nozel jenis
kon untuk semburan rumpai berkelompok atau
setempat.

Alat penyembur
racun jenis galas

Jenis-jenis nozel

Rajah 2. Alat Penyembur Racun


dan Jenis Nozel.
12

Faktor-Faktor Mempengaruhi Keberkesanan


Penyemburan
Alat penyembur dan nozel yang
bersesuaian dan dalam keadaan baik.
Tekanan pam yang sesuai.
Kepantasan perjalanan yang berpatutan.
Kerataan penyemburan racun rumpai.
Biasanya kadar isipadu air yang diperlukan adalah
kira-kira 450 liter sehektar keseluruhannya jika
menggunakan nozel 5/64 inci.
Langkah-Langkah Keselamatan Bagi Pengguna
Racun Rumpai
Simpan racun di tempat berkunci dan jauh
daripada bahan makanan dan kanak -kanak.
Baca label dengan teliti sebelum menggunakan racun.
Gunakan pakaian dan peralatan pelindung
apabila menyedia dan menyembur racun.
Pastikan alat penyembur berkeadaan baik.
Jangan menyembur racun bertentangan
dengan angin.
Jika nozel tersumbat, basuh dengan air dan
gunakan anak mancis atau ranting kecil
13

yang ditajamkan dan jangan ditiup atau


menggunakan dawai.
Jangan merokok, makan atau minum
semasa meracun.
Jika racun terkena kulit, basuh segera
dengan air bersih.
Jika racun terkena pakaian, tanggalkan
pakaian berkenaan dan cuci bahagian
badan yang terkena racun serta cuci
pakaian tersebut dengan segera hingga
bersih.
Jika racun terkena mata, cuci segera
dengan air bersih sekurang-kurangnya
lima belas minit.
Bekas racun yang tidak dipakai lagi

hendaklah dibasuh tiga kali dan
dirosakkan sebelum ditanam di tempat
yang sesuai.
Jumpa doktor jika berasa tidak sihat.

14

Rajah 3. Pekerja Meracun Lengkap Dengan Pakaian


dan Peralatan Pelindung.

PENUTUP
Buku nota bersaiz poket ini memaparkan teknologiteknologi penyelenggaraan kebun getah dewasa
untuk pekebun kecil, terutamanya teknologi
berkaitan kawalan rumpai, pembajaan, penyakitpenyakit utama dan serangga utama perosak getah,
iaitu anai-anai. Pengurusan kebun kecil getah yang
efisien dapat mengoptimumkan pengeluaran
hasil dan seterusnya menjamin kesejahteraan
pekebun kecil getah pada amnya.
15

You might also like