You are on page 1of 1

RESEPI KEK ASAS

Bahan-Bahan;
Resepi asas kek. Cara buat kek asas.
- 11/2 @ 2 Cawan Tepung Naik Sendiri
- 1 Cawan Minyak Jagung
- 1 Cawan Gula Kastor
- 1 Cawan Susu Cair
- 1 Biji Telur
- 1 Sudu Serbuk Vanilla
- Perisa / Serbuk Koko/ Buah (Ikut Suka)
Cara-Cara;
1. Pukul telur dalam bekas, sehingga berbuih.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan minyak, susu dan serbuk vanilla. Gaul sebati.
4. Masukkan perisa yang disukai. Samada cecair / serbuk / buah.
5. Masukkan tepung. Gaul sebati lagi, tetapi jangan terlalu lama.
6. Tapis semua adunan kedalam loyang. Guna penapis teh je.
7. Kukus selama 1 jam / Bakar (180'c) selama 45 minit.
Tips Tambahan;
1. Kalau guna tepung gandum, campurkan 1 sudu teh baking powder.
2. Kalau tak ada serbuk vanilla, gantikan dengan esen vanilla. BW guna serbuk vanilla sebab
ianya lebih wangi, dan tidak pahit jika masukkan lebih.
3. Kalau tanak guna telur pun boleh, tapi kek nanti cam senang berkecai sikit la.
4. Kalau bakar guna oven yang build in kat kabinet just guna 150'c je yer.
5. Kurangkan gula kepada 3/4 cawan jika tak suka manis sangat.
6. Susu boleh digantikan dengan susu segar. Ataupun susu tepung bancuh dengan air je.
7. Kalau guna mixer, tak perlu tapis adunan dengan penapis kerana adunan sudah sebati.
8. Untuk perisa, boleh gunakan perisa dalam botol kecil tu. Juga boleh masukkan perisa
berserbuk seperti serbuk koko atau serbuk kopi. Boleh juga masukkan buah dan sayur yang
dikisar contohnya, pisang, karot, daun pandan dan kurma (pastikan kisar bersama secawan
susu tu, jangan masukkan air tambahan)
9. Bagi perisa berserbuk seperti, serbuk koko, atau pun perisa dari buahan diblend seperti,
kurma atau carrot, kurangkan tepung kepada 11/2 cawan.
10. Tepung dimasukkan sedikit demi sedikit. Kurangkan tepung jika bancuhan adunan agak
pekat. Kuantiti tepung yang sesuai antara 11/2 - 2 Cawan sahaja. Untuk kek yang dibakar,
kurangkan sedikit tepung.
Resepi asas kek. Cara buat kek asas.
Untuk first timer, disarankan guna tepung naik sendiri blue key. Cuba banyak kali, ejas itu ini, cuba bakar dan cuba kukus, nanti
korang akan tahu bancuhan adunan yang sesuai. BW pun tak pernah pergi mana-mana kursus baking kek, just belajar dari
pengalaman.
Jom tengok macam-macam resepi kek mudah menggunakan adunan asas yang sama. Cuma perlu ejas kandungan tepung dan
perisanya :)

You might also like