You are on page 1of 7

Jelaskan tugas penolong pegawai tanah

Bertanggungjawab menerima dan memproses permohonan pengambilan balik


tanah untuk projek-projek Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Agensiagensi Kerajaan, mengawasi pelaksanaan kerja-kerja penempatan dan
memperakukan kepada Pemungut Hasil Tanah atau pengesahan pelan-pelan
yang disediakan oleh Jabatan Ukur bagi penempatan terakhir, memproses
permohonan tanah, lesen pendudukan sementara dan permit, terlibat dalam
urusan pendaftaran hak milik dan urusan tanah, urusan penguatkuasaan dan
tugas-tugas lain yang diarahkan.
Apa yang di maksudkan pecah sempadan dan pecah bahagian jelaskan
-Pecah Sempadan ialah memecah Satu Lot Tanah kepada lebih daripada satu lot
tetapi tidak merubah bahagian hak kepunyaan tuan tanah.( Borang 9A)
-Pecah Bahagian ialah memecah satu lot kepada lebih daripada satu lot tetapi
mengikut bahagian masing-masing yang dipersetujui.( Borang 9B)
Permohonan Untuk Memecahkan Sempadan Tanah (Borang 9A)
Permohonan Untuk Memecahkan Bahagian Tanah (Borang 9B)
Permohonan Untuk Menyatukan Tanah (Borang 9C)
Setiap permohonan dan Pelan cadangan pecahan dan Borang 9A / 9B mestilah
ditandatangani sebagai persetujuan oleh tuanpunya tanah dihadapan PTB /
PPTB.
Urusan Pentadbiran
Setiap permohonan akan dihantar kepada Jabatan Teknikal yang berkaitan untuk
mendapatkan pandangan ( JKR, Perancangan Bandar & Desa dan Majlis daerah ).
Kuasa Meluluskan
Pengarah Tanah dan Galian bagi Hakmilik Pendaftar.
Pentadbir Tanah bagi Hakmilik Pejabat Tanah.

Geran sementara dan geran tetap awk penah dengar.?


GERAN TANAH
Terdapat 2 jenis Geran Tanah atau Hakmilik Tanah:
1) Hakmilik Tetap (HT)
2) Hakmilik Sementara (HS)
HAKMILIK TETAP
i) Hakmilik Tetap Pejabat Pendaftar
Geran Negeri iaitu tanah yang diberi milik selama-lamanya
Geran Pajakan Negeri iaitu tanah yang diberi milik untuk satu tempoh tahun
tertentu
ii) Hakmilik Tetap Pejabat Tanah
Geran Mukim iaitu tanah yang diberi milik selama-lamanya.
Geran Pajakan Mukim iaitu tanah yang diberi milik untuk satu tempoh tahun
tertentu.
Geran Pajakan biasanya selama 60 tahun atau 99 tahun. Selepas tempoh
pajakan tamat, kerajaan negeri boleh mengambil tanah tersebut tanpa sebarang
pampasan. Sekiranya tanah tersebut tidak dimajukan oleh pihak berkenaan,
pemilik tanah boleh menyambung pajakan untuk tempoh tertentu dengan
bayaran premium tanah semasa. Geran pajakan kemungkinan mempunyai
sekatan-sekatan tertentu dan kemungkinan tiada sekatan.
HAKMILIK SEMENTARA
Tidak boleh dipecah sempadan.
Tidak boleh dipecah bahagi.
Tidak boleh disatukan tanah.
Tidak boleh dipecah bahagian bangunan jika ianya terletak di atas tanah HS.
** melainkan tanah telah diukur dengan sempurna dan pelan akui berkenaan
dengannye telah diluluskan.
HS ialah untuk membolehkan tanah diberimilik sebelum diukur atau
membolehkan hakmilik dikeluarkan sebelum pengukuran tanah apabila berlaku
pecah sempadan, pecah bahagia dan penyatuan.
HS membolehkan tuan punya tanah membuat pindahmilik, gadaian atau pajakan
sebelum kerja ukur diselesaikan.
i) Hakmilik Sementara Bersamaan dengan Pejabat Pendaftaran
Akhirnya akan dipegang oleh Geran Negeri atau Geran Pajakan Negeri.
ii) Hakmilik Sementara Bersamaan dengan Pejabat Tanah
Akhirnya akan dipegang oleh Geran Mukim atau Geran Pajakan Mukim

TUGAS PENOLONG PEGAWAI TANAH- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan


16 tahun 2009.

1. SKIM PERKHIDMATAN
Penolong Pegawai Tanah Gred NT27, NT32, NT36.
2. PERINGKAT ORGANISASI
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Jabatan Ketua Pengarah Tanah
dan Galian Persekutuan, Pejabat-Pejabat Tanah dan Galian Negeri/ Wilayah
Persekutuan dan Pejabat-Pejabat Tanah Daerah di negeri-negeri
Semenanjung.
3. RINGKASAN TUGAS
Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan tanah di peringkat
kumpulan sokongan berhubung urusan pentadbiran tanah yang meliputi
aspekaspek
pendaftaran tanah, pelupusan tanah, hasil tanah, pembangunan tanah
(pengambilan balik tanah, pesaka kecil, ukur tanah, penguatkuasaan tanah dan
tugas-tugas lain yang berkaitan dengan tanah yang ditentukan dari semasa ke
semasa).
4. BIDANG TUGAS
4.1 Penolong Pegawai Tanah Gred NT27
a. Membuat laporan yang lengkap dan memperenggankan tanah (ukur
tanah) bagi maksud perkara-perkara berikut:
i. permohonan tanah dan permit bahan batu.
ii. permohonan lesen melombong dan permit cari gali.
iii. permohonan pecah sempadan/ bahagian/ penyatuan tanah.
iv. permohonan tukar syarat.
v. pengambilan balik tanah.
vi. permohonan hak lalu lalang.
vii. pencerobohan tanah kerajaan/ simpanan/ lombong.
viii. kelonggaran syarat tanah.
ix. rancangan projek kerajaan.
b. Menjalankan kerja-kerja penempatan mengenai perkara-perkara
berikut:
i. permohonan tanah yang diluluskan untuk pertanian, bangunan
dan perusahaan.
ii. tanah-tanah kerajaan yang diluluskan untuk perkampungan
kawasan-kawasan dalam rancangan tanah berkelompok
(GSA).
iii. menempatkan mangsa-mangsa bencana alam di tempattempat
selamat mengikut arahan pegawai daerah atau
kerajaan negeri.
c. Menjalankan kerja-kerja penyelesaian ke atas perkara-perkara
berikut:
i. tanah yang telah diukur oleh Jabatan Ukur untuk milik, pajakan
dan simpanan.
ii. tanah yang telah diukur oleh Jabatan Ukur untuk rancangan
perkampungan dan penempatan setinggan.
iii. tanah yang telah diukur dalam urusan pengambilan tanah
1960.
iv. tanah yang telah diukur berkaitan dengan pecah sempadan/
pecah bahagian/ penyatuan tanah.
v. tanah yang telah diukur semula bersabit dengan kehilangan
batu sempadan.
vi. tanah yang telah diukur bersabit dengan hak lalu lalang.
d. Menjalankan kerja-kerja penulisan di pejabat seperti di bawah ini:
i. penulisan hak milik sementara.
ii. penyediaan draf hak milik pendaftaran.

iii. penyediaan permohonan ukur bagi tanah-tanah yang telah


diluluskan pelupusan, pecah sempadan/ pecah bahagian/
penyatuan tanah dan telah diambil balik sebahagiannya.
3
iv. penulisan hak milik tetap.
v. penulisan hak milik sambungan.
vi. pindaan hasil.
e. Menyimpan dan mengemaskini rekod-rekod di Pejabat Tanah
seperti:
i. penyelesaian.
ii. fahrasat Pejabat Tanah dan Fahrasat Lot.
iii. permohonan ukur.
iv. pemerenggan.
v. plotting tracing.
vi. daftar tanah simpanan.
vii. daftar syarat-syarat tertentu.
viii. daftar permohonan tanah.
ix. syit-syit pelan akui.
x. permohonan hak milik.
xi. rekod kes-kes tangkapan.
f. Menjalankan kerja-kerja penilaian berhubung dengan:
i. urus niaga tanah untuk cukai setem bagi Akta Pembahagian
Pusaka.
ii. ganti rugi untuk pengambilan tanah.
iii. permohonan tukar syarat.
iv. tanaman-tanaman dan perkakas yang telah dirampas bersabit
dengan Seksyen 425 dan 426.
v. pampasan mengenai hak lalu lalang pemungut dan izin lalu
(way leave).
vi. pampasan bersabit dengan bencana alam.
4
vii. permohonan tanah bagi maksud premium.
viii. lelong tanah.
ix. pampasan berkaitan dengan kerosakan tanah ketika kerja ukur
dijalankan.
4.2 Penolong Pegawai Tanah Gred NT32
a. Pembangunan Tanah (Pengambilan Balik Tanah).
i. menerima dan memproses permohonan pengambilan balik
tanah untuk projek-projek Kerajaan Persekutuan, kerajaan
negeri dan agensi-agensi kerajaan.
ii. menyemak laporan-laporan tanah yang dibuat oleh Penolong
Pegawai Tanah Gred NT27 dan menyediakan Kertas Majlis
Mesyuarat Kerajaan.
iii. melaksanakan perbicaraan hearing.
iv. menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tinggi.
b. Kerja-kerja Penempatan dan Penyelesaian.
i. mengawas pelaksanaan kerja-kerja penempatan dan kerjakerja
Penolong Pegawai Tanah Gred NT27 dan menyediakan
Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan.
ii. memperakukan kepada Pemungut Hasil Tanah untuk
pengesahan pelan-pelan yang disediakan oleh Jabatan Ukur
bagi penempatan terakhir.
c. Permohonan-permohonan tanah, Lesen Pendudukan Sementara
dan permit.

i. memproses permohonan-permohonan.
ii. menyemak laporan-laporan tanah yang disediakan oleh
Penolong Pegawai Tanah Gred NT27 dan Pelukis Pelan.
iii. menyemak laporan-laporan dari jabatan-jabatan yang ada
kaitan.
iv. menyediakan Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan.
5
d. Pendaftaran Hakmilik Urusan Tanah.
i. dilantik sebagai Penolong Pendaftar Hakmilik untuk mendaftar
hakmilik-hakmilik dan urusan-urusan tanah.
ii. mengemaskini dan mengawasi semua rekod pendaftaran dan
hak milik tanah.
iii. menyempurnakan perbicaraan kes-kes gadaian yang tidak
ditebus.
iv. Menyempurnakan pelelongan tanah yang telah digadai.
e. Penguatkuasaan
i. bertanggungjawab dalam hal-hal penyiasatan bagi mencegah
pencabulan tanah-tanah kerajaan dan pelanggaranpelanggaran
syarat.
ii. menyediakan charge sheet dan case precis.
iii. mengambil bahagian dalam perbicaraan.
f. Tugas-tugas lain
i. menjadi ahli lembaga tender bagi tanah-tanah yang hendak
dipajakkan.
ii. menilai dan juga mengkaji nilaian harga tanah yang dibuat oleh
Penolong Pegawai Tanah Gred NT27.
iii. mewakili Pemungut Hasil Tanah dalam perancangan tanah
bandar dan desa jika diperlukan.
4.3 Penolong Pegawai Tanah Gred NT36
a. Mengawas pelaksanaan kerja-kerja Penolong Pegawai Tanah Gred
NT27, NT32.
b. Menyediakan Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan.
c. Membantu menyediakan Kertas Memorandum Jemaah Menteri.
d. Menyediakan afidavit dan hadir di mahkamah.
e. Menjalankan tugas penguatkuasaan dan pegawai pendakwa di
mahkamah di bawah Seksyen 425 dan 426 Kanun Tanah Negara.
6
f. Menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Tanah/
Pemantauan Tanah Kerajaan/ Tanah Persekutuan.
g. Memberi taklimat berhubung tanah-tanah persekutuan dan
pengambilan tanah.
5. HUBUNGAN KERJA
Dalaman
a. Rakan sekerja di bahagian/ unit/ cawangan yang sama.
b. Anggota lain di bahagian lain dalam organisasi yang sama.
Luaran
a. Orang awam.
b. Agensi kerajaan yang berkaitan.
c. Badan/ pertubuhan antarabangsa.
d. Agensi swasta.
e. Ahli politik/ pemimpin masyarakat.
6. PERSEKITARAN KERJA
a. Dalam dan luar pejabat.
7. KEBOLEHAN YANG DIUTAMAKAN (PENGETAHUAN/ KEMAHIRAN)

a. Kebolehan mengendalikan perisian komputer dan peralatan yang


berkaitan dengan bidang tugas.
8. SIFAT-SIFAT YANG BERSESUAIAN DENGAN JAWATAN
a. Bersih, cekap dan amanah.
b. Jujur.
c. Bertanggungjawab.
d. Berminat dan berdedikasi.
7
9. ANCAMAN/ BAHAYA
a. Terdedah dengan unsur rasuah.
b. Terlibat dengan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

Apakah perbezaan2 tersebut?


HARTANAH LOT BUMIPUTRA
1. Merujuk kpd lot2 hartanah yg telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan
di dalam pelan kelulusan perancang untuk di jual kepada bumiputra shj.
2. Ianya hanya terpakai untuk penjualan hartanah baru oleh pemaju sahaja,
dimana pemaju mestilah menjual lot-lot bumi tersebut kpd golongan bumiputra
shj.
4. Walaubagaimanapun, sekiranya lot-lot bumi tersebut tidak laku, pemaju boleh
memohon drpd pihak berkuasa tempatan untuk melepaskan status lot bumi
tersebut dan menjualnya kpd non-bumi.
3. Setelah lot bumi tersebut dijual dan dipindahmilikkan kpd pembeli bumiputra,
status tersebut tidak lagi terpakai. Ertinya, PEMBELI TADI SELEPAS INI TIDAK LAGI
TERIKAT UNTUK MENJUAL HARTANAH TERSEBUT KEPADA BUMIPUTRA..
4. Melainkan ianya ditulis dengan jelas sebagai syarat nyata di dalam suratan
hakmilik (geran), misalnya di tulis "Tanah ini hendaklah di miliki oleh bumi putra
shj" atau ditulis "Tanah ini tidak boleh dipindahmilikkan melainkan kepada
bumiputra sahaja". Jika terdapat syarat nyata sedemikian, barulah hartanah tadi
mesti dijual atau dipindahmilik kpd bumiputra shj. Jika tiada ditulis dengan jelas
di dalam geran, maka hartanah tadi boleh dijual/ dipindahmilik kpd sesiapa shj.
HARTANAH REZAB MELAYU
1. Merujuk kpd hartanah yg diwartakan oleh Pihak Berkuasa Negeri sebagai
Rezab Melayu.
2. Ianya akan ditulis dengan jelas di dalam suratan hakmilik (geran) sebagai
"Pengisytiharan Rezab Melayu"

3. Tanah yg berstatus Rezab Melayu akan terikat dengan Enakmen Tanah Rezab
Melayu di setiap negeri masing2. Definisi Melayu di dalam Enakmen Tanah Rezab
Melayu di suatu negeri mungkin berbeza dengan negeri2yg lain.
4. Ia selama2nya hanya boleh dimiliki, dijual dan dipindahmilik kepada Melayu
sahaja, melainkan dibatalkan status Rezab Melayu tersebut oleh Kerajaan Negeri
dengan perkenan drpd Sultan/ Raja di negeri tersebut.
5. Ertinya, jika seseorang beli hartanah yg berstatus Rezab Melayu, ia HANYA
BOLEH MENJUAL DAN MEMINDAHMILIKKAN HARTANAH TERSEBUT KEPADA
MELAYU SHJ SELAMA2NYA (melainkan sehingga dibatalkan status Rezab
Melayunya itu)

Penal : Ok.ok..bagusll awk cakap awk bekerja di syarikat jurukur..boleh jelaskn


apa tugas awak dan
kenapa awak mohon kerja kerajaan sedangkan awk
sudah berkerja tetap.
Z.
: Tugas saya tuan lebih kepada kerja ukur kadaster...blaa.blaa..
betul tuan.. saya dah bekerja tetap tapi bekerja dalam sektor kerjaan itu
harapan sy tuan. blaa..
blaa...sambil terseyum.
Penal : Apakah tindakan, sekiranya penduduk tidak memberi kerjasama dalam
tugas yang awak
jalankan
1.
2.
3.
4.
5.

Rukun negara..senaraikn satu-satu..


Nama menteri besar..bagi nama penuh..
Nama sultan.jangan ingat sultan je pemaisuri sultan pun kena ingat jgk
Parlimen ada berapa?..parlimen kawasan anda siapa..
Ada berapa daerah dalam negeri..bergantung pada negeri masing- masing.

You might also like