You are on page 1of 1

AKUJANJI IBU BAPA/ PENJAGA

Pelajar SMK PALOH, 18300 Gua Musang


Kelantan
Bahawa saya ..
( nama ibu bapa / penjaga)
penjaga kepada ...
( nama pelajar)
membuat perjanjian ini pada .. untuk pelajar menyambung pengajian di SMK
Paloh, Gua Musang mulai ... Saya mengaku akan mematuhi segala perjanjian
dan syarat-syarat yang dikenakan kepada saya dan anak/jagaan saya semasa menuntut dan
menginap di SMK Paloh. Berikut adalah beberapa SYARAT-SYARAT PERJANJIAN yang saya
persetujui dan berjanji:1.

Saya memberi penuh kuasa kepada pihak sekolah dan asrama untuk menandatangani
bagi pihak saya apabila berlaku

keadaan kecemasan

untuk pembedahan semasa

lawatan sambil belajar di dalam negeri atau di luar Negeri Kelantan, atau
semasa menjalani aktiviti sukan, permainan atau acara yang dianjurkan oleh pihak
sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pelajaran
Malaysia atau badan-badan sukarela. Saya

sedar

pihak

sekolah akan mengambil

langkah sewajarnya menjaga keselamatan murid-murid.


2.

Saya ibu bapa / penjaga faham dengan UNDANG-UNGANG KECIL SEKOLAH dan
ASRAMA yang dikenakan kepada anak / anak jagaan saya yang tidak membenarkan saya
mengambil anak / anak jagaan saya itu dengan sesuka hati tanpa kebenaran dari pihak
sekolah / asrama.

3.

Saya ibu bapa/ penjaga akan menggalakkan dan menasihati anak / anak jagaan saya
supaya berusaha bersungguh-sungguh ke arah pencapaian akademik yang baik.
Sekiranya pencapaian akademik anak/ anak jagaan saya tidak mencapai tahap yang
disyaratkan, anak / anak jagaan saya boleh disingkirkan dari asrama.

4.

Saya ibu bapa / penjaga bersetuju sekiranya berlaku sebarang kerosakan di asrama atau di
sekolah yang berpunca dari kecuaian atau secara sengaja dari pihak anak / anak jagaan
saya, maka saya bersedia untuk membayar ganti rugi yang dikenakan.

5.

Saya dan anak / anak jagaan saya akan mematuhi segala peraturan yang disyaratkan
kepada kami berdua ini. Kegagalan kami berdua untuk mematuhi AKUJANJI ini boleh
menyebabkan anak / anak jagaan saya disingkirkan dari sekolah dan asrama.

..

(Tandatangan ibu bapa / penjaga)


Nama :

(Tandatangan saksi)
Nama : ..

No.K. P. :

No.K.P. : ...

Tarikh :

Tarikh :

ubk/kemasukan paloh

You might also like