You are on page 1of 4

Mengalih Teks Bukan Linear Kepada Teks Linear :

Jenis Pola
Terdapat 3 Jenis Pola yang perlu dianalisis:

1. Pola Perubahan
meningkat berterusan

tidak konsisten / tidak setabil / turun naik

konsisten / stabil

menurun berterusan

2. Pola Bandingan
bandingan dalam tahun (sektor tertinggi / sektor terendah tahun
tersebut)
bandingan antara tahun ( sektor tertinggi / sektor terendah setiap tahun )

bandingan jumlah besar (paling besar / paling kecil)


3. Pola Umum
Analisa kedua-dua pola ( pola perubahan dan pola bandingan)

TEKNIK MENJAWAB SOALAN STATISTIK (JADUAL)


TEKNIK MENJAWAB SOALAN STATISTIK (JADUAL)
Pendahuluan
1 Baca dan fahami jadual yang diberikan.
2 Tuliskan, jadual ini menunjukkan ... (berdasarkan soalan yang
dikemukakan).
3 Nyatakan pemboleh ubah yang disenaraikan.
4 Berikan jumlah keseluruhan dan buat perbandingan jumlah keseluruhan
(dalam bentuk angka, peratus atau positif dan negatif).
5 Nyatakan sebab berlaku sesuatu perubahan itu.

Isi
1 Tulis sekurang-kurangnya 4 isi.
2 Huraikan kriteria data secara melintang dahulu bagi sesuatu tahun.
3 Nyatakan perubahan ketara.
4 Perlu buat analisis dengan mengemukakan angka, perubahan angka dan
peratus.
5 Perlu nyatakan sebab berlaku perubahan.
6 Huraikan kriteria data secara menegak, iaitu mana tertinggi dan
terendah bagi tahun tertentu.
Penutup
Membuat kesimpulan secara ringkas berdasarkan jadual yang diberi.

Kenal Pasti Jenis Soalan Melibatkan Jadual Data


Perhatikan pernyataan soalan berikut:
Soalan jenis 1.
Berdasarkan jadual di atas, jelaskan bilangan pelbagai penyakit yang
boleh membawa kematian pada tahun 2002 hingga 2004.
Soalan jenis 2.
Berdasarkan jadual di atas, jelaskan pola bilangan pelbagai penyakit
pada tahun yang dinyatakan dan mengapa keadaan sedemikian berlaku.
Soalan jenis 3.
Dengan merujuk jadual di atas, jelaskan keadaan pelbagai penyakit
pada tahun yang dinyatakan dan jelaskan usaha yang perlu dibuat bagi
membendung jangkitan penyakit.
Perhatikan kepada frasa yang bergaris.Frasa tersebut adalah kata
kunci untuk menentukan jenis soalan dan ciri-ciri jawapan yang
dikehendaki.
Ciri-ciri jawapan mengikut pengkelasan jenis soalan (Soalan jenis 1,
soalan jenis 2 atau soalan jenis 3)
Ciri Jawapan:
A = Analisa pola perubahan antara tahun
(Meningkat, menurun, tetap / tidak berubah, turun naik, khas)
B = Analisa pola perubahan dalam tahun
(paling banyak, paling sedikit bilangan sederhana)
C = Alasan merujuk pola yang wujud (dalam pola)
(Cth. Pola meningkat - sebab mengapa meningkat)
D = Alasan Umum (luar pola/ tidak berkaitan pola secara khusus) (isu
berdiri sendiri - tiada kaitan khusus terhadap pola yang
dibincangkan)
Soalan jenis 1
- Jawapan anda seharusnya mengandungi ciri-ciri AB
- Struktur jawapan - Idea + Bukti + analisa data/peratusan
Soalan jenis 2
- Jawapan anda seharusnya mengandungi ciri-ciri ABC
- Struktur jawapan - Idea +Bukti + analisa data /(%) (AB)+ alasan
merujuk pola (e)
Soalan jenis 3
- Jawapan anda seharusnya mengandungi ciri-ciri ABD
- Struktur jawapan - Idea +Bukti + analisa data/ (%) (AB)+ respon
kepada isu
dibangkitkan (D)

Jawapan Praktis 1: Jadual data


Praktis 1
Pendahuluan
Jadual ini menunjukkan bilangan kenderaan bermotor berdaftar di
Malaysia antara tahun 2001 hingga tahun 2004. Secara keseluruhannya,
jumlah kenderaan bermotor berdaftar didapati semakin meningkat.
Isi dan Huraian
A Huraian pola perubahan
Idea 1: Jumlah keseluruhan menunjukkan pola meningkat secara
berterusan
Huraian:
- pada tahun 2001, jumlah kenderaan bermotor berdaftar ialah 11 303
366 buah-meningkat sebanyak 2 075 293 buah kepada 13378659 buah pada
tahun 2004
- peratusan perubahan ialah 18.36 %
Idea 2: Pola meningkat secara berterusan - bas, teksi dan kereta
sewa, motokar, kenderaan barang, motosikal dan kenderaan lain
Huraian:
- pada tahun 2001, bilangan motokar ialah 4 557 898 buah-meningkat
sebanyak 1 042393 buah kepada 5 600 291 buah pada tahun 2004
- peratusan perubahan ialah 22.87%
B Huraian polaperbandingan

Idea 3 : Tahun 2003 - bilangan paling tinggi ialah motosikal dan


bilangan paling rendah ialah bas
Huraian:
-pada tahun 2003, jenis kenderaan bermotor berdaftar yang mencatatkan
bilangan paling tinggi ialah motosikal, iaitu 6164 993 buah atau
48.09% daripada sejumlah 12819 370 buah kenderaan bermotor yang telah
didaftarkan
- jenis kenderaan bermotor berdaftar yang mencatatkan bilangan paling
rendah pada tahun 2003 ialah bas, iaitu 52852 buah atau 0.41 %
c Huraian lain
Idea 4:Langkah-langkah mengatasi kesesakan lalu lintas
Huraian:
- pada tahun 2003, jenis kenderaan bermotor berdaftar yang
mencatatkan bilangan paling tinggi ialah motosikal, iaitu 6164 993
buah atau 48.09% daripada sejumlah 12819 370 buah kenderaan bermotor
yang telah didaftarkan
- jenis kenderaan bermotor berdaftar yang mencatatkan bilangan paling
rendah pada tahun 2003 ialah bas, iaitu 52852 buah atau 0.41 %
- menyediakan lorong khas untuk kenderaan berat dan kenderaan

pengangkutan awam seperti teksi dan bas


- menaik taraf mutu jalan raya seperti melebarkan jalan dan membina
jalan raya bertingkat serta lebuh raya
- menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan
awam
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, bilangan kenderaan bermotor berdaftar semakin
meningkat sejajar dengan kemajuan negara. Pelbagai usaha harus
dijalankan untuk mengelakkan kesesakan di jalan raya.

You might also like