You are on page 1of 21

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu

Modul 3: PELANCONGAN

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


UNIT 1
TEMA

PELANCONGAN

TAJUK

CUTI-CUTI MALAYSIA
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

OBJEKTIF

i.

Memahami dan meneliti maksud tersurat dan tersirat daripada


sesuatu bahan

ii. Menghuraikan idea bernas secara kritis dan kreatif


i. Teknik Bacaan : KWLH

STRATEGI /
ii. KBAT : Mengingat, memahami dan mencipta
PENDEKATAN
iii. Nilai : Cinta akan negara
ABAD KE 21
iv. Strategi P&P: Didik Hibur

i.

Audio / Komputer / Internet Laman Web

ii. Peta / Grafik,


MEDIA

iii. Petikan Akhbar,


iv. Gambar
* mengikut kesesuaian

SITUASI

Peribadi dan / atau Awam

FORMAT
TEKS

Teks tidak berurutan (petikan, brosur, peta)

JENIS TEKS

Keperihalan

PROSES

i.

Mengimbas dan mengenal pasti

KOGNITIF

ii.

Menilai Kualiti dan Kredibiliti

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu


Modul 3: PELANCONGAN

AKTIVITI

CATATAN

LANGKAH 1
a. Membaca lirik lagu Cuti-cuti Malaysia.
b. Menyanyikan lagu Cuti-cuti Malaysia
c. Memahami maksud seni kata lagu

* Petikan Youtube Cuti-cuti


Malaysia
* Mengimbas & mengenal pasti
LAMPIRAN 1

LANGKAH 2
a. Mengamati peta tempat percutian di dalam
negara. (aktiviti kumpulan)
b. Berdasarkan peta, bincangkan perkara
berikut:
i.
Nama tempat dan kenal pasti
kedudukan tempat.
ii.
Senaraikan nama tempat percutian
yang terdapat dalam peta.
iii.
Nyatakan sebab tempat tersebut sesuai
dijadikan tempat percutian.

* Memahami grafik (peta)


* Mengakses dan
mendapatkan
maklumat
* Pembelajaran koperatif dan
Kolaboratif
* Pengurusan grafik
LAMPIRAN 2

LANGKAH 3
a. Baca dan fahami petikan akhbar bertajuk

Kempen Cuti-cuti 1 Malaysia Dekat Je


dilancar.
- Guna teknik bacaan KWLH dan
bentangkan.

* Petikan akhbar
Lampiran 3
Sumber :
http://kosmo.com.my/kosmo/
Brosur

b.

Mencari maklumat tentang tempat-tempat


yang menarik di Malaysia dan membuat
keputusan tempat yang paling menarik untuk
dilawati. Sedakan dalam bentuk buku skrap.

LAMPIRAN 4

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu


Modul 3: PELANCONGAN
LAMPIRAN 1

Mengimbas dan mengenal pasti.

Klik pautan ini untuk menonton video


https://www.youtube.com/watch?v=0STlSEIAimg

Tugasan :
Berdasarkan video tersebut, nyatakan
destinasi pelancongan yang terdapat dalam
video yang telah ditonton.

LAMPIRAN 2
3

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu


Modul 3: PELANCONGAN
Perbincangan:

Senaraikan nama tempat


percutian yang diketahui.
Cerakinkan maklumat tentang
percutian mengikut negeri/lokasi.
Nyatakan sebab tempat tersebut
sesuai dijadikan tempat
percutian.

Memahami grafik

Galakkan murid mengenal


pasti peta pemikiran dan
bina peta visual yang sesuai
untuk membentangkan
tugasan.

Tugasan kumpulan:

i.
Kumpulkan maklumat tentang
tempat-tempat yang menarik di
Malaysia dan buat keputusan
tempat yang paling menarik untuk
dilawati.

LAMPIRAN 3
4

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu


Modul 3: PELANCONGAN

Baca dan fahami petikan ini.


Sejauh mana kempen ini
menggalakkan rakyat untuk
pergi melancong?

LAMPIRAN 4

Kumpul
maklumat
tempattempat yang
menarik
minat anda
untuk
melancong

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


5

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu


Modul 3: PELANCONGAN

UNIT 2

TEMA

PELANCONGAN

TAJUK

TRAVELOG CATATAN PERJALANAN


Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

OBJEKTIF

i Membaca dan mentafsir maklumat daripada teks.


ii. Membuat perbandingan dengan memberi alasan yang jelas.
i. Teknik Bacaan : SQ4R

STRATEGI /
ii. KBAT : Memahami, menganalisis, mengaplikasi dan mencipta
PENDEKATAN
iii. Nilai: Menghargai alam sekitar
ABAD KE 21
iv. Strategi P&P: Pengajaran Pembezaan

i.

Audio / Komputer / Internet Laman Web

ii. Peta / Grafik,


MEDIA

iii. Petikan Akhbar,


iv. Gambar
*mengikut kesesuaian

SITUASI

Awam

FORMAT
TEKS

Teks Pelbagai

JENIS TEKS

Transaksi

PROSES

Mengintegrasi dan menjana inferen

KOGNITIF

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu


Modul 3: PELANCONGAN
AKTIVITI

CATATAN

LANGKAH 1
a. Menonton Video.
b. Arahan sebelum menonton video.
Hayati dan dapatkan pelbagai maklumat
daripada video tersebut.
c. Catat dan dapatkan maklumat tentang kebaikan
iklan tersebut.

* Youtube Trivago
(iklan televisyen)
* Mengakses dan
mendapatkan maklumat
dengan membuat
perbandingan.
LAMPIRAN 1

LANGKAH 2
a. Baca dan fahami teks 10 Destinasi Terbaik

Pelancongan di Dunia.
b. Kenal pasti keistimewaan tempat-tempat tersebut.
Catat maklumat dalam bentuk grafik.

* Mengimbas,
mengenal pasti dan
menganalisis
menggunakan peta
minda
Sumber:
http://ww1.utusan.com.
my/utusan/Pelancongan
/20140503/pl_01/10destinasi-pelancongterbaik-dunia

c. Pembentangan kerja kumpulan.

LAMPIRAN 2
LANGKAH 3
Peta dunia
a. Tugasan berkumpulan:
Bandingkan percutian di dalam dan luar negara.
Gunakan bahan yang diberi untuk membantu
perbincangan. Murid juga digalakkan
mendapatkan bahan lain di pusat sumber atau
melayari internet.
b. Bentangkan dapatan anda.

https://ms.wikipedia.org/
wiki/Istanbul
https://ms.wikipedia.org/
wiki/Rom/London/
Beijing/ Prague/
Marakeh/ Hanoi/ Seam
Reap/ Shanghai/
LAMPIRAN 3

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu


Modul 3: PELANCONGAN
LAMPIRAN 1

pautan video di bawah untuk menonton video;


Iklan Trivago : https://youtu.be/wM3nGgK8wts
Iklan Traveloka : https://www.youtube.com/watch?v=deDfjfYmIxk
Tugasan :
Berdasarkan video tersebut, nyatakan
kebaikan kedua-dua aplikasi tersebut dan
buat perbandingan.

Baca
Baca dan
dan
fahami
fahami teks
teks
ini.
ini.

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu


Modul 3: PELANCONGAN
LAMPIRAN 2

10 Destinasi Pelancongan Terbaik di Dunia

Amat mengejutkan apabila metropolis kemegahan Amerika Syarikat (AS) yang


diumumkan sebagai destinasi kedua pilihan utama pelancong dunia pada tahun lalu itu
sekadar menduduki tempat ke-12 tahun ini. Malah, pencalonan kota raya kedua pimpinan
Presiden Barack Obama iaitu San Francisco juga berkongsi nasib sama. Sebaliknya, empat
kota raya dari benua Asia kali ini berada dalam senarai 10 pilihan kota raya tersebut di
dahului Beijing dan Shanghai, China selain Siem Reap, Kemboja dan Hanoi, Vietnam.
Berikut adalah senarai 10 kota raya pilihan utama pelancong dunia yang dikeluarkan
oleh portal MSN Travel.com. Jom kembara bersama .com mengetahui lebih lanjut kelebihan
yang menjadikan sebab utama mereka dipilih sebagai Top10 pada anugerah tahunan
TripAdvisor? - DHIYAZULHILMI DAUD
1. ISTANBUL, TURKI
Sebuah negara yang memiliki dua benua antara timur dan barat dipenuhi bangunan seni
bina tradisional ini berjaya menjadikannya sebagai bandar raya yang wajib dikunjungi.
Lokasi yang mesti dilawati dan tidak wajar dilepaskan begitu sahaja ialah Grand Bazaar
yang telah dibuka sejak 1460-an lagi.
2. ROME, ITALI
Bandar Itali ini bukan sahaja penuh bersejarah malah mempunyai tempat-tempat yang
dianggap istimewa sehingga berjaya menarik tumpuan pelancong dunia. Antaranya Vatican
City, Trevi Fountain dan Gereja Sistine. Disebabkan itu, Rome, Itali berjaya menduduki
tempat kedua pada tahun ini berbanding keempat pada tahun sebelumnya.
3. LONDON, ENGLAND
London merupakan antara kota raya ikon kepada benua Eropah dan masih amat popular
untuk dilawati pelancong. Antara tempat-tempat bersejarah yang menarik minat pelancong
dunia untuk dikunjungi ialah Menara London, Tower Bridge, Katedral St.Paul, Benteng
Windsor, Sungai Thames, Menara Big Ben, Shakespeares Globe Theatre, Hampton Court
Palace dan Istana Kensington. Ditambah, kegilaan peminat bola sepak di seluruh dunia
terhadap populariti kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) berjaya mengekalkan London di
tangga ke tiga selama dua tahun berturut-turut.
4. BEIJING, CHINA
9

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu


Modul 3: PELANCONGAN
Kota Larangan atau lebih dikenali sebagai 'Forbidden City' yang menjadi istana dan pusat
pentadbiran zaman feudal China selain Kuil Syurga (Temple of Heaven) serta memiliki lebih
daripada 100 buah muzium tumpuan dunia itu meletakkan ibu negara China yang
mempunyai penduduk kedua terbesar selepas Shanghai kira-kira 21 juta orang ini di tempat
keempat.
5. PRAGUE, REPUBLIK CZECH
Prague dipilih sebagai Top 10 kerana kekayaan negara tersebut terhadap nilai budaya dan
kehidupan tradisinya. Banyak tempat bersejarah di sini menjadikannya dipilih sebagai tapak
warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (UNESCO). Buat pengetahuan semua, sepanjang tahun lalu sahaja, kota
ini telah berjaya menarik kehadiran lima juta pelancong antarabangsa.
6. MARAKECH, MAGHRIBI
Kota Marakech ini menjadi pusat budaya di Afrika Utara. Malahan ia satu-satunya kota raya
dari benua Afrika yang menjadi pilihan di kalangan pengembara dan pelancong selepas
berlaku kegawatan politik di Mesir. Sekiranya pengembara dan pelancong mahu merasai
untuk menjejak kaki ke benua Afrika Utara maka Maghribi yang menjadi satu-satunya lokasi
paling sesuai untuk dikunjungi.
7. PARIS, PERANCIS
Kota raya ini memang menjadi impian setiap pelancong terutama pasangan yang sedang
berpacaran ataupun baru berkahwin. Walaupun tercicir dari segi ranking, Paris terus
menawarkan pelancong peluang untuk berseronok. Antaranya peluang melihat
pemandangan menakjubkan selain memiliki banyak galeri yang menyimpan koleksi seni
terbaik di dunia meskipun kedudukan kota yang dilabel sebagai Kota Cinta dan Kota Fesyen
ini merosot teruk dari tempat pertama tahun lalu ke tangga kelapan tahun ini.
8. HANOI, VIETNAM
Hanoi terletak di utara Vietnam dan menjadi hab kepada pelbagai budaya utama. Antara
tujuan pelawat datang ke negara ini adalah untuk menemui pelbagai artifak menarik yang
mempunyai hubung kait dengan sejarah panjang negara ini dan sebaran penduduk di Asia
Tenggara.
9. SIEM REAP, KEMBOJA
Sejak akhir-akhir ini Siem Reap semakin menjadi destinasi popular di kalangan pelancong.
Tarikan utamanya ialah kompleks kuil purba iaitu Angkor Wat yang dipercayai dibina pada
abad ke-12. Bukan itu sahaja, seni bina purba seperti Angkor Wat juga dipercayai menjadi
lokasi menarik untuk orang ramai merakam gambar atau membuat sesi fotografi.
10. SHANGHAI, CHINA
Shanghai berjaya merebut tempat kesepuluh dalam senarai utama pelancong di seluruh
dunia. Tarikan Shanghai adalah sebuah kota raya paling moden di China dan ditabalkan
sebagai kota raya terbesar di dunia selain memiliki penduduk paling ramai. Walaupun
kemunculan bangunan-bangunan pencakar langit, moden dan kontemporari namun
bangunan lama masih dikekalkan dan dibaik pulih sebagai sejarah.
Sumber :
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pelancongan/20140503/pl_01/10-destinasi-pelancongterbaik-dunia
Tugasan :
Kenal pasti keistimewaan tempat-tempat
tersebut, catatkan maklumat ke dalam bentuk
grafik yang sesuai.

10

Perhatikan
Perhatikan peta
peta dunia
dunia
&
& foto-foto
foto-foto di
di bawah.
bawah.

LAMPIRAN 3

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu


Modul 3: PELANCONGAN

Tugasan :
Sekiranya anda ditaja oleh sebuah syarikat pelancongan untuk
melancong ke mana-mana satu daripada 10 destinasi terbaik
pelancongan di dunia, ke manakah anda akan pergi?

Dapatkan maklumat lanjut tentang tempat tersebut


melalui internet.akan pergi?

11

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu


Modul 3: PELANCONGAN

12

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu


Modul 3: PELANCONGAN
LAMPIRAN 4

13

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu


Modul 3: PELANCONGAN

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


UNIT 3
TEMA

PELANCONGAN

TAJUK

DESTINASI PELANCONGAN?
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

OBJEKTIF

i. Menilai, menaakul dan merumus maklumat yang dibaca.


ii. Menyarankan peranan bagi menangani isu semasa.
Teknik Bacaan : ACID

STRATEGI /
PENDEKATA
N ABAD KE
21

KBAT : mengaplikasi, menganalisis, menilai, mencipta


Nilai: Cinta akan negara
Strategi P&P: Pembelajaran Kontekstual
i.

MEDIA

Internet Laman Web

ii. Peta / Grafik,


iii. Petikan
*mengikut kesesuaian

SITUASI

Peribadi dan Awam

FORMAT
TEKS

Pelbagai

JENIS TEKS

Penceritaan

PROSES

Menyokong, mengenal pasti dan menangani konflik

KOGNITIF

14

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu


Modul 3: PELANCONGAN
AKTIVITI

CATATAN

LANGKAH 1
a. Bersoal jawab tentang destinasi pelancongan yang
diidam. Dalam atau luar negara? Berikan alasan.

* Sumbang saran

LANGKAH 2
Teknik bacaan ACID
a. Membaca dan memahami artikel Kenapa Rakyat
Terus ke Luar Negara?
b. Garisi maklumat penting.
c. Bentangkan dapatan anda.

Laman Web: Sumber:


http://www.utusan.com.m
y/rencana/kenaparakyat-terus-melancongke-luar-negara-1.199908
LAMPIRAN 1

LANGKAH 3
a. Memberi hujah berdasarkan hipotesis berikut:
Membuat rumusan
i.

Rakyat Malaysia suka melancong di dalam


negara kerana perbelanjaan lebih murah.

ii.

Melancong di luar negara lebih menyeronokkan


dan lebih murah mengikut tempat berbanding
dalam negara.

b. Nyatakan pendirian anda. Mengapa?


LAMPIRAN 2

LANGKAH 4
a. Membaca artikel Cabaran Industri Pelancongan.
b. Sebagai warganegara yang bertanggungjawab,
nyatakan peranan anda untuk menangani isu salah
laku pelancong?

Laman Web:
http://www.utusan.com.m
y/rencana/cabaranindustri-pelancongannegaraLAMPIRAN 3

LAMPIRAN 1
15

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu


Modul 3: PELANCONGAN

Kenapa rakyat terus melancong ke luar


negara?
AZMAN ANUAR | 13 Mac 2016 6:02 PM
Sumber:
http://www.utusan.com.my/rencana/kenapa-rakyat-terus-melancong-ke-luar-negara-1.199908

Kelembapan ekonomi tidak menghalang orang ramai mendapat pakej pelancongan istimewa di MATTA
Fair, yang berlangsung di PWTC sehingga hari ini.

SEJAK Jumaat lepas hingga Ahad ini (11-13 Mac) begitu ramai rakyat
Malaysia bertumpu di kaunter agensi pelancongan di Pameran Persatuan
Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair), Pusat
Dagangan Dunia Putra untuk menempah pakej pelancongan dengan
potongan harga istimewa.
Keadaan tersebut bagaikan tidak menunjukkan kesan kemerosotan nilai
ringgit berbanding mata wang utama dunia. Pelancong Malaysia tidak
berasa gusar atau rugi. Tidak timbul apabila nilai matawang kita jatuh, ia
akan menyebabkan rakyat Malaysia akan berfikir dua atau tiga kali untuk
membuat keputusan melancong ke luar negara.
Hakikatnya nafsu untuk merehatkan diri sambil makan angin rakyat kita
tidak berkurang langsung. Di sebaliknya, selain pekerja asing membawa
keluar pertukaran nilai ringgit dengan banyak, pelancong kita pun turut
menyumbang ke pada ekonomi negara yang dilawati.
16

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu


Modul 3: PELANCONGAN
Jadi soal perbelanjaan melancong ke luar negara menjadi mahal dan
mereka diramal akan membelanjakan wang di pusat peranginan dan
pelancongan di dalam negara ini cuma terkesan pada golongan tertentu
sahaja.
Agensi pelancongan tempatan sendiri dilihat banyak mempromosikan
pakej yang lebih menumpukan ke destinasi antarabangsa termasuk
ASEAN, Asia Barat, Asia Timur, Eropah, dan Australia.
Salah satu faktor kenapa kini begitu banyak rakyat Malaysia suka
melancong dan membeli-belah ke luar negara ialah wujudnya
penerbangan tambang murah. Di samping dapat melancong ke negara
orang, mereka juga tertarik dengan harga barangan yang dikatakan lebih
murah seperti di Bandung (Indonesia), Ho Chi Minh (Vietnam) dan China.
Malah, harga tambang penerbangan pergi dan balik yang ditawarkan
bukan saja hampir sama dengan destinasi dalam negara tetapi lebih
murah berbanding kos melancong dengan kenderaan sendiri dalam
negara.
Siapa yang tidak mahu melancong ke luar negara jika pakej yang menarik
ditambah pula ke destinasi serantau yang nilai mata wangnya lebih
rendah. Pakej percutian misalnya ke Jakarta, Phuket dan Ho Chi Minh
termasuk tiket penerbangan, penginapan dan lawatan ada yang serendah
RM600. Harga semurah ini mungkin sukar diberikan di negara kita,
tambahan pula pada musim cuti sekolah.
Seperkara lagi, sesetengah hotel dan pusat tarikan pelancong di Malaysia
berada pada tahap lama atau usang. Ada hotel masih menyediakan tilam
yang sudah berlekuk bahagian tengahnya, hamparan permaidani yang
lusuh dan kemudahan bilik air yang menyakitkan hati. Apa yang ditunjuk
dalam Internet jauh berbeza dengan hakikat sebenar.
Sebenarnya, Kementerian Pelancongan sudah banyak berusaha untuk
menarik pelancong di dalam negara melalui promosi Cuti-cuti Malaysia,
begitu juga pakej inap desa (homestay). Namun, proses mendidik rakyat
supaya melancong dalam negara perlu dilakukan lebih giat lagi.
Janganlah kemudahan hotel bertaraf empat dan lima bintang hanya untuk
pelancong asing sahaja. Fikirkan juga kemampuan pelancong tempatan
dengan mengenakan tawaran harga yang menarik. Tidak ada salahnya
jika harga sewa bilik untuk rakyat tempatan lebih murah daripada warga
asing. Lagipun dari segi pertukaran matawang, sewa hotel sebenarnya
masih lebih murah untuk pelancong asing dibandingkan dengan
pelancong tempatan. Jadi tak salah jika diperkenalkan dua kadar harga
penginapan supaya menarik rakyat kita melancong dalam negara.
Apabila difikir-fikir, dalam keadaan ekonomi dan nilai ringgit jatuh, kenapa
tiada kempen besar-besaran menggalakkan rakyat melancong dalam
negara sekarang sebagai langkah sementara waktu sehingga ekonomi
negara kita pulih?
17

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu


Modul 3: PELANCONGAN
Tugasan:
Libatkan diri dalam perbincangan.
Guna bahan rujukan dan pautan yang diberi sebagai panduan.
Dapatkan bahan lain yang berkaitan melalui pusat sumber atau internet.
Cuba bina instrumen soal selidik mudah untuk mendapatkan pandangan daripada
rakan atau guru lain.

18

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu


Modul 3: PELANCONGAN
LAMPIRAN 2
CABARAN INDUSTRI PELANCONGAN
BUKAN sekali dua negara kita digemparkan dengan kelakuan tidak senonoh, salah laku dan
jenayah yang dilakukan oleh pelancong asing. Sudah banyak kali ia berlaku. Sebagai
sebuah negara Islam dan penduduknya berpegang kepada nilai-nilai ketimuran dan
menjaga adab sopan, kita tentunya berasa tidak senang dengan tindakan pelancong asing
yang tidak menghormati budaya kita apabila bertandang ke negara ini.
Isu moral pelancong asing di negara sebenarnya adalah satu cabaran baharu
industri pelancongan Malaysia. Kes-kes seperti pelancong asing berjemur di pantai tanpa
pakaian dan separuh bogel adalah satu cabaran yang sukar ditangani sekiranya mereka ini
tidak memahami budaya negara ini atau dengan sengaja tidak mahu menghormati
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan di sesuatu destinasi pelancongan kita.
Setiap lokasi pelancongan di negara kita tidak kira sama ada pantai, pulau, tempat
bersejarah, tanah tinggi dan sebagainya sudah mempunyai peraturan-peraturan yang ditulis
dalam pelbagai bahasa untuk mengingatkan setiap pelancong tentang apa yang boleh
dibuat dan apa yang tidak boleh di kawasan-kawasan pelancongan tersebut. Maka, ini
semua bergantung kepada penguatkuasaan, pemantauan dan sikap pelancong itu sendiri
untuk mengelakkan berlakunya perbuatan-perbuatan yang sumbang pada pandangan
rakyat tempatan kita. Secara logiknya, memang sukar bagi pihak berkuasa di sesuatu
kawasan pelancongan boleh menangani setiap tingkah laku pelancong. Jika ramai
pelancong, makin banyak kerenahnya dan makin sukarlah hendak dikawal. Papan tanda
arahan dan amaran sudah cukup untuk membuktikan bahawa kita sudah berusaha
menyekat perbuatan-perbuatan yang bercanggah dengan budaya kita ini. Cumanya, kita
terpaksa berserah kepada kebijaksanaan pelancong luar ini, sama ada mereka mahu
melancong untuk menikmati keindahan, memperoleh pengetahuan atau memberi bebanan
kepada kita.
Pelancong yang bertanggungjawab tentunya akan menghormati budaya, agama dan
sensitiviti penduduk di sesebuah negara yang dilawati, bukannya membawa pelbagai
masalah kepada negara yang dikunjungi. Samalah juga, jika pelancong datang ke negara
kita untuk melakukan jenayah, niatnya sudah tersasar dan tidak boleh dimaafkan malah
tindakan tegas mesti diambil ke atas pelancong seperti ini. Ironinya, jika penduduk dari
negara ini melancong ke negara asing, undang-undang atau peraturan di negara itu mesti
kita dipatuhi.
Kerana itulah, pepatah ada mengatakan, masuk kandang kambing
mengembek, masuk kandang kerbau menguak yang menunjukkan bahawa kita mesti ikut
apa yang kebanyakan orang itu buat di tempat mereka, tetapi apa yang dibuat itu adalah
perkara yang baik-baik.
Setiap tahun, kita menyasarkan peningkatan jumlah pelancong asing ke negara ini
memandangkan pelancong asing turut menjana pendapatan negara. Pelbagai cara dan
pendekatan kita lakukan untuk mencapai matlamat tersebut tetapi industri ini tetap
mempunyai pelbagai halangan. Justeru untuk menangani isu pelancong asing yang
berkelakuan tidak senonoh ini, garis panduan untuk mereka mesti diperkemaskan. Dalam
kita mengalu-alukan pelancong asing, kita juga perlu bertegas dalam soal peraturan, adab
sopan dan budaya negara ini.
19

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu


Modul 3: PELANCONGAN

PROJEK PENILAIAN PEMBELAJARAN


MARI BERCUTI
FOKUS:
Menghasilkan satu maklumat
perjalanan (flyer, risalah, power
point, nota dll.
Jadual perjalanan
Kos perjalanan

Rancang satu percutian yang menarik bersama-sama keluarga.


a. Nyatakan langkah yang perlu diambil untuk merealisasikan percutian
tersebut.
b. Bina panduan percutian sebagai garis panduan rancangan percutian sama
ada dalam atau luar negara.
c. Contoh pakej yang boleh dirujuk untuk merancang percutian anda. Klik
pautan di bawah untuk maklumat yang boleh membantu anda merancang
percutian tersebut.
Gambar di bawah adalah contoh pakej yang boleh dirujuk untuk merancang
percutian anda. Klik pautan di bawah untuk maklumat yang boleh membantu anda
merancang percutian tersebut:

20

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu


Modul 3: PELANCONGAN

2016

PAUTAN UNTUK PANDUAN MERANCANG PERCUTIAN

MAS Airlines: http://www.malaysiaairlines.com/my


AIR AISA: https://booking.airasia.com/
Kalender 2016: http://www.panduanmalaysia.com/2015/09/kalendar-cuti-umummalaysia-2016-dan-cuti-sekolah-malaysia.html

21

You might also like