You are on page 1of 11

ASPEK DAN KELEBIHAN KSSR

1.0 PENGENALAN
Menurut Ornstein dan Hunkin (1988), kurikulum merupakan satu rancangan tindakan atau satu
dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati. Manakala
menurut Mohd Daud (1995), kurikulum ialah satu budaya atau ilmu pengetahuan untuk memandu
guru mengajar kumpulan murid tertentu. Kamus Dewan edisi keempat pula mentakrifkan kurikulum
sebagai skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah atau senarai kesemua mata pelajaran
di sekolah.
Menurut Akta Pendidikan 1996, kurikulum pula merupakan satu program pendidikan yang termasuk
kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai,
unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembanganseseorang murid dengan
sepenuhnya

dari

segi

jasmani,

rohani,

mental,

dan

emosi

serta

untuk

menyampaikan

pengetahuan. Kurikulum perlu diubahsuai mengikut keperluan supaya murid-murid sentiasa bergerak
seiring dengan trend pengetahuan semasa.
Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik dan berterusan. Kurikulum sekolah
rendah mula diperkenalkan pada tahun 1983 dengan menggunakan nama Kurikulum Baru Sekolah
Rendah. Pada tahun 1993, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan dan telah
disemak semula pada tahun 2003 kerana dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan seterusnya digubal semula menjadi Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) iaitu merupakan satu bentuk perubahan holistik kepada kurikulum persekolahan sedia
ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah
pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah yangdilaksanakan secara berperingkat mulai
tahun 2011 selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu untuk
membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilainilai murni sepertimana yang dituntut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam
Perhimpunan Agung UMNO 2006.

2.0 ASPEK-ASPEK TRANSFORMASI KSSR


Faktor kepelbagaian murid merupakan pencetus kepada pengubahsuaian kurikulum dilaksanakan
secara berpusat yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Antara aspek transformasi
KSSR adalah :
2.1 Komunikasi
Komunikasi merupakan suatu medium pengantara yang digunakan dalam perbualan seharian di
sekolah sama ada di dalam kelas mahupun luar kelas. Perbezaan kumpulan umur dan tahap kefahaman
murid-murid menyebabkan timbulnya pelbagai variasi bahasa pertuturan di sekolah. Hal ini
memerlukan para guru untuk lebih memahami kepelbagaian cara berinteraksi dan dapat
mengaplikasikan pengetahuan yang sesuai dengan murid-murid mengikut tahap umur mereka supaya
aktiviti pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan bersifat kondunsif. Selain itu, muridmurid juga dapat mengikuti aktiviti pembelajaran dengan seronok dan tidak bosan kerana mereka
berlaku satu proses komunikasi yang berkesan antara guru dan murid.
Komunikasi terbuka dapat mendorong perkembangan dan kemajuan organisasi pembelajaran.
Komunikasi terbuka membolehkan maklumat diperoleh dengan mudah tanpa banyak halangan
birokrasi. Maklumat yang diperoleh dari luar organisasi dapat digunakan untuk membantu
perkembangan kreativiti dan inovasi serta meningkatkan produktiviti dan kreativiti di kalangan pelajar.
Maklumat yang diperoleh bukan sahaja mengalir daripada atas ke bawah tetapi juga dari bawah ke
atas. Ia juga dapat menggalakkan pencarian fakta dan maklumat terkini berhubung perkembangan
organisasi. Maklumat yang pantas dan terkini boleh mempengaruhi keputusan yang dibuat bagi
menangani berbagai perkembangan organisasi pembelajaran.
2.2 Kerohanian, Sikap Dan Nilai
Aspek ini melibatkan perasaan dalaman atau naluri seseorang pelajar itu sendiri seperti penghayatan
dalam melaksanakan amalan-amalan agama, kepercayaan kepada Tuhan dan dapat memupuk akhlak
yang baik serta nilai-nilai murni di dalam diri setiap individu. Penghayatan ini akan haruslah
diaplikasikan menerusi Modul Asas Teras melalui mata pelajaran Pendidikan Islam bagi murid yang
beragama Islam dan Pendidikan Moral bagi murid yang bukan beragama Islam kerana ianya akan
menyedarkan murid-murid tentang kepentingan dan kelebihan mempercayai dan mensyukuri kepada
Tuhan, berakhlak dengan akhlak yang mulia dan mengamalkan nilai-nilai murni seperti nilai-nilai
Islam serta nilai murni bagi masyarakat berbilang kaum supaya mereka dapat menjadi individu yang

bertanggungjawab, saling hormat menghormati dan berjaya mencapai kebahagiaan diri, keluarga dan
masyarakat.
Selain daripada itu, kurikulum pendidikan juga menggabungkan jaringan unsur nilai moral dan agama
merentasi kurikulum. Bagi mencapai hasrat ini, kurikulum telah menitikberatkan aspek kepemimpinan
murid-murid melalui ko kurikulum. Kurikulum yang sama digunakan di semua sekolah di Malaysia
bermatlamat untuk menguatkan hubungan sosial antara masyarakat majmuk di Malaysia. Kurikulum
yang seragam dan adil dapat membentuk masyarakat yang bersatu padu dan menyingkirkan sikap
prejudis antara kaum.
2.3 Kemanusiaan
Aspek ini menekankan tentang penguasaan ilmu dan amalan tentang nilai kemasyarakatan dan alam
flora dan fauna setempat, negara dan global supaya murid dapat dilatih untuk sentiasa memulihara dan
memelihara alam sekitar. Ini juga akan mewujudkan semangat patriotisme dan perpaduan dalam
kalangan murid sejak dari kecil lagi supaya mereka dapat menjadi individu yang bertanggungjawab
dan mencintai alam sekitar pada masa akan datang. Bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah
daripada rebungnya. Peribahasa ini haruslah lebih ditekankan dalam pengaplikasian kurikulum baru
ini bagi memastikan setiap individu menerima pendidikan dan ilmu yang secukupnya sesuai dengan
tahap kumpulan umur, kecerdasan emosi dan perkembangan fizikal murid itu sendiri.
Nilai kemanusiaan yang sebati dengan jiwa seseorang individu juga haruslah disemai supaya segala
ilmu yang telah dipelajari dan didapati dapat diaplikasikan melalui nilai-nilai murni dalam kehidupan
seharian seorang murid sama ada tanggungjawab sebagai seorang anak, seorang pelajar ataupun
seorang warga masyarakat.
2.4 Keterampilan Diri
Keterampilan murid yang berkepimpinan dan bersahsiah diri juga dapat dipupuk melalui pelbagai
aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah seperti yang telah termaktub dalam
aktiviti sekolah. Penglibatan murid yang aktif dalam bepersatuan dan unit beruniform dapat melatih
peribadi murid-murid menjadi lebih matang dan meningkatkan keyakinan diri murid serta dapat
menjadi sebagai persediaan kepada mereka untuk menghadapi cabaran dalam proses pengajian ke
tahap yang lebih tinggi pada masa akan datang.
Kaliber inilah yang perlu ada bagi seseorang pemimpin. Inilah juga yang dikatakan sebagai membina
keterampilan diri yang berkesan. Seorang pemimpin haruslah sentiasa menonjolkan kebaikan dan
melakukan perkara yang baik pada setiap masa. Ini kerana pemimpin adalah contoh teladan kepada

setiap orang yang dipimpin. Pemimpin terunggul yang wajar dicontohi segala cara pelaksanaan dan
juga kehidupannya adalah Rasulullah, Nabi Muhammad S.A.W. baginda menunjukkan ciri yang
terbaik dari segala aspek. Tiada cacat cela dalam segala urusan kepimpinan, ketegasan, kelembutan
dan ketabahan baginda amat sempurna. Bagindalah contoh utama yang diikuti oleh setiap sahabat.
Baik Saidina Abu Bakar, Saidina Uthman, Saidina Ali dan Saidina Umar semuanya mengikuti dan
mencontohi gaya kepimpinan Rasulullah.
Memimpin untuk dipimpin dan dipimpin untuk memimpin. Jika diambil kata-kata sebegini,
semestinya tiada pertelingkahan yang berlaku. Sememangnya memimpin dan juga dipimpin
mempunyai kaitan antara satu sama lain. Apabila seseorang pemimpin itu mempunyai keterampilan
diri yang baik, sudah pasti dirinya akan dihormati. Bahkan dirinya akan menjadi contoh serta ikutan
untuk generasi yang akan datang. Pemimpin itu juga haruslah sentiasa memotivasikan dirinya menjadi
lebih baik dengan mempamerkan tingkah laku yang baik dan secara tidak langsung, orang di bawah
tampuk kepimpinannya juga akan sentiasa bermotivasi menjadi lebih baik.
2.5 Fizikal Dan Etestika
Murid-murid di sekolah terbahagi kepada pelbagai peringkat umur yang mempunyai tahap daya
kreativiti yang menunjukkan hasil yang berbeza setiap mereka. Kreativiti merupakan sesuatu proses
tetapi bukanlah dilihat daripada penghasilannya. Oleh itu, setiap hasil karya yang dihasilkan oleh
murid adalah berdasarkan tahap perkembangan fizikal dan nilai etestika murid itu sendiri yang
meliputi perkembangan jasmani dan kesejahteraan diri. Kesihatan jasmani atau fizikal adalah amat
penting untuk dititikberatkan dan diberi penekanan kerana menerusi badan yang cergas, kita dapat
melahirkan minda yang cerdas, badan cergas, otak cerdas . Kecergasan tubuh badan juga amat
penting kerana ianya akan dapat menyerapkan nilai-nilai positif dalam pemikiran seseorang individu
dan ini secara tidak langsung akan dapat menjadikan seseorang murid itu sebagai individu yang
sentiasa berfikiran positif dan bepengetahuan luas serta jauh.
Selain itu, pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi juga amat penting dalam proses
berlakunya transformasi di dalam bidang pendidikan ini. Apabila badan murid cergas dan sihat, otak
dan pemikiran mereka juga dapat diasah menjadi lebih kreatif dan berinovasi berbanding sekiranya
badan kita lemah dan tidak bermaya. Sekiranya otak mereka menjadi lebih kreatif, secara tidak
langsung kita juga akan dapat mengasah bakat yang sedia ada mahupun tersimpan dalam diri murid
melalui pelbagai aktiviti yang diceburi oleh mereka sama ada di dalam sekolah ataupun di luar
sekolah.

2.6 Literasi Sains Dan Teknologi


Pengetahuan dan penguasaan sains, kemahiran dan sikap saintifik serta pengetahuan dan kemahiran
matematik merupakan pengetahuan dan kemahiran yang berasaskan kepada perkembangan teknologi
yang wajib bagi murid-murid untuk menguasainya bagi mengembangkan pemikiran para murid
mengenai ilmu-ilmu yang lebih luas supaya mereka dapat mengaplikasikan penggunaannya dalam
kehidupan mereka pada zaman globalisasi yang jauh lebih mencabar.
Secara lebih spesifik, PISA (Programme for International Student Assesment) 2006 menyatakan
bahawa literasi sains adalah kemampuan menggunakan pengetahuan sains untuk mengidentifikasikan
permasalahan dan membuat kesimpulan berdasarkan bukti-bukti dalam rangka memahami serta
membuat keputusan tentang alam dan perubahan yang dilakukan terhadap alam melalui aktiviti
manusia. Teknologi pula dapat diertikan sebagai kemampuan untuk menerapkan pengetahuan sains
dalam rangka membuat perubahan alam untuk memudahkan aktiviti manusia. Dengan berkembangnya
sains dan teknologi dalam kalangan masyarakat, maka peranan pendidikan diharapkan dapat
membantu dalam meningkatkan masyarakat untuk memiliki literasi sains dan teknologi. Berdasarkan
hal tersebut, (Poedjiadi, 1996) menjelaskan bahawa literasi sains dan teknologi adalah kemampuan
menyelesaikan masalah dengan menggunakan konsep sains, menenal teknologi serta kesannya,
mampu mempergunakan produk teknologi dan memeliharanya, kreatif dalam menghasilkan produk
teknologi yang sederhana dan mampu mengambil keputusan berdasarkan nilai.
3.1 Meningkatkan Penguasaan Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris
Pada pandangan saya, pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah sangat bertepatan dan
sesuai pada zaman era globalisasi yang mencabar ini. Melalui pendekatan ini, teknik pengajaran dan
pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia akan melibatkan
penggunaan dua bahasa yang berbeza iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dalam proses
pengajaran dan pembelajaran serta secara tidak langsung, ianya juga dapat meningkatkan
penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan
matlamat kerajaan yang mana sebelum ini mengamalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains
dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Hal ini kerana kerajaan telah menggariskan
penekanan untuk memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris selaras
dengan pemansuhan dasar PPSMI.
Selain itu, ianya juga dapat membantu meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah
khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris apabila mereka didedahkan secara langsung dan

biasa dengan penggunaan dua bahasa utama negara ini di dalam proses pembelajaran mereka saban
hari. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan
menggantikan tetapi akan beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).Saya
berpendapat bahawa KSSR adalah lebih baik dijalankan sejajar dengan perubahan arus dan
permodenan zaman. Kita perlu bergerak maju ke hadapan dan tidak hanya bergantung pada kurikulum
sedia ada kerana manusia pasti akan berubah dari segi pemikiran dan sosial. Lebih-lebih lagi pada
zaman serba canggih ini, penggunaan bahasa Inggeris juga menjadi suatu bahasa komunikasi yang
amat penting dalam setiap urusan seharian.
3.2 Penggunaan Portfolio
Tambahan pula, segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian
dan peperiksaan disimpan dalam portfolio. Dokumen ini merekodkan kegiatan dan pencapaian murid
sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa dan turut membolehkan semua pihak
termasuk ibu bapa menilai perkembangan pembelajaran anak dengan tepat, mengesan kekuatan atau
kelemahan murid secara berterusan serta mengenal pasti bakat dan minat murid. Melalui pendekatan
baru ini, ia membolehkan guru menilai murid dengan lebih berkesan menerusi standard prestasi yang
berupaya menentukan tahap penguasaan mereka mengikut band bermula dari satu hingga enam secara
teratur.
Setiap band memiliki penilaian bermula band satu bermaksud murid tahu, band dua (tahu dan faham),
band tiga (tahu, faham dan boleh buat), band empat (tahu, faham dan boleh buat dengan beradab),
band lima (tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji) serta band enam (murid tahu, faham
dan boleh buat dengan beradab mithali. Band satu merupakan peringkat paling asas dan menjadi kayu
ukur sama ada murid berjaya menguasai sukatan pembelajaran atau tidak sebelum beralih ke band
berikutnya. Hal ini juga memudahkan dan memberi ruang kepada para guru untuk menyemak rekod
pembelajaran murid serta mengetahui kelemahan setiap mereka dan cara-cara mengatasi kelemahan
mereka dengan cara yang berkesan. Hal ini dapat diibaratkan seperti sesuatu perindustrian.
Sesebuah perindustrian biasanya akan ada satu standard yang perlu dicapai. Sebagai contoh, dalam
pembuatan kereta Proton akan ada standard dalam pemasangan bahagian-bahagian kereta yang perlu
dicapai. Begitu juga dalam KSSR , yang mana pihak kementerian ingin mewujudakan satu standard
yang perlu pelajar dicapai dalam sesi pembelajaran terutamanya dalam sudut perkembangan muridmurid.
3.3 Mengambil Kira Bakat Dan Kemahiran Murid-Murid

Walaupun ujian bertulis masih lagi dilaksanakan seperti dulu, proses penilaian KSSR amat mengambil
kira kemahiran insaniah dan kebolehan bakat yang ditonjolkan murid dalam kelas. Oleh sebab
sebahagian proses penilaian ini dilakukan oleh pihak sekolah, murid akan sentiasa berusaha untuk
bersaing dengan rakan lain untuk menunjukkan prestasi yang terbaik di samping meningkatkan
pencapaian mereka. Mereka akan sentiasa berasa tercabar dengan kehebatan pencapaian rakan-rakan
yang lain. Mereka akan bersaing dengan murid lain untuk menunjukkan prestasi yang terbaik di
samping meningkatkan pencapaian mereka.
Murid-murid juga tidak akan menjadi terlalu tertekan sekiranya mereka kurang menguasai sesuatu
teori atau fakta yang diberikan oleh guru mereka di dalam kelas, akan tetapi, mereka dapat
menggunakan teori tersebut sebagai panduan dalam mengerjakan sesuatu amali berdasarkan
kebolehan, kemampuan dan bakat mereka terhadap sesuatu perkara yang semulajadi ada dalam diri
mereka. Murid-murid juga akan dapat mengeksploitasikan diri mereka menjadi lebih berdaya kritis
dan kreatif kerana mereka dapat melakukan sesuatu yang mereka minati secara menyeluruh dan tidak
tersekat dengan apa yang ditetapkan untuk mereka oleh guru sahaja. Setiap individu akan mempunyai
minat dan penguasaan yang menyeluruh dan lebih terhadap sesuatu yang mereka sukai dan gemari dan
ini akan menjadikan murid lebih bertenaga dalam melaksanakan sesuatu kerja atau tugasan yang
diberikan.
Hal ini dapat memberikan keupayaan kepada murid untuk melakukan sesuatu yang baru bagi mereka
dari segi konsep dan pengetahuan sedia ada yang mana pada masa yang sama, secara tidak langsung,
ianya juga memberi peluang yang luas buat murid-murid untuk memperoleh ilmu pengetahuan,
kemahiran dan nilai dalam pelbagai bentuk yang boleh diukur melalui bahan standard pembelajaran
yang telah ditetapkan.
3.4 Menerapkan Elemen Kreativiti Dan Inovasi
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu melancarkan "Malaysia Inovatif 2010"
menyatakan bahawa "kunci kejayaan kepada negara-negara maju adalah inovasi dan kreativiti, dan
untuk itu Malaysia memerlukan rakyat yang berupaya berfikir secara inovatif dan kreatif". Kenyataan
tersebut menunjukkan bahawakeupayaan negara untuk bersaing di peringkat global dalam abad ke
21 kini memerlukan masyarakat yang berupaya berfikir secara kreatif dan inovatif agar dapat
menghasilkan idea-idea atau penemuan-penemuan baru supaya berupaya berada dibarisan hadapan
dalam

perlumbaan

mengejar

kemajuan.

Maka dalam

usaha

untuk

"mengarusperdanakan"

inovasi tersebut merentasi semua lapisan masyarakat, usaha ini perlulah di mulakan dari peringkat
awal bermula dengan sistem pendidikan.
Sekiranya guru tidak mengamalkan budaya inovasi dalam pengajarannya dan hanya mengamalkan
strategi pengajaran tradisional yang sama sepertimana yang biasa terdapat di dalam buku teks atau
buku latihan, maka pelajar juga akhirnya tidak akan terdorong untuk melakukan inovasi. Tetapi
sekiranya pengajaran guru berbeza dari kebiasaan (ada elemen inovasi) maka pelajar akan melihat
bahawa kaedah yang digunaka oleh guru berbeza dari apa yang biasa mereka ikuti, maka ini akan
mendorong pelajar untuk turut melakukan inovasi dalam kehidupannya . Guru tersebut akan secara
tidak langsung menjadi "role model" untuk mendorong pelajar melakukan inovasi dalam aktiviti
sehariannya. Apabila seseorang guru itu inovatif, maka produktivitinya juga akan meningkat. Ini
akhirnya akan memungkinkan seseorang guru itu meng"hasil"kan sesuatu yang luar dari kebiasaan.
Dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang berfikiran inovatif, elemen kreativiti dan inovasi perlu
diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains supaya proses pengajaran dan
pembelajaran sains menjadi lebih dinamik dan menarik kepada pelajar. Sekiranya elemen inovasi ini
tidak diterapkan atau terjelma dalam amalan pengajaran dan pembelajaran sains, maka sudah tentu
pelajar akan mula hilang minat terhadap matapelajaran tersebut. Pelajar masa kini di lihat sangat
terdedah kepada maklumat berikutan perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Pelajar kini lebih terbuka minda kerana mereka boleh mengakses maklumat tanpa had. Dengan
melalui enjen carian "Google" misalnya, mereka boleh mendapat pelbagai maklumat. Jika dalam
kurikulum tidak ada elemen kreativiti dan inovasi, mereka akan jemu untuk belajar. Jika guru tidak
menerapkan elemen inovasi dalam pengajarannya dan mengekalkan cara pengajaran tradisional yang
membosankan sudah tentu akhirnyapelajar akan hilang minat terhadap sains dan melihat sains sebagai
subjek yang kurang menarik.
3.5 Pengenalan Mata Pelajaran Baru Yang Bermanfaat Kepada Murid-Murid
Selain itu, melalui mata pelajaran baru yang diperkenalkan kepada murid-murid seperti mata pelajaran
sejarah, ianya dapat mendidik jiwa murid-murid dengan semangat patriotik dan kenegaraan yang
secara tidak langsung akan melahirkan individu yang sentiasa cinta dan setia akan tanah air. Semangat
perpaduan dan kekitaan antara kaum juga dapat dipupuk apabila murid-murid diberi pendedahan awal
tentang sejarah yang berlaku di negara kita. Murid-murid akan menjadi individu yang lebih
menghargai jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh pejuang tanah air dulu serta sentiasa berusaha menjaga
dan mempertahankan keharmonian dan kesejahteraan negara ini. Konsep 1 Malaysia juga dapat

diaplikasikan dan diterapkan di sekolah kerana murid-murid dapat bekerjasama dan menyesuaikan diri
sesama mereka meskipun berbeza dari aspek bangsa, agama dan warna kulit dalam setiap aktiviti yang
dijalankan di sekolah.
Selain itu, murid dalam Tahap Satu iaitu murid Tahun 1 hingga Tahun 3 juga akan diajar mengenai
pendidikan seks. Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran, Datu Dr,
Julaihi Bujang, berkata pendedahan pendidikan seks akan diajar menerusi subjek Pendidikan
Kesihatan. Melalui subjek ini, murid-murid akan diberi pendedahan awal mengenai perkembangan
manusia, perhubungan, perkahwinan dan kekeluargaan, kemahiran kendiri, kesihatan dan tingkah laku
seksual

serta

masyarakat

dan

budaya.

Murid-murid akan menjadi lebih berhati-hati dalam setiap pergaulan seharian mereka di sekolah
mahupun di luar kerana mereka sudah mengetahui sekiranya berlaku pergaulan bebas, ia akan
menyebabkan natijah yang buruk dan akan mencemarkan maruah individu tersebut. Secara tidak
langsung juga, ianya menjadikan mereka sentiasa berakhlak mulia dan menjaga peribadi mereka untuk
kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga. Guru yang terbabit dengan pengajaran subjek berkenaan juga
telah diberi kursus yang khusus manakala bahan pengajaran turut disediakan bagi mengelakkan
sebarang kekeliruan berlaku.
3.6 Penggabungan Beberapa Mata Pelajaran
Melalui penggabungan mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi, ianya akan memberi pendedahan
kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara praktikal atau `hands-on kepada muridmurid. Murid akan mempelajari sesuatu yang baru dengan lebih mudah seperti Microsoft Word, diikuti
Microsoft Power Point dan Painting. Penguasaan kemahiran ICT ini tidak akan dinilai sebagai subjek
peperiksaan, sebaliknya didedahkan kepada murid Tahun Satu untuk menyuntik nilai tambah dari segi
kreativiti dan inovasi murid-murid terhadap bidang teknologi moden dan perubahan-perubahan dalam
sistem teknologi.
Tambahan pula, sains hayat berperanan untuk mendedahkan murid-murid kepada pembelajaran objek
hidup seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang ada disekeliling kita supaya murid-murid
menjadi lebih akrab dan dapat memahami alam persekitaran atau flora dan fauna untuk memupuk
semangat cinta kepada alam sekitar flora dan fauna seterusnya dapat melatih murid-murid agar
sentiasa memelihara dan memuluhara flora dan fauna. Sains fizikal pula adalah berkaitan dengan
semua jenis deria kurniaan Illahi kepada kita dalam kehidupan, dan sains bahan pula membabitkan

teknologi serta kehidupan lestari yang merangkumi cipta bahan dan reka bentuk bercorak sebuah
inovasi baru yang membantu memudahkan segala kerja dan aktiviti seharian kita dalam zaman yang
lebih mencabar ini.
Pengajaran ini memberi peluang kepada mereka pendedahan kepada proses pembelajaran
menyeronokkan menerusi kaedah inkuiri, iaitu secara dapatan dan penemuan menarik iaitu secara
praktikal terus dan ini dapat membantu perkembangan minda murid-murid menjadi lebih kreatif dan
sentiasa dapat menghasilkan idea-idea yang bernas dan bijak.
3.7 Penggunaan Modul
Perubahan atau transformasi yang berlaku dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dapat
dikesan melalui aspek pembelajaran yang digunakan. KSSR telah menggunakan proses pembelajaran
berasaskan modul. Justifikasi Penggunaan Modul adalah bersifat dinamik. Sebarang pertambahan dan
pengurangan kandungan boleh dilakukan tanpa menjejaskan keseluruhan modul dan secara tidak
langsung, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel juga dapat berlaku. Hal ini kerana
setiap guru ada pilihan untuk menggunakan modul mengikut kesesuaian kaedah pengajaran mereka
yang sepadan dengan tahap pemikiran dan kebolehan murid.
Penggunaan modul secara menyeluruh telah dilaksanakan akan menggantikan penggunaan buku teks.
Modul-modul ini dapat menarik minat para murid untuk terus mengikuti sesi pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan di sekolah. Pelbagai aktiviti yang seronok dan dapat mengembangkan
minda serta menajamkan fikiran murid-murid menjadi lebih kreatif dan kritis dilaksanakan seperti
melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak hanya tertumpu kepada penggunaan akal, tetapi ianya
melibatkan perbuatan yang aktif daripada pelajar. Murid-murid juga akan mudah untuk mempelajari
dan memahami serta mengingati sesuatu sekiranya pembelajaran mereka disertai dengan aktivitiaktiviti amali dan praktikal. Ianya juga dapat menarik minat murid untuk terus meminati sesi
pembelajaran dan sentiasa berusaha menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi dengan cara dan
langkah yang terbaik.
Pengaplikasian KSSR ini juga banyak membantu memudahkan perjalanan dalam pengajaran guruguru dan pembelajaran murid-murid yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya. Melalui cara
seperti ini, para murid tidak akan merasa tertekan dalam menjalani proses pembelajaran di sekolah.
Bahkan mereka sentiasa berasa seronok dan tertarik dengan teknik pengajaran guru-guru selain
pendekatan yang lebih mesra dan menarik digunakan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak
.

4.0 PENUTUP
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mendukung cita-cita murni dan unggul dengan
semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan
murid yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan
pengetahuan pada abad ke-21.
Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak
termasuklah pembuat dasar, pelaksana, pengurus kurikulum, ibu bapa seta pihak berkepentingan. Hal
ini kerana, kurikulum baru ini tidak akan memberi impak yang positif jika pihak-pihak tersebut tidak
bekerjasama. Kementerian Pelajaran Malaysia secara berterusan menyemak kurikulum bagi
memastikan pelaksanaan kurikulum di sekolah melengkapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran
dan nilai untuk menghadapi cabaran semasa dan masa depan.
Semoga bermula dari tahun 2011 ini, industri pendidikan akan menjanjikan perkembangan terbaru
dalam bidang pendidikan di negara ini, khususnya bagi melahirkan contoh modal insan dalam
kalangan masyarakat yang beriman, berakhlak dan mempunyai jati diri yang unggul. Hanya di bahu
merekalah kepimpinan negara pada masa depan terpikul dengan penuh tanggungjawab dan bijaksana.
Oleh itu, peribahasa melentur buluh biarlah daripada rebungnya haruslah diberi penekanan dalam
bidang pendidikan negara bagi memastikan setiap individu mendapat taraf dan nilai pendidikan yang
sama rata dan bersesuaian mengikut tahap umur dan fizikal mereka.

You might also like