You are on page 1of 70

INSTITUT KEBANGSAAN

KESELAMATAN DAN KESIHATAN


PEKERJAAN NEGARA
(IKKKPN)
National Institute of Occupational Safety
and Health
(NIOSH)

1.1VISI
1

Menjadi pusat kecemerlangan terkemuka dalam keselamatan dan kesihatan


1.2MISI
Untuk menjadi rakan kongsi pilihan dalam meningkatkan keselamatan & kesihatan.
1.3 LATAR BELAKANG NIOSH
1. NIOSH di tubuhkan di Malaysia pada tarikh 1 Disember 1992 sebagai
kumpulan dari pelbagai pihak bagi menjaga keselamatan dan kesihatan pekerja
di tempat kerja, di bawah Kementerian Sumber Manusia
2. NIOSH pada awalnya ia bermula sebagai sebuah syarikat berdaftar pada
tahun 1965.
3. Lembaga Pengarah NIOSH terdiri daripada 15 ahli Dewan, 10 yang dilantik
olah kerajaan, selebihnya dipilih oleh ahli NIOSH dalam Mesyuarat Tahunan.
4. Ditubuhkan dengan Grant RM1 juta Pelancaran daripada Kerajaan dengan
RM50 juta

Endowment Fund (RM40 juta dari Pertubuhan Jaminan Sosial

(SOCSO) Malaysia dan 10 juta dari Kerajaan

Malaysia). Yang mana akan

dilaburkan dan kembalinya pelaburan tersebut, akan digunakan untuk membiayai


sebahagian operasi dan aktiviti yang dijalankan oleh NIOSH.

NILAI-NILAI KORPORAT NIOSH


1. Intergriti Profesional & peribadi
2

NIOSH mengharapkan kesetiaan dan kejujuran daripada kakitangan dan juga


pembekal perkhidmatan dari segi prinsip moral

2. Kejujuran
- interaksi hendaklah bebas daripada kepalsuan, kepura-puraan dan penipuan.
3. Komitmen
- semua kakitangan di NIOSH perlu mempamerkan pemahaman di dalam
kepakaran teknikal
4. Ketulusan
- tatacara dan sistem berkaitan dengan pekerjaan semestinya telus untuk
menghapuskan kepentingan diri
5. Kepakaran teknikal
- semua kakitangan di NIOSH perlu mempamerkan pemahaman di dalam
kepakaran teknikal.
6. Kualiti
- semua hasil pengeluaran dan perkhidmatan yang berkaitan dengan NIOSH
berkualiti tinggi
7. Pembangunan Sumber Manusia
- NIOSH mengalakkan pembangunan sumber manusia yang berterusan untuk
meningkatkan kemampuan diri.

OBJEKTIF PENUBUHAN NIOSH


1. Memastikan persekitaran bekerja yang sihat dan selamat kepada semua pekerja,
peserta kursus, kontraktor dan pelawat.
2. Membangunkan budaya keselamatan dan kesihatan dan mengadakan latihan
kepada pekerja
3. Memastikan setiap pengurusan dipertanggungjawabkan ke atas keselamatan
dan kesihatan yang didirikan.
3

FUNGSI NIOSH
1. Menyumbang ke arah usaha-usaha menaiktaraf Keselamatan dan Kesihatan
(KKP) melalui pembangunan dan program latihan kepada pekerja dan majikan.
2. Menolong industri, perdagangan dan lain-lain menyelesaikan masalah yang
bersangkutan dengan KKP
3. Membantu mereka yang bertanggungjawab ke atas KKP dengan informasi terkini
di dalam KKP dan di luar negara.
4. Menganjurkan kajian samada jangka pendek atau jangka panjang ke atas KKP
dan isu-isu kesihatan yang berkaitan dengan Malaysia.
5. Menyebarkan informai tentang kajian penemuan KKP dan isu kesihatan di dalam
aktiviti utama dan sebagainya di bawah atau bagi pihak institut dan menjadi
pusat rujukan.

KEPERLUAN UNDANG-UNDANG
1. Akta 514, Seksyen 30 dan 31 dengan jelas mewajibkan penubuhan IKKP jika
terdapat 40 orang atau lebih di ambil bekerja di sesebuah tempat kerja atau di
arah oleh Ketua Pengarah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
Objektif utama peruntukan undang-undang ini adalah untuk menggalakkan usahasama
di antara majikan dan pekerja bagi menangani isu yang mempunyai kepentingan
4

bersama selain memastikan pematuhan kehendak-kehendak Akta Keselamatan dan


Kesihatan Pekerjaan 1994 oleh pihak pengurusan dan pekerja.
Akta keselamatan & kesihatan pekerjaan 1994
Peruntukkan seksyen 32(1)
Jika ADOPOD berikut berlaku atau kemungkinan berlaku, setiap majikan mesti
melaporkan kepada pejabat JKKP terdekat : Accident
Dangerous Occurrence
Occupational Poisoning
Occupational Disease

MEWUJUDKAN USAHASAMA MAJIKAN-PEKERJA


1. Keselamatan dan kesihatan pekerjaan bukan menjadi tanggungjawab seseorang
tetapi tanggungjawab semua.
2. Untuk memastikan satu usahasama formal dan rasmi berlangsung di antara
majikan, pihak pengurusan dan pekerja di peringkat tertinggi organisasi , maka
keperluan ini telah diperuntukkan di dalam undang-undang.
3. Walaupun diperingkat awal, peruntukan di dalam adalah diharapkan arahan yang
disertai dengan panduan bekerjasama ini akhirnya akan membuahkan
usahasama rela di antara majikan dan pekerja.

AKTIVITI YANG DI JALANKAN OLEH PIHAK NIOSH

1. Keselamatan di tapak pembinaan


2. Keselamatan dalam penggunaan bahan
3. Pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerja
4. Latihan dan bimbingan berterusan
5. Bimbingan aktiviti perlombongan
6. Program perlindungan diri
7. Memperkenalkan NIOSH di sekolah

TUGAS-TUGAS NIOSH
1. Membincangkan perihal dan sebab musabab sesuatu kemalangan serta
penyakit pekerjaan.
2. Mengemukakan cadangan serta syor bagi mencegah atau menghindarkan
berulangnya
kejadian yang serupa/sama.
3. Membuat pemeriksaan di tempat kerja serta peralatan.
4. Menjalankan kajian statistik kemalangan, syor bagi mempertingkatkan tahap
keselamatan dan menilai keberkesanan langkah-langkah kawalan.
5. Menjalinkan hubungan serta kerjasama yang lebih erat dengan pekerja di dalam
pencegahan kemalangan
6. Memupuk minat pekerja-pekerja di dalam perkara-perkara yang bersangkutan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan
7. Menyertai majikan di dalam merangka sistem kerja selamat
8. Mengikut perkembangan keselamatan dan kesihatan semasa serta
menyebarkannya dikalangan pekerja-pekerja
9. Menilai keperluan pertolongan cemas,pekhidmatan kesihatan, pencegahan
kebakaran serta kemalangan
10. Menasihati pihak pengurusan berkaitan perihal keselamatan dan kesihatan
11. Bertindak sebagai alat komunikasi bagi organisasi tentang isu-isu keselamatan
dan kesihatan
7

12. Membantu majikan di dalam penyelesaian masalah keselamatan dan kesihatan

KEANGGOTAAN NIOSH

PENGERUSI
(MAJIKAN ATAU PENGURUS YANG DIBERI
KUASA)

SETIAUSAHA
(PEGAWAI KESIHATAN YANG
DILANTIK)

WAKIL PENGURUSAN

WAKIL PEKERJA

(SEKURANG-KURANGNYA 2 ORANG
DILANTIK)

(SEKURANG-KURANGNYA 2 ORANG
DILANTIK)

WAKIL PENGURUSAN

WAKIL PEKERJA

(SEKURANG-KURANGNYA 4 ORANG
DILANTIK)

(SEKURANG-KURANGNYA 2 ORANG
DILANTIK)

KEPENTINGAN JAWATANKUASA
8

1. Boleh melibatkan berbagai golongan pegawai/pekerja dalam pencegahan


kemalangan.
2. Boleh menganalisa kemalangan dan status tempat kerja serta merangka polisi.
3. Senantiasa berada di tempat kerja yang terdedah kepada berbagai bahaya
pekerjaan.
4. Dapat merangka kesedaran pekerja-pekerja tentang tentang pentingnya

keselamatan dan kesihatan diri.

5. IKKP berfungsi sebagai perunding dan penasihat bagi pekerja, platform bagi
pekerja membuat pengaduan dan penghubung kepada pihak kerajaan jika
terdapat perkara yang tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan oleh
majikan"

LATIHAN ANGGOTA NIOSH


Program Latihan keselamatan dan kesihatan perlu diberikan kepada setiap anggota
NIOSH termasuklah pengerusinya sekali.
Adalah lebih baik jika setiap anggota NIOSHdapat mengikuti sekurang-kurangnya satu
latihan khas bersama-sama.
Di dalam kursus ini mereka boleh didedahkan kepada subjek-subjek seperti:
1. Akta dan Peraturan yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan
2. Penubuhan dan fungsi NIOSH
3. Pembentukan dasar am keselamatan dan kesihatan pekerjaan, organisasi dan
perkiraannya
4. Pengurusan risiko
9

5. Perancangan, penyediaan dan perlaksanaan sistem kerja selamat


6. Penyiasatan kemalangan dan menyediakan laporan
7. Pemantauan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
8. Pengukuran pencapaian

CIRI-CIRI NIOSH YANG CEKAP DAN BERKESAN


1. NIOSH dipengerusikan oleh seorang pengerusi yang diberi kuasa dan mampu
menunjukkan keikhlasan di dalam menggalakkan semua anggotanya melibatkan
diri secara aktif dan proaktif
2. NIOSH dianggotai oleh mereka yang terbaik, komited dan mempunyai daya
sumber di dalam usaha mengujudkan budaya kerja selamat dan sihat
3. Anggota NIOSH memahami fungsi mereka
4. NIOSH mempunyai sokongan dan kepercayaan semua pihak yang diwakilinya
5. Mesyuarat hanya membincangkan isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan
sahaja
6. Anggota NIOSH memberikan sepenuh iltizam terhadap tugas dan
tanggungjawab mereka sebagai satu pasukan
10

7. NIOSH mempunyai cukup dan berbagai idea serta aktiviti berkaitan keselamatan
dan kesihatan untuk dilaksanakan
8. Semua keputusan mesyuarat dilaksanakan secepat mungkin
9. Keputusan mesyuarat dimaklumkan kepada semua pekerja dan mendapat
perakuan mereka.

AGENSI-AGENSI YANG TERLIBAT DALAM PERLAKSANAAN NIOSH DI MALAYSIA


a) Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)
Jabatan ini merupakan sebuah jabatan di bawah Kementrian Sumber Manusia. Jabatan
ini bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orangorang yang sedang bekerja dan melindungi orang-orang lain daripada bahaya-bahaya
keselamatan dan kesihatan yang berpunca daripada aktiviti pekerjaan pelbagai sektor
iaitu:

Pengilangan

Perlombongan dan pengkuarian

Pembinaan

Hotel dan restoran


11

Pertanian, perhutanan dan perikanan

Pengangkutan , penyimpanan dan komunikasi

Perkhidmatan awam dan pihak berkuasa berkanun

Kemudahan gas, elektrik, air dan perkhidmatan kebersihan

Kewangan, insuran, hartanah dan perkhidmatan perniagaan

b) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah ditubuhkan sebagai Jabatan


Kerajaan pada 1 Januari 1971 bagi menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial
Pekerja, 1969 dan kemudian menjadi sebuah badan berkanun mulai 1 Julai
1985.

PERKESO mentadbirkan skim keselamatan sosial yang memberi perlindungan


kepada para pekerja terhadap beberapa kejadian luar jangka seperti bencana
pekerjaan termasuk kemalangan semasa perjalanan dan kematian

c) Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB)


Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan atau Construction Industry Development
Board (CIDB) ditubuhkan oleh kerajaan melalui persetujuan di dalam Parlimen Negara
pada tahun 1994 secara rasminya. Walaubagaimanapun perlaksanaannya telah
bermula sejak tahun 1987 berikutan pembangunan Negara yang pesat menjelang tahun
2020. Kerajaan menubuhkan satu badan bagi menyelia dan mengawal isu dan kesan
yang berlaku di dalam industri pembinaan. Perkara yang menjadi perhatian oleh CIDB
di dalam industri pembinaan adalah:
12

Kekurangan tenaga kerja/buruh/pakar

Permasalahan sumber dan pembekalan bahan

Produktiviti yang rendah

Peningkatan kadar kemalangan di tapak bina

Kelemahan pengurusan dan perlaksanaan projek

Kekurangan maklumat penting dan data di dalam projek pembinaan

13

14

BAB 1 : KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI MALAYSIA


OBJEKTIF AM
Mengetahui dan memahami sejarah dan konsep keselamatan dan kesihatan pekerjaan
yang diamalkan di Malaysia.
OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini anda dapat :
* Mentakrifkan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
* Menerangkan sejarah perkembangan keselamatan dan kesihataan pekerjaan.
* Menyatakan kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia.

PENGENALAN
Berita mengenai kemalangan di tempat kerja kerap didengari, ditontoni dan dibaca.
Malahan ada juga kemalangan itu kita alaminya sendiri. Apa yang anehnya ialah ada di
antara kemalangan itu diulangi seolah-olah kita tidak mempelajari dan mengambilnya
sebagai iktibar. Akibat terlalu kerap kita mendengar mengenai kemalangan, kadangkala
kita merasakan kemalangan itu semacam lumrah, iaitu sesuatu yang memang akan
berlaku dan tidak dapat dielakkan di dalam dunia pekerjaan.
Oleh kerana kemalangan melibatkan manusia, maka manusialah yang
bertanggungjawab terhadap kemalangan. Jika semua yang ada pada dan sekeliling
manusia itu hazard, maka manusialah yang memainkan peranan di dalam mencipta,
mempunyai, mengguna, menyelenggara, menyimpan, mengawal dan melupus hazard
tersebut. Dengan demikian faktor manusia memainkan peranan yang sangat penting di
dalam sesuatu kemalangan pekerjaan. Soalnya sekarang ialah siapakah manusia itu?
Adakah dia pihak kerajaan, majikan, pekerja atau masyarakat? Sekarang timbul
persoalan akauntabiliti dan mengapa akauntabiliti itu penting.

15

Ada pendapat yang menyatakan bahawa kemalangan di tempat kerja berpunca


daripada kelemahan manusia yang berkaitan dengan sifat-sifat berikut;
A.

Sikap mementingkan diri: seseorang akan merasakan impak sesuatu

kemalangan dan
peka serta mengambil berat terhadapnya jika kemalangan itu mempunyai kepentingan
kepada dirinya. Ini termasuklah kemalangan yang melibatkan diri sendiri, keluarga,
kenalan dan harta bendanya. Mereka ini kurang mengambil berat terhadap kemalangan
itu jika ia melibatkan orang yang tidak dikenali.

B.

Salah dan betul: Ada pendapat mengatakan bahawa sesiapa yang membuat

kesilapan,
maka dialah yang patut menerima akibatnya. Dengan lain perkataan, kalau seseorang
itu buat kesilapan dan mengakibatkan kemalangan, dan jika kemalangan itu menimpa
dirinya maka kemalangan ini memang patut berlaku dan ia boleh diterima.

C.

Fokus yang salah: Jika kemalangan berlaku, persoalannya bukan untuk mencari

sebab
musabab berlakunya kemalangan dan mencegah kemalangan yang serupa berulang,
tetapi
fokusnya lebih kepada menentukan seiapa yang membuat kesilapan. Begitu juga
pencegahan kemalangan lebih kepada tindakan reaktif untuk setakat mematuhi
keperluan undang-undang dan kurang kepada usaha mengubah sikap dan budaya
kerja.

D.

Orang ramai mengatasi individu: Masyarakat lebih mengambil berat jika masalah

itu
adalah masalah ramai, dan kemalangan melibatkan ramai orang berbanding dengan
jika
ia berlaku kepada beberapa individu sahaja. Sikap inilah yang menjadikan satu
16

insiden kepada satu bencana yang trajek di tempat kerja kerana tindakan yang
diambil sudah terlewat dan bencana yang menimpa sukar dikawal atau lebih mahal
untuk dikawal.

E.

Meremehkan insiden nyaris: Insiden nyaris yang berlaku di tempat kerja

dianggap
remeh dan tidak perlu diambil kira. Mereka melakukan kesilapan yang besar dengan
membuat andaian bahawa insiden nyaris tidak akan menjadi kemalangan yang tragis.

F.

Tidak memahami apa sebenarnya keselamatan: Bagi sebilangan majikan dan

juga
pekerja, keselamatan adalah sesuatu yang tidak mutlak dan risiko sifar tidak
wujud. Ini bermakna setiap pekerjaan mempunyai risikonya.
Melihat kepada senarai kelemahan di dalam sifat dan sikap manusia ini, kita dapat
simpulkan bahawa untuk mencegah berlakunya kemalangan perlu ada anjakan
paradigma di dalam sifat dan sikap manusia itu. Sifat dan sikap negatif dan reaktif yang
dahulunya menjadi sesuatu yang lumrah, hakikatnya sekarang hendaklah diubah
menjadi budaya yang positif dan proaktif. Daripada sifat dan sikap yang positif dan
proaktif akan lahirlah budaya kerja selamat yang bukan digerak dan dipandu oleh
desakan pihak luar tetapi berpegang lebih kepada prinsip tanggungjawab dan ingin
mengatur diri sendiri.

TAKRIF KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

Keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah suatu keadaan di mana seseorang


pekerja memerlukan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk dirinya dan orangorang lain yang mungkin terjejas oleh aktiviti-aktivitinya.
17

SEJARAH PERKEMBANGAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN


Kod Hamurabi
Sejarah pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan boleh dijejak seawal tahun
2500 sebelum masihi di Babylon, melalui kod Hammurabi. Hammurabi ialah seorang
raja yang telah memerintah negerinya berpandukan kod undang-undang. Kod undangundang ini dipahat pada sebuah monumen batu hitam, lebih kurang 2.4 meter tinggi
dan dipamerkan untuk tatapan rakyatnya. Antara yang berkaitan dengan pengaturan
keselamatan pekerjaan ialah kod ini mentapkan agar pencegahan kemalangan
dilakukan melalui pembalasan berupa denda. Kawalan yang dicadangkan oleh kod ini
dipanggil pembalasan. Sesiapa yang didapati cuai dan kecucaiannya mengakibatkan
kematian maka mereka akan menerima balasan yang setimpal dan jika mengakibatkan
kerugian maka dikehendaki menggantikan kerugian tersebut.
"Kod Hamurabi mengatur organisasi masyarakat berpandukan kod undang-undang
yang
dipamer dan dimaklumkan kepada semua rakyat untuk dipatuhi. Kod menekankan
hukuman
bagi kesalahan"
Revolusi Industri dan Perkembangan Legiftatif Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
di United Kingdom.
Undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan di United Kingdom mempunyai
sejarah bermula sejak Revolusi Industri dalam kurun ke-19 yang membawa suasana
kerja yang berbeza di mana pekerja lebih kerap bekerja dengan mesin berbanding
dengan menggunakan peralatan tangan atau binatang. Misalnya, jika pekerja
mengetahui kecacatan di dalam sistem kerja dan gagal mengambil kira mengenainya,
sekiranya berlaku kemalangan maka mahkamah boleh meletakkan tuduhan kecuaian
18

ke atas pekerja bukan majikan.


Pada tahun 1833, Akta Kilang diwartakan dengan tujuan untuk menghadkan masa kerja
pekerja yang berumur di bawah 18 tahun kepada 10 jam. Ini diikuti pada tahun 1844
dengan Akta Kilang membuat peruntukan undang-undang untuk mengawal suasana
kerja di mana buruh kanak-kanak digunakan dan memagar mesin yang
membahayakannya.
Pada tahun 1972, sebuah jawatankuasa yang diketuai Lord Roben mendapati beberapa
kelemahan yang melibatkan undang-undang sedia ada dan bilangan kemalangan
pekerjaan yang tidak berkurangan. Jawatankuasa tersebut melaporkan bahawa ;
*Punca utama mengapa kemalangan berlaku adalah kerana sikap tidak peduli,
*Undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah terlalu banyak, sukar
difahami dan tidak memuaskan
*Undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang ada, kurang menekankan
aspek
sikap, kemampuan dan pencapaian seseorang dan kecekapan sistem organisasi yang
mereka bekerja.

Pada tahun 1974, Akta 1961 telah diatasi oleh Akta Kesihatan dan Keselamatan di
tempat kerja atau Health And Safety At Work Act , 1974 (HASAWA 1974). Pentadbiran
HASAWA, 1974, dan segala perundangan yang dibuat di bawahnya adalah menjadi
tanggungjawab sebuah badan berkanun yang dipanggil Suruhanjaya Kesihatan dan
Keselamatan(Health and Safety Commission, HSC) . Kesimpulanya penguatkuasaan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan di United Kingdom telah berubah daripada
urusan berbagai pihak penguatkuasa kepada yang diselaraskan oleh Suruhanjaya
Kesihatan dan Keselamatan.

19

Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Malaysia

Peranan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia telah bermula sejak 120
tahun yang lalu iaitu pada akhir abad ke-19. Bermula dengan keselamatan dandang
dan kemudiannya ke atas keselamatan jentera, ini diikuti dengan keselamatan industri,
keselamatan dan kesihatan industri dan akhir sekali meliputi aspek keselamatan dan
kesihatan pekerjaan yang meliputi semua bidang pekerjaan. Sejarah perkembangan
keselamatan dan kesihatan di Malaysia boleh dijelaskan dalam LIMA era iaitu:
i) Era keselamatan dandang sebelum 1914
ii) Era keselamatan jentera 1914 hingga1962
iii)Era keselamatan industri 1953 hingga 1967
iv) Era keselamatan dan keselamatan industri 1970 hingga 1994
v) Era keselamatan dan kesihatan pekerjaan selepas 1994

Era keselamatan Dandang sebelum 1914


Tugas utama keselamatan pekerjaan yang mula-mula dilaksanakan di Malaysia ialah
pada tahun 1878, di mana En William Givan telah dilantik sebagai Pemeriksa Jentera.
Beliau bertugas untuk memeriksa keselamatan dandang stim yang ketika itu
kebanyakanya digunakan di lombong-lombong bijih timah. Pada sekitar tahun 1890an,
kerajaan Negeri Perak telah melaksanakan sistem pemeriksaan oleh orang
perseorangan, di mana ia mempunyai kelayakan dalam bidang dandang stim diberi
lesen perlantikan sebagai boiler surveyor . Pada tahun 1892 dalam terdapat 83
dandang di Negeri Perak. Kesemua dandang digunakan di lombong bijih timah
melainkan 6 unit yang digunakan di kilang gula.
Enakmen-enakmen dandang stim pada ketika ini bersifat kenegerian yang mana
keempat-empat negeri di bawah Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor,
Pahang dan Negeri Sembilan) mempunyai perundangan dandangnya tersendiri.
20

Perundangan dandang yang pertama adalah dipercayai di Negeri Selangor iaitu Boiler
Enacment 1892. manakala di Perak perundangan dandang stim yang pertama
berkuatkuasa pada tahun 1903. Pada tahun 1908 barulah kesemua Negeri-negeri
Melayu Bersekutu mempunyai perundangan dandang mereka masing-masing dan
kesemua pemeriksa pada ketika itu dikenali sebagai Inspector of Boiler.

Era keselamatan Jentera 1914 hingga 1952


Pada 1 Januari 1914 enekmen-enekmen dandang stim dimansuhkan dan digantikan
dengan Machinery Enactment. Berkuatkuasanya enekmen ini, pemeriksa tidak hanya
membuat pemeriksaan dandang stim sahaja tetapi juga ke atas jentera-jentera lain
termasuklah enjin pembakaran dalam, turbin air dan pemasangan auxiliary yang
bersangkutan. Pada masa yang sama jawatan Inspector of Boiler juga dimansuhkan
dan digantikan dengan
Inspector of Machinery and Assistant Inspector of Machinery.
Pada tahun 1932, Machinery Enactment pada 1913 telah dimansuhkan dan digantikan
dengan Machinery Enactment pada 1932. Pemeriksaan dan pendaftaran serta
pemeriksaan pemasangan telah dikuatkuasakan. Ketika itu pemeriksa-pemeriksa
jentera adalah di bawah pentadbiran Jabatan Galian iaitu di bawah cawangan
kejenteraan. Ini kerana pada ketika itu jentera-jentera kebanyakkan tertumpu di sektor
perlombongan menjadi perusahaan utama pada ketika itu.

Era Keselamatan Industri 1953 hingga 1967


Cawangan Kejenteraan berada di bawah Jabatan Galian sehingga 1962, cawangan
Kejenteraan telah dipisahkan dari Jabatan Galian dan ditukar nama kepada Jabatan
Kejenteraan. Ini kerana kebanyakkan pemeriksaan telah berkembang luar daripada
industri perlombongan. Pada 1953, semua enekmen kejenteraan yang digunakan di
21

negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Tidak Bersekutu serta negeri-negeri Selat telah
dimansuhkan dan digantikan dengan ordinan 1953. Berkuatkuasa ordinan ini, peranan
pemeriksa tidak tertumpu kepada dandang atau keselamatan jentera tetapi meliputi
keselamatan pekerja kilang-kilang di mana jentera digunakan. Peruntukan utama
ordinan tersebut adalah seperti berikut:
a) Hendaklah ditubuhkan suatu Lembaga Pemeriksa dengan kuasa-kuasa
mengendalikan
pemeriksaan dan kelulusan sijil-sijil perakuan kebolehan.
b) Peraturan-peraturan perlu dibuat
c) Jentera-jentera tidak boleh dijalankan tanpa sijil perakuan kelayakan
d) Jentera-jentera perlu diperiksa dari masa ke semasa
e) Kebenaran daripada pemeriksa hendaklah dilakukan sebelum jentera diperlesenkan
dan
diubah
f) Semua kemalangan kepada orang atau harta benda bersangkut paut dengan jentera
hendaklah dilaporkan dan disiasat
g) Tidak sesiapapun boleh membuat kelakuan yang boleh mengakibatkan kecederaan
kepada
orang lain
h) Jentera-jentera yang tidak mematuhi peraturan tidak dibenarkan dijual atau
dipinjamkan atau disewakan
i) Pemeriksa diberi kuasa-kuasa untuk memasuki tempat-tempat dan memberhentikan
jentera-jentera yang tidak selamat.

Era Keselamatan Industri 1970 hingga 1994


Pada tahun 1967, Akta Kilang dan Jentera telah diluluskan oleh Parlimen. Pada tahun
1970 Akta Kilang dan Jentera serta lapan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya
dikuatkuasakan. Dengan berkuatkuasanya Akta ini, Ordinan Kejenteraan 1953 telah
dimansuhkan dan nama Jabatan pula ditukar kepada Jabatan Kilang dan Jentera.
Pemeriksa-pemeriksa yang menguatkuasakan akta tersebut bergelar Pemeriksa Kilang
22

dan Jentera. Akta ini digubal untuk mengatasi kekurangan-kekurangan yang terdapat
pada Ordinan Kejenteraan 1953, iaitu dari segi skop liputan ke atas pekerja, di mana
para pekerja di tempat kerja yang tiada penggunaan jentera telah juga dilindungi.
Peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan kesihatan industri telah
diperlengkapkan.
Secara umumnya, Akta ini telah digubal untuk memperuntuknan piawaian minimum
bagi keselamatan, kesihatan dan kebajikan di tempat kerja yang mempunyai 5 orang
pekerja atau lebih dan di semua premis di mana jentera digunakan, termasuklah di
kilang-kilang, tapak-tapak kerja binaan bangunan dan kerja binaan kejuruteraan. Akta
ini cuma berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia sehinggalah pada tahun 1980 apabila
pemakaiannya diperluaskan ke Sabah dan Sarawak. Sehinggalah pada tahun 1968,
Ketua-ketua pemeriksa adalah terdiri daripada rakyat British berbangsa Inggeris. Pada
tahun 1968 jawatan Pemeriksa di Jabatan Kejenteraan telah sepenuhnya diisi oleh
anak tempatan. Tahun 1968 juga menyaksikan penubuhan seorang Pegawai Perubatan
dan Pengawasan unit ini telah dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Kejenteraan.
Unit tersebut tidak kekal lama di bawah Kementerian Buruh dan telah diletakkan di
bawah pentadbiran Kementerian Kesihatan pada tahun 1971.
Era ini juga menyaksikan perwujudan beberapa aktiviti serta bahagian yang penting
seperti tertubuhnya Bahagian Pencegahan Pencemaran pada tahun 1971, penubuhan
Unit Industri Hygiene pada tahun 1975 dan penaikan tarafnya kepada Bahagian Industri
Hyiegene pada tahun 1980; permulaan aktiviti keselamatan petroleum dengan
tertubuhnya Bahagian Keselamatan Petroleum pada tahun 1985, bermulanya aktiviti
pemeriksaan khas bagi mencegah kemalangan besar industri, aktiviti latihan
keselamatan dan kesihatan industri pada tahun 1987 dengan bantuan kepakaran
daripada Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO); penubuhan Pusat Kebangsaan bagi
Maklumat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (C.I.S.) pada tahun 1988 dan
penubuhan Bahagian Major Hazards pada tahun 1991. Akta Petroluem telah
dikuatkuasa pada tahun 1984 dan penguatkuasaannya dibuat oleh beberapa agensi
kerajaan. Jabatan Kilang dan Jentera menguatkuasakan peruntukan-peruntukan akta
23

yang bersangkutan dengan penghantaran pertoluem melalui talian paip, pengagihan


dan penyimpanan petroleum serta peralatan perkakasan yang berkaitan. Peraturanperaturan 1985 telah dikuatkuasakan sepenuhnya oleh Jabatan ini. Dengan
tanggungjawab baru ini pemeriksa-pemeriksa kilang dan jentera telah juga diwartakan
sebagai Pemeriksa Petroluem.
Cadangan untuk mengadakan sebuah Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Negara telah dikemukakan oleh Jabatan Kilang dan Jentera kepada Majlis Penasihat
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan pada tahun 1985. Kabinet telah
meluluskan penubuhan institut ini pada tahun 1991 dan pelancarannya telah dibuat oleh
Y.B. Menteri Sumber Manusia pada bulan Disember 1992. Institut ini adalah sebuah
syarikat di bawah tanggungan kerajaan dan penubuhannya bermatlamat untuk
menjalankan aktiviti-akitiviti latihan, pengumpulan dan penyebaran maklumat, kajian
dan pembangunan dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Era Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan- selepas 1994


Perundangan baru keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan diperbuat pada tahun 1994.
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) telah mendapat kelulusan
parlimen pada tahun 1993 dan diwartakan pada Februari 1994. Perundangan ini
diperbuat kerana memandangkan Akta Kilang dan Jentera 1967 hanya meliputi
keselamatan dan kesihatan pekerjaan sektor perkilangan, perlombongan dan
pengkuarian dan pembinaan yang mana keselamatan dan kesihatan pekerja di sektor
industri-industri lain tidak diliputi. Pekerja-pekerja yang terlibat di bawah Akta Kilang dan
Jentera 1967 hanyalah 24% daripada jumlah tenaga kerja manakala Akta Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan 1994 merangkumi sejumlah 90% daripada tenaga kerja dan
hanya pengecualian pekerjaan atas kapal dan angkatan tentera.
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 ini bertujuan untuk memupuk dan
menggalakkan kesedaran keselamatan dan kesihatan dikalangan pekerja dan juga
24

mewjudkan organisasi dan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan yang


berkesan. Ini dilaksanakan di bawah skim-skim pengaturan kendiri yang disesuaikan
dengan industri atau organisasi yang berkaitan. Peruntukan Akta Keselamatan dan
Keselamatan Pekerjaan 1994 ini melengkapi peruntukan undang-undang sedia ada dan
sekiranya terdapat sebarang percanggahan, Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994 akan mengatasinya.
Akta ini mendefinisikan kewajipan-kewajipan am majikan, pengilang, pekerja, pekerja
sendiri, perekabentuk, pengimport dan pembekal. Prinsip-prinsip utama yang diambil
sebagai asas dalam penggubalan akta ini adalah seperti berikut:
Pertama - Self regulation atau pengaturan kendiri yang bertujuan menangani perkraperkara berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, pihak majikan perlu
membangunkan satu sistem pengurusan yang baik dan kemas bermula dengan
mengadakan satu polisi keselamatan dan kesihatan untuk pekerja-pekerjanya. Pihak
majikan mengadakan satu perkiraan yang baik untuk dilaksanakan.
Kedua Perundingan iaitu pihak majikan, pekerja dan kerajaan perlu berunding untuk
menyelesaikan isu-isu dan masalah-masalah berkaitan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan di tempat-tempat kerja.
Ketiga Kerjasama iaitu pihak majikan dan pihak pekerja perlu bekerjasama untuk
menjaga, memelihara dan meningkatkan mutu keselamatan dan kesihatan pekerja di
tempat kerja.
Dengan Akta Keselamatan mulai April 1994 Jabatan Kilang dan Jentera dikenali
sebagai Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan pemeriksa dikenali
sebagai Pegawai Keselamatan dan Keselamatan Pekerjaan. Di bawah Akta ini sektorsektor industri yang terlibat adalah seperti berikut:
a)Pengilangan
b)Perlombongan dan penguraian
25

c)Pembinaan
d)Pertanian, Perhutanan dan perikanan
e)Kemudahan gas, elektrik, air dan perkhidmatan kebersihan
f)Pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi
g)Perdagangan borong dan runcit
h)Hotel dan restoran
i)Kewangan, insuran, harta dan perkhidmatan perniagaan
j)Perkhidmatan awam dan pihak berkuasa berkanun.

Misi utama Jabatan adalah untuk mewujudkan budaya kerja yang selamat dan sihat
dikalangan semua majikan dan pekerja supaya keselamatan, kesihatan dan kebajikan
mereka dan orang lain yang terdedah risiko keselamatan pekerjaan yang berpunca
daripada aktiviti orang bekerja adalah terpelihara.
Senarai contoh beberapa Akta dan Peraturan yang ditunjukkan di dalam jadual 1.0 yang
telah diwartakan oleh kerajaan Malaysia untuk mengurus dan mengawal penggunaan
bahan berhazard dan pekerjaan yang berkaitan dengannya dan pekerjaan yang telah
dikenalpasti sebagai merbahaya kepada keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

26

Jadual 1.1 Contoh akta dan peraturan

"Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 514, 1994 (AKTA 514) diwartakan untuk
menyatu dan menseragamkan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di
Malaysia. AKTA 514 mengatasi tetapi tidak bercanggah dengan mana-mana akta dan
peraturan yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan"

27

Rajah 1.0 Sejarah perkembangan pengurusan keselamatan dan kesihatan di Malaysia

BAB 2 : KEPERLUAN UNDANG-UNDANG


PENGENALAN
Pada bulan Februari 1994, Kerajaan telah mewartakan satu akta baru iaitu Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang lebih komprehensif, meliputi semua
sektor-sektor industri. Satu pendekatan baru juga telah diserapkan dalam Akta ini iaitu
pendekatan peraturan kendiri ( self regulation).

AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 ( AKTA 514)


Akta ini dinamakan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
Tertakluk kepada subseksyen (3) . Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia bagi
28

industri yang dinyatakan dalam jadual.


Peruntukan Akta ini hendaklah menjadi tambahan kepada, dan tidak mengurangkan ,
peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan
keselamatan dan kesihatan pekerja.
Sekiranya terdapat apa-apa percanggahan atau ketakkonsistenan antara peruntukan
Akta ini dengan mana-mana undang-undang bertulis lain mengenai keselamatan dan
kesihatan pekerjaan, peruntukan Akta ini hendaklah mengatasi dan peruntukan yang
bercanggah atau tak konsisten dalam undang-undang bertulis lain itu hendaklah,
setakat percanggahan atau ketakkonsistenan itu, ditafsirkan sebagai pengganti.
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain,
bahan ertinya apa-apa bahan semulajadi atau buatan , sama ada dalam bentuk
pepejal atau cecair atau dalam bentuk gas atau wap atau apa-apa gabungannya;
bahan bagi kegunaan semasa bekerja ertinya apa-apa bahan yang dimaksudkan atau
dibekalkan bagi kegunaan, sama ada secara eksklusif atau tidak, oleh orang-orang
semasa bekerja;
boleh dipraktikkan ertinya boleh dipraktikkan dengan mengambil kira :*Teruknya atau bahaya risiko yang terlibat;
*Keadaan pengetahuan mengenai bahaya atau risiko itu dan apa-apa cara untuk
menghapuskan atau mengurangkan bahaya risiko itu;
*Ada tidaknya dan kesesuaian cara untuk menghapuskan atau mengurangkan bahaya
atau
risiko itu;
*Kos untuk menghapuskan atau mengurangkan bahaya atau risiko itu.
ditetapkan ertinya ditetapkan oleh Akta ini atau melalui peraturan-peraturan;
29

industri ertinya perkhidmatan awam , pihak-pihak berkuasa berkanun atau manamana aktiviti ekonomi yang disenaraikan ;
kerajaan ertinya Kerajaan Persekutuan, Kerajaan sesuatu negeri atau Kerajaan
Tempatan ;
kesatuan sekerja ertinya apa-apa persatuan atau gabungan pekerja atau majikan
mengikut pengertian Akta Kesatuan Sekerja 1959;
kontrak perkhidmatan ertinya apa-apa perjanjian sama ada secara lisan atau bertulis
dan sama ada secara nyata atau tersirat, yang menurutnya seseorang bersetuju untuk
menggaji seseorang yang lain sebagai pekerja dan orang lain itu bersetuju untuk
berkhidmat dengan majikannya sebagai pekerja termasuklah suatu kontrak perantisan;
loji termasuklah apa-apa jentera, kelengkapan, perkakas, alat atau peralatan, apa-apa
komponennya dan apa-apa jua yang dipasangkan , disambungkan atau
diperlengkapkan kepadanya ;
majikan ertinya majikan langsung atau majikan utama atau kedua-duanya;
majikan utama ertinya pemunya suatu industri atau orang yang dengannya seseorang
pekerja telah membuat kontrak perkhidmatan termasuklah :
*Pengurus, ejen atau orang yang bertanggungjawab bagi pembayaran gaji atau upah
kepada seseorang pekerja;
*Penghuni sesuatu tempat kerja;
*Wakil disisi undang-undang pemunya atau penghuni yang telah meninggal dunia dan;
*Mana-mana kerajaan di Malaysia , jabatan mana-mana kerajaan itu, pihak berkuasa
tempatan atau badan berkanun
majlis ertinya Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang
30

ditubuhkan di bawah seksyen 8;


orang yang bekerja sendiri ertinya seseorang individu yang bekerja untuk keuntungan
atau ganjaran selain di bawah kontrak pekerjaan, sama ada atau tidak dia sendiri
mengambil kerja orang lain;
pegawai ertinya pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang dilantik di bawah
subseksyen 5(2) dan termasuklah Ketua Pengarah , Timbalan Ketua Pengarah ,
Pengarah, Timbalan Pengarah dan Penolong Pengarah Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan;
pekerja ertinya seseorang yang diambil kerja dan diberi gaji di bawah kontrak
perkhidmatan mengenai atau yang berkaitan dengan kerja suatu industri yang baginya
Akta ini terpakai dan :
*Yang diambil kerja secara langsung oleh majikan utama mengenai apa-apa kerja
industri itu, atau yang bersampingan dengan atau sebagai permulaan bagi atau yang
berkaitan dengan kerja industri itu, sama ada kerja itu dilakukan oleh pekerja itu
di tempat kerja atau di tempat lain;
*Yang diambil kerja oleh atau melalui seorang majikan langsung di tempat kerja
industri itu atau di bawah pengawasan majikan utama atau ejennya mengenai kerja
yang biasanya menjadi sebahagian daripada kerja industri itu, atau yang menjadi
permulaan bagi kerja yang dijalankan dalam atau bersampingan dengan maksud
industri
itu, atau;
*Yang perkhidmatannya dipinjamkan atau disewakan sementara kepada majikan utama
oleh
orang yang dengannya orang yang perkhidmatannya dipinjamkan atau disewakan itu
telah memasuki suatu kontrak perkhidmatan;
pembekalan berhubungan dengan apa-apa loji atau bahan, ertinya pembekalan
melalui penjualan, pertukaran, pemajakan, penyewaan atau sewabeli, sama ada
31

sebagai prinsipal atau ejen bagi yang lain;


penghuni berhubungan dengan tempat kerja , ertinya seseorang yang menguruskan
atau mengawal tempat kerja .
premis termasuklah
*Mana-mana tanah, bangunan atau bahagian mana-mana bangunan;
*Mana-mana kenderaan, vesel atau pesawat udara;
*Apa-apa pepasangan di atas tanah, pepasangan luar pesisir atau pepasangan lain
sama
ada di atas dasar atau yang terapung di atsa mana-mana air dan;
*Mana-mana khemah struktur boleh alih.
tempat kerja ertinya premis tempat orang-orang bekerja atau premis yang digunakan
bagi penyimpanan loji atau bahan.
Bagi maksud akta ini , risiko yang berbangkit daripada aktiviti orang-orang yang sedang
bekerja hendaklah dikira sebagai termasuk risiko yang berkaiatan dengan cara suatu
pengusahaan dijanakan, loji atau bahan yang digunakan bagi maksud sesuatu
pengusahaan dan keadaan premis yang digunakan sedemikian atau mana-mana
bahagiannya.
Bagi maksud Akta ini :
*kerja ertinya kerja sebagai seorang pekerja atau sebagai orang yang bekerja
sendiri;
*seseorang pekerja disifatkan sedang bekerja sepanjang masa dia berada di tempat
kerjanya tetapi tidak selainnya; dan
*orang yang bekerja sendiri adalah sedang bekerja sepanjang masa yang
ditumpukannya kepada kerja sebagai orang yang bekerja sendiri.

TUJUAN AKTA
32

Terdapat beberapa objektif bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994,
antaranya ialah :
*Untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang
bekerja terhadap risiko kepada keselamatan atau kesihatan yang berbangkit daripada
aktiviti-aktiviti orang-orang yang sedang bekerja.
*Untuk melindungi orang-orang di tempat kerja selain daripada orang-orang yang
sedang bekerja terhadap risiko keselamatan atau kesihatan yang berbangkit daripada
aktiviti orang-orang yang sedang bekerja.
*Untuk menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan bagi orang-orang yang sedang
bekerja yang disesuaikan dengan keperluan fisiolgi dan psikologi mereka.
*Untuk mengadakan cara yang menurutnya perundangan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan yang berkaitan boleh digantikan secara berperingkat-peringkat oleh
sistem, peraturan dan tata amalan industri yang diluluskan, yang berjalan secara
bergabung dengan peruntukan Akta ini yang dimaksudkan untuk mengekalkan atau
memperbaiki standard keselamatan dan kesihatan.

"Akta 514 adalah akta induk kepada semua akta berkaitan dengan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan. Ia menambah kepada sebarang undang-undang bertulis
sebelumnya
dan mengatasi sebarang peruntukan bertulis yang bercanggah atau bertindan
dengannya."

TANGGUNGJAWAB MAJIKAN, PEKERJA DAN SUB-KONTRAKTOR

Dalam melaksanakan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, terdapat


beberapa kewajipan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh tiga pihak yang
utama iaitu majikan, pekerja dan sub-kontraktor. Antara tanggungjawab tersebut
adalah :
33

Tanggungjawab Majikan
Adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk memastikan setakat yang praktik,
keselamatan , kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya. Perkara
yang diliputi oleh kewajipan itu termasuklah terutamanya :

1. Pengadaan dan penyelenggaraan loji dan sistem kerja yang, setakat praktik,
selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan.
2. Pembuatan perkiraan bagi menjamin, setakat yang praktik, keselamatan dan
ketiadaan
risiko.
3. Pengadaan, maklumat, arahan , latihan dan penyeliaan sebagaimana yang perlu
untuk memastikan setakat yang praktik , keselamatan dan kesihatan pekerjanya
yang
sedang bekerja.
4. Pengadaan dan penyelenggaraan persekitaran pekerjaan bagi pekerja-pekerjanya
yang , setakat yang

praktik, selamat , tanpa risiko kepada kesihatan dan memadai

berkenaan dengan kemudahan bagi kebajikan mereka yang sedang bekerja.


5. Menyediakan seberapa kerap yang sesuai untuk mengkaji semula pernyataan
bertulis
dasar amnya berkenaan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerjanya
semasa
bekerja dan organisasi dan perkiraan yang sedang berkuatkuasa bagi menjalankan
dasar itu, dan membawa pernyataan dan apa-apa kajian semulanya kepada
perhatian
semua pekerjanya.
6. Menjalankan pengusahaannya dengan cara memastikan , yang pekerja , setakat
yang
praktik , bahawa dia dan orang-orang lain , yang bukan pekerjanya, yang mungkin
tersentuh oleh pengusahaan itu tidak terdedah kepada risiko kepada keselamatan
atau kesihatan mereka oleh sebab pekerja pengusahaan itu.
34

Tanggungjawab Pekerja
Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap pekerja yang sedang bekerja :

1.Untuk memberi perhatian yang munasabah bagi keselamatan dan kesihatan dirinya
dan
orang lain yang mungkin terjejas oleh tindakan atau peninggalannya semasa bekerja.

2.Untuk bekerjasama dengan majikannya atau mana-mana orang lain dalam


menunaikan
apa-apa kewajipan atau kehendak yang dikenakan ke atas majikan atau orang lain itu
melalui Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya

3.Untuk memakai atau menggunakan pada sepanjang masa apa-apa kelengkapan atau
pakaian perlindungan yang diadakan oleh majikan bagi maksud mencegah apa-apa
risiko kepada keselamatan dan kesihatnnya.

4.Untuk mematuhi apa-apa arahan atau langkah tentang keselamatan dan kesihatan
pekerjaan yang diperkenalkan oleh majikannya atau mana-mana orang lain melalui
atau di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.
Seseorang yang melanggar peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan
dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali.
BAB 3 : KEPERLUAN UNDANG -UNDANG
JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

35

Satu lagi pertambahan kepada peruntukan yang terkandung di dalam Akta


Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 514 , 1994 (AKKP, 1994) ialah mengenai
keselamatan dan kesihatan di tempat kerja terdapatnya peruntukan penubuhan
jawatankuasa keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Peruntukan ini dinyatakan di
dalam seksyen 30 dan 31 akkp, 1994. Seksyen ini jelas mewajibkan majikan di suatu
tempat kerja yang mempunyai 40 orang pekerja atau lebih atau jika di arah oleh Ketua
Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan untuk menubuhkan
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan di tempat kerjanya yang dianggotai oleh
wakil pengurusan dan wakil pekerja.

OBJEKTIF PENUBUHAN JKK


*mematuhi kehendak undang-undang , Seksyen 30 dan 31 di bawah Akta Keselamatan
dan
Kesihatan Pekerjaan 1994.
*Membolehkan pihak pengurusan dan pekerja menilai dan mengambil tindakan ke atas
masalah keselamatan dan kesihatan yang wujud
*Memberikan kesedaran kepada pekerja-pekerja tentang pentingnya mematuhi polisi
keselamatan dan kesihatan
*Menyalurkan pengetahuan dan pelajaran serta meningkatkan motivasi pekerja
*Sebagai alat komunikasi berhubung bahaya atau risiko di tempat kerja serta langkah
pencegahan.
KEPENTINGAN PENUBUHAN JKK
Sekurang-kurangnya ada dua sebab utama mengapa JKK penting ditubuhkan. Sebab
tersebut ialah adanya keperluan undang-undang dan bagi mengujudkan usahasama di
antara majikan dan pekerja.

Keperluan Undang-undang
Akta 514, Seksyen 30 dan 31 dengan jelas mewajibkan penubuhan JKK jika terdapat
36

40 orang atau lebih di ambil bekerja di sesebuah tempat kerja atau di arah oleh Ketua
Pengarah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Berkembang dengan seksyen ini,
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan )
Peraturan-peraturan JKK, 1996 atau Peraturan JKK, 1996), telah dibuat oleh Menteri
untuk menjelaskan dengan terperinci penubuhan dan fungsi Jawatankuasa ini.
Objektif utama peruntukan undang-undang ini adalah untuk menggalakkan usahasama
di antara majikan dan pekerja bagi menangani isu yang mempunyai kepentingan
bersama selain memastikan pematuhan kehendak-kehendak Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan 1994 oleh pihak pengurusan dan pekerja.

Mengujudkan Usahasama Majikan-Pekerja


Keselamatan dan kesihatan pekerjaan bukan menjadi tanggungjawab seseorang tetapi
tanggungjawab semua. Untuk memastikan satu usahasama formal dan rasmi
berlangsung di antara majikan, pihak pengurusan dan pekerja di peringkat tertinggi
organisasi , maka keperluan ini telah diperuntukkan di dalam undang-undang.
Walaupun diperingkat awal, peruntukan di dalam adalah diharapkan arahan yang
disertai dengan panduan bekerjasama ini akhirnya akan membuahkan usahasama rela
di antara majikan dan pekerja.

TUGAS-TUGAS JKK
*membincangkan perihal dan sebab musabab sesuatu kemalangan serta penyakit
pekerjaan
*mengemukakan cadangan serta syor bagi mencegah atau menghindarkan
berulangnya
kejadian yang serupa/sama.
*Membuat pemeriksaan di tempat kerja serta peralatan
*Menjalankan kajian statistik kemalangan, syor bagi mempertingkatkan tahap
keselamatan dan menilai keberkesanan langkah-langkah kawalan
37

*Menjalinkan hubungan serta kerjasama yang lebih erat dengan pekerja di dalam
pencegahan kemalangan
*Memupuk minat pekerja-pekerja di dalam perkara-perka yang bersangkutan
keselamatan
dan kesihatan pekerjaan
*Menyertai majikan di dalam merangka sistem kerja selamat
*Mengikut perkembangan keselamatan dan kesihatan semasa serta menyebarkannya
dikalangan pekerja-pekerja
*Menilai keperluan pertolongan cemas, pekhidmatan kesihatan, pencegahan kebakaran
serta kemalangan
*Menasihati pihak pengurusan berkaitan perihal keselamatan dan kesihatan
*Bertindak sebagai alat komunikasi bagi organisasi tentang isu-isu keselamatan dan
kesihatan
*Membantu majikan di dalam penyelesaian masalah keselamatan dan kesihatan
"Peraturan 1996, peraturan 3(2) mewajibkan penyusunan semua JKK yang ditubuhkan
sebelum ia dikuatkuasakan mengikut keperluan Peraturan JKK, 1996 ini"

KEANGGOTAAN JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN


PEKERJAAN

JKK yang tubuhkan oleh majikan dengan tujuan mengujudkan usahasama kerja di
antara majikan dengan pekerjanya daripada pelbagai peringkat pekerjaan.
Keanggotaan JKK ini hendaklah melambangkan sumbangan bersama daripada kedua38

dua belah pihak. Sebuah JKK hendaklah terdiri daripada:


a)seorang pengerusi
b)seorang setiausaha
c)wakil pihak majikan
d)wakil pekerja.

KEPENTINGAN JAWATANKUASA

*boleh melibatkan berbagai golongan pegawai/pekerja dalam pencegahan kemalangan


*boleh menganalisa kemalangan dan status tempat kerja serta merangka polisi
*senantiasa berada di tempat kerja yang terdedah kepada berbagai bahaya pekerjaan
*dapat merangka kesedaran pekerja-pekerja tentang tentang pentingnya keselamatan
dan
kesihatan diri.

"JKK berfungsi sebagai perunding dan penasihat bagi pekerja, platform bagi pekerja
membuat pengaduan dan penghubung kepada pihak kerajaan jika terdapat perkara
yang
tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan oleh majikan"

PERHUBUNGAN TUGAS-TUGAS DENGAN FAKTOR MASA

Terdapat tugas dengan faktor masa yang mesti dilakukan oleh JKK. Sebahagian tugastugas ini merupakan tempoh masa yang terlibat adalah sama dan kadangkala berkaitan
dengan tugas lain. Perhubungan tugas-tugas dan faktor masa yang sama perlu diambil
perhatian oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan dan majikan.
Jika pada bila-bila masa majikan tidak mampu melaksanakan cadangan JKK dan
39

alasan yang diberikan oleh majikan tidak boleh diterima oleh jawatankuasa, maka
perkara ini boleh dirujuk kepada Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan untuk menyelesaikannya.
Bagi organisasi yang merasakan ia memerlukan jawatankuasa kecil untuk membantu
JKK induk, peraturan 20, Peraturan JKK 1996, ada menyediakan peruntukkan berbuat
demkian. Peraturan ini sangat berguna di tempat kerja yang besar, berisiko tinggi dan
mempunyai ramai pekerja.
MESYUARAT JKK
Kejayaan sesebuah jawatankuasa memenuhi fungsinya, antara lain bergantung kepada
kecekapan perjalanan mesyuaratnya. Ini kerana di dalam mesyuaratlah segala
perbincangan, perancangan dan keputusan dibuat mengenai sesuatu isu yang
dibangkitkan. Kecekapan mesyuarat dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut:
*Terma rujukan fungsi jawatankuasa
*Kefahaman anggota terhadap peranan mereka di dalam jawatankuasa
*Etika prosedur mesyuarat
*Iltizam pengerusi dan ahlinya melaksanakan segala keputusan mesyuarat

Bahagian IV, Peraturan JKK, 1996 telah menetapkan beberapa syarat berkaitan dengan
perjalanan mesyuarat JKK. Antaranya:
a)Kekerapan mesyuarat
*JKK mesti mengadakan mesyuarat tidak kurang daripada tiga bulan sekali
*Mesyuarat yang dilakukan secara berkala hendaklah memastikan diminitkan di dalam
mesyuarat sebelumnya dapat dilaksanakan dengan segera
b)Kemudahan bermesyurat
*Kemudahan tempat yang sesuai yang wajib disediakan oleh majikan.
c)Mesyuarat sulung
40

*Mesyuarat ini hendaklah dipanggil oleh majikan


*Mesyuarat berikutnya boleh dipengerusikan oleh pengurus yang diberikuasa oleh
majikan
d)Korum
*Mesyuarat terbentuk apabila pengerusi, setiausaha dan tidak kurang dari satu
perdua baki anggota hadir di dalam mesyuarat.
*Mewajibkan kehadiran setiausaha pada setiap kali mesyuarat dan kehadirannya
sebagai syarat untuk mencukupkan korum.
e)Kehadiran bukan angggota
*JKK boleh menjemput bukan anggota JKK hadir di dalam mesyuarat jika mereka dapat
membantu tujuan mesyuarat.
f)Agenda yang dibincangkan
*Perbincangan di dalam mesyuarat mestilah dihadkan kepada perkara yang berkaitan
dengan keselamatan dan kesihatan tempat kerja sahaja
g)Minit mesyuarat
*Mesti diberikan kepada setiap anggota JKK dalam masa dua minggu selepas
mesyuarat
berlangsung.

41

LATIHAN ANGGOTA JKK

Anggota JKK melakukan dua tugas utama:


*Menjalankan mesyuarat
*Melaksanakan keputusan mesyuarat (seperti peyiasatan kemalangan dan
pemeriksaan)
42

Program Latihan keselamatan dan kesihatan perlu diberikan kepada setiap anggota
JKK termasuklah pengerusinya sekali. Adalah lebih baik jika setiap anggota JKK dapat
mengikuti sekurang-kurangnya satu latihan khas bersama-sama. Di dalam kursus ini
mereka boleh didedahkan kepda subjek-subjek seperti:
*Akta dan Peraturan yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
*Penubuhan dan fungsi JKK
*Pembentukan dasar am keselamatan dan kesihatan pekerjaan, organisasi dan
perkiraanya
*Pengurusan risiko
*Perancangan, penyediaan dan perlaksanaan sistem kerja selamat
*Penyiasatan kemalangan dan menyediakan laporan
*Pemantauan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
*Pengukuran pencapaian

CIRI-CIRI JKK YANG CEKAP DAN BERKESAN

Sebuah JKK yang cekap dan berkesan sekurang-kurangnya mesti mempunyai ciri-ciri
berikut:
*JKK dipengerusikan oleh seorang pengerusi yang diberi kuasa dan mampu
menunjukkan
keikhlasan di dalam menggalakkan semua anggotanya melibatkan diri secara aktif dan
proaktif
*JKK dianggotai oleh mereka yang terbaik, komited dan mempunyai daya sumber di
dalam
usaha mengujudkan budaya kerja selamat dan sihat
*Anggota JKK memahami fungsi mereka
*JKK mempunyai sokongan dan kepercayaan semua pihak yang diwakilinya
*Mesyuarat hanya membincangkan isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan
sahaja
43

*Anggota JKK memberikan sepenuh iltizam terhadap tugas dan tanggungjawab mereka
sebagai satu pasukan
*JKK mempunyai cukup dan berbagai idea serta aktiviti berkaitan keselamatan dan
kesihatan untuk dilaksanakan
*Semua keputusan mesyuarat dilaksanakan secepat mungkin
*Keputusan mesyuarat dimaklumkan kepada semua pekerja dan mendapat perakuan
mereka.

AGENSI-AGENSI TERLIBAT DI DALAM PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN


KESIHATAN PEKERJAAN DI MALAYSIA
a)Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Jabatan ini merupakan sebuah jabatan di bawah Kementrian Sumber Manusia. Jabatan
ini bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang
orang yang sedang bekerja dan melindungi orang-orang lain daripada bahaya-bahaya
keselamatan dan kesihatan yang berpunca daripada aktiviti pekerjaan pelbagai sektor
iaitu:
*Pengilangan
*Perlombongan dan pengkuarian
*Pembinaan
*Hotel dan restoran
*Pertanian, perhutanan dan perikanan
*Pengangkutan , penyimpanan dan komunikasi
*Perkhidmatan awam dan pihak berkuasa berkanun
*Kemudahan gas, elektrik, air dan perkhidmatan kebersihan
*Kewangan, insuran, hartanah dan perkhidmatan perniagaan

Objektif utama jabatan ini ialah:


44

*untuk menggubal dan mengkaji dari masa ke semasa melalui proses tripatisme dasar,
undang-undang, tata amalan dan garis panduan berkaitan dengan keselamatan,
kesihatan dan kebajikan sebagai asas dalam memastikan keselamatan dan kesihatan
semasa bekerja
*untuk memastikan melalui kegiatan penguatkuasaan dan galakan bahawa majikan,
orang
bekerja sendiri, perekabentuk, pembekal, pengimport dan pekerja sentiasa
mengamalkan budaya kerja selamat dan sihat dan sentiasa mematuhi kehendakkehendak
undang-undang, tata amalan dan garis panduan yang sedia ada
*untuk membantu dan memberi khidmat kepakaran dalam kegiatan galakan, latihan,
penyebaran maklumat dan penyelidikan yang dikendalikan oleh agensi kerajaan dan
bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi, persatuan-persatuan majikan, pekerja
dan profesional dalam usaha untuk meningkatkan lagi taraf keselamatan, kesihatan
dan kebajikan pekerjaan

Dasar jabatan ini ialah:


*untuk menyedia dan menyenggara suatu tempat dan sistem yang selamat dan sihat
*untuk memastikan bahawa semua kakitangan adalah diberi maklumat, arahan, latihan
dan penyeliaan berkenaan cara untuk menjalankan tugas dengan selamat dan tanpa
risiko kepada kesihatan
*untuk menyiasat semua kemalangan, penyakit, keracunan dan kejadian berbahaya
dan
mengambil langkah-langkah untuk memastikan kejadian-kejadian tersebut tidak
berulang lagi
*untuk memenuhi kehendak-kehendak perundangan mengenai keselamatan dan
kesihatan
seperti yang ditetapkan di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994,
peraturan-peraturannya dan tata amalan yang diluluskan
*untuk menyediakan kemudahan-kemudahan kebajikan bagi semua pekerja
45

*untuk mengkaji semula dasar ini apabila perlu

b)Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)


Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah ditubuhkan sebagai Jabatan
Kerajaan pada 1 Januari 1971 bagi menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial
Pekerja, 1969 dan kemudian menjadi sebuah badan berkanun mulai 1 Julai 1985.
PERKESO mentadbirkan skim keselamatan social yang memberi perlindungan kepada
para pekerja terhadap beberapa kejadian luar jangka seperti bencana pekerjaan
termasuk kemalangan semasa perjalanan, keilatan dan kematian.
Objektif utama skim keselamatan social adalah untuk menjamin pembayaran faedah
kepada pekerja dan tanggungannya apabila berlaku kejadian luar jangka kepada
pekerja itu. Perkhidmatan rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan vokasional juga
disediakan disamping mengambil langkah mencegah kejadian kemalangan dan
meningkatkan keselamatan pekerjaan. Kemudahan pemulihan bertujuan untuk
membolehkan pekerja terbencana kembali bertugas secepat mungkin.
Misi Perkeso adalah komited untuk memastikan keselamatan social dan ekonomi
kepada semua rakyat Malaysia yang bekerja serta tanggungan mereka menerusi :
*Prinsip Insuran Keselamatan Sosial
*Menyediakan perkhidmatan yang cepat, berkualiti serta cekap dan pada kos yang
paling ekonomik dengan menggunakan teknologi canggih serta pembangunan sumber
manusia.
*Mengkaji sturktur faedah yang disediakan dari semasa ke semasa berdasarkan
kepada
kemampuan kewangan dan cara serta system pemberian faedah.
*Seboleh-bolehnya tanpa memerlukan kadar caruman dinaikkan tetapi sebaliknya
usaha
usaha diambil untuk memelihara serta meneguhkan lagi kumpulan wanga PERKESO
melalui
pengurusan kewangan dan pelaburan yang baik
46

*Memupuk serta menggalakan kesihatan serta keselamatan pekerjaan dikalangan yang


pekerja/majikan

c)Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB)

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan atau Construction Industry Development


Board (CIDB) ditubuhkan oleh kerajaan melalui persetujuan di dalam Parlimen Negara
pada tahun 1994 secara rasminya. Walaubagaimanapun perlaksanaannya telah
bermula sejak tahun 1987 berikutan pembangunan Negara yang pesat menjelang tahun
2020. Kerajaan menubuhkan satu badan bagi menyelia dan mengawal isu dan kesan
yang berlaku di dalam industri pembinaan. Perkara yang menjadi perhatian oleh CIDB
di dalam industri pembinaan adalah:
*Kekurangan tenaga kerja/buruh/pakar
*Permasalahan sumber dan pembekalan bahan
*Produktiviti yang rendah
*Peningkatan kadar kemalangan di tapak bina
*Kelemahan pengurusan dan perlaksanaan projek
*Kekurangan maklumat penting dan data di dalam projek pembinaan

Objektif utama badan ini ditubuhkan adalah untuk membangunkan industri pembinaan
Negara menjadi sektor ekonomi bertaraf antarabangsa yang mempunyai kualiti produk
dan perlaksanaan kerja pembinaan yang berkualiti tinggi dan nilai untuk sumber
kewangan selaras dengan kehendak Negara.
Fungsi utama badan ini seperti terkandung di dalam akta perenggan 4(1) yang
mengandungi:
*Ke arah menggalakkan dan membangunkan industri pembinaan Negara ke arah
47

keberkesanan perlaksanaannya
*Sebagai penghubung antara kerajaan pusat dan kerajaan Negara di dalam memajukan
industri pembinaan
*Menggalakkan kualiti insuran dalam industri pembinaan
*Memberi kredit dan kontraktor berdaftar dan membatalkan penyertaan serta sebarang
pendaftaran kontraktor baru.
*Memberi latihan dan kemahiran kepada pekerja pembinaan dan penyelia pembinaan.
*Menentukan piawai dan kualiti pembinaan dan bahan
*Sebagai perunding dan pembimbing di dalam memberi khidmat di dalam industri
pembinaan

Klik laman ini untuk maklumat lanjut:


JKKP http://www.dosh.gov.my/mengenai/
CIDB http://www.cidb.gov.my/
PERKESO http://www.perkeso.gov.my/melayu
NIOSH http://www.niosh.com.my/
d)Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH)
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara atau National Institute Of
Occupational Safety and Health (NIOSH) ditubuhkan pada 1 Disember 1992 di bawah
Kementrian Sumber Manusia sebagai kumpulan dari pelbagai pihak bagi menjaga
keselematan dan kesihatan pekerja dan di tempat kerja. NIOSH bermula sebagai
sebuah syarikat di bawah syarikat berdaftar pada tahun 1965. Kini ia merupakan badan
organisasi di bawah kerajaan dan menjadi sektor penting bagi melaksanakan
peranannya terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia.

Tujuan dan objektif penubuhanya adalah untuk memberi khidmat di dalam latihan,
sumber maklumat dan pusat penyelidikan dalam pelbagai bentuk keselamatan dan
kesihatan pekerjaan. Institut ini juga membantu pihak industri bagi membantu
48

perlaksanaan dan penyelesaian permasalahan berkaitan dengan keselamatan dan


kesihatan pekerjaan.
Objektif utama institut ini diwujudkan oleh kerajaan adalah:
*menjadi perancang dan penggubal utama dalam aspek keselamatan dan kesihatan
pekerjaan selain menyusun kurikulum dan latihan bagi pekerja, syarikat, dan mana
mana pihak yang ingin melaksanakan secara langsung atau tidak langsung untuk
keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
*Menjadi pembantu industri, kumpulan dan pihak-pihak dalam menangani
permasalahan
berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
*Membantu pihak-pihak yang terlibat di dalam perlaksanaan keselamatan dan
kesihatan
pekerjaan dengan memberi maklumat berkembangan terkini yang berkaitan sama ada
dalam dan luar Negara.
*Menjadi pelaksana di dalam menjalankan kajian dan penyelidikan untuk jangka pendek
dan panjang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di negara

Antara aktiviti-aktiviti yang di laksanakan oleh pihak NIOSH adalah menyusun segala
yang berkaitan dengan perlaksanaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dari segi
tugas di pejabat, peranan organisasi, latihan dan bimbingan pekerja. Biasanya program
yang dilaksanakan sejak dari 1993, latihan yang utama diberikan berkaitan dengan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah:
*Keselamatan di tapak binaan
*Keselamatan dalam penggunaan bahan
*Pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
*Latihan dan bimbingan berterusan
*Bimbingan Aktiviti perlombongan
*Program perlindungan diri

49

BAB 4 : HAZARD DAN RISIKO


TAKRIF HAZARD DAN RISIKO
Pengenalan
Apabila seseorang memperkatakan tentang risiko keselamatan dan kesihatan di tempat
kerja, dia memperkatakan tentang kebarangkalian kecederaan berlaku dan impaknya
kepada pekerja akibat hazard yang terdapat di tempat beliau bekerja. Kebarangkalian
adalah pengukuran frekuensi berlakunya kemalangan. Oleh kerana kebarangkalian
berlakunya kemalangan dan impak kemalangan boleh dikawal, maka risiko boleh diurus
sehingga ia boleh diminimumkan dan diterima.
Terdapat tiga perkataan asas tetapi penting yang kerap digunakan di dalam pengurusan
risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Perkataan tersebut ialah hazard, risiko
dan bahaya.

Takrif
Hazard
Hazard adalah apa sahaja secara sendirian atau bersalingtindak antara satu dengan
lain mampu mengakibatkan kemudaratan. Kemudaratan ini berbeza-beza
ketenatannya, daripada yang mengakibatkan kematian sehinggalah kepada
kecederaan kecil. Occupational Safety and Health Assessment Series 18002 (OHSAS
18002) dan ISO/IEC Guide 51:1999 mentakrifkan hazard sebagai punca atau keadaan
yang mempunyai potensi mengakibatkan kemudaratan dalam konteks kecederaan dan
penyakit kepada manusia, kerosakan harta benda, kerosakan sekitaran tempat kerja,
atau gabungannya. Bahan kimia, sinaran, elektrik, biohazard, sistem kerja tidak selamat
adalah beberapaa contoh-contoh hazard.
Risiko
Menurut OHSAS 18002, risiko adalah gabungan kemungkinan (kebarangkalian) dan
50

akibat sesuatu peristiwa berhazard berlaku. Risiko juga boleh ditakrifkan sebagai
gabungan-gabungan faktor-faktor kebarangkalian berlakunya peristiwa malang,
dedahan dan impak kemalangan tersebut. Kebarangkalian di sini bermaksud cansa
kemalangan itu berlaku.
Bahaya
Bahaya lebih menerangkan dedahan relatif seseorang kepada hazard. Perkataan ini
lebih bersifat perkataan yang menerangkan atau menunjukan sesuatu keadaan risiko.
Misalnya, seseorang yang sentiasa terdedah kepada hazard berada di dalam keadaan
lebih berbahaya berbanding dengan seseorang yang tidak terdedah kepada hazard.

Perhubungan di antara hazard, risiko dan bahaya

Perhubungan di antara hazard, risiko dan bahaya lebih mudah diterangkan dengan
menggunakan contoh. Asid hidroklorik pekat adalah hazard kimia kerana sifat intrinsik
korosifnya yang berpotensi mengakibatkan kemudaratan kepada kesihatan manusia
dan kerosakan kepada sesetengah bahan. Risiko percikan asid ke muka pekerja adalah
tinggi bagi mereka yang tidak memakai perisai muka berbanding dengan mereka yang
memakainya. Bahaya jika mempipet asid dengan hidroklorik dengan mulut.

SISTEM PENGURUSAN RISIKO KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

Sistem pengurusan risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah berkenaan


mengurus risiko yang berkaitan dengan pekerja, aktiviti dan suasana kerjanya. Oleh
kerana terdapat terlalu ramai pekerja, aktiviti dan berbagai suasana kerja serta
kombinasi ketiga-tiganya, maka pengurusannya hanya boleh dibuat melalui suatu
sistem pengurusan. Risiko keselamatan dan kesihatan di tempat kerja melibatkan
51

empat peringkat utama yang berlaku secara berturutan dan saling memberikan input
untuk memastikan pengurusan yang berkesan. Sistem pengurusan risiko bermula
dengan peringkat:
a)Mengenalpasti hazard
b)Menilai risiko
c)Mengawal risiko
d)Mengukur pencapaian
Peringkat pertama melibatkan proses mengenalpasti hazard yang ada di tempat kerja
atau di dalam tugas. Hazard yang telah dikenalpasti dinilai risikonya secara kuantitatif
atau kualitatif dan ditentukan samada risiko tersebut boleh diterima, berada di dalam
had terima atau sebaliknya. Keputusan seterusnya ialah mengambil langkah-langkah
mengawal risiko berada di tahap yang baik, pencapaian pengurusan perlu dipantau dan
diukur. Maklumbalas yang diterima dari pengukuran pencapaian digunakan di setiap
peringkat system pengurusan agar segala perubahan kawalan yang lebih sesuaian.
JENIS-JENIS HAZARD
Berdasarkan takrifan hazard (di atas) kita akan dapati berbagai-bagai jenis hazard yang
boleh ditemui di dalam sesuatu tugas atau tempat kerja. Jika kita diminta
menyenaraikan hazard-hazard ini, biasanya kita akan terfokus kepada apa yang biasa
kita lihat, nyata dan mengakibatkan maut atau kecederaan sahaja. Oleh kerana terlalu
banyak hazard yang ada, di sini kita akan menyentuh hanya yang berikut:
(i) hazard fizikal
(ii) hazard kimia
(iii) hazard biologikal
(iv) hazard ergonomik
(i)Hazard fizikal.
Hazard fizikal ialah hazard yang bahaya berpunca dari mesin dan peralatan yang
digunakan. Sesuatu mesin dan peralatan dianggap merbahaya jika:
a)Direka tidak selamat dan tidak sempurna
b)Tidak diselenggara dengan baik
52

c)Dijalankan oleh pekerja tidak terlatih


d)Digunakan bukan untuk kerja sebenar
e)Digunakan dalam keadaan yang berbeza-beza
f)Ditukar/dipinda secara haram
g)Pekerja tidak bersedia atau tidak menumpukan perhatian semasa menggunakannya.
(ii) Hazard Kimia
Antara kemalangan industri yang dilaporkan ialah kecederaan akibat sentuhan dan
terhidu bahan kimia. Bahan kimia yang digunakan di kilang-kilang adalah merbahaya
dan boleh menyebabkan kecederaan jika terdedah tanpa dilindungi. Bahan-bahan kimia
seperti asid, alkali, gas, pelarut, simen, getah sintetik, gentian kaca dan pelekat adalah
bahan yang merbahaya dan perlu diambil langkah-langkah keselamatan apabila
mengendalikannya.
Bagi sesetengah individu, habuk kayu dan minyak semulajadi dari haiwan boleh
menyebabkan tindakbalas pada kulit. Antara kesannya ialah kulit akan melecur,
melepuh, terbakar dan akan meninggalkan kesan parut. Bahagian lain yang mudah
terdedah pada bahan kimia ialah mata, hidung, kerongkong serta bahagian atas saluran
pernafasan. Kesan bahan kimia adalah bergantung kepada nilai pH, kepekatan, tempoh
dedahan dan sifat tindak balas sesuatu bahan kimia.

iii)Hazard Biologikal
Pekerja yang terlibat dengan analisis spesimen biologi biasanya akan terdedah kepada
jangkitan penyakit. Tahap bahaya sesuatu spesimen biologi adalah berbeza-beza
mengikut:
a)sifat semulajadi dan kepekatan agen penyakit
b)laluan masuk agen penyakit ke dalam badan
c)ketahanan pekerja yang terdedah
Laluan masuk ke dalam anggota badan adalah:
53

a)penyerapan, terjadi melalui luka dan calar pada kulit, menyerap masuk melalui
kulit atau mata, sentuhan dengan tangan atau perkakas yang tercemar
b)inokulasi terus terjadi dengan alat kaca yang pecah, jarum dan lain-lain di mana
agen penjangkit boleh masuk terus ke dalam darah.
c)Penelanan melalui mulut boleh terjadi dengan menghisap rokok, makan, menggigit
kuku dan makan tanpa mencuci tangan
d)Pembentukan aerosol, hasil daripada pelbagai prosedur makmal seperti tumpahan,
pengemparan, pengoncangan, penghomogenan, pembakaran dan percikan.
iv)Hazard Ergonomik
Hazard ergonomik berkaitan dengan ketidaksesuaian manusia dengan sekitaran
kerjanya. Ia selalunya dikaitkan dengan kesilapan atau kelemahan rekabentuk
kejuruteraan dan proses kerja memenuhi keperluan fisiologi dan psikologi manusia.
Misalnya pekerjaan menaip dalam keadaan yang baik tidak ergonomik telah dibuktikan
mampu mengakibatkan Tunnel Carpel Syndrome dan sakit belakang.

MENGENALPASTI HAZARD
Sebelum hazard boleh diurus ia mestilah dikenalpasti terdahulu. Semakin awal hazard
dikenalpasti, semakin mudah dan murah untuk menguruskannya. Walaupun hazard
boleh dikenalpasti atau ujud diperingkat awal operasi akibat tidak disedari atau
perubahan boleh timbul kepada bahan, system dan rekabentuk selepas digunakan atau
dilaksanakan.

Proses dan kaedah mengenalpasti hazard di tempat kerja


Satu proses yang membantu mengenalpasti sebanyak mungkin hazard ialah dengan
menggunakan proses mengenalpasti hazard yang digunakan di dalam analisis hazard.
Di dalam analisis hazard, proses mengenalpasti hazard bermula dengan mentakrifkan
sistem yang ingin dikaji dan mentakrif serta memahami ciri fizikal dan fungsi sistem
tersebut. Terdapat berbagai kaedah yang boleh digunakan untuk mengenalpasti hazard.
Amnya kaedah mengenalpasti hazard ini melibatkan gabungan pemerhatian sendiri,
54

merujuk kepada dokumen rujukan, menggunakan kelengkapan pengesan dan


pengukur, maklumat daripada laporan, maklumbalas daripada pekerja dan sebagainya.

Pemerhatian dan Rujukan


Seseorang pekerja yang berpengetahuan dan berpengalaman di dalam sistem, proses
dan prosedur kerja yang dilakukan melalui pemerhatian dan seterusnya merujuk
kepada akta, peraturan garis panduan, kod amalan, standard , data dan sebagainya
boleh mengenalpasti hazard yang terdapat di dalam sistem , proses dan prosedur kerja
tersebut. Pemerhatian tanpa rujukan sukar mengenalpasti sesuatu hazard yang lazim
dan rutin dilakukan di tempat kerja.

Penggunaan kelengkapan khas


Terdapat hazard yang tidak mempunyai sifat bau, nampak, dengar atau sentuh. Oleh itu
pancaindera manusia tidak mampu mengesan hazard tersebut. Hazard ini memerlukan
kelengkapan khas untuk mengesan dan mengukur tahap hazardnya. Misalnya
gelombang mikro, sinaran ultra hanya dikenalpasti menggunakan dosimeter sinaran.

Aduan/laporan/cadangan
Seseorang pengurus biasanya ditugaskan mengurus aktiviti dan proses kerja yang luas
dan kadangkala umum skopnya. Keadaan ini mungkin menyukarkan mereka
mengenalpasti semua hazard yang berkaitan dengan setiap proses kerja di dalam
kawalanya. Hazard baru juga boleh timbul akibat perubahan struktur, proses dan sistem
kerja dan mesin. Keadaan ini membuat seorang pengurus memerlukan bantuan pekerja
di bawahnya untuk mengenalpasti hazard.

55

PUNCA-PUNCA UTAMA HAZARD


Terdapat dua punca utama hazard iaitu:
a)Keadaan di tempat kerja:
i) ruang yang tidak mudah dan selesa untuk bergerak
ii) tidak dapat membuat satu pemusingan bebas di kawasan kerja.
iii)lantai yang tidak rata dan licin
iv) tiada tempat penyimpanan bahan dan peralatan yang sempurna
v) pencahayaan dan pengudaraan yang tidak sempurna

b)Pelakuan pekerja:
i) tidak melakukan tatacara kerja dengan betul, sempurna, selamat dan
mejejaskan
kesihatan
ii) tidak memastikan alat-alat, mesin dan bahan adalah selamat dan disimpan
dengan
selamat
iii)tidak memastikan cara menyimpan, mengangkat atau bekerja dengan bahan
merbahaya
dengan selamat dan menjejaskan kesihatan
iv) tidak mengikut maklumat, arahan dan latihan yang betul
v) tidak berbincang dengan majikan
vi) tidak membuat pemeriksaan di tempat kerja

KELENGKAPAN PELINDUNG PERIBADI


Kelengkapan Pelindungan Peribadi adalah kelengkapan yang diperlukan untuk
memberikan perlindungan kepada pemakainya daripada hazard yang sedang ditangani.
Antara contoh kelengkapan ini termasuklah baju kalis api, Apparatus Pernafasan
56

Lengkap Sendiri, topi dan kasut keselamatan dan lain-lain. Jadual 4.1 menunjukkan
beberapa jenis Kelengkapan Perlindungan Peribadi yang biasa digunakan dalam
operasi kecemasan. Oleh kerana kelengkapan ini merupakan benteng terakhir bagi
pemakainya daripada bencana hazard, maka adalah penting kelengkapan ini dipilih dan
digunakan mengikut spesifikasi pembuatan dan kegunaannya yang berkesan.
Seperti juga kelengkapan lain, kelengkapan perlindungan peribadi mestilah dipilih
secara terancang. Pengguna mestilah dimaklumkan cara dan keadaan pemakaian yang
optimum serta had penggunaannya. Pengguna juga mesti menyenggarakan
kelengkapan tersebut seperti yang ditetapkan oleh pihak pembekal kelengkapan. Ini
bagi memastikan kelengkapan boleh berfungsi dengan cekap dan berkesan apabila
digunakan.

Cermin Perlindungan dan goggle


Pemakaian cermin perlindung adalah perlu apabila bekerja di kawasan berhabuk yang
beterbangan , partikel, wasap, luapan aau cahaya yang boleh menyebabkan
kecederaan penglihatan. Cermin keselamatan berbentuk seakan cermin biasa tetapi
melindungi mata dari partikel yang beterbangan. Kantanya hendaklah tahan hentakan
dan lebih kuat dari biasa. Boleh diperolehi di dalam bentuk pelindung tepi, cawan atau
kanta lentuk bagi pelindungan tambahan.
Goggle pula lebih tahan hentakan dan diperolehi dalam bentuk cermin berwarna dan
ianya melindungi seluruh kawasan mata dari bahaya yang datang dari semua arah.

57

Pelindung dan topi kaledar


Pelindung muka dan topi kaledar bukanlah alat pelindung mata, tetapi kerapkali
digunakan bersama dengan pelindung mata sebagai pelindung tambahan. Pelindung
penuh muka digunakan apabila anda terlibat dengan cahaya kimia, panas atau haba
dan cahaya terik. Topi kaledar pula digunakan jika anda bekerja di kawasan
58

pengimpalan atau kawasan bahan cairan. Kecederaan di kepala adalah disebabkan


oleh objek yang beterbangan atau jatuh pada objek yang tetap. Pelindung kepala dalam
bentuk topi pelindung hendaklah mampu menahan hentakan dan gelungan yang
mengelilingi rangka topi akan mengelakkan kecederaan kepada tengkorak dan juga
menyelamatkan diri dari kejutan elektrik.

Pemilihan Kasut dan but keselamatan


Ada banyak jenis dan gaya kasut keselamatan dan adalah mustahak bagi anda
mengetahui ada perlindungan tambahan yang perlu digunakan. Kasut keselamatan
penguatan keluli merupakan kasut yang direka untuk melindungi kaki dari bahaya
seperti objek bergolek, terjatuh, terhiris atau tajam. Seluruh hujung kasut dan dalamnya
diperkuatkan dengan keluli. Juga menahan atau bertindak sebagai penebat bagi suhu
yang tinggi dan direka dengan memelihara dari licin, bahan kimia dan bahaya elektrik.
But keselamatan pula memberikan perlindungan yang lebih seperti percikan api.
Apabila bekerja di kawasan mudah terbakar, but jensi neoprene atau nitril digunakan
bagi melindungi kaki. But jenis foundry atau Gaiter menampilkan penetap atau
menggunakan zip bagi tujuan memudahkan untuk memakai atau menanggalkan bahanbahan yang masuk ke dalam but. Apabila bekerja di kawasan elektrik, but istimewa
penebat elektrik direka khas seperti menggunakan tapak penebat elektrik.

Pemilihan Sarung tangan pelindung


Sarung tangan tidak menjaminkan dari tidak berlakunya kemalangan, tetapi hanya
mengamalkan cara kerja yang selamat. Dan berhati-hati sahaja yang mampu
memastikan pekerja bekerja dengan selamat. Pemilihan sarung tangan yang betul
boleh melindungi dari tercedera. Apabila menggunakan sarung tangan pelindung
pastikan ianya sesuai dan muat dengan tangan, selesa digunakan dan mampu
menangani risiko bahaya . Jenis-jenis sarung tangan seperti:
a)Sarung tangan pakai buang yang diperbuat dari bahan plastik dan melindungi tangan
dari kesan gatal
59

b)Sarung tangan fabrik yang diperbuat dari kain fabrik yang membantu menggenggam
dengan lebih baik apabila mengendalikan objek licin. Ia juga membantu melindungi
tangan anda dari kesan panas, haba atau sejuk.
c)Sarung tangan kulit bagi melindungi tangan dari kecederaan percikan api atau
pengeseran pada permukaan kasar.
d)Sarung tangan pelapik besi yang melindungi dari kecederaan luka atau calar.
Digunakan untuk kerja-kerja memotong dan mengerat.

60

61

62

http://tangkapgambar.blogspot.com/2011/03/niosh-syor-pekerja-kontrak-ikuti.html
Tuesday, March 22, 2011
NIOSH SYOR PEKERJA KONTRAK IKUTI LATIHAN KESELAMATAN

NIOSH syor pekerja kontrak ikuti latihan keselamatan KEJADIAN letupan tangki metanol di
sebuah kilang pengeluar bahan pencuci, Fatty Chemical Malaysia Sdn. Bhd. di Kompleks
Perindustrian Prai pada 28 Februari 2006 yang meragut dua nyawa dan mencederakan dua orang
lagi, dengan jelas membuktikan bahawa soal keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat
kerja tidak boleh dipandang remeh dan diabaikan. Sungguhpun kejadian itu masih dalam siasatan
pihak berkuasa, hakikatnya ialah ia tidak akan berlaku sekiranya segala langkah keselamatan
termasuk pengenalan bahaya telah diambil oleh pekerja sebelum kerja penyelengaraan dijalankan
di tempat kerja. Salah satu kunci kejayaan perlaksanaan Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (OSHA)1994 ialah dengan mewujudkan Sistem Pengurusan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan. Suatu elemen yang penting dalam sistem pengurusan ini ialah latihan di
dalam OSH untuk pekerja kontrak. Oleh kerana pekerja perlu dijamin tentang hak mereka
terhadap keselamatan dan persekitaran kerja yang sihat, adalah menjadi keperluan untuk
menyediakan mereka dengan maklumat, pendidikan dan latihan supaya pekerja mengetahui
tentang cara yang terbaik untuk melindungi diri mereka. Dalam hubungan ini pihak NIOSH ingin
mencadangkan bahawa semua pekerja kontrak harus diberi pendedahan kepada program
Contractor Safety Passport System agar mereka memahami prosedur kerja yang selamat untuk
mengelakkan kemalangan di tempat kerja. Latihan keselamatan kepada pekerja adalah elemen
penting untuk mencapai kejayaan program keselamatan pekerjaan dan pihak pengurusan perlu
komited untuk melabur di dalam aspek keselamatan ini. - TAN SRI LEE LAM THYE, Pengerusi
NIOSH.

63

Khamis, 13 Januari 2011

Keselamatan pelajar dalam kokurikulum


KEMALANGAN yang melibatkan seorang pengakap dan pelajar, Goh Swee Khim dari SMK
Hua Lian, Perak sehingga menemui maut ketika menyertai aktiviti kokurikulum sekolah perlu
dijadikan iktibar.
Mangsa meninggal dunia apabila sebiji takal jatuh menghempap kepalanya di tapak
perkhemahan. Ia amat dikesali kerana sekali lagi nyawa pelajar melayang ketika mengikuti
aktiviti sekolah.
Ini bukan kali pertama kemalangan tragik seperti itu berlaku. Pada Oktober 2009, beberapa
pelajar mati lemas ketika menyeberang jambatan gantung di tapak perkhemahan di Kuala
Dipang, Kampar, Perak.
Pada Januari 2010 pula, seramai lima pelajar dan seorang guru meninggal dunia ketika mengikuti
latihan perlumbaan bot naga di Pulau Pinang.
Menyedari tragedi terkini itu, isu keselamatan pelajar sepanjang menyertai aktiviti kokurikulum
sekolah boleh dipersoalkan.
Sepatutnya, aspek keselamatan perlu diutamakan dalam apa juga bentuk kokurikulum yang
dijalankan bagi mengelakkan kemalangan, kecederaan dan maut ketika pelajar menyertainya.
Ia merupakan sesuatu yang perlu diberi perhatian serius oleh pihak sekolah yang menganjurkan
aktiviti kokurikulum.
Kita tidak sepatutnya menyerahkan segalanya kepada takdir dan hanya menganggap kemalangan
freak telah berlaku.
Masanya telah tiba bagi Kementerian Pelajaran untuk menetapkan dan melaksanakan satu polisi
yang jelas kepada semua sekolah yang melibatkan penganjuran aktiviti kokurikulum.
Sekolah perlu dianggap sebagai bukan sahaja tempat untuk belajar tetapi juga sebuah tempat
kerja. Sehubungan itu, aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja perlu diutamakan.
Isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan di sekolah itu pula mestilah merangkumi bangunan,
struktur binaan lain, tandas, kantin, bilik darjah, pejabat, makmal, padang sekolah dan juga
aktiviti kokurikulum sekolah yang selamat.
Kerajaan telah memperkenalkan Program Sekolah Sihat pada 1967 dan Program Sekolah
Selamat pada 2002. Bagaimanapun, kedua-dua program itu hanya menitikberatkan soal
meningkatkan kesihatan dan menjadikan sekolah selamat daripada masalah sosial serta pengaruh
luar yang negatif seperti penagihan dadah, seks bebas, gangsterisme, jenayah dan lain-lain.
Namun, pelajar juga perlukan Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) di sekolah.
Ia merangkumi satu dimensi lain serta mengambil kira sekolah sebagai tempat kerja dan selaras
dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994 yang meletakkan
tanggungjawab majikan untuk melindungi pekerja dan orang lain.
Dalam kes sekolah, pekerja adalah guru, kakitangan pentadbiran dan sokongan. Manakala orang
lain pula adalah pelajar.
Pematuhan OSH 1994 oleh sekolah sebagai tempat bekerja bertujuan menjadikan sekolah
selamat dan sihat untuk guru, pelajar dan juga pelawat serta ibu bapa.
64

TAN SRI LEE LAM THYE ialah Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(NIOSH).
Utusan Malaysia Online: 13 Januari 2011
Dicatat oleh GURU_CIKGU di 10:27 PM
Label: Bencana/Malapetaka

Sabah menunjukkan penurunan kadar kemalangan


di tempat kerja
by SITI AISYAH NARUDIN. Posted on July 28, 2011, Thursday
KOTA KINABALU: Kadar kemalangan di tempat bekerja bagi negeri Sabah menunjukkan
penurunan daripada 1,639 kes pada tahun 2002 kepada 1,399 kes yang dilaporkan tahun lepas.
Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Sabah, Jeeva A/L Narayanasamy berkata
perbezaan sebanyak 240 kes bagi tempoh lapan tahun itu menjadikan senario di negeri ini
berbeza berbanding di Semenanjung.
Menurutnya, statistik kemalangan jalan raya ketika menuju ke tempat kerja di Sabah juga
menunjukkan penurunan iaitu pada tahun 2002, sebanyak 196 kes dilaporkan dan tahun 2010 ia
turun kepada 151 kes.
Penurunan ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya termasuklah penguatkuasaan oleh
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Dosh) dan juga kursus yang dijalankan oleh
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Niosh) dengan pembiayaan daripada Perkeso,
katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas perasmian Program Advokasi Sempena Kempen
Perjalanan Selamat Ke Tempat Kerja Peringkat Pejabat Negeri anjuran Perkeso Kota Kinabalu di
sini kelmarin. Majlis berkenaan dirasmikan oleh Ahli Lembaga Pengarah Perkeso, Catherine
Jikunan.
Jeeva berkata, Perkeso turut memberikan peruntukan kepada Niosh untuk menjalankan kursus
terhadap majikan-majikan yang dikenal pasti.
Selain itu, katanya, kadar penunggang motosikal yang rendah di Sabah juga antara penyumbang
kepada kurangnya kadar kemalangan terbabit.
Namun begitu, masih ada kemalangan berlaku terutamanya di kawasan bandar dan pihaknya
perlu peka dan aktif menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan pencegahan kemalangan.
Terdahulu dalam ucapannya, Jeeva menjelaskan kempen yang dilancarkan pada majlis itu adalah
aktiviti yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Lembaga yang ditubuhkan khas oleh Perkeso.

65

Beliau berkata, ia bertujuan mencegah kemalangan yang melibatkan Orang Berinsuran (OB)
semasa dalam perjalanan ke tempat kerja.
Ia diadakan di seluruh negara untuk menyedarkan OB terutama penunggang motosikal tentang
risiko yang mereka hadapi dan kepentingan perjalanan selamat ke tempat kerja.
Kajian Perkeso menunjukkan apabila berlaku kemalangan yang menyebabkan kecederaan
serius terutamanya lumpuh, bukan setakat OB yang akan berhenti kerja, tetapi turut melibatkan
pihak lain seperti isteri yang terpaksa berhenti kerja untuk menjaga suami, katanya.
Justeru, beliau menegaskan pencegahan adalah langkah terbaik dalam mengatasi perkara
berkenaan dan untuk mencapainya semua pihak perlu bekerjasama dan sedar tentang
keselamatan diri dan orang lain.
Pada majlis itu turut disampaikan topi keledar, vest keselamatan dan video cakera padat (VCD)
mengenai kempen itu.

66

SYABAS, NIOSH meterai program kad keselamatan

2011/02/23
SHAH ALAM: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dan Institut
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), semalam memeterai
Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan Program Kad Keselamatan SYABASNIOSH (SNSC) bertujuan meningkatkan tahap keselamatan pekerja terutama
kakitangan SYABAS dan pekerja kontraktor lantikan terbabit dalam pengendalian
kerja tapak.
Ketua Pegawai Eksekutif SYABAS, Datuk Ruslan Hassan, berkata program itu
dirangka bagi meningkatkan tahap pengetahuan kakitangan SYABAS yang
memantau kerja kontraktor di kawasan tapak projek.
Sebaik program dilaksanakan kelak, katanya, kakitangan dan kontraktor
lantikan SYABAS perlu mengikuti kursus dan mendapatkan kad keselamatan
syarikat itu sebelum dibenarkan terbabit dalam kerja tapak projek miliknya.
Walaupun sebelum ini kakitangan dan kontraktor lantikan SYABAS hanya
perlu mendapatkan kad hijau, syarikat mendapati masih terdapat pekerja
kontraktornya terbabit kemalangan akibat kecuaian di tempat kerja, katanya pada
sidang media selepas menyaksikan majlis memeterai MoU di antara SYABAS dan
NIOSH di sini, semalam.
Ruslan berkata, kerjasama SYABAS-NIOSH itu diwujudkan selepas mendapati kursus
yang dijalankan bagi mendapatkan kad hijau sebelum ini tidak merangkumi aspek
spesifik seperti terdapat dalam kerja tapak pengendalian pengurusan air.
Menerusi program SNSC ini, kakitangan dan kontraktor lantikan SYABAS akan
didedahkan dengan semua maklumat perundangan serta peraturan keselamatan
pekerja yang betul dan perlu diamalkan, katanya.

67

Sekolah, IPT Perlu Didedah Kepada OSH Niosh


Bernama
02 Aug

SHAH ALAM: Semua sekolah dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini perlu
didedahkan kepada aspek latihan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) bagi memastikan
mereka bersedia jika berdepan dengan kemalangan atau kecemasan. Pengerusi Institut
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh) Tan Sri Lee Lam Thye berkata sekolah
dan IPT juga terdedah kepada risiko kemalangan seperti penggunaan bahan kimia berbahaya di
makmal sains dan ujikaji.
Pensyarah, guru-guru, pelajar, murid-murid serta warga kerja yang terbabit perlu diberi
pendedahan mengenai OSH dalam usaha kita mengurangkan kemalangan di tempat kerja,
katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian
Persefahaman (MoU) antara Niosh dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, Selasa. MoU
antara Niosh dan UiTM itu masing-masing diwakili Pengarah Eksekutif Niosh Rosli Hussin dan
Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar, bagi menjalinkan kerjasama dalam
akademik dan penyelidikan (Higen Industri dan Keselamatan) membabitkan Fakulti Sains
Gunaan UiTM.
Sahol Hamid berkata usahasama yang telah dikenalpasti dengan Niosh termasuklah
membangunkan program akademik di peringkat Diploma, Ijazah dan Sarjana melalui penawaran
kursus dalam pengajian sepenuh masa, kursus jangka pendek atau penganjuran seminar. BERNAMA

68

NIOSH sedia bantu perkenal OSH di sekolah


Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 24/06/2011 [ 11:43:03 ]
KUALA LUMPUR 23 Jun Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara
(NIOSH) bersedia untuk memperkenalkan program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
di Sekolah (OSH) bagi menjadikan institusi itu sebagai tempat yang selamat dan sihat
untuk guru, kakitangan sokongan, murid dan pelawat. Sehubungan itu, Pengerusi NIOSH,
Tan Sri Lee Lam Thye berkata, OSH perlu diberi perhatian serius oleh Jawatankuasa
Keselamatan, Kebersihan dan Keceriaan Sekolah (3K) Kementerian Pelajaran.
Program OSH di sekolah perlu dilaksanakan memandangkan beberapa kemalangan yang
berlaku di sekolah sejak akhir-akhir ini telah menyebabkan kecederaan kepada murid,
katanya.
Beliau membuat cadangan tersebut semasa merasmikan Program Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan di Sekolah Kebangsaan Taman Rakan, Kajang, baru-baru ini.
Katanya, antara aktiviti yang boleh dijalankan di bawah Program OSH di sekolah termasuk
latihan teori dan amali mengenai kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan, OSH 5
hingga 10 minit, hazard hunt dan juga pameran.
NIOSH juga telah mengambil inisiatif dengan mengeluarkan Buku Panduan Program
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di sekolah. Buku ini diharap dapat dijadikan
rujukan asas oleh pihak sekolah dalam menerapkan aspek keselamatan dan kesihatan di
sekolah, katanya.
Buku panduan tersebut bertujuan memberi maklumat dan panduan secara am dalam
membangunkan program keselamatan dan kesihatan pekerjaan di sekolah.
Antara lain, buku panduan itu memberikan maklumat tentang cara-cara bagaimana untuk
memulakan kesedaran dan latihan berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada
guru, kakitangan sekolah dan pelajar.
Turut terkandung di dalam buku itu ialah tip-tip keselamatan di makmal, keselamatan di
bengkel, keselamatan di pejabat, keselamatan di kantin, keselamatan ketika bersukan,
keselamatan daripada terjatuh, keselamatan pemakanan di kantin, kesihatan dan kebersihan
diri, pengosongan bangunan dan pertolongan cemas.
Di samping itu, ujar beliau, program tersebut dapat memupuk budaya selamat dan sihat di
69

kalangan para pelajar sekolah sejak awal lagi supaya mereka akan menjadi sumber tenaga
manusia yang akan menjayakan wawasan 2020.
(Petikan Utusan Malaysia Online 24/06/2011)

70

You might also like