You are on page 1of 2

Zaharuddin bin Zakaria

No. 12, Persiaran Kasawari,


Taman Anggerik,
31000 Batu Gajah,
Perak Darul Ridzuan

Kepada,
Tuan Pengurus Besar,
Kurnia Insurance
Menara Shell,
211 Jalan Tun Sambanthan,
50470 Kuala Lumpur
Nov 2016

Tuan
MEMOHON BAYARAN KESUSAHAN HARIAN DALAM TEMPOH KERETA
SEDANG DIPERBAIKI ATAU DISEBUT LOST OF USE NO. KERETA : AJT 6102
Perkara di atas dirujuk.
2.
Sehubungan dengan itu saya merayu agar pihak tuan bersetuju memenuhi
tuntutan saya ini atas sebab-sebab berikut :
(a) Seperti tuan sedia maklum, pihak penilai (adjuster) hanya meluluskan
tuntutan (lost of use) untuk 4 hari kerana katanya kerja-kerja baik pulih
hanya memerlukan 4 hari sahaja, sedangkan saya terpaksa menunggu
selama 36 hari ( mulai 6/9/2016 sehingga 12/10/2016) untuk
mendapatkan kereta saya semula ( AJT 6102) yang telah selesai dibaik
pulih.
(b) Ini bermakna saya menanggung kesusahan (disebabkan kecuaian orang
lain) dan dalam tempoh itu saya terpaksa menumpang dan membayar
untuk pergi dan balik ke tempat kerja. Jadi pada hemat saya, amat wajar
pihak Insurance membayar compensation atas kesusahan saya itu.
3.
Untuk makluman tuan, hal ini telah saya rujuk ke Bank Negara Malaysia
(Bahagian Insurance) untuk mendapatkan pandangan mereka. Pihak BNM
menasihatkan saya supaya berunding dengan pihak Kurnia Insurance kerana
tuntutan saya ada asasnya. Bagi meringankan beban yang saya tanggung, saya
mencadangkan supaya pihak Kurnia Insurance Kurnia membenarkan tuntutan Lost
of Use untuk 20 hari iaitu 20x50 = RM 1000.00/=.
Semoga mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan. Sekian, terima
kasih.
Yang benar,

.
(ZAHARUDDIN BIN ZAKARIA)

You might also like