You are on page 1of 3

LAPORAN DOKUMENTASI MAJLIS BACAAN YASSIN DAN SOLAT

HAJAT PT3 2016


Pada tanggal 6 Oktober 2016, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda telah
mengadakan majli Solat Hajat PT3 anjuran Panitia Pendidikan Agama Islam Sekolah
Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda. Majlis Solat Hajat ini merupakan salah satu
pengisian di dalam Program Kecemerlangan PT3 2016. Ia diadakan untuk mendidik
pelajar-pelajar mendekatkan diri serta memohon kepada Allah agar diberikan
ketenangan dan kejayaan dalam PT3 setelah berusaha sedaya upaya sebelumnya.
Objektif majlis ini adalah persediaan terakhir pelajar-pelajar sebelum menghadapi
PT3. Tambahan pula, objektif yang lain ialah untuk memohon pertolongan serta
bertawakal kepada Allah setelah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai
kejayaan dalam PT3. Objektif yang seterusnya ialah, mengeratkan hubungan
silaturahim di antara PIBG, ibu bapa dan warga pendidik serta membincangkan
masalah murid secara terbuka.
Majlis Solat Hajat PT3 ini bermula pada pulul 6.30 petang dengan pendaftaran
kehadiran semua yang terlibat. Tetamu yang dijemput hadir ialah semua guru Sekolah
Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda, ibu bapa murid serta calon-calon tingkatan
3 yang bakal menduduki peperiksaan PT3.
Majlis dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah yang diimamkan oleh
Ustaz Mat Kamal dan diteruskan dengan bacaan Yassin.Bacaan yassin berlangsung
selama hampir setengah jam
Seusai azan isyak berkumandang, solat isyak didirikanpula secara berjemaah dan
diimami oleh Ustaz Mat Kamal. Setelah selesai menunaikan solat isyak dan bacaan
Yassin, majlis telah diteruskan lagi dengan solat hajat khusus untuk mendoakan
murid-murid tingkatan 3 yang bakal menduduki peperiksaan PT3 dalam masa kurang
dua minggu lagi. Difahamkan juga bahawa sudah menjadi tradisi Sekolah Menengah
Kebangsaan Bandar Baru Uda untuk mengadakan solat hajat disitu saban tahun.

Setelah selesai solat isyak dan hajat, ibu bapa dan pelajar-pelajar berkumpul di
luar masjid untuk mendapatkan makanan yang disediakan. Waktu tersebut
dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru-guru untuk beramah mesra dengan ibu bapa
pelajar-pelajar. Majlis bersurai lebih kurang jam 9.30 malam.

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

(PN NOR AFIFA BINTI JAMAK)

(PN SITI RAZINAH BT ELIAS)

You might also like