You are on page 1of 2

MAJLIS PELANCARAN NILAM DAN PELANTIKAN PSS DAN BRIGED NILAM

2016
SMK SERI GADING
TARIKH : 3 APRIL 2016
MASA : 7.30 PAGI 8.15 PAGI
TEMPAT : SMK SERI GADING
PERASMI : TN HJ NASUHA BIN PAIMAN (PENGETUA CEMERLANG SMK SERI GADING)
ATUCARA MAJLIS:
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Akhdiat bin Al Razi. Seterusnya
ucapan daripada Guru Media En Mazlan Bin Abd Rahim. Beliau menyarankan pelajar
untuk banyak membaca terutamanya bagi pelajar yang akan menduduki
peperiksaan PT3 dan SPM. Pelajar juga disarankan membaca untuk mendapatkan
idea yang luas untuk membantu di dalam aktiviti penulisan. Beliau juga berharap
PSS dan Briged Nilam yang dilantikan melaksanakan tugas dengan penuh amanah
dan bertanggungjawab bagi melancarkan lagi program NILAM.
Seterusnya ialah ucapan perasmian yang disampaikan oleh Pengetua Cemerlang
SMK Seri Gading, Tn Hj Nasuha Bin Paiman. Dalam ucapan beliau memberikan katakata semangat untuk pelajar menggunaan masa yang terluang dengan aktviti yang
berfaedah seperti membaca. Pelajar juga disarankan menggunakan semua
perkhidmatan yang diberikan oleh pihak perpustakaan dengan aktif. Di akhir
ucapan beliau mengucapkan tahniah kepada pelajar yang telah dilantik sebagai PSS
dan Briged NILAM serta berharap akan mengalas tugas yang diamanahkan.
Majlis diteruskan dengan gimik pelancaran program dan penyampaian watikah
pelantikan PSS dan Briged NILAM. Kemudian diikuti dengan bacaan ikrar olah Ketua
PSS.
Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Negaraku dan doa penutup
AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG MINGGU NILAM:
1. KEM Membaca 1Malaysia 2016
4 April 2016 Kuiz Spontan
5 April 2016 Persembahan kumpulan Choral Speaking Sekolah
6 April 2016 15 Minit Membaca
2. Pertandingan Sudut Nilam Antara Kelas, Tokoh Nilam 2016, Pembaca
Terbanyak Dan sebagainya.

Disediakan oleh :

..
(ROHIDAWATI BINTI SAALI)

You might also like