You are on page 1of 13

Kata Kerja

Menggergaji

Memotong kayu dengan alat


yang bergerigi pada matanya

Membelah

Memecahkan menjadi dua atau


banyak bahagian

Puan Sita membelah buah tembikai.

Meraut

Melicinkan, meruncingkan dengan


pisau

Ali meraut buluh untuk membuat


layang-layang.


Mengait

Merajut dengan jarum kait

Puan Rani mengait baju panas untuk


anaknya.

Memotong

Mengerat

Swee Ling membantu ibunya


memotong sayur.

Menebang

Memotong pokok kayu


Membelah

Membahagikan kepada dua atau


banyak bahagian

Menjahit

Menyambung sesuatu dengan (kain)

Ibu menjahit baju untuk adik.

Menyulam

Menjahit sulam

Puan Aini sedang menyulam sarung


bantal untuk anaknya.


Mengupas

Membuang atau mengopek kulit

Puan Ramlah mengupas kulit


bawang merah dengan pisau.

Memotong

Menghiris (daging, ikan)

Pak Abu memotong daging kambing.

Memesin
Mengerjakan sesuatu dengan
mesin

Pak Awang sedang memesin


rumput di halaman rumah.

Menganyam
Menyalin silang-menyilang (membuat
tikar, bakul)

Mak Siti menganyam tikar


mengkuang di beranda rumah.

Mengesot

Bergerak dengan menggeserkan


punggung

Seekor siput sedang mengesot di


celah rumput.

Menelaah pelajaran

Mengkaji semula, mengulang kaji


pelajaran

John sedang menelaah pelajaran


untuk menghadapi peperiksaan
pada minggu hadapan.

Berucap
Mengeluarkan kata-kata, bercakap
di hadapan orang ramai

Guru Besar memberikan ucapan


semasa perhimpunan mingguan.

Berkelah

Bersuka-suka dan menjamu


beramai-ramai

Siti dan keluarganya sedang


berkelah di tepi pantai.

Hinggap

Bertenggek, berhenti terbang


berkenaan burung, lalat

Seekor burung hinggap pada dahan


pokok.


Membalut

membungkus

Ibu sedang membalut hadiah untuk


hari jadi adik.

Berbahas

Berbincang, mengemukakan hujah


masing-masing

Dua kumpulan peserta perbahasan


sedang berbahas dengan sengit.

Berkhemah

Mendirikan atau memasang khemah

Ahli pengakap sekolah sedang


berkhemah di hutan rimba.


Mengeram

Duduk di atas telur supaya panas


dan menetas

Ibu ayam itu sedang mengeram


telurnya.


Menangis

Melahirkan perasaan sedih dengan


mencucurkan air mata dan sedu-
sedan.

Adik menangis kerana anak


kucingnya telah hilang.

Berlakon

Bermain atau beraksi (berkenaan


drama atau wayang)

Johan berlakon sebagai sultan dalam


pertandingan drama itu.


Berlari

Bergerak dengan pantas

Peserta-peserta acara olahraga itu


sedang berlari dengan pantas.

Menenun

Membuat barang tenun daripada


benang

Mak Rosmah menenun kain songket.

Latihan Kata Kerja


A. Kenal pasti bentuk kata kerja dalam ayat-ayat yang berikut. Tulis di ruang

yang betul.

1. Beberapa orang pekerja sedang mengecat dinding sekolah.

2. Sharina duduk di sebelah kiri Wani di dalam kelas.

3. Memorial Tunku Abdul Rahman dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir


Mohamad.

4. Filem ini mengisahkan keberanian Leftenan Adnan menentang musuh.

5. Rumah lama yang berusia hampir 50 tahun itu telah terbakar.

Ayat Kata Kerja Tak Transitif Kata Kerja Transitif

Ayat 1

Ayat 2

Ayat 3

Ayat 4

Ayat 5

B. Baca maklumat di bawah dengan teliti. Kemudian lengkapkan jadual yang


disediakan.

Kesihatan Asas Kesejahteraan

Tahukah kamu bahawa kesihatan itu asas kesejahteraan hidup?

Sudah tentu! Sehubungan dengan itu, kita perlu menjaga kesihatan diri.

Kesihatan diri amatlah penting. Sekiranya kita menjaga kesihatan diri,


kita akan dapat menghindarkan diri daripada serangan penyakit. Malah,
tubuh kita akan cergas dan minda kita menjadi cerdas.

Tubuh kita memerlukan zat makanan yang utama seperti karbohidrat,


protein, vitamin, lemak dan garam galian. Oleh yang demikian, kita perlu
mengamalkan cara pemakanan yang seimbang. Apatah lagi, makanan yang
seimbang dapat memperkukuh sistem pertahanan diri kita daripada
serangan penyakit.

Selain itu, kesihatan diri juga dapat dijaga melalui pelbagai aktiviti
riadah. Aktiviti riadah sememangnya agak sukar dilakukan oleh sesetengah
orang. Hal ini demikian kerana mereka selalu menjadikan kesibukan sebagai
alasan. Akibatnya, tubuh badan mereka menjadi lemah dan selalu sakit.

Oleh sebab itu, jadikanlah amalan pemakanan seimbang dan beriadah


sebagai budaya hidup kita. Sesungguhnya, aktiviti sedimikian pasti akan
menjadikan kita sihat dan sejahtera sepanjang masa.

Jumpa lagi pada waktu yang sama, esok!

Salam hormat.

Kata Kerja Transitif Objek Kata Kerja Tak


Transitif
menjaga kesihatan beriadah
C. Sisipkan kata kerja yang sesuai ke dalam ayat yang diberikan di bawah
supaya menjadi ayat yang gramatis.

dicalonkan berbincang memilih

meminta tampil

a. Saiful ke hadapan untuk menyampaikan ucapan.

b. Mereka ketua kelas yang sesuai.

c. Cikgu Julia murid-murid membuat undian.

d. Murid-murid tahun 4 telah untuk memilih ketua kelas mereka.

e. Tiga orang murid telah sebagai ketua kelas.

..........................................................................................................................
..........................................................................................................................
..........................................................................................................................
..........................................................................................................................
..........................................................................................................................
..........................................................................................................................
............................................................................................................

D. Isi tempat kosong dengan kata kerja yang paling sesuai.


1. Proses ____________ songket perlu dilakukan dengan berhati-hati dan
cermat.

A mengait C menenun

B menjahit D menganyam

2. Nakhoda kapal itu mengarahkan anak-anak buahnya menurunkan sauh

sebaik-baik sahaja kapal mereka ____________ .

A mendarat C bersidai

B berlabuh D menurun

3. Kucing peliharaan Salman ____________ abang saya yang menarik ekornya.

A mengais C menggaru

B mencakar D mencengkam

4. Penerbit filem itu sedang ____________ oleh seorang wartawan hiburan.

A dikaji selidik C ditemu janji

B ditemu bual D ditemu duga

5. Abang Sani dan rakan-rakannya turun ke laut pada waktu malam bulan
mengambang untuk _____________ sotong.
A mengail C mencandat

B menjala D mencedok

You might also like