You are on page 1of 11

Pengenalan Ketangkasan

Menurut Akademi Pendidikan Jasmani Amerika Syarikat (AAHPERD)

(Clarke 1979), kecergasan fizikal ialah keupayaan melaksanakan tugasan harian

dengan cergas tanpa rasa kepenatan yang berlebihan serta mempunyai tanaga

yang mencukupi untuk aktiviti riadah. Selain dari tiu seseorang yang cergas dari

segi fizikal sanggup menghadapi cabaran keadaan-keadaan kecemasan yang

mungkin timbul.

Kecergasan boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:

1. Kecergasan berlandaskan kepada kesihatan.

2. Dan kecergasan berlandaskan perlakuan motor.

Kecergasan berlandaskan perlakuan motor boleh dibahagiakan kepada enam

bahagian dan ketangkasan merupakan salah satu daripada komponen yang

terdapat di dalamnya.

Ketangkasan adalah kemahiran, kebolehan dan keupayaan untuk

memulakan, memberhentikan dan mengubah pergerakan dan posisi tubuh

badan dengan pantas dan tepat tanpa hilang keseimbangan badan diruang

tertentu. Ketangkasan dipengaruhi oleh kekuatan, kepantasan, keseimbangan,

posisi pusat gravity, kemahiran dan koordinasi.

Menurut Strand, Scantiling dan Jonhson (1977), memberi definisi,

Ketangkasan sebagai kebolehan untuk mengubah posisi badan dengan cepat

dan tepat.
Prinsip-Prinsip Asas Dalam Pengujian Dan Pengukuran Ketangkasan

Pengenalan

Ujian-ujian pendidikan dalam pendidikan jasmani kesihatan dan sains

sukan ialah alat yang direka bentuk dengan tujuan mendapatkan maklumat yang

relevan untuk membuat keputusan yang praktikal.

Ujian itu haruslah membantu seseorang guru membuat keputusan yang

bermanfaat. Data-data yang diperolehi haruslah konsisten atau stabil, iaitu boleh

diharapkan, serta mudah diperolehi.

Ujian juga merupakan alat utama dalam prosedur penilaian.

Keberkesanan penilaian amat bergantung kepada pembinaan ujian yang baik.

Semasa penilaian dilakukan, mesti terdapat empat konsep asas yang amat

penting iaitu kesahan (validity), kebolehpercayaan (reliability), keobjektifan

(objectivity), dan morma (norms). Jika ujian penilaian yang dijalankan tidak

memenuhi syarat ini, maka keputusan yang diperolehi tidak akan diterima pakai

melalui ujian pengukuran itu.

1. Kesahan (validity)

Matlamat utama dalam pengukuran ialah mendapatkan maklumat yang

benar. Kesahan sesuatu ujian adalan sah kalau ujian itu mengukur apa yang

hendak diukur. Kesahan menunjukkan setakat mana sesuatu ujian itu


memenuhi matlamat atau tujuan menguji. Hanya ujian yang mempunyai cirri-

ciri kesahan sahaja boleh dikatakan sebagai ujian yang sah kerana ia dapat

mengukur apa yang harus diukur.

Ciri-ciri kesahan ujian ini mengandungi beberapa jenis, antaranya ialah

kesahan lahir, kesahan konten, kesahan criteria dan kesahan binaan.

1.1 Kesahan Lahir

Ujian dikatakan mempunyai kesahan lahir jika item-itemnya

memenuhi criteria umum pembolehubah yang berkenaan. Misalnya

selepas meneliti item-item tanpa merujuk kepada criteria khusus, satu

kesahan tentang ujian dibuat, misalnya ujian itu dijalankan untuk

mengukur pengetahuan sejarah. Jadi, ujian itu ujian itu mempunyai

kesahan lahir untuk mengukur pengetahuan sejarah. Apabila ujian

tersebut sahih menampakkan kemampuan mengukur apa yang boleh

diukur, maka ujian tersebut dikatakan mempunyai kesahan lahir.

1.2 Kesahan Konten (Content Validity)

Kesahan konten merupakan kesahan yang paling penting dalan

melakukan pembinaan yang sah. Kesahan konten selalu digunakan guru

untuk mengukur pencapaian pelajar daripada apa yang telah diajarkan.

Kesahan konten lebih khusus dari segala segi kriterianya.


Pada amnya isi ujian yang disediakan oleh guru bergantung

kepada apa yang telah diajar dan bagaimana ianya telah diajar. Isi ujian

ditentukanberdasarkan kriteria, kandungan sukatan pelajaran, penekanan

yang diberi kepada tajuk-tajuk, peringkat atau kategori objektif pelajaran

bagi tiap-tiap tajuk. Bagi ujian bertulis, sangat mustahakbagi guru supaya

menyedari tujuan utama ujian itu. Kemudian, ia hendaklah memilih atau

menyediakan item ujian yang sesuai. Jenis-jenis item pula bergantung

kepada jenis pencapaian murid-murid, aras kesukaran dan peringkat

objektif pelajaran yang hendak diuji.

Sebagai kesimpulan, sesuatu ujian itu dikatakan mempunyai

kesahan konten jika ia merupakan sample yang baik bagi mewakili

kandungan sukatan pelajaran dan objektif-objektif pelajaran. Ini amat

bermakna apabila ujian tersebut mempunyai konten atau kandungan

pelajaran yang sebenarnya telah dipelajari dan diajar mengikut aras

kesukaran yang ditentukan.

1.3 Kesahan Binaan (Construct Validity)

Ujian yang mempunyai kesahan binaan ialah ujian di mana item-

item yang dicipta oleh Pembina itu mewakili objektif-objektif dan isi

kandungan yang telah dipelajari. Jadi, ujian itu dikatakan sah untuk

Pembina jika criteria ini dipenuhi.


1.4 Kesahan Kriteria (Criterion Validity)

Kesahan criteria menunjukkan bahawa skor ujian berhubungkait

antara satu sama lain atau lebih factor luaran seperti kepakaran penilai,

keputusan pertandingan dan juga kesahan ujian. Faktor-faktor ini

dikatakan mempunyai kesahan criteria jika ia dapat menolong penilai

memahami individu yang dinilai.

2. Kebolehpercayaan (Reliability)

Kebolehpercayaan merujuk kepada pencapaian yang tekal. Ini bermakna

darjah di mana skor yang sama akan doperolehi dengan menggunakan ujian-

ujian yang berlainan. Ketepatan ukuran dianggarkan melalui konsep konsistensi

maklumat.

Lazimnya, adalah amat sukar untuk membentuk satu ujian yang

mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Ini kerana pencapaian murid dalam

situasi yang berlainan akan dipengaruhi oleh factor-faktor yang berlainan sperti

bilangan soalan, emosi dan kesihatan calon, keadaan persekitaran, dan cara

pemeriksaan. Oleh itu, untuk meninggikan cirri kebolehpercayaan, guru perlu

mengurangkan segala punca perubahan factor-faktor tersebut.

Oleh itu bolehlah dikatakan bahawa ujian yang mempunyai

kebolehpercayaan yang tinggi ialah ujian yang dapat memberi keputusan yang
hamper sama atau sama apabila ujian itu dijalankan berulangkali dalam

jangkamasa yang sama bagi sampel yang sama.

2.1 Kaedah Praktikal Untuk Mengganggar Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan, iaitu kejituan hanya boleh ditentukan jika kebenaran

ukuran-ukuran itu diketahui. Dalam keadaan biasa, kebenaran atau kejituan,

tidak dapat diketahui dengan tepat. Oleh itu, kebolehpercayaan hanya boleh

dianggarkan melalui kaedah-kaedah yang terhasil daripada beberapa konsep

yang telah digunakan untuk menerangkan konsep kebolehpercayaan.

Walaupun ukuyran yang stabil dan konsisten boleh diulangi, ini tidak

semesti memberi implikasi bahawa ukuran itu boleh dipercayai, ttapi besar

kemungkinannya ukuran seperti ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.

Andaian ini dibuat dan digunakan sebagai asasuntuk beberapa kaedah yang

biasa digunakan untuk menganggarkan kebolehpercayaan ujian.

Beberapa factor yang boleh diambil kira dan dikawal oleh penilai untuk

mempastikan kebolehpercayaan yang tinggi adala seperti berikut:

Serakan atau saiz selisihan pengukuran.

Bilangan butir-butir dalam ujian.

Takat dalam mana butir-butir mengukur pembolehubah yang sama.

Julat bakat atau keanekajenisan calon.

Kesukaran butir-butir berdasarkan kebolehpercayaan calon-calon yang

diuji.
Terdapat tiga kaedah am yang digunakan untuk menganggarkan

kebolehpercayaan.

i. Kaedah Uji-Ulang (Test Retest Reliability)

Sesuatu pengukuran itu apabila diulangi dan jika mendapat

keputusan yang sama merupakan pengukuran yang boleh dipercayai.

Oleh demikian korelasi di antara skor ujian dengan skor ulang uji

dianggap sebagai satu kebolehpercayaan ujian yang tepat. Ukuran

yang boleh diulangi dengan keputusan yang sama adalah sangat

bermakna dan ukuran itu dianggap stabil. Oleh itu, kaedah uji-ulang-uji

merujuk kepada satu undeks atau koefesian stabiliti.

ii. Kaedah Ujian Setara (Parallel Forms Reliability)

Kaedah ujian setara ini menggunakan prosedur yang hampir sama

dengan kaedah ulang-uji. Kelainannya ialah ujian yang digunakan

dalam ulang-uji-ulang ialah ujian setara. Ujian setara boleh dianggap

sebagai satu persampelan daripada populasi item yangsama. Item-

item dari ujian setara ini mempunyai aras kesukaran yang sama, dan

seharunya juga mengukur pemboelhubah yang sama. Di samping itu

semua arahan, cara pentadbiran ujian, cara respon dan sebagainya

adalah sama untuk semua ujian setara.


Ujian ini dibentuk sedemikian rupa agar kesan dari ujian pertama

tidak akan mempengaruhi keputusan ujian setara, yakni ujian yang

kedua.Salah satu langkah untuk menjamin hasrat ini ialahmengubah

item-item dalam ujian tersebut. Bahasa yang digunakan dalam ujian

setara ini juga perlu diubahsuai.

Korelasi di antara dua keputusan daripada dua ujian setara

digunakan sebagai anggaran kebolehpercayaan ujian-ujian itu.

Kadang-kadang kolerasi ini dianggap sebagai satu ukuran tentang

kesetaraan di antara dua ujian setara. Oleh itu, korelasi di antara dua

ujian yang setar disebut juga koefisien samaan.

Terdapat juga satu jenis lagi ujian setara yang berlainan sedikit.

Ujian setara berpadan yang mempunyai semua sifat di atas termasuk

ciri tiap-tiap item dalam satu ujiansetara berpadan yang dipadankan

dengan isi yang sama dari ujian asal.

iii. Kaedah ujian bahagi dua (Split-Half or Odd-Even Reliability)

Kaedah uji-ulang dan ujian setara pada dasarnya memenuhi

keperluan ini, tetapi kaedah-kaedah ini menghadapi banyak bantahan.

Kaedah ujian bahagi dua telah diwujudkan untuk mengatasi bantahan-

bantahan itu dan telah menjadi kaedah biasa dan selalu digunakan

untuk menganggarkan kebolehpercayaan.


Dalam kaedah ini prinsip-prinsip pengujian dua kali dipenuhi

dengan membahagikan satu ujian kepada dua ujian setara yang sama

panjangnya. Bilangan itemdalam setiap separuh ujian adalah setengan

bilangan item dari ujian asal. Denganitu calon-calontidak perlu

mengambil dua ujian sama ataudiuji dua kali dalam perkara yang

sama. Perbelanjaan, tenaga keraja dan masa tambahan tidak

diperlukan lagi. Hanya ada satu kelemahan kecil yang ditemui.

Kebolehpercayaan yang didapati ialah untuk ujian yang panjangnya

adalah dari ujian asal.

2. Keobjektifan (Objectivity)

Mengikut Jonhson dan Nelson (1986), Keobjektifan merupakan

suatu bentuk kebolehpercayaan yang dikenali sebagai tafsiran

kebolehpercayaan, terjadi apabila dua atau lebih individu mentadbir ujian

yang sama. Pada masa yang sama dan memperolehi keputusan yang

hampir-hampir sama.

Paksi kolerasi ini diperolehi semasa perbandingan keputusan,

yang mana membuktikan tahap persetujuan penilai berkaitan dengan nilai

pengukuran tersebut.Keobjektifan bergantung sepenuhnya kepada

kejelasan dan arahan ujian lengkap serta bagaimana prosedur ujiandiikutu

secara bersungguh-sungguh. Apabila penilai memperolehi catatan markah


yang berbeza semasa menilai subjek yang sama, maka keobjektifan tidak

berlaku.

Oleh sebab itu, markah-markah yang diperolehi akan dikira sebagai

tiada kebolehpercayaan dan kesahan. Percanggahan timbul bila penilai

menggunakan teknik atau penilaian yang berbeza dan juga apabila

prosedur arahan tidak diikuti. Sebagai contoh, dua orang guru iaitu Ahmad

dan Sulaiman yang mencatatkan masa bagi larian yang dilakukan oleh

Amin. Cikgu ahmad menambah satu saat kepada setiap kesalahan

melanggar kon yang dilakukan, manakala Cikgu Sulaiman tidak

mengambil kira perkara tersebut.

Berdasarkan contoh di atas, sudah pasti terdapat perbezaan

pemarkahan yang dilakukan oleh kedua-dua orang guru tersebut. Untuk

mempastikan adanya keobjektifan, penilai harus menilai subjek dengan

cara yang sama dan mengikut prosedur ujian secara terperinci.

Penentuan keobjektifan sering dilakukan dengan cara yang serentak

dengan kebolehpercayaan. Keobjektifan diperolehi dengan kehadiran dua

atau lebih penguji mentadbir untuk kumpulan pelajar yang sama.

Keofesyen keobjektifan akan dapat ditentukan

You might also like