You are on page 1of 22

BAB IV

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan

Bab ini akan membentangkan dua perkara utama, pertama keperihalan sampel dan kedua

dapatan kajian. Di bawah peperihalan sampel akan dijelaskan siapakah sampel sebenar yang

digunakan untuk mendapatkan data kajian. Penjelasannya menyentuh pembolehubah-

pembolehubah seperti jantina dan kaedah pembelajaran serta pengajaran. Dalam dapatan

kajian dihuraikan analisis data mengikut soalan-soalan kajian. Huraian dikemukakan dalam

bentuk peratus, min dan analisis.Seterusnya, pengkaji membentangkan dapatan kajian yang

telah diperoleh daripada penganalisisan data menerusi soal selidik dan ujian pra serta pos

yang telah dijalankan menggunakan peratusan,min. Ujian yang dipilih adalah berdasarkan

peratusan bertujuan mengenal pasti peratusan pelajar yang menunjukkan peningkatan

prestasi akademik.

4.2 Profil Pelajar

Seramai 27 orang pelajar Geomatik yang mengambil kursus Basic Surveying Computation

di Politeknik Merlimau Melaka terlibat dalam kajian ini. Taburan responden boleh

dijelaskan lagi mengikut latar belakang mereka.

1
Jantina Frekuensi Peratus
Lelaki 15 45.5
Perempuan 18 54.5
Jumlah 27 100.0

Jadual 4.1(a) : Jantina

Jadual 4.1(a) menunjukkan pecahan jantina bagi pelajar semester satu yang mengambil

kursus Basic Suveying Computation di Politeknik Merlimau Melaka. Bilangan pelajar

lelaki adalah 15 orang dan pelajar perempuan adalah 18 orang.

Analisis Bagi Ujian Pra dan Ujian Pos

Analisis data dilakukan adalah bertujuan mengkaji keberkesanan penggunaan ABBM

terhadap pemahaman topik bering dan sudut bagi pelajar yang mengambil kursus Basic

Surveying Computation di Politeknik Merlimau Melaka. Analisis data ujian pra dan pos

adalah dibuat menggunakan perisian iaitu program Statistical Package for Social Science

(SPSS). Data dianalisis menggunakan perisian akan dirumus oleh pengkaji dalam bab ini.

4.3 Jawapan Kepada Soalan-Soalan Kajian

Jawapan dapatan kajian yang akan dikemukakan dalam bahagian ini adalah untuk menghuraikan

jawapan kepada soalan kajian, iaitu keberkesanan penggunaan Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM)

dalam peningkatan pemahaman pelajar bagi topik bering dan sudut.

Untuk menjawab soalan-soalan kajian tersebut, penyelidik menggunakan min dan peratus dari

analisis tindakan responden terhadap pernyataan yang telah dikemukakan dalam soal selidik,

pemerhatian dan analisis.


2
Analisis perbezaan

Ujian Rintis

Kajian rintis telah digunakan sebelum kajian sebenar dijalankan. Sebanyak sepuluh set borang soal
selidik telah diedarkan kepada seorang pensyarah dan sembilan orang pelajar. Data yang diperolehi
dianalisis berdasarkan prosedur analisis Alpha Cronbach untuk mendapatkan nilai pekali
kebolehpercayaan instrumen soal selidik. Berdasarkan Jadual 2 nilai Alpha Cronbach ()
keseluruhan yang diperolehi adalah sebanyak 0.8446. Ini menunjukkan instrumen mempunyai nilai
kebolehpercayaan yang tinggi, maka tiada item yang perlu diubahsuai.

Aspek Penilaian Bilangan Item (Alpha Cronbach)


Motivasi 5 0.952
Rekabentuk Antaramuka 5 0.838
Kefahaman Aplikasi 5 0.904
Keselesaan Pengguna 5 0.748
Keseluruhan 20 0.854

Jadual 2: Hasil Ujian Rintis

3
Keberkesanan Kit Comp

Jadual 4 merupakan dapatan kajian mengenai penilaian aspek tersebut berdasarkan kepada
soalan soal selidik yang diedarkan.

No.
Pernyataan Min
Item
Saya rasa seronok menggunakan bahan bantuan
1 4.41
pembelajaran Kit Comp semasa proses pembelajaran.
Kit pembelajaran ini memberikan semangat kepada saya
2 4.37
untuk memahami Konsep asas Bering dan Sudut.
Proses pembelajaran dan pengajaran menggunakan Kit
3 4.30
pembelajaran ini menarik minat saya.
Kit pembelajaran ini memberi peluang kepada saya untuk
4 4.63
menyelesaikan soalan pengiraan secara mudah.
Kit pembelajaran ini dapat memudahkan proses
5 4.41
pembelajaran saya semasa mengulangkaji pelajaran.
Purata Min Keseluruhan 4.50

Jadual 4.1 : Nilai min untuk penilaian aspek motivasi

Daripada Jadual 4, didapati bahawa purata skor min adalah pada julat Setuju di mana purata nilai
min keseluruhan telah mencatatkan sebanyak 4.50. Di sini jelas menunjukkan bahawa responden
lebih bermotivasi untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran kursus Basic Surveying
Computations dengan penggunaan Kit Comp yang dibangunkan. Jadual 4 menunjukkan nilai min
untuk penilaian aspek rekabentuk antaramuka.

4
Motivation Aspect
strongly agree agree not sure
disagree strongly disagree
74.1
80.0 59.3 63.0 59.3
70.0 51.9
60.0 40.7 44.4 40.7
50.0 37.0
40.0 25.9
30.0
20.0 3.7
10.0
0.0
0.0 0.0 0.0 0.0
peratusan

Item

No. Item Pernyataan Min


Kit pembelajaran ini menyediakan kaedah penyelesaian soalan yang
6 4.30
mudah dan teratur.
Kit pembelajaran direkabentuk dengan bentuk yang sesuai dan mudah
7 4.33
dibawa.
Rumus-rumus dalam Kit pembelajaran lengkap dan mudah digunakan
8 4.30
semasa penyelesaian masalah.
Kit pembelajaran ini menarik minat saya dari segi warna dan
9 4.33
rekabentuknya.
Kit pembelajaran ini dapat memudahkan proses pembelajaran saya
10 4.19
semasa mengulangkaji pelajaran.
Purata Min Keseluruhan 4.30

Jadual 4.2: Nilai min untuk penilaian aspek rekabentuk antaramuka

Jadual 5 menunjukkan bahawa purata keseluruhan skor min untuk penilaian pembangunan Kit
Comp dari aspek rekabentuk antaramuka berada pada julat Setuju. Purata keseluruhan skor min yang
diperolehi adalah sebanyak 4.30. Jadual 5 merupakan dapatan kajian mengenai penilaian aspek
tersebut berdasarkan kepada soalan soal selidik yang diedarkan.

5
Interface Design
strongly agree agree not sure
disagree strongly disagree
74.1
80.0 63.0 63.0
70.0 59.3 59.3
60.0
50.0 33.3 37.0 33.3
40.0 22.2
30.0
20.0 3.7 3.7 3.7 3.7 3.7 3.7
10.0
0.0

Peratusan

Item

6
No. Item Pernyataan Min
11 Cara penggunaan Kit pembelajaran ini diterangkan dengan terperinci. 4.22
Kit pembelajaran ini memberikan peluang kepada saya melihat cara
12 4.33
penukaran bering bulatan penuh dan sukuan dengan jelas.
Kit pembelajaran ini dapat melatih pelajar menyelesaikan soalan
13 4.44
pengiraan bering, sudut tanpa penggunaan alat bantuan lain.
14 Saya dapat menyelesaikan soalan dengan cepat menggunakan kit ini 4.37
Saya berkeyakinan untuk mencadangkan penggunaan kit ini kepada
15 4.26
pelajar lain.
Purata Min Keseluruhan 4.32

Jadual 4.3 : Nilai min untuk penilaian aspek kefahaman aplikasi

Berdasarkan Jadual 6, di dapati skor min yang tertinggi adalah bagi penyataan ke 13 yang telah
mencatatkan nilai min sebanyak 4.44. Manakala penyataan ke 11 merupakan penyataan yang
terendah bagi bahagian ini telah mencatatkan min sebanyak 4.22. Penyataan ini menunjukkan
bahawa Kit Comp membantu pelajar untuk menyelesaikan soalan berkaitan dengan cepat. Purata
keseluruhan skor min bagi penilaian aspek kefahaman aplikasi yang dicatatkan adalah sebanyak
4.32.

Kefahaman
strongly agree agree not sure
disagree strongly disagree

90.0 77.8 74.1


80.0 66.7
70.0 63.0
55.6
60.0 44.4
50.0 37.0
40.0 33.3
25.9
30.0 22.2
20.0
10.0
0.0
Peratusan 0.0 0.0 0.0 0.0 0.0

Item

7
8
No. Item Pernyataan Min
Kit pembelajaran ini mudah dan efektif bagi pelajar untuk digunakan
16 4.30
semasa proses pembelajaran.
Kit pembelajaran ini dapat meningkatkan pemahaman saya terhadap
17 4.41
Konsep asas Bering dan Sudut.
Saya tidak mengalami masalah semasa menyelesaikan soalan berkaitan
18 4.22
dengan pengiraan bering dan sudut.
Saya tidak perlu menggunakan bahan bantuan lain seperti kalkulator
19 4.41
dan nota untuk menjawab soalan bering dan sudut.
Setiap arahan yang diberikan dalam manual penggunaan adalah mudah
20 4.41
difahami untuk dilaksanakan.
Purata Min Keseluruhan 4.35

Jadual 4.4 : Nilai min untuk penilaian aspek keselesaan pengguna

Berdasarkan Jadual 7, di dapati skor min yang tertinggi adalah bagi penyataan ke 20 yang telah
mencatatkan nilai min sebanyak 4.41. Manakala penyataan ke 18 merupakan penyataan yang
terendah bagi bahagian ini, di mana ia telah mencatatkan min sebanyak 4.22. Purata keseluruhan
skor min bagi penilaian aspek kefahaman aplikasi yang dicatatkan adalah sebanyak 4.35..

Keselesaan Pengguna
strongly agree agree not sure
disagree strongly disagree

90.0 70.4 77.8


80.0 59.3 59.3 59.3
70.0
60.0 40.7 40.7 40.7
50.0 29.4
40.0 22.2
30.0
20.0
10.0
0.0
0.0 0.0 0.0 0.0 0.0
Peratusan

Item

9
Interpretasi Tahap

Jadual 8 menunjukkan Interpretasi Tahap Untuk Julat Min Terhadap Setiap Aspek Penilaian.
Berdasarkan Jadual 8, interpretasi tahap untuk setiap aspek penilaian adalah baik iaitu berada pada
tahap Setuju.

Aspek Penilaian Purata Min Keseluruhan Interpretasi Tahap


Jadual 8:
Motivasi 4.50 Setuju
Rekabentuk Antaramuka 4.30 Setuju
Kefahaman Aplikasi 4.32 Setuju
Keselesaan Pengguna 4.35 Setuju
Interpretasi Tahap Untuk Julat Min Terhadap Setiap Aspek Penilaian

Secara keseluruhannya, pelajar bersetuju bahawa Kit Comp dapat meningkatkan motivasi,
rekabentuk antaramuka yang sesuai dan menarik, meningkatkan pemahaman dan selesa digunakan
dalam pembelajaran kursus Basic Surveying Computations.

Komen dan Cadangan Responden


Bahagian C adalah bertujuan untuk mendapatkan komen dan cadangan responden berkaitan Kit
Comp. Jadual 9 di bawah merupakan ringkasan komen dan cadangan yang telah diberikan oleh
responden.

Jadual 9: Sebahagian daripada Komen dan Cadangan Responden


No. Komen dan Cadangan
1. Rekabentuk yang menarik dan sesuai untuk dibawa kemana-mana
2. Membantu meningkatkan pemahaman terhadap konsep asas bering dan sudut
3. Tidak perlu merujuk sepenuhnya kepada buku nota semata-mata
4. Mudah dan efektif
5. Warna yang menarik dan mudah difahami
Sangat bermotivasi kerana ia menaikkan lagi semangat untuk mempelajari
6.
kursus ini

10
RUMUSAN

Berdasarkan dapatan daripada analisis soal selidik dan ujian pra serta pos didapati

bahawa persepsi pelajar terhadap penggunaan ABBM adalah positif, dimana kaedah ini

dapat membantu meningkatkan pemahaman dan menguasai topik bering dan sudut

dengan lebih berkesan . Disamping itu kaedah ini juga merupakan salah satu kaedah yang

kreatif serta menyeronokkan dan dapat menarik pelajar untuk lebih meminati topik bering

dan sudut.

Alat bahan bantu mengajar merupakan faktor terpenting dalam menentukan


kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran dalam mencapai hasil pembelajarannya.
Pengajaran pensyarah yang menggunakan alat bahan bantu mengajar berbanding dengan
guru yang mengajar secara tradisi iaitu pembelajaran secara konvensional mempunyai
perbezaan yang ketara dari segi penerimaan, tumpuan, penguasaan dan pencapaian pelajar
dan aktiviti di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Penggunaan alat bahan bantuan kit diharapkan dapat membantu pensyarah yang
mengajar kursus Basic Surveying Computation DCG 1012 bagi menyerlahkan konsep dan
idea sukatan kursus dan memudahkan pelajar menguasai topik Bering dan Sudut. Di
samping itu, bahan bantuan kit dapat membangkitkan minat dan rasa seronok pelajar
menjalankan aktiviti praktikal, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk
mengetahui sesuatu dan menjadikan pembelajaran bering baik dan lebih menarik seterusnya
menguasai kursus ini dengan cemerlang.

11
BAB V

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pendahuluan

Bab ini membentangkan beberapa bahagian iaitu mengenai ringkas tujuan kajian,

kaedah kajian, perbincangan hasil dapatan kajian, implikasi dapatan kajian, kesimpulan

serta cadangan untuk kajian seterusnya. Pengkaji membenangkan dan membincangkan

hasil kajian secara menyeluruh berdasarkan dapatan yang diperolehi seperti yang

terkandung dalam Bab IV. Perbincangan dapatan kajian juga dibincangkan di akhir bab

ini di samping beberapa saranan dan cadangan dikemukakan kepada pihak institut, para

pensyarah dan kepada para penyelidik yang akan datang tentang keberkesanan

penggunaan alat bahan bantu mengajar (ABBM) dalam pengajaran dan pembelajaran

bagi topik bering dan sudut untuk pelajar yang mengambil kursus Basic Surveying

Computation.

Seterusnya, bab ini juga akan memaparkan hasil analisis yang diperolehi daripada

borang soal selidik yang telah diedarkan kepada 27 orang responden yang megambil

kursus Basic Surveying Computation. Semua responden telah menjawab borang soal

selidik dan menjawab ujian pra dan pos yang diedarkan. Analisis data mentah yang

diperolehi daripada borang soal selidik dan ujian pra serta pos dilakukan menggunakan

perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Analisis kajian terbahagi kepada
50
dua bahagian seperti dalam borang soal selidik.

5.1 Ringkasan Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk untuk melihat keberkesanan ABBM dalam

peningkatan pemahaman dan pembelajaran pelajar bagi yang mengambil kursus Basic

Surveying Computation di Politeknik Merlimau Melaka.. Kajian ini juga ingin

mengetahui kesesuaian bahan yang digunakan dari segi tajuk pelajaran, tahap

pemahaman topik bering dan sudut. Data-data yang diperoleh daripada maklum balas

responden dianalisis untuk mendapatkan frekuensi dan peratus pelajar yang terdapat

peningkatan dalam pemahaman pengajaran dan pembelajaran bagi topik baering dan

sudut.. Seterusnya bagi mengetahui persepsi pelajar terhadap kaedah pembelajaran

ABBM yang digunakan oleh pensyarah semasa proses pengajaran dan pembelajaran,

pengkaji telah menumpukan kepada tiga aspek utama iaitu peningkatan pencapaian

penguasaan konsep, minat dan prestasi akademik pelajar.

5.1.1 Kaedah Kajian

Kajian ini akan mengambil bentuk kajian deskriptif tentang penggunaan Alat Bahan Bantu

Mengajar (ABBM) di kalangan pelajar dan pensyarah di Institut Politeknik Merlimau Melaka.

Pengumpulan data kajian adalah dijalankan melalui temu bual, pemerhatian dan borang soal selidik.

Soal selidik dibahagi kepada empat bahagian iaitu aspek kefahaman, motivasi, rekabentuk dan

keselesaan pengguna. Data-data dikutip melalui borang soal selidik dan ujian pra serta pos yang

dijalankan kepada pelajar Geomatik yang mengambil kursus Basic Surveying Computation. Temu

bual dan pemerhatian akan dilakukan oleh penyelidik sendiri.

51
5.1.2 Alat Kajian

Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah pemerhatian, temubual dan soal selidik yang

dibentuk berdasarkan masalah dan tinjauan mengenai Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM) untuk

mengumpul data. Soalan yang terdapat dalam soal selidik adalah berbentuk soalan tertutup dengan

menggunakan Skala Likert lima markah. Skala yang paling tinggi adalah (5) dan yang paling rendah

adalah (1). Responden hanya dikehendaki menanda salah satu angka yang disediakan (1,2,3,4,5)

mengikut skala berkenaan untuk menunjukkan jawapan mereka terhadap masalah yang disediakan.

Pembentukan item-item soal selidik adalah berdasarkan kepada pembolehubah-pembolehubah

kajian. Kebanyakan item-item dirujuki dari kajian Mohd. Aris bin Othman, Hajah Siti Fatihah binti

Abdullah & Hajah Asmah binti Abd. Rahman (2004). Beberapa item lagi telah direka oleh pengkaji

untuk melengkapkan kajian ini.

5.1.3 Kemahiran Penggunaan ABBM

Hasil kajian mendapati bahawa pelajar dan pensyarah menggunakan ABBM adalah berada pada

tahap tinggi dalam menggunakan ABBM bagi topik bering dan sudut. Ini menunjukkan bahawa

pengajaran yang disampaikan sewaktu kuliah terutama penggunaan ABBM unutk mengajar topik

bering dan sudut adalah amat berkesan dan ia amat berguna kepada pelajar.

5.1.4 Kekerapan Penggunaan ABBM

Kajian menunjukkan bahawa pelajar dan pensyarah menggunakan ABBM bagi proses pembelajaran

dan pengajaran adalah tinggi. Perhatian serius seharusnya diambil untuk melihat faktor-faktor yang

menyebabkan pensyarah dan pelajar yang tidak kerap menggunakan ABBM semasa proses

pembelajaran dan pengajaran dan ini mungkinkan akan menjejaskan sesi pembelajaran dan
52
pencapaian prestasi pelajar.

Kekerapan penggunaan ABBM bagi topik bering dan sudut juga harus dipertingkatkan kerana

ia bukan hanya memberi faedah kepada para pelajar tetapi dapat memudahkan pesnyarah dalam

menjalankan tugas pengajaran.

5.1.5 Jenis ABBM Yang Digunakan

Walaupun hasil kajian mendapati kebanyakkan dari kalangan pensyarah menggunakan nota dan

kaedah konvensional dalam pengajaran mereka, namun mereka juga seharusnya mempelbagaikan

penggunaan ABBM yang lain seperti bahan tiga dimensi, bahan tayang, sistem audio, sistem video

& TV dan penggunaan komputer supaya pengajaran menjadi lebih diminati oleh pelajar. Tindakan

sedemikian boleh mengimbangkan ABbM di luar bilik darjah iaitu Multimedia seperti mana yang

sedang berkembang pesat.

5.1.6 Kesesuaian Penggunaan ABM

Dari segi kesesuaian penggunaan ABBM, kajian mendapati pelajar dan pensyarah menggunakan

ABBM yang sesuai bagi tajuk pelajaran yang diajar dan tahap kecerdasan pelajar semasa proses

pembelajaran dan pengajaran. Ini jelas menunjukkan bahawa pensyarah dapat memilih ABBM yang

sesuai dengan tajuk dan tahap kecerdasan pelajar.

5.1.7 Pensyarah

Para pensyarah seharusnya menggalakkan pelajar dengan mendedahkan ABBM yang pelbagai

bentuk dalam proses pengajaran mereka. Kepelbagaian penggunaan ABBM dan kesesuaiannya juga

adalah amat perlu supaya sesi pembelajaran berjalan dengan lebih konduksif dan lancar.

53
5.2 Penjanaan ilmu baru

Berbanding dengan kaedah pengajaran berasaskan konvensional, kit pembelajaran


ini dapat menambah pengetahuan pelajar dalam memahami knosep asas bering dan sudut.
Melalui ABBM ini, pelajar dapat mempelajari sendiri bagaimana cara penyelesaian dan
penukaran bering bulatan penuh kepada sukuan dan bering sukuan kepada bulatan penuh
serta menggunakan rumus untuk penyelesaian masalah berkaitan topik Trigonometri.
ABBM bukan sahaja dapat membantu pelajar dalam proses pembelajaran, tetapi juga dapat
menarik perhatian pelajar dengan penggunaannya yang mudah. Terdapat label yang jelas,
warna yang menarik pada kit untuk memudahkan penggunaan ABBM dalam proses
pembelajaran dan pengajaran.

5.3 Kebolehgunaan ABBM


Aspek kebolehgunaan ABBM telah dinilai dengan menggunakan prosedur analisis
statistik diskriptif. Keputusan yang diperolehi adalah berada pada tahap persetujuan yang
tinggi. Ini menunjukkan bahawa pelajar bersetuju dengan penggunaan ABBM dapat
memudahkan pembelajaran, penggunaannya yang mudah, kebergunaan yang pelbagai dan
juga kepuasan mereka menggunakan kit tersebut adalah pada tahap yang tinggi. Oleh yang
demikian, mereka merasakan kit tersebut boleh digunakan sebagai satu alat dan bahan bantu
mengajar (ABBM) yang dapat membantu meningkatkan pemahaman mereka dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar dan pensyarah Diploma Geomatik
Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Merlimau Melaka. Setiap ABBM mempunyai cara
penggunaan yang tersendiri.

5.4 JANGKAAN DAPATAN


Kit pengajaran ini dijangka dapat digunakan oleh pelajar dan pensyarah Politeknik
Merlimau Melaka bagi meningkatkan kefahaman dan pengetahuan pelajar dalam topik
Bering, Sudut, Trigonometri bagi Kursus Basic Surveying Computation. Pelajar dijangka
dapat memahami konsep asas Bering, Sudut dan Trigonometri, penukaran bering sukuan
kepada bering bulatan serta penukaran bering bulatan kepada bering sukuan dapat
mengenalpasti rumus-rumus, dan tahu cara menyelesaikan masalah berkenaan bering, sudut
dan trigonometri.
5.5 Perbincangan Dapatan Kajian

54
Merujuk kepada jadual 4.2 dalam Bab IV, analisis ujian rintis bagi aspek motivasi,

keselesaan pengguna, rekabentuk antaramuka dan kefahaman menunjukkan penguasaan

konsep bering dan sudut memberikan nilai perbezaan min yang positif. Ini membuktikan

bahawa kaedah pembelajaran dan pengajaran berbantukan ABBM ini dapat

meningkatkan pencapaian penguasan konsep bering dan sudut dalam topik Basic

Surveying Computation (DCG1012) di Politeknik Merlimau Melaka berbanding

pembelajaran menggunakan kaedah konvensional.

Dapatan daripada kajian dan analisis yang telah dibuat jelas menunjukkan

pembelajaran berbantukan ABBM ini dapat membantu pelajar yang lemah dan sederhana

meningkatkan pencapaian penguasaan konsep bering dan sudut dalam topik Basic

Surveying Computation ini. Kaedah ini yang membolehkan pelajar belajar secara

individu dan mengulangkaji topik yang kurang difahami dapat membantu pelajar yang

lemah. ABBM berupaya memberi penerangan mengenai masalah pembelajaran kepada

pelajar-pelajar.

Berdasarkan soal selidik yang dijawab oleh pelajar yang mengambil kursus Basic

Surveying Computation mempunyai skor min yang tinggi iaitu 4.50 yang ditunjukkan

dalam jadual 4.1 dalam bab IV menunjukkan tahap motivasi yang tinggi terhadap

pembelajaran dengan menggunakan ABBM ini.. Ini membuktikan bahawa ABBM ini

dapat menarik motivasi pelajar dan meningkatkan minat pelajar secara positif . Ini adalah

disebabkan rekabentuk berwarna-warni, mudah digunakan dapat menarik perhatian pelajar

dan penjelasan sesuatu konsep pelajaran yang lebih berkesan berbanding dengan cara

melukis di papan hitam. Kajian daripada Gladwin, R.P. Margerison, D.& Walker,S.M.

55
(2002) mendapati bahawa penggunaan ABBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran

membawa banyak kebaikan berbanding dengan cara tradisional.

5.6 Kesimpulan Kajian

Dalam bab kelima ini telah dibentangkan beberapa isu yang menjadi pokok perbincangan dalam

kajian ini. Bermula dengan ringkasan kajian yang mengandungi tujuan kajian, kaedah kajian, data

kajian, peserta kajian dan kaedah analisis data yang digunakan. Seterusnya diikuti dengan dapatan-

dapatan kajian dan perbincangan mengenainya.

Maklumat-maklumat hasil kajian ini dianggap penting dan bernilai terhadap mana-mana pihak

dan perlu mengambil langkah yang lebih drastik untuk meningkatkan penggunaan ABBM bagi

mengajar kursus Basic Surveying Computation untuk meningkatkan lagi mutu pendidikan negara

seperti mana yang diharapkan Pendidikan Bertaraf Dunia.

Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM) merupakan faktor terpenting

dalam menentukan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran

dalam mencapai hasil pembelajarannya. Pengajaran pensyarah yang

menggunakan bahan bantu mengajar berbanding dengan guru yang

mengajar secara tradisi mempunyai perbezaan yang ketara dari segi

penerimaan, tumpuan, penguasaan dan pencapaian pelajar dan aktiviti

di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran

berlangsung.

Penggunaan ABBM ini diharapkan dapat membantu pensyarah yang

mengajar kursus Basic Surveying Computation bagi menyerlahkan

konsep dan idea sukatan kursus dan memudahkan pelajar menguasai

topik Bering dan Sudut. Di samping itu, ABBM dapat membangkitkan

56
minat dan rasa seronok pelajar menjalankan aktiviti praktikal,

menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui

sesuatu dan menjadikan pembelajaran bering baik dan lebih menarik

seterusnya menguasai kursus ini dengan cemerlang. Selain itu, pelajar

tidak rasa sukar bagi memahami konsep asas bering dan sudut malah

mendapat prestasi yang baik dan cemerlang dalam kursus tersebut.

Sebagai kesimpulan, penggunaan ABBM ini dapat membantu meningkatkan pemahaman

pelajar bagi menguasai topik bering dan sudut yang dianggap sukar oleh pelajar Geomatik yang

mengambil kursus Basic Surveying Computation. Seterusnya, kajian yang dijalankan ini sekurang-

kurangnya akan dapat memberi satu gambaran kedudukan penggunaan ABBM oleh pensyarah dan

pelajar Insitut Politeknik Merlimau Melaka. Hasil kajian mendapati pada keseluruhannya

keberkesanan penggunaan ABBM bagi memahami topik bering dan sudut di kalangan pelajar

Geomatik di Politeknik Merlimau Melaka adalah berada pada tahap tinggi. Merujuk kepada hasil

analisis data kajian, didapati persoalan-persoalan yang ditimbulkan dalam kajian ini sudah dijawab

dan dapatlah dirumuskan bahawa:

1. Penggunaan Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM) dapat mempengaruhi

minat dan motivasi pelajar dalam pembelajaran topik bering dan sudut.

2. Terdapat perbezaan penguasaan dan pemahaman konsep bering dan sudut di

antara pelajar yang didedahkan dengan pembelajaran ABBM dan pelajar yang

diajar dengan kaedah konvensional sebelum dan selepas eksperimen.

3. Terdapat perbezaan pencapaian di antara pelajar yang didedahkan dengan

pembelajaran ABBM dan pelajar yang diajar dengan kaedah konvensional.

Pelajar sebenarnya lebih tertarik kepada suasana pembeajaran yang berbeza daripada
57
kaedah konvensional yang sering digunakan oleh semua pendidik. Penggunaan ABBM

ini memberikan suasana yang berbeza dan memberi variasi kepada pelajar. ABBM ini

mungkin mampu memberi gambaran yang lebih jelas bagi topik bering dan sudut yang

sedang dipelajari dan juga dapat mempertingkatkan pemahaman serta motivasi dan minat

pelajar.

5.7 Implikasi Kajian

Kajian ini hanya tertumpu kepada pelajar Geomatik yang mengambil kursus Basic

Surveying Computation di Politeknik Merlimau Melaka. Namun begitu, hasil dapatan

kajian ini berkemungkinan boleh digunakan kepada institut lain yang menawarkan kursus

Basic Surveying Computation bagi pelajar Geomatik. Berdasarkan kajian, pendekatan

pengajaran pensyarah bagi mengajar topik bering dan sudut memainkan peranan penting

dalam memberikan suasana pembelajaran yang berkesan kepada pelajar. Hasil kajian

yang diperoleh tentang penggunaan ABBM bagi topik bering dan sudut dapat

meningkatkan pencapaian dan minat pelajar. Kaedah ini juga dapat memupuk minat

dalam diri pelajar untuk mengulangkaji pelajaran sendiri. Adalah diharapkan agar kajian

ini akan dapat menjadi sumber pengetahuan, rujukan dan panduan kepada mana-mana

pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam sistem pengajaran dan

pembelajaran terutama kepada para pensyarah di insitut pendidikan. Implikasi kajian ini

boleh disenaraikan seperti berikut:

5.2 Masalah Yang Dihadapi Oleh Pensyarah Semasa Kajian

Ketepatan dapatan kajian bergantung kepada tindakbalas sampel kajian dari aspek
58
kesungguhan menjawab soalan ujian pra, ujian pos dan soalan soal selidik yang

dikemukakan. Kajian ini mempunyai batasan seperti berikut:

1. Masa kajian yang terhad iaitu tiga belas minggu sahaja.

2. Sikap sesetengah pelajar yang tidak memberikan tumpuan sepenuhnya semasa

proses P&P dan mungkin tidak menjawab secara jujur dan serius dalam soalan

ujian dan soal selidik tidak lansung membawa ralat dalam hasil dapatan kajian.

5.3 Cadangan Kajian Lanjut

Penggunaan ABBM bagi topik bering dan sudut perlu diperkukuhkan dan diperluaskan

untuk topik-topik lain dalam kursus Basic Surveying Computation. Salah satu cara adalah

dengan mebangunkan ABBM yang berkaitan dengan topik-topik lain dia dlaam kursus

Basic Surveying Computation. Kajian mengenai penggunaan kaedah-kaedah pengajaran

dan pembelajaran yang sesuai seperti penggunaan ABBM membantu untuk meningkatkan

penguasaan dan pemahaman topik bering dan sudut.

Berdasarkan kajian ini, pengkaji mengenal pasti terdapat kekurangan dan kelemahan

yang perlu diperbaiki untuk kajian seterusnya. Di bawah adalah beberapa cadangan untuk

pengkaji-pengkaji akan dating untuk mendalami kajian ini.

1. Menggunakan sampel yang lebih besar supaya hasil kajian dapat dibuat

generalisasi kepada populasi sebenar.

59
2. Menjalankan kajian di beberapa institut pengajian lain yang menawarkan

kursus Basic Surveying Computation. Pemilihan sampel mestilah berlainan

etnik, tahap pencapaian, jantina dan agama untuk dibuat perbandingan bagi

mengenalpasti faktor yang mempengaruhi tahap pemahaman bering dan

sudut.

3. Mempelbagaikan kaedah kajian seperti kaedah soal selidik yang lebih

terperinci, kaedah temubual dengan pelajar dan sebagainya.

4. Menjalankan kajian berbentuk kumpulan kawalan dan rawatan. Contohnya,

kelas kawalan belajar dengan kaedah konvensional manakala kumpulan

rawatan belajar dengan menggunkaan ABBM. Seterusnya, topik pengajaran

kedua-dua kelas mestilah sama dan kedua- dua kelas kawalan dan kelas

rawatan dimulakan dalam minggu yang sama.

5. Kajian yang dijalankan terhad kepada pelajar geomatik yang mengambil kursus

Basic Surveying Computation di Politeknik Merlimau Melaka. Kajian seperti ini

perlu diperluaskan lagi bagi mengajar Basic Surveying Computation ataupun

kursus-kursus lain di semua maktab dan institut perguruan di seluruh negara.

6. Kajian yang lebih mendalam perlu dilakukan untuk menyelidik punca-punca

kurangnya penggunaan ABBM di kalangan pendidik dan pelajar terutamanya bagi

kursus yang melibatkan pengiraan.

You might also like