You are on page 1of 13

MEMANTAPKAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

KERTAS BAHASA MELAYU SPM 2013


Diselenggarakan oleh Panel Perunding Bahasa Melayu SPM JPNJ

Dalam peperiksaan SPM, soalan tatabahasa diletakkan dalam soalan 3. Soalan 3(a)
ialah soalan tentang membina ayat. Dalam bahagian ini, pelajar dikehendaki membina
ayat daripada pelbagai jenis perkataan seperti kata kerja pasif, kata ganda, kata
majmuk, dan sebagainya. Soalan 3(b) pula ialah soalan tentang menukarkan ayat,
memisahkan ayat, menyambungkan ayat, dan menganalisis ayat. Soalan 3(c) pula ialah
soalan tentang kesalahan ejaan dan imbuhan, manakala soalan 3(d) ialah soalan
tentang kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa. Soalan 3(e)
ialah soalan tentang penggunaan peribahasa.

MEMBINA AYAT (3a)


Bina ayat daripada perkataan di bawah.
(i) hadiahi hadiahkan
(ii) kirimi kirimkan
(iii) anugerahi anugerahkan

Teknik Transformasi
1. Abang menghadiahi Jamil sebuah basikal . (aktif)
2. Jamil abang hadiahi sebuah basikal . (pasif)
3. Abang hadiahi Jamil sebuah basikal . (pasif songsang)
4. Hadiahi Jamil sebuah basikal . (perintah)
- Pelajar boleh juga menggunakan ayat (2) hingga ayat (4) sebagai jawapan.

Peraturan membina ayat dalam SPM


1. Ayat mestilah lengkap dari segi subjek dan predikat.
2. Ayat mestilah menggambarkan maksud perkataan yang diberikan.
3. Pelajar tidak boleh menambah atau membuang imbuhan pada perkataan yang
dikemukakan kecuali diarahkan dalam soalan .
4. Elakkan sebarang kesilapan ejaan.
5. Perkataan tersebut tidak boleh digunakan sebagai peribahasa dan nama khas.

MENGANALISIS AYAT (3b)


Mengenal Jenis Kata
Nyatakan jenis kata bagi perkataan yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah sama ada
kata nama, kata kerja, kata adjektif, atau kata tugas.
(i) Mereka berbual tentang bioteknologi. _________________
(ii) Kami telah menyaksikan perlawanan yang hebat pada malam itu.____
(iii) Ibu menghadiahi kami sehelai tudung sutera. _________________
(iv) Mereka sekeluarga berada dalam keadaan sihat. ________________
(v) Hadiah ini disediakan untuk ayahku yang tersayang. _______________
(vi) Dia bimbang akan keadaan anaknya yang masih belum sedar. _______
Panduan
1. Untuk mengenal kata nama, kata itu dapat didampingkan dengan kata bilangan.
Contohnya, pen ialah kata nama kerana dapat didampingkan dengan kata
bilangan, iaitu lima batang pen.
2. Untuk mengenal kata adjektif, kata itu dapat didampingkan dengan kata penguat.
Contohnya, cantik ialah kata adjektif kerana dapat didampingkan dengan kata
penguat, iaitu sangat cantik.
3. Untuk mengenal kata kerja, kata itu dapat didampingkan dengan kata bantu.
Contohnya, tidur ialah kata kerja kerana dapat didampingkan dengan kata
bantu, iaitu sedang tidur.
4. Untuk mengenal kata tugas pula, kata itu tidak dapat didampingkan dengan kata
bilangan, kata penguat, dan kata bantu. Contohnya, untuk ialah kata tugas
kerana tidak dapat didampingi oleh ketiga-tiga jenis kata tersebut, sangat untuk
(X), lima buah untuk (X), dan telah untuk (X).

Mengenal Jenis Frasa


Nyatakan jenis frasa yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah sama ada frasa nama,
frasa kerja, frasa adjektif, atau frasa sendi nama.
(i) Mereka berkelah di tepi tasik. (Frasa ____________________)
(ii) Pemuda itu kehujanan ketika pulang dari pejabat. (Frasa ___________)
(iii) Saya ke Hotel Pelangi pada petang esok. (Frasa ________________)
(iv) Ibu saya akan pergi ke Makkah pada tahun ini. (Frasa ____________)
(v) Beliau amat gembira apabila memenangi hadiah itu. (Frasa _________)

Panduan
1. Hanya kata nama, kata kerja, dan kata adjektif sahaja yang boleh menjadi kepala
frasa.
2. Kata tugas tidak boleh menjadi kepala frasa, kecuali kata sendi nama yang boleh
membentuk frasa sendi nama.
3. Jika kata kerja mendahului frasa tersebut, maka frasa itu dikenal sebagai frasa
kerja. Contoh : akan mengadakan kursus, tinggal di kampung.
4. Jika kata nama mendahului frasa tersebut, frasa itu ialah frasa nama. Contoh :
anak mereka, lelaki yang berjambang itu.
5. Jika kata adjektif mendahului frasa tersebut, frasa itu ialah frasa adjektif.
Contoh : tinggi sangat, bijak benar.
6. Jika kata sendi nama mendahului frasa tersebut, frasa itu ialah frasa sendi nama.
Contoh : di Selangor, untuk abang.

Mengenal Subjek dan Predikat


Nyatakan bahagian subjek dan predikat dalam setiap ayat di bawah ini.
(i) Buku yang berwarna biru itu buku Sejarah.
(ii) Telah ditempah oleh kakak baju raya.
(iii) Saya akan melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan.
(iv) Ke Seremban dengan cucunya Mak Leha.
(v) Berwarna merah kereta Pak Long.
Panduan
1. Bahagian subjek ialah perkara atau benda yang menjadi fokus atau yang
diceritakan atau dihuraikan.
2. Bahagian predikat ialah huraian atau cerita tentang benda atau perkara dalam
subjek.
3. Subjek terdiri daripada frasa nama atau frasa lain yang bertugas sebagai frasa
nama.
4. Predikat terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi
nama.

Mengenal Susunan Ayat


Nyatakan susunan ayat di bawah sama ada susunan biasa atau susunan songsang.
(i) Saya memasak makanan itu.
(ii) Saya susun buku-buku itu itu.
(iii) Ke Pulau Pinang dia pada pagi tadi.
(iv) Pagi tadi, dia ke Johor Baharu .
(v) Dia menziarahi pusara datuknya itu.

Panduan
1. Ayat susunan biasa memperlihatkan kedudukan subjek mendahului susunan
predikat.
2. Ayat susunan songsang memperlihatkan kedudukan keseluruhan predikat atau
sebahagian daripada predikat (iaitu keterangan predikat) mendahului susunan
subjek.

Mengenal Jenis Ayat


Nyatakan jenis ayat yang di bawah ini sama ada ayat dasar, ayat tunggal, atau ayat
majmuk.

(i) Kereta itu rosak.


(ii) Mereka tidur di bawah pokok.
(iii) Beliau pegawai yang rajin.
(iv) Dengan kehadiran tuan, bertambah serilah majlis kami pada hari ini.

Panduan
1. Ayat dasar mengandungi satu subjek dan satu predikat serta tidak mempunyai
keterangan. Ayat dasar mestilah ayat penyata dan bermula dengan frasa nama.
2. Ayat tunggal mempunyai satu subjek dan satu predikat serta boleh disertai
bahagian keterangan yang terdiri daripada frasa sendi nama. Ayat tunggal boleh
terdiri daripada ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan.
3. Ayat majmuk mempunyai kata hubung gabungan, kata hubung relatif, kata
hubung komplemen, atau kata hubung keterangan. Jika ayat tersebut
mempunyai dua jenis kata hubung atau lebih, ayat tersebut dikenal sebagai ayat
majmuk campuran.
KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN (3c)

Soalan 3(c) memperuntukkan 6 markah untuk membetulkan kesalahan ejaan dan


imbuhan dalam ayat-ayat yang diberikan.
Kesalahan ejaan : a. kesalahan mengeja perkataan
b. kesalahan menggunakan tanda bacaan
c. kesalahan menggunakan keselarasan vokal
Kesalahan imbuhan : a. awalan b. akhiran c. apitan

Latihan : Kenal pasti kesalahan ejaan dan imbuhan dalam ayat di bawah.
1. Kebanyakkan orang pada masa kini mula meminati perabut jati yang diimport
dari Indonesia.
2. Jalan raya yang diperlebarkan di serata pelusuk negara akan memudahkan
perjalanan orang ramai.
3. Ibu akan memasakan ayah nasi beryani yang enak.
4. Pengembala kambing itu menunjukkan tauladan yang baik kepada penduduk
desa.
5. Kita hendaklah mengenepikan sikap tamak dan gembelenglah tenaga untuk
membangunkan bangsa dan nusa.
6. Kerajaan akan mengkhaskan peruntukan yang besar untuk meningkatkan taraf
pendidikan vokasyenal.
7. Peniaga itu memperolehi pendapatan yang lumayan hasil jualan murtabak pada
bulan Ramadan.
8. Oleh sebab perlaksanaan program sukan yang terancang, ramai atlit dapat
dilahirkan.
9. Kenaikkan harga petrolium di pasaran dunia membimbangkan banyak pihak.
10. Untuk menghasilkan pencapaian yang maksima, kita disarankan agar
memperhalusi segala pandangan.

LATIHAN PENGUKUHAN TATABAHASA

1 Kaum Cina dikatakan telah mempunyai ____________ awal di negeri Melaka.


(penempatan / petempatan)
2 Belakangan ini, artis itu sering berpakaian ________ mata. (menjolok /
mencolok)
3 Hobi Kong Meng ialah ______________ setem. (mengumpul / mengumpulkan)
4 Mereka sedang ____________ tentang tatabahasa. (berbincang /
membincangkan)
5 Proses ________ daerah itu sedang giat dijalankan. (pembandaran /
perbandaran)
6 Dia telah _________ mendeklamasikan sajak itu setelah berlatih bersungguh-
sungguh. (dapat / boleh )
7 Pengembara itu telah ___________ harta karun yang tersembunyi di dalam gua
itu. (menemukan / menemui)
8 Pihak polis akan menyiasat dakwaan itu __________ kepada keterangan
pengadu. (berpandukan / berpandu )
9 Stalin adalah antara ___________ fahaman komunis yang penting di Rusia.
(pendokong / pendukung)
10 Para pemohon diminta __________ butir peribadi mereka di dalam borang itu.
(mengisikan / mengisi)
11 Aminah tidak ingin ______________ Leman, pemuda yang sering
mengganggunya. (mempersuami / mempersuamikan)
12 Dia ___________ lelaki itu dengan sepenuh hati. (menyintai / mencintai)
13 Muhammad Ali merupakan _________ yang menjadi legenda. (peninju / petinju)
14 Ibu bapa __________ kita hormati. (mesti / pasti)
15 Usaha kerajaan untuk ___________ peranan ketua kampung amat dipuji.
(memperluaskan / memperluas)
16 Usahlah ____________ perkara yang tidak baik kepada saya. (memberitahu /
memberitahukan)
17 Taklimat itu akan diadakan di __________ sekolah. (perkarangan / pekarangan)
18 Agama Islam ialah agama __________ negara ini. (rasmi / resmi)
19 ________ pihak tidak bersetuju dengan program itu. (Setengah / Sesetengah)
20 Awas, selekoh ___________(merbahaya / berbahaya)

PENGGUNAAN PERIBAHASA (3e)

Aspek yang diuji.


1. Menyatakan peribahasa berdasarkan ayat yang dikemukakan.
2. Menyatakan peribahasa berdasarkan petikan.
3. Memberi makna peribahasa.
4. Mengisi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
5. Menyatakan peribahasa yang mempunyai maksud setara

(1) Baca ayat di bawah dengan teliti dan kemudiannya kemukakan peribahasa yang
menggambarkan situasi yang terdapat dalam ayat ini:

Kehidupan penduduk di situ sentiasa berada dalam keadaan harmoni kerana


penduduknya bahu-membahu pada setiap ketika.
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

(2) Nyatakan peribahasa yang mempuyai maksud setara.


(i) bagai mencurahkan air ke daun keladi
- seperti hujan di atas pasir

(ii) Air dicencang tidak akan putus


- Carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga

(3) Berikan maksud peribahasa


(i) Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
- Jika bersabar dan beransur-ansur dalam melakukan sesuatu pekerjaan, lama-
kelamaan kita akan mendapat hasilnya juga.
Soalan 3(c) memperuntukkan 6 markah untuk membetulkan kesalahan ejaan dan imbuhan
dalam ayat-ayat yang diberikan.
Kesalahan ejaan : a. kesalahan mengeja perkataan
b. kesalahan menggunakan tanda bacaan
c. kesalahan menggunakan keselarasan vokal
Kesalahan imbuhan : a. awalan b. akhiran c. apitan

Latihan : Kenal pasti kesalahan ejaan dan imbuhan dalam ayat di bawah.
1. Kebanyakkan orang pada masa kini mula meminati perabut jati yang diimport daripada
Indonesia.

2. Jalan raya yang diperlebarkan di serata pelusuk negara akan memudahkan perjalanan
orang ramai.

3. Ibu akan memasakan ayah nasi beryani yang enak.

4. Pengembala kambing itu menunjukkan tauladan yang baik kepada penduduk desa.

5. Kita hendaklah mengenepikan sikap tamak dan gembelenglah tenaga untuk


membanguni bangsa dan nusa.

6. Kerajaan akan mengkhaskan peruntukkan yang besar untuk meningkatkan taraf


pendidikan vokasyenal.

7. Peniaga itu memperolehi pendapatan yang lumayan hasil jualan murtabak pada bulan
Ramadhan.

8. Oleh kerana perlaksanaan program sukan yang terancang, ramai atlit dapat dilahirkan.

9. Kenaikkan harga petrolium di pasaran dunia membimbangkan banyak pihak.

10. Untuk menghasilkan pencapaian yang maksima, kita disarankan agar memperhalusi
segala pandangan.

LATIHAN MENGESAN KESALAHAN TATABAHASA


Demi untuk mempastikan kecemerlangan di dalam bidang pendidikan terus berlangsung,
berbagai aktiviti dan pengisian telah dilaksanakan oleh pihak sekolah. Program yang dirancang
dan dilaksanakan sepanjang tahun ini meliputi program akademik tanpa meminggirkan program
ko-kurikulum. Pihak sekolah berpendapat bahawa kedua bidang amat penting sekali dalam
usaha mengwujudkan keseimbangan rohani, jasmani, intelek, dan emosi.
Justeru itu, semua pihak termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah
menggembeleng tenaga dan idea bagi memantapkan aspek pengurusan dan perlaksanaan
semua program-program yang telah dirancang. Kerjasama dan sikap saling bantu-membantu ini
memperlihat kesungguhan pihak sekolah untuk menaikan imej, prestasi, dan pencapaian
keseluruhan di sekolah ini. Selain daripada itu, keadaan ini diharapkan dapat memberi
gambaran yang positif terhadap segala inisiatif yang diusahakan oleh pihak sekolah dan PIBG.
Oleh kerana itu, tiap pelajar haruslah menyedari bahawa kejayaan yang diharapkan tidak akan
datang bergolek.

Sehubungan itu, satu jawatankuasa bertindak telah ditubuhkan disekolah ini melalui
PIBG untuk membentuk kerjasama di antara pihak guru dan ibu bapa. Jawatankuasa ini akan
membincangkan dengan teliti hal hal yang berbangkit, terutamanya aspek kecekapan
pengurusan dan program kecemerlangan akademik. Tidak dapat dinafikan bahawa penubuhan
jawatankuasa ini dapat membantu pihak sekolah merencanakan kejayaan yang terbaik sekali.
Dengan tidak mengenepikan program berbentuk kerohanian, aktiviti yang dipantau oleh
jawatankuasa ini lebih menjurus kepada peningkatan akademik, terutamanya yang melibatkan
para pelajar-pelajar kelas peperiksaan.
Menurut Tuan Pengetua, Puan Rokiah Al Haji Abdul Razak, dari pengamatannya,
program yang telah dilaksanakan ini akan memperkukuhkan kewibawaan sekolah ini. Setakat
ini, programnya telah mencapai objektif seperti yang disasarkan. Namun begitu pihaknya tetap
dan sentiasa menunggu lain-lain pandangan yang bernas dan lebih menyeluruh.

SALAH BETUL SALAH BETUL SALAH BETUL


Perabut perabot bihun mihun manafaat manfaat
Fax faks forklift forklif Hajjah hajah
Iktizam iltizam juwita juita Kadhi kadi
Lojik logik kaptain kapten karenah kerenah
kolestrol kolesterol kontingen kontinjen Lebel label
Leukemia leukemia pamir pamer mentera mantera
Munshi munsyi olih oleh Plan pelan
Bistari bestari catit catat Cop cap
ekspress ekspres lanskap landskap profession profesion
Minima minimum prosidur prosedur sekelian sekalian
Setor stor talipon telefon Akitek arkitek
Calun calon dailog dialog deligasi delegasi
Deraf draf gembeling gembleng Geraf graf
Gulong gulung ide idea Injin enjin
inspekter inspektor istihar isytihar Lakun lakon
Renik renek sayugia seyogia Sekala skala
Sekim skim snooker snuker Sulong sulung
Tulin tulen usek usik Buffet bufet
Analisa analisis maksima maksimum Atlit atlet
Baucer baucar bowling boling bumiputra bumiputera
Definasi definisi efisyen efisien Ehsan ihsan
Ekslusif eksklusif ekspot eksport Impot import
Istirehat istirahat kelendar kalendar insuran insurans
Kerinting keriting kianat khianat komersil komersial
Komplek kompleks lagenda legenda Losyen losen
masaalah masalah oditorium auditorium Optima optimum
Otomatik automatik otomobil automobil paspot pasport
Pehak pihak pensil pensel perihatin prihatin
Protin protein sessi sesi Siksa seksa
Stesyen stesen trampil terampil Tulin tulen
Ugama agama warong warung ampangan empangan
Binte binti buroh buruh busjeket busjaket
Cokelat coklat depoh depot dinamis Dinamik
Disel diesel durhaka derhaka garuda Geroda
Hipotisis hipotesis illustrasi ilustrasi Isya Isyak
Jawaban jawapan justru justeru Kastad Kastard
Katrij kartrij katun kartun Kobis Kubis
Komidi komedi kondaktor konduktor kontrek Kontrak
Korum kuorom kraton keraton lembab Lembap
Letrik elektrik margasatwa mergastua marhain Marhaen
Mastika mestika murtabak martabak Odit Audit
pantomin pantomim pendita pendeta persona Pesona
personal personel pesaka pusaka petrolium Petroleum
Radin raden raksaksa raksasa Reket Raket
Satria sateria kesatria kesateria selinder Silinder
Skima skema taugeh tauge Taukeh Tauke
Tauladan teladan yaitu iaitu Yunit Unit
Zohor zuhur agreget agregat Aked Arked
Aljebra algebra arithmetik aritmetik Artifek Artifak
Audien audiens automatif automotif Ejensi Agensi
e-mail e-mel faksimili faksimile fotostet Fotostat
Hirarki hierarki jeket jaket kefeteria Cafeteria
kimoterapi kemoterapi komisyen komisen konsotium Consortium
Kuartza kuarza lojistik logistik Pekej Pakej
Saidina sayidina sayyid sayid silaturrahim Silaturahim
Stoking stoking sunnah sunah Dairi Diari
Resdung restung tahyul tahayul koay teow Kuetiau
Mee mi beryani beriani Ciplak Jiplak
Celupar celopar tart tat Bahulu Baulu
Skuash skuasy mertua mentua mengkarung Bengkarung
Period periode fasik fasiq nusyuz Nusus
Spaghetti spageti sandwich sandwic Tahu Tauhu
satay sate telor telur Anih Aneh
Pelusuk pelosok jenerasi generasi Jazz Jaz
teknoloji teknologi ajenda agenda Geris Gris
Trajedi tragedi penal panel Kopun Kupon
Hipokret hipokrit sain sains Stem Setem
Panatia panitia agong agung motorsikal Motosikal
Cendikia cendekia lapur lapor leukimia Leukemia
Platform platform profail profil Rebet Rebat
Sabsidi subsidi spesis spesies stensel Stensil
vokasyenal vokasional redha reda Putra Putera
SALAH BETUL SALAH BETUL
mengenengahkan mengetengahkan mengenepikan Mengetepikan
beserta berserta memperolehi Memperoleh
mempastikan memastikan mengkagumkan Mengagumkan
mengwujudkan mewujudkan merbahaya Berbahaya
mengswastakan menswastakan nasionalisma Nasionalisme
patriotisma patriotisme pesaraan Persaraan
perlaksanaan pelaksanaan perlantikan Pelantikan
perletakan peletakan mekanisma Mekanisme
menakrifkan mentakrifkan memperuntukan Memperuntukkan
peruntukkan peruntukan perlabelan Pelabelan
menakibatkan mengakibatkan pengwartaan Pewartaan
perlesenan pelesenan pemerosesan Pemprosesan
pengembala penggembala pengemblengan penggemblengan
organisme organisma berkerjasama bekerjasama
beserban berserban memperindahkan memperindah
memperluaskan memperluas memperlebarkan memperlebar
memperhebatkan memperhebat mempertajamkan mempertajam
memperteguhkan memperteguh memperjernihkan memperjernih
mempertingkat mempertingkatkan mempersembah mempersembahkan
memperakui memperakukan memperhalusi menghalusi
kesesakkan kesesakan kebanyakkan kebanyakan
menggalakan menggalakkan persisiran pesisiran
pengkebumian pengebumian memperbaiki membaiki
memperkuasai menguasai memperdalami mendalami
mempersetujui menyetujui keburukkan keburukan
kebaikkan kebaikan perlancaran pelancaran
mengsabotaj mensabotaj kemasukkan kemasukan
menyintai mencintai memasukan memasukkan

PERIHAL IMBUHAN
1. RUMUS AYAT DUA OBJEK ( Kata Kerja Dwitransitif )
Jika kata dasar dapat menerima apitan meN--kan dan meN--i
meN--kan ( penanda kausatif ) Pak Osman menghadiahkan sebuah basikal
kepada Ahmad.
meN--i ( penanda lokatif ) Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah
basikal.
RUMUS men--kan = Objek Tidak Bernyawa = kepada
men--i = Objek Bernyawa
CONTOH LAIN Ibu mengirimkan sepucuk surat kepada ayah.
Ibu mengirimi ayah sepucuk surat.
Jika kata dasar dapat menerima apitan meN-..kan dan meN-
meN--kan ( penanda benefaktif ) Kakak membuatkan ayah secawan kopi.
meN- Kakak membuat secawan kopi untuk ayah.
RUMUS meN-kan = Objek Bernyawa
men- = Objek Tidak Bernyawa = untuk
CONTOH LAIN Ibu menjahitkan ayah sepasang baju.
Ibu menjahit sepasang baju untuk ayah.
PANDUAN MENENTUKAN IMBUHAN YANG BETUL
1. pelantikan atau perlantikan
kata dasar = lantik kata kerja transitif = melantik
rumus meN- akan berpadanan dengan peN-
rumus beR-akan berpadanan dengan peR-
= melantik pelantikan
contoh lain = melucut ( pelucutan ), meletakkan ( peletakan ),
melaksanakan ( pelaksanaan )
melanggar ( pelanggaran ) berlanggar ( perlanggaran )
2. memperbesar atau memperbesarkan
kata dasar = besar golongan kata = kata adjektif
rumus apitan rangkap memper--kan digunakan bersama-sama dengan kata nama,
kata kerja
rumus apitan rangkap memper- digunakan bersama-sama dengan kata adjektif
= memperbesar ( / ) memperbesarkan ( X )
= mempertingkatkan ( / ) mempertingkatkan ( X )
= mempersembahkan ( / ) mempersembahkan ( X )
perbezaan antara membesarkan dengan memperbesarkan
- meN--kan = menjadikan sesuatu bersifat dengan adjektif itu
- memper-= menjadikan sesuatu bersifat lebih
= membesarkan menjadikan sesuatu yang kecil lebih besar
= memperbesar menjadikan sesuatu yang sedia besar lebih besar

3. p, t, k, dan s
- kata dasar yang bermula dengan konsonan p, t, k, dan s akan diluluhkan apabila
diimbuhkan dengan imbuhan meN- dan peN-
- pasti - memastikan mempastikan ( X )
- kagum - mengagumkan mengkagumkan ( X )
- cinta - mencintai menyintai ( X )
- sejahtera - menyejahterakan mensejahterakan ( X )
4. awalan beR-
- melalui rumus disimilasi, apabila suku kata pertama kata dasar mempunyai er-, maka
imbuhan ber akan menjadi be, contohnya kerja akan menjadi bekerja.
- tetapi, yang lain tidak demikian seperti bercermin, berserta, berserban, dan
berterbangan.
- begitu juga dengan tersergam dan terserlah.
5. k atau kk
- kata nama terbitan tidak ada yang berakhiran kan.
- kata kerja terbitan tidak ada yang berakhiran an.
- galak = Galakan yang diterima daripada gurunya amat dihargai.
= Gurunya menggalakkan dia melibatkan diri dalam kegiatan sukan.
- kebanyakan / kebanyakkan membanyakan / membanyakkan
6. g atau gg
- gali menggali gembleng menggembleng gembala menggembala
mengembala (X)

UJI PEMAHAMAN

1. Majistret itu ( menjatuhkan / menjatuhi ) penjenayah itu hukuman yang berat.


2. Penjenayah itu ( dijatuhkan / dijatuhi ) hukuman yang berat oleh majistret itu.
3. Hukuman yang berat ( dijatuhkan / dijatuhi ) oleh majistret itu kepada penjenayah itu.
4. Kakak ( memasakkan / memasak ) sup ekor untuk tetamu yang hadir.
5. Kakak ( memasakkan / memasak ) tetamu yang yang hadir sup ekor.
6. Dia ( membacakan / membaca ) buku cerita untuk adiknya.
7. Dia ( membacakan / membaca ) adiknya buku cerita.
8. Cikgu Rizal ( menulis / menuliskan ) sebuah karangan untuk Dewi
9. Cikgu Rizal ( menulis / menuliskan ) Dewi sebuah karangan.
10. Kamal ( melukis / melukiskan) gambar pemandangan yang cantik untuk adiknya.
11. Kamal ( melukis / melukiskan ) adiknya gambar pemandangan yang cantik.
12. Sultan Melaka ( mengurniakan / mengurniai ) pingat kebesaran kepada Hang Tuah.
13. Dia ( memberi / memberikan ) pendapat yang bernas kepada saya.
14. Dia ( memberi / memberikan ) saya pendapat yang bernas.
15. Ibu ( membeli / membelikan ) ayah seutas jam tangan berjenama Omega.
1. dikejar dan dikejarkan
a. Mangsa kemalangan itu.ke hospital oleh orang ramai yang berada di
situ.
b. Peragut itu ..oleh orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut.
2. pendalaman dan pedalaman
a. Kerajaan akan berusaha memajukan kawasan.
b. Kerajaan akan memantau projeksungai itu.
3. berpandu dan berpandukan
a. Para pendaki Gunung Everestkepada peta yang dibawa.
b. laporan itu, pihak polis akan memulakan siasatan.
4. memperisteri dan memperisterikan
a. Datuk MarzukiAliya dengan anaknya, Johan
b. Datuk Marzuki.Aliya setelah disetujui oleh ahli keluarganya.
5. menemui dan menemukan
a. Cikgu Mona sering.kesalahan ejaan dalam karangan pelajarnya.
b. Cikgu Mona sering.Cikgu Aishah di bilik SPBT.
6. memberitahu dan memberitahukan
a. Janganlah .saya perkara yang tidak baik.

b. Janganlah..perkara yang tidak baik kepada saya.

7. pelanggaran dan perlanggaran


a. Akibatitu, mangsa kemalangan terpaksa dirawat di hospital.
b. .disiplin dalam kalangan murid sekolah semakin serius.
8. mengajar dan mengajarkan
a. Guru-guru yang sedang berkursus ini pasti..subjek Bahasa Melayu.
b. Sudah pasti guru-guru tersebut anak didik mereka aspek tatabahasa.
9. merasa dan berasa
a. Janganlah.kecewa sekiranya tidak dapat menjawab soalan ini.
b. Isterinyakuah laksa yang masih panas itu.

10. merujuk dan merujuki


a. .kepada perkara itu, pihak kami akan melakukan siasatan.
b.Pihak kami akan melakukan siasatan setelahperkara itu.
11. penempatan dan petempatan
a. Orang Cina dipercayai telah mempunyai..awal di Melaka.
b. Penduduk kampung itu perlu melalui..semula jika ingin mengecap
pembangunan.
KESALAHAN UMUM TATABAHASA

Arahan : Ayat-ayat di bawah tidak gramatis. Betulkan ayat tersebut.


1. Pihak sekolah akan melawat Melaka Bandaraya Bersejarah. Justeru itu, mana-
mana murid yang berminat untuk menyertainya, bolehlah berjumpa Cikgu Masri.
2. Di antara kumpulan-kumpulan muzik yang terkenal di tanahair ialah kumpulan
XPDC.
3. Kami mengucapkan setinggi penghargaan di atas kerjasama yang mereka
hulurkan.
4. Notis itu ditampal oleh saya di papan kenyataan sejak dari semalam lagi.
5. Penghulu kampung saya amat prihatin terhadap kebajikan penduduk-penduduk

kampung yang kebanyakkannya berpendapatan rendah.

6. Sikap saling hormat-menghormati perlulah dipupuk sejak kecil lagi demi untuk
mengwujudkan sebuah masyarakat yang sejahtera.
7. Untuk mempertingkat keupayaan pasukan polis, kerajaan akan memperhebatkan
usaha menarik golongan belia menyertainya. Berbagai-bagai peruntukkan akan
disediakan
8. Ibu-ibu bapa diharap dapat menjelaskan dengan segera yuran persekolahan
agar proses pembelajaran tidak terjejas.
9. Perkara itu kami akan selidiki dari masa ke semasa agar kebenaran dapat
ditemui.
10. Di antara tempat yang dikunjungi oleh kami dalam rangka lawatan ke Indonesia
itu adalah beberapa buah masjid yang terselamat ketika bencana tsunami
melanda negara itu beberapa tahun yang lalu.

You might also like