You are on page 1of 25

015/025/035 MATEMATIK

BENTUK KERTAS SOALAN

Kertas Matematik terdiri daripada DUA kertas:

Kertas 1: Kertas ini mengandungi 40 soalan objektif dwibahasa. Soalan telah


direka bentuk didahului dengan Bahasa Inggeris dan diikuti dengan bahasa
pengantar mengikut aliran sekolah masing-masing iaitu bahasa Melayu bagi
Sekolah Kebangsaan, Bahasa Cina bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan
Bahasa Tamil bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi
setiap soalan, calon dikehendaki memilih satu jawapan sahaja.

Calon dikehendaki menjawab semua soalan dengan menghitamkan piihan


jawapannya pada kertas jawapan yang disediakan dalam tempoh masa satu (1)
jam.

Kertas 2: Kertas ini terdiri daripada 20 soalan subjektif dwibahasa. Soalan telah
direka bentuk didahului dengan Bahasa Inggeris dan diikuti dengan bahasa
pengantar mengikut aliran sekolah masing-masing iaitu bahasa Melayu bagi
Sekolah Kebangsaan, Bahasa Cina bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan
Bahasa Tamil bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

Calon dikehendaki menjawab semua soalan pada ruangan yang disediakan


dalam masa 40 minit. Calon dibenarkan menjawab soalan sama ada dalam
bahasa pengantar atau Bahasa Inggeris.

Matematik 1 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010


PRESTASI KESELURUHAN

Prestasi calon tahun ini menunjukkan peningkatan. Kebanyakan calon dapat


menjawab soalan berbentuk penyelesaian masalah yang memerlukan kemahiran
aplikasi dengan baik. Ramai calon telah mempersembahkan langkah kerja yang
teratur menepati kehendak soalan.

Namun terdapat segelintir calon dalam kumpulan tinggi cuba menjawab tanpa
memberi langkah kerja yang lengkap.

Sebilangan calon cuai dalam memindah angka daripada soalan semasa


membuat kerja pengiraan. Ekoran daripada itu, calon telah menghasilkan
jawapan yang tidak jitu walaupun langkah pengiraan ditunjukkan oleh calon
adalah betul.

Calon dalam kumpulan sederhana dan rendah tidak dapat menterjemah data
dalam soalan kepada ayat matematik. Calon dalam kumpulan ini juga didapati
hanya menyelesaikan sebahagian soalan.

Pada keseluruhannya persembahan jawapan yang dikemukakan oleh calon


pada tahun ini adalah baik.

PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN PENCAPAIAN

Pencapaian Calon Dalam Kumpulan Tinggi

Calon dapat menjawab semua soalan termasuk soalan aplikasi dengan


mengolah jawapan yang teratur dan menepati kehendak soalan. Jawapan yang
dipersembahkan amat menyakinkan bahawa calon telah menguasai
pengetahuan dan semua kemahiran matematik yang dipelajarinya dengan baik.

Pencapaian Calon Dalam Kumpulan Sederhana

Calon telah menguasai kemahiran asas dan boleh menjawab soalan dengan
tepat. Kesilapan yang sering dilakukan oleh calon adalah kecuaian dalam
memindah angka dari soalan ke langkah kerja dalam langkah pengiraan.

Terdapat juga calon yang cuai memindah jawapan dari langkah kerja ke jawapan
akhir mengakibatkan jawapan akhirnya salah. Banyak calon melakukan
kesilapan dalam penggunaan simbol peratus (%) dan unit metrik pada jawapan
akhir.

Matematik 2 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010


Sebilangan calon tidak faham kehendak soalan dan meneruskan kerja pengiraan
setelah memperoleh jawapan akhir mengakibatkan calon memberi jawapan yang
tidak tepat.

Dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan pertukaran unit, didapati banyak


calon yang boleh menjawab soalan dengan betul tetapi silap dalam pertukaran
uint dalam jawapan akhir.

Terdapat juga calon yang belum menguasai kemahiran membaca waktu dari
muka jam dan tidak dapat membezakan antara waktu dan tempoh masa.

Pencapaian Calon Dalam Kumpulan Rendah

Calon boleh menjawab soalan yang melibatkan kemahiran asas matematik.


Namun calon tidak dapat menggunakan kemahiran asas ini dalam menjawab
soalan aras sederhana dan tinggi. Hampir semua calon tidak dapat menjawab
soalan yang berbentuk penyelesaian masalah.

Jawapan calon didapati kurang teratur. Calon juga tidak boleh mentafsir soalan
dengan betul, justeru itu tidak boleh menjawab mengikut kehendak soalan.

Matematik 3 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010


PRESTASI TERPERINCI

SOALAN NO 1

Calon telah menguasai kemahiran menetukan nilai tempat dan memberikan


jawapan yang tepat.

Walaubagaimanapun masih terdapat sebilangan kecil calon yang tidak faham


dan tidak dapat membezakan antara nilai tempat dan nilai digit.

Matematik 4 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010


SOALAN NO 2

Calon telah menguasai kemahiran konsep asas pecahan. Calon dapat


menentukan pecahan kawasan yang berlorek daripada seluruh gambar rajah
dan dapat menulis pecahan dengan betul.

Namun terdapat calon yang tidak tahu menulis nombor pecahan kerana keliru
kedudukan penyebut dan pengangka.

Matematik 5 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010


SOALAN NO 3

Calon telah menguasai kemahiran membundarkan angka perpuluhan kepada


persepuluh yang terdekat.

Calon yang tidak dapat menjawab adalah dalam kalangan yang tidak menguasai
kemahiran membundarkan angka perpuluhan.

Matematik 6 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010


SOALAN NO 4

Calon yang menjawab dengan tepat menunjukan calon telah menguasai


kemahiran membaca skala pada bikar yang diberikan dalam gambar rajah.

Calon juga teliti dalam menentukan nilai sengatan dan menjawab dalam unit
yang betul menepati kehendakan soalan. Namun terdapat calon yang tidak
menguasai kemahiran membaca skala.

Terdapat juga calon telah mendapat membaca skala pada bikar dengan betul
tetapi memberi jawapan dalam unit yang tidak menepati kehendak soalan.

Matematik 7 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010


SOALAN NO 5

Calon tahu ciri-ciri bentuk 3 matra khususnya bentuk kon seperti


yang dikehendaki soalan dan boleh menamakan bentuk 3 matra
yang diberi itu dengan betul.

Dalam pada itu ada calon yang tidak dapat menulis perkataan kon
dengan ejaan yang betul. Terdapat juga calon yang
membentangkan dua jawapan kerana tidak pasti jawapan yang
betul.

Matematik 8 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010


SOALAN NO 6

Calon telah menguasai kemahiran operasi tolak yang melibatkan proses


mengumpul semula dari puluh ke sa.

Di samping itu terdapat juga calon yang hanya menggunakan kemahiran asas
menolak dengan mengambil angka yang lebih besar dalam soalan menolak
angka yang lebih kecil..

Ada juga calon yang melakukan kesilapan kerana tidak teliti dengan simbol
operasi dalam soalan dan melakukan operasi tambah.

Matematik 9 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010


SOALAN NO 7

Calon telah menguasai kemahiran asas operasi bahagi pecahan


dengan nombor bulat. Calon menyelesaikan operasi ini dengan
langkah yang teratur dan tepat.

Kelemahan ketara yang ditunjukkan oleh calon antaranya ialah


mendarab terus nombor pecahan dengan nombor bulat yang diberi
dalam soalan. Terdapat juga calon membuat kesilapan dengan
menterbalikkan angka nombor pecahan dalam langkah kerja
mencari jawapan.

Matematik 10 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010


SOALAN NO 8

Calon telah menguasai operasi tolak nombor perpuluhan daripada nombor bulat.
Calon dapat menyusun nombor mengikut tempat angka dengan betul sebelum
operasi menolak.

Terdapat calon yang menolak nombor bulat daripada nombor perpuluhan. Ini
menunjukkan calon tidak faham konsep nilai nombor perpuluhan serta
menganggap nombor perpuluhan itu lebih besar nilainya daripada nombor bulat.
Terdapat juga calon yang cuai dalam operasi menolak mengakibatkan jawapan
akhirnya tidak tepat.

Matematik 11 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010


SOALAN NO 9

Calon boleh menterjemah soalan dalam ayat bahasa ke dalam ayat matematik.
Calon juga menguasai kemahiran mencari peratusan daripada nombor bulat.

Terdapat calon yang tidak faham simbol peratus dan meletakkan simbol peratus
itu pada tempat yang tidak sepatutnya.

Sebahagian kecil calon tidak menguasai kemahiran mendarab nombor bulat


dengan pecahan dan menghasilkan jawapan akhir yang tidak betul.

Matematik 12 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010


SOALAN 10

Calon telah menguasai kemahiran asas darab yang melibatkan pertukaran unit
dalam konteks wang.

Kelemahan yang ketara ialah calon boleh melakukan operasi mendarab tetapi
tidak dapat mempersembahkan langkah kerja dengan betul. Masih terdapat
calon yang menulis kedua-dua simbol Ringgit dan Sen dalam jawapannya
menyebabkan jawapan akhirnya tidak tepat.

Matematik 13 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010


SOALAN 11

Calon telah menguasai kemahiran operasi bergabung dalam konteks nombor


bulat dan dapat menyelesaikan operasi bahagi dahulu diikuti dengan operasi
tolak.

Calon yang tidak menguasai kemahiran operasi bergabung dan hanya


melakukan operasi mengikut urutan operasi yang diberi dalam soalan.

Matematik 14 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010


SOALAN 12

Calon menguasai kemahiran operasi asas tolak yang melibatkan operasi


pengumpulan semula daripada minit ke saat dan dapat menghasilkan jawapan
akhir dengan tepat.

Calon yang belum menguasai konsep masa banyak melakukan kesilapan dalam
proses pengumpulan semula daripada minit ke saat.

Matematik 15 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010


SOALAN 13

Calon dapat menterjemah data daripada soalan penyelesaian masalah kepada


ayat matematik dan menyelesaikan operasi pengiraan mengikut langkah yang
betul. Calon telah menguasai kemahiran mencari purata.

Terdapat sebahagian calon yang hanya mengambil nombor dari soalan dan
melakukan sebarang olahan yang tidak berasaskan kehendak soalan.

Matematik 16 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010


SOALAN 14
Calon yang menjawab dengan betul telah menguasai kemahiran membaca muka
jam dan meneruskan olahan mencari tempoh masa. Calon juga dapat
membezakan konsep tempoh masa dan waktu.

Masih terdapat calon yang belum menguasai kemahiran mengenal jarum jam
dan minit dalam membaca waktu dari muka jam.

Matematik 17 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010


SOALAN 15
Calon yang menjawab dengan tepat dapat mentafsir jadual dan menggunakan data dari
jadual untuk melakukan penyelesaian masalah yang dikemukakan dalam soalan. Calon
juga boleh melakukan pertukaran unit dalam konteks ukuran panjang dengan baik.

Terdapat sebahagian calon yang hanya mengambil nombor dari jadual dan
melakukan sebarang olahan yang tidak berasaskan kehendak soalan. Calon
juga tidak menguasai kemahiran pertukaran unit dalam konteks ukuran panjang.

Matematik 18 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010


SOALAN 16

Calon dapat menterjemah data daripada soalan penyelesaian masalah kepada


ayat matematik dan menyelesaikan operasi pengiraan mengikut langkah yang
betul. Calon telah menguasai kemahiran mencari purata dalam konteks timbang
berat yang melibatkan operasi bergabung darab dan bahagi.

Terdapat sebahagian calon yang hanya mengambil nombor dari mana-mana


bahagian soalan untuk melakukan olahan yang tidak berasaskan kehendak
soalan.

Matematik 19 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010


SOALAN 17

Calon telah menguasai konsep mencari perimeter bentuk 2 matra dengan mantap.
Calon dapat mencari panjang sisi yang tidak diberi dalam rajah untuk melengkapkan
data bagi mencari perimeter.

Sebahagian daripada calon yang tidak menguasai konsep perimeter menjawab dengan
sama ada menjumlahkan semua sisi pada rajah atau menjumlahkan sebahagian sisi
sahaja yang terdapat pada rajah.

Matematik 20 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010


SOALAN 18

Calon memahami ciri-ciri sebuah kubus dan menguasai kemahiran mencari isipadu
sebuah kubus dapat menjawab dengan langkah kerja yang jelas dan tepat.

Kesilapan yang lazim dilakukan oleh calon yang tidak berapa jelas mengenai ciri-ciri
kubus telah menjawab dengan membuat olahan tambah atau darab menggunakan
panjang sisi pada rajah secara tidak berasas.

Matematik 21 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010


SOALAN 19

Calon telah menguasai konsep carta pai dan dapat mengolah data yang diberikan untuk
mencari peratusan yang tidak diberikan dan seterusnya mencari nilai peratusan dengan
tepat.

Terdapat calon yang belum menguasai konsep carta pai mengakibatkan calon tidak
dapat mencari peratusan yang tidak diberikan dalam carta pai tersebut. Justeru itu calon
tidak dapat mencari nilai peratusan yang dikehendaki.

Matematik 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010


SOALAN 20

Calon dapat menterjemah data daripada soalan penyelesaian masalah kepada


ayat matematik dan menunjukkan langkah kerja mencari purata yang tepat.
Calon juga telah menguasai kemahiran mencari purata dalam konteks wang.

Terdapat calon yang tidak teliti kehendak soalan dan tersilap dalam langkah
olahan pembahagian dalam konsep purata.

Sebahagian daripada calon yang meneruskan langkah pengiraan setelah


mencapai jawapanmengakibatkan jawapan akhir tidak betul.

Matematik 23 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010


SARANAN KEPADA CALON

1. Calon harus menguasai kemahiran asas dalam situasi dan konteks mengikut
kehendak soalan.
2. Membaca soalan dengan teliti dan memahami kehendak soalan sebelum
menjawab.
3. Mereka harus dapat menterjemahakan soalan penyelesaian masalah kepada
ayat Matematik.
4. Persembahan jawapan haruslah menunjukkan langkah-langkah pengiraan yang
teratur, kemas dan tepat untuk mendapat markah penuh.
5. Daya menganalisis dan menyelesaikan masalah calon harus mantap.
6. Membaca soalan dengan teliti supaya tidak salah salin angka atau simbol
operasi dari soalan untuk mendapat jawapan yang betul.
7. Elakkan daripada memberi jawapan tanpa menunjukkan jalan kerja. Cuba
membentangkan jawapan langkah demi langkah dengan jelas dan teratur.
8. Calon harus mantap dalam pertukaran unit misalnya cm kepada m, kg kepada g,
pasti penggunaan simbol atau untuk menukarkan sesuatu unit.
9. Calon harus memahami hukum BODMAS supaya dapat menyelesaikan operasi
bergabung dengan betul.
10. Semak jawapan selepas menjawab supaya tidak berlaku kesilapan seperti salah
menjumlah, salah memindah angka, silap baca soalan, tidak meletak titik
perpuluhan dan memberi jawapan dalam unit yang tidak menepati kehendak
soalan.
11. Memperbanyakkan latihan untuk membiasakan diri dengan bentuk soalan
UPSR.
12. Memastikan pengurusan masa dijalankan dengan baik supaya mengelakkan
kesuntukan masa dan kelam kabut semasa menjawab.

Matematik 24 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010


SARANAN KEPADA GURU

1. Perkukuhkan penguasaan murid bagi fakta asas tambah, tolak, bahagi dan
darab. Pelbagaikan kaedah dan strategi pengajaran mengikut keupayaan murid.
2. Memastikan konsep dan kemahiran asas yang diajar dikuasai oleh murid
sepenuhnya dahulu sebelum melanjut kepada kemahiran yang lebih tinggi
mengikut hirakinya.
3. Melatih murid dalam mentaksir maklumat dan memahami soalan.
4. Memberi penekanan kepada penggunaan kaedah penyelesaian yang betul
khususnya operasi bergabung, penukaran unit, luas, perimeter dan operasi
peratusan.
5. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru harus memberi penekanan
kepada penyusunan langkah penyelesaian jawapan dengan kemas dan teratur.
6. Memberi penekan pada ciri-ciri dan perbezaan antara bentuk dua matra dan
bentuk tiga matra.
7. Memperbanyakkan latihan dalam penukaran unit, mencari luas dan isipadu,
operasi peratusan, operasi bergabung dan pecahan. Penekanan penggunaan
simbol- simbol dengan tepat harus diberi.
8. Memastikan murid memahami perbezaan antara waktu dan tempoh masa.
9. Memastikan murid memahami istilah matematik dan mengenali simbol
matematik.
10. Membiasakan murid membuat semakan pada penyelesaian yang dibuat agar
menepati kehendak soalan.
11. Memastikan kerja semakan dibuat berasingan dan tidak ditulis bersambungan
dengan jawapan akhir.
12. Penekanan harus diberi dalam pengurusan masa semasa membuat latihan
menjawab soalan atau dalam ujian.

Matematik 25 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010

You might also like