You are on page 1of 7

1) Pendahuluan : Jelaskan sebab-sebab British memperkenalkan Malayan

Union .
Sebab-sebab British memperkenalkan Malayan Union ialah sebagai
persediaan kepada Tanah Melayu ke arah membentuk pemerintahn sendiri.

British juga menginginkan pentadbiran yang licin dan menjimatkan kos.


Sebelum Perang Dunia Kedua, Tanah Melayu terbahagi kepada tiga unit
pentadbiran yang berbeza, iaitu Negeri-Negeri Selat(NNS),Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu (NNMB) dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu(NNMTB)
.Kepelbagaian sistem ini telah menelan kos yang besar dan menyenbabkan
pembangunanekonomi di setiap negeri tidak seimbang.
Selain itu, British berhasrat membentuk sebuah bangsa Malayan Union
supaya golongan pendatang dapat melupakan negara asal mereka dan
menumpukan taat setia kepada Malayan Union . Justeru , British dapat
memastikan sumber tenaga dan pelaburan untuk memajukan ekonomi Tanah
Melayu tidak terbantut .Di samping itu, British dapat menjamin penguasaan yang
berterusan terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu selain mengurangkan kuasa
politik orang Melayu.

2. Jelaskan Ciri-ciri MU dan Sebab-sebab masyarakat tempatan menentang.

Perjanjian MU 1946 telah menggabungkan semua negeri di Tanah Melayu dalam


satu unit pentadbiran . Antara syarat utama Perjanjian MU ialah semua Negeri-
negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri
Melayu Tidak Bersekutu serta dua daripada negeri Selat disatukan . seterusnya ,
Baginda Ratu England akan melantik seorang Gabenor British untuk mengetuai
MU . Singapura diasingkan kerana mempunyai kepentingan sebagai pelabuhan
bebas . Asas kerakyatan MU ialah kewarganegaraan sama rata dengan prinsip jus
soli . Raja-raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-raja Melayu yang hanya
membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat orang melayu . Seorang
pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir . Majlis
Eksekutif dan Majlis Undangan MU dibentuk .

Penubuhan MU adalah sebagai suatu usaha untuk mewujudkan sebuah kesatuan


yang dikuasai oleh sebuah pemerintah yang kuat . Pentadbiran MU adalah terus
kepada Parlimen British di London san tidak tertakluk kepada Singapura lagu
seperti sebelumnya . Konsep penatdbiran baru in9i telah menolak tradisi dan
sistem politik orang melayu . Akhirnya , kerajaan MU telah diisytiharkan pada 1
April 1946 di Kings House
( Carcosa Sri Negera ) , KL . Sir Edward Gent telah dilantik sebagai Gabenor
pertam kerajaan MU . Dengan pengisytiharan tersebut , secara rasminya MU
telah menggantikan Pentadbiran Tentera British BMA yang dijalankan di Tanah
Melayu sejak bulan September 1945.

Orang melayu telah menunjukkan pelbagai reaksi terhadap penentangan MU .


Selepas Perang
Dunia Kedua , orang Melyu menganggap tidak sesuai untuk British membuat
pembaharuan
politik di Tanah Melayu . Orang Melayu pada prinsipnya menentang penghakisan
kuasa
Raja-raja Melayu dalam MU , iaitu Raja-raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis
Raja-raja Melayu
tanpa sebarang kuasa . Raja-raja juga kehilangan takhta dan kredibiliti mereka
sebagai
kuasa orangMelayu walaupun mereka masih membincangkan soal agama Islam ,
tetapi zakat fitrah sipungut di bawah nama Gabenor MU . Keadaan ini
bertentangan dengan kedudukan sultan .
Oleh yang demikian , orang Melayu bimbang agama islam akan tercabar .
Orang melayu juga menentang pemberian kerakyatan yang longgar kepada
orang dagang
atau orang luar . Dasar terbuka British ini dilihat akan mengancam status quo
orang melayu sebagai penduduk peribumi . Jumlah orang Melayu juga akan
menjadi kecil dengan kemasukan orang dagang ini . orang melyu juga bimbang
akan kehilangan warisan tamadun yang telah dibina oleh kerjaaan melayu
sperti zaman Kesultanan Melayu Melaka . Mereka beranggapan bahawa
pengenalan MU akan menghapuskan sejarah yang dibina oleh kerajaan tersebut .
lantaran itu , kebanyakn orang Melayu telah keluar menentang MU .

3) Huraikan pembentukan PTM 1948.


British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Eksekutif yang
dianggotai oleh 12 orang ahli.Mereka mengadakan mesyuarat di Kings House ,
Kuala Lumpur. Pada dasarnya,ada lima tuntutan orang melayu iaitu Raja-Raja
Melayu menolak semua prinsip dan struktur Malayan Union.Selain itu,mereka
juga menginginkan sebuah persekutuan seperti konsep Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu.Mereka juga menolak kerakyatan terbuka Malyan Union dan meminta
dasr perlindungan terhadap Negeri-Negeri Melayu dan orang melayu
dipulihkan.Mereka juga menuntu supaya Raja-Raja Melayu sebagai ketua Negeri-
Negeri Melayu diakui semula.
Perundingan ini ditentang oleh orang dagang dan golongan radikal
Melayu pimpinan Dr.Burhanuddin al-Helmy .Mereka berpendapat Jawatankuasa
eksekutif itu tidak mewakili semua pihak kerana tidak disertai oleh seorang
perwakilan oaring dagang.Mareka menuntut konsep sebuah republic dan
kemerdekaan penuh . Majlis Tindakan Bbersama Seluruh Malaya atau All Malayan
Council of Joint Action(AMCJA) dan Pusat Tenaga Rakyat(PUTERA) telah
ditubuhkan pada awal tahun 1947 untuk menentang British dan UMNO .
Mereka mengadakan pelbagai tindakan seperti ceramah politik ,
demonstrasi dan mogok . Mereka turut mencadangkan sebuah perlembagaan ,
iaitu Perlembagaan Rakyat .Untuk berlaku adil, British telah bersetuju
menubuhkan Jawatankuasa Perunding bagi mendapatkan pendapat mereka
dalam menyediakan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 .
4. Berdasarkan tindakan pemimpin tempatan menentang MU . Jelaskan langkah
yang akan anda ambil untuk membina kekuatan negara dalam masyarkat
berbilang kaum .
Menyelesaikan masalah ini akan mejadi mudah apabalia masyarakat
bersatu padu . Masyarakat yang berbilang kaum bukanlah menjadi satu bebanan
bagi sesebuah negara untuk menentang MU . Bantahan dapat dilaksanakan
secara berterusan melalui akhbar-akhbar di negara kita . Zaman ini , ramai
masyarakat yang membaca surat khabar . Oleh yang demikian , lebih mudah
untuk mempengaruhi minda mereka dan lebih senag menyampaikan sesuatu
berita . seterusnya ialah , mengadakan demonstrasi secara aman . Demonstrasi
dapat mengeratkan hubungan apabila semua masyarakat berhimpun dan
mempunyai satu matlamat yang sama . Seterusnya , Raja-raja Melayu perlu
berkumpul dan menyatakan keperluan mereka dengan berhati-berhati .
Menghidupkan persatuan-persatuan untuk menentang MU . Apabila wujudnya ,
persatuan tidak perlulah wujudnya pemberontakan dan pembangkang . ini akan
menyulitkan proses penentangan MU . Ahli dan penyokong mestilah berdiri
bersama untuk menyatukan matlamat .

5) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, jelaskan kesan kerjasama antara


kaum kepada kesejahteraan negara Malaysia.
Kesan-kesan kerjasama antara kaum kepada kesejahteraan negara
Malaysia ialah dapat melindungi negara daripada ancaman kuasa luar . Negara
yang mempunyai masyarakat yang berkerjasama antara satu sama lain
dapat melemahkan gerakan kuasa luar yang ingin menakluk negara kerana kunci
rahsia negara dikawal ketat oleh sikap masyarakat yang saling berkerjasama
dalam menjamin kedaulatan negara.
Selain itu , perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat juga dapat
diwujudkan . Perpaduan rakyat amat penting demi menjamin keamanan dan
kesejahteraan negara.Masyarakat yang bersatu padu akan melahirkan sebuah
negara yang aman dan tiada masalah pertelingkahan antara kaum berlaku.
Seterusnya , negara Malaysia juga akan dihormati dan disegani oleh
negara asing kerana kekal aman meskipun terdapat masyarakat yang berbilang
kaum . Kuasa luar yang berminat untuk menguasai negara akan membatalkan
niat mereka kerana takut dengan semangat rakyatnya dalam mengekalkan
keamanan negara.
Di samping itu,ekonomi negara juga akan meningkat . para pelabur
asing tidak akan berasa was-was untuk melabur di negara Malaysia kerana
negara yang aman dan bersih dari segala masalah . Pelancong asing juga
berminat untuk melancong di sini kerana negara yang aman dan makmur .
Oleh yang demikian , kerjasama antara kaum dapat memudahkan
Malaysia menuntut hak sebagai warganegara . Contohnya , hak keistimewaan
dalam memilih calon pemimpin untuk mentadbir negara dan sebagainya .

6. Bincangkan langkah yang perlu diamalkan untuk membentuk konsep rakyat


didahulukan , pencapaian diutamakan .
Pembentukan masyarakat majmuk yang harmonis merupakan agenda
kerajaan yang paling penting kerana prasangka perkauman boleh
menghancurkan perpaduan yang sedia wujud. Menyedari hakikat dan
kepentingan mengekalkan perpaduan maka pelbagai langkah perlu dijalankan
bagi memastikannya berterusan.
Antara kepentingan mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat
majmuk ialahuntuk mengekalkan keharmonian dan mengelakkan
perselisihan. Penduduk Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa boleh
hidup aman damai sejak dahulu lagi kerana adanya perasaan saling
menghormati dan memahami antara satu sama lain. Amalan nilai murni ini
menjadi tunjang kekuatan sesebuah negara. Perkara ini dapat mengelak
berlakunya perselisihan seperti kejadian dalam sejarah hitam negara iaitu
peristiwa 13 Mei 1959. Rusuhan kaum yang berlaku tidak memberi apa-apa
keuntungan malah membawa banyak kemudaratan.

Perpaduan kaum yang wujud juga turut mempercepat dan memperkasa


pembangunan negara. Rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap bertoleransi
dan hidup bersatu-padu memangkinkan usaha memajukan negara dalam
segenap aspek merangkumi ekonomi, sosial, politik dan pendidikan.
Pembangunan pesat yang jelas kelihatan pada hari ini membantu masyarakat
menjalani kehidupan seharian dengan selesa. Sebaliknya, jika keharmonian kaum
terancam maka amat sukarlah kerajaan mengatur agenda mencapai kemajuan
negara. Kesannya negara akan ketinggalan dan rakyat menderita kemiskinan.

Bagi merealisasikan kejayaan negara dengan ramuan perpaduan kaum ini,


maka bagai usaha ke arahnya hendaklah terus dijalankan. Antara lain, kerajaan
mewujudkan banyak dasar bertujuan menerapkan nilai-nilai bagi mengekalkan
perpaduan kaum. Terkini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun
Razak menggunakan konsep 1 Malaysia. Dasar kepimpinan yang
memperkenalkan konsep rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan
memperlihatkan keutamaan masyarakat dalam pencapaian sesebuah negara.
Tanpa rakyat yang bersatu padu maka pincanglah negara itu.

Selain itu, segenap lapisan masyarakat juga berperanan menjalankan


tanggungjawab masing-masing untuk memelihara perpaduan. Media massa
sebagai medium komunikasi menjadi saluran maklumat dan membangkitkan
semangat bersatu-padu. Memperbanyakkan iklan dan risalah melalui kempen-
kempen mencintai negara dapat menyedarkan masyarakat tentang peri
pentingnya menjaga keharmonian hidup sesama rakyat. Semua ini dapat
dikongsi bersama-sama dengan adanya alat komunikasi media massa seperti
televisyen, radio mahupun internet. Kemudahan yang kita nikmati sekarang ini
adalah bukti nyata hasil kemajuan negara.

Kesimpulannya, kemakmuran negara berkait rapat dengan hubungan baik antara


kaum yang sama-sama mendokong usaha ini. Hubungan baik inilah yang perlu
diamalkan bila-bila masa dan selamanya agar kejayaan yang kita nikmati kini
tidak ranap begitu sahaja setelah hampir 54 tahun negara kita mencapai
kemerdekaan.

7) Apakah nilai murni dan iktibar yang dihayati hasil daripada kehidupan
berteraskan amalan permuafakatan dalam kehidupan.

Antara nilai murni dan iktibar yang dihayati hasil daripada kehidupan
berteraskan amalan permuafakatan dalam kehidupan ialah keamanan negara
dapat dijamin dengan wujudnya masyarakat yang bersatu padu . Perpaduan
yang kukuh antara satu sama lain akan melahirkan negara yang aman,tiada
masalah perselisihan faham yang menyebabkan kesejahteraan negara tergugat.
Selain itu , amalan berkerjasama juga dapat dipupuk antara satu sama
lain hasil daripada kehidupan berteraskan permuafakatan dalam kehidupan .
Masyarakat yang berkerjasama dapat membantu negara mempertingkat mutu
perpaduan rakyat yang dapat mewujudkan negara yang aman dan makmur .
Seterusnya , masyarakat yang bersemangat patriotik juga dapat
dilahirkan . Melalui permuafakatan yang wujud dalam masyarakat , kesedaran
tentang semangat cinta akan negara sedikit demi sedikit akan wujud . Kita
perlulah bersemangat patriotik demi menjamin kedaulatan negara.
Di samping itu , kita haruslah saling hormat-menghormati antara satu
sama lainagar tiada masalah persilisihan faham . Amalan hormat-menghormati
dapat memudahkan segala urusan yang dijalankan di dalam negar berjalan
lancer.
Justeru , kita juga hendaklah saling berkerjasama dalam
mempertahankan kedaulatan negara.Kemerdekaan negara hanya dapat dicapai
melalui kerjasama antara masyarakat Malaysia.

8. Pengetahuan yang diperoleh , iktibar kepada diri , bangsa serta harapan untuk
masa depan Malaysia yang lebih cemerlang .

iktibar daripada peristiwa penentangan terhadap Malayan Union ialah


masyarakat Perlu bertegas dalam menyatakan bantahan . Perlu
adanya perpaduan di kalangan masyarakat malaysia yang berbilang kaum .
Mengadakan rundingan sebelum sesuatu dasar dibuat .Berhati-hati dengan
tindakan orang asing . Pentingnya pemimpin berwibawa untuk memerintah
negara kita .
pengenalanMU telah menguji kesabaran orang Melayu terhadap British yang
inginkan penjajahan mutlak terhadap Tanah Melayu . Orang Melayu buat pertama
kalinya dalam sejarah selepas zaman Kesultanan Melayu Melaka bangun
menentang British . Rentetan daripada penyatuan tersebut , Kongres Melayu
1946 telah diadakan dan UMNO ditubuhkan untuk menentang niat jahat British
tersebut . Kerjasama antara raja-raja melayu dengan UMNO dan orang melayu
pada keseluruhannya telah menyebabkan British mula berle,but dan memulakan
rundingan . Akhirnya , penat lelah tersebut terbayar apabila Perjanjian
Persekutuan 1948 telah membolehkan Persekutuan Tanah Melyu dibentuk 1
Febuari 1948 . Perjanjian tersebut telah memperkenalkan semula dasar kuasa
british sebelum tahun 1941 .

You might also like