You are on page 1of 4

PENGENALAN

Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan pendidikan prasekolah bagi membolehkan

kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun memasuki persekolahan lebih awal,

terutamanya kanak-kanak daripada golongan berpendapatan rendah. Hal ini disebabkan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia mula melaksanakan program pendidikan prasekolah annex

pada tahun 1992, sebagai projek rintis berdasarkan keputusan Jemaah Menteri pada 18

Disember 1991 yang telah bersetuju mewujudkan sebanyak 1,131 buah kelas prasekolah.

Sementara itu Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Jun 2001 telah bersetuju supaya KPM

meneruskan program peluasan prasekolah mulai tahun 2002. Sejak daripada itu peluasan

prasekolah telah dijalankan dari semasa ke semasa mengikut dasar sedia ada, NKRA

Pendidikan dan juga cadangan peluasan dalam RM Ke10.

Matlamat pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam

semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai

persediaan untuk masuk ke sekolah rendah. Menurut Akta Pendidikan 1996 Kementerian

Pelajaran Malaysia memperuntukkan bahawa Sistem Pendidikan Kebangsaan merangkumi

Pendidikan Prasekolah, Pendidikan Rendah, Pendidikan Menengah, Pendidikan Lepas

Menengah dan Pendidikan Tinggi. Hal ini menjadi tanggungjawab KPM untuk memberi

perhatian yang serius kepada pembangunan pendidikan prasekolah di negara ini.

Selain itu, Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan aspek-aspek penting mengenai

prasekolah, iaitu penubuhan tadika, kuasa Menteri menubuh dan menyelenggara tadika,

kurikulum prasekolah, bahasa pengantar, pengajaran Agama Islam dan sebagainya.Dari segi

pendemokrasian pendidikan, dasar yang khusus membolehkan kanak-kanak menikmati

peluang pendidikan prasekolah tanpa mengira pendapatan keluarga, kawasan tempat tinggal

dan kumpulan etnik termasuk kanak-kanak dengan keperluan pendidikan khas (Children With

Special Education Needs).Di antara prinsip-prinsip asas dasar ialah menyediakan kemudahan
pendidikan prasekolah kepada kanak-kanak yang berumur antara 4 dan 6 tahun. Hal ini

untuk memastikan penggunaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Oleh itu, guru-

guru prasekolah hendaklah mempunyai latihan dalam bidang pendidikan prasekolah. Hal ini

demikian untuk memastikan kemudahan fizikal dan peralatan bersesuaian dan berkualiti

dibekalkan.

Seterusnya itu, Satu mekanisma naziran dan penyeliaan dijalankan. Kerajaan juga

memastikan semua institusi pendidikan prasekolah mematuhi Peraturan-Peraturan Pendidikan

Prasekolah 1996 seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 24, Akta Pendidikan 1996.

Manakala, pengurusan Setiap kelas prasekolah diurus oleh seorang guru dan seorang

pembantu yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Gred jawatan bagi guru

prasekolah ialah DG29 atau DG41 manakala gred jawatan bagi pembantu prasekolah ialah

N17, yakni setaraf dengan jawatan Pembantu Tadbir. Selain itu, murid Setiap kelas mestilah

tidak melebihi 25 orang kanak-kanak berumur 5 dan/atau 6 tahun. Kelayakan untuk

memasuki prasekolah dikira berdasarkan pendapatan keluarga iaitu di bawah RM500. Walau

bagaimanapun had itu boleh dinaikkan sekiranya masih terdapat kekosongan.

Di samping itu, lokasi bangunan prasekolah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia terletak

di kawasan sekolah rendah. Oleh sebab itu saya berminat untuk membuat kajian mengenai

prasekolah di sekolah kebangsaan salak. Sekolah Kebangsaan Salak atau nama ringkasnya

SK Salak, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Pejabat Pos Sepang,. Pada

2009, Sekolah Kebangsaan Salak memiliki 287 pelajar lelaki dan 295 pelajar perempuan,

menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 582 orang. Ia mempunyai seramai 41 orang

guru. Sekolah Kebangsaan Salak ditubuhkan awalnya pada tahun 1928 bertempat di kawasan

berhadapan dengan Masjid Jamek Salak Tinggi sekarang. Ianya dibina di kawasan tanah

kebun milik Hj. Supi. Beliau juga merupakan salah seorang pengasas tertubuhnya sekolah ini.

Sekolah ini juga hanyalah merupakan satu bangunan kecil yang diperbuat daripada kayu dan
dibina secara gotong-royong bagi menempatkan beberapa puluh orang murid. En. Samadi

merupakan murid pertama yang didaftarkan sebagai pelajar di sekolah ini. Hj. Zubir iaitu

anak kepada Hj. Supi juga merupakan antara murid terawal di sekolah ini. Pada tahun 1930

an bangunan sekolah ini telah rosak kerana dihempap pokok dalam satu kejadian ribut yang

melanda Kampung Salak tinggi. Jawatankuasa kampung memutuskan untuk memindahkan

sekolah tersebut ke jalan kubur Kampung Salak. Bangunan sekolah dibina bersebelahan

dengan rumah Raja Jaafar yang merupakan penghulu kampung sewaktu itu. Sekolah Salak

bertahan di situ sehingga tahun 1935.

Pada tahun 1936 Sekolah Salak berpindah ke kawasan tapak sekolah yang ada sekarang.

Bangunan sekolah dibina dengan berdindingkan separuh papan dan separuh bertam dengan

beratapkan nipah. Pada tahun 1958 Sekolah Kebangsaan Salak menerima sebuah lagi

bangunan yang diperbuat daripada kayu untuk dua kelas bertempat berhampiran dengan

rumah Guru Besar bagi menampung bilangan murid yang semakin bertambah. Satu lagi

bangunan turut dibina di pinggir padang yang dikenali sebagai bangunan tukang kayu

tempat murid-murid belajar seni pertukangan selaras dengan dasar pendidikan sewaktu itu.

Kebangsaan Salak terus menerima perubahan dengan mendapat sebuah lagi bangunan

tambahan yang diperbuat daripada batu sepenuhnya pada tahun 1961. Bangunan yang dibina

berhampiran jalan masuk kawasan sekolah itu masih lagi digunakan dan sekarang telah

menjadi bangunan Pejabat Pendidikan Daerah cawangan Sepang. Murid-murid Sekolah

Kebangsaan Salak sewaktu itu datangnya dari Kampung Salak Tinggi, Kampung Giching,

Kampung Baharu Lanjut, Kampung Jijan dan Kampung Lembah Paya. Oleh kerana bilangan

murid semakin bertambah Sekolah Kebangsaan Salak menerima sebuah lagi bangunan dua

tingkat yang dibina berhadapan dengan bangunan asal pada tahun 1968. Bangunan yang

dikenali sebagai blok pejabat sekarang. Walau bagaimanapun, bilangan murid terus

bertambah. Maka pada tahun 1979 sebuah bangunan setingkat empat kelas telah dibina
bersebelahan dengan bangunan dua tingkat dan dikenali sebagai bangunan gotong-royong

kerana pembinaannya secara gotong-royong dengan penduduk kampung. Kini bangunan

tersebut lebih dikenali sebagai blok Kemahiran Hidup. Sebuah lagi bangunan dua tingkat

telah dibina di sebelah kanan bangunan dua tingkat terdahulu pada 7 April 1982. Bangunan

ini menempatkan kantin sekarang. Pihak kerajaan membina sebuah lagi bangunan dua tingkat

dan mempunyai enam kelas bersebelahan dengan bangunan blok 'Kemahiran Hidup' pada

penghujung tahun1970an.

Walau bagaimanapun pada 16 Julai 1996 murid-murid yang datangnya dari Bandar Baru

salak Tinggi telah berpindah ke Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi yang baru

dibuka waktu itu. Pada 2004 prasekolah telah dibina di sekolah kebangsaan salak kerana

pertambahan penduduk di kawasan tersebut. Seterusnya, pada 2010 prasekolah tersebut telah

di tambah menjadi 2 bangunan prasekolah. hal ini disebabkan oleh pertambahan penduduk

kerana pertambahan pekerja di Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Bangunan

prasekolah tersebut dinamakan cemerlang dan gemilang sehingga kini.

You might also like