You are on page 1of 2

Eksport

3. MATRADE merupakan agensi promosi eksport negara yang menjalankan pelbagai aktiviti promosi untuk
menggalakkan eksport perkhidmatan. Sekiranya anda merupakan penyedia perkhidmatan yang berminat untuk
mengetahui bagaimana memperluaskan perkhidmatan anda di peringkat antarabangsa, aktiviti-aktiviti berikut
berguna bagi anda:

(a) Pameran Perkhidmatan Malaysia (MSE)

4. Pameran Perkhidmatan Malaysia merupakan siri pameran perdagangan yang ikonik dianjurkan oleh
MATRADE bagi mengetengahkan dan mempromosikan perkhidmatan Malaysia di luar negara. MSE
bertujuan bagi:

Mempromosi penyedia perkhidmatan Malaysia ke pasaran antarabangsa


Menjenamakan perkhidmatan Malaysia melalui usaha mengetengahkan keupayaan dan
pencapaian syarikat-syarikat Malaysia
Menyediakan ruang bagi penyedia perkhidmatan Malaysia membentuk jaringan dan
kerjasama strategik dengan bakal pelanggan atau rakan di dalam industri perkhidmatan

5. Selain daripada penggalakkan dan penjenamaan, MSE juga menjalankan pelbagai aktiviti seperti
mengadakan rundingan dagangan sehala dan seminar serta perbincangan meja bulat dengan bakal
pembuat keputusan utama dan pemilik perniagaan.

(b) Misi Pemasaran Khusus

6. Misi luar negara ini bertujuan bagi meneroka dan mengenalpasti peluang perniagaan bagi produk dan
perkhidmatan terpilih. Selain menjana jualan, misi ini juga memberikan peluang kepada penyedia
perkhidmatan Malaysia membentuk rangkaian perniagaan. Pertemuan secara eksklusif diatur di antara
delegasi Malaysia dengan ahli perniagaan tempatan, selain daripada lawatan-lawatan ke organisasi dan
syarikat perniagaan berkaitan.

(c) Pameran Perdagangan

7. MATRADE merupakan organisasi rasmi yang menguruskan penyertaan Malaysia ke pameran


perdagangan antarabangsa. Pameran perdagangan berupaya mempromosikan perkhidmatan mereka
kepada syarikat asing yang berminat. MATRADE menyediakan tempahan ruang, rekaan bagi tempat
pameran dan pemasangan, publisiti pra-event serta penjadualan pertemuan perniagaan dengan syarikat
perkhidmatan asing.

(d) Pusat Pameran Eksport Malaysia (MEEC)

8. MEEC merupakan pusat pameran kekal berukuran 4,500 meter persegi direka khas bagi mempamer
dan mempromosi pelbagai produk dan perkhidmatan Malaysia yang terletak di aras dua Menara
MATRADE, Kuala Lumpur.

9. Pusat pameran ini membolehkan pelawat melihat pelbagai pilihan produk dan perkhidmatan 500
syarikat Malaysia, yang terdiri daripada 30 industri. Sektor perkhidmatan yang berkembang pesat diwakili
oleh minyak dan gas, pembinaan, perkhidmatan perniagaan, penjagaan kesihatan dan pendidikan.

10. Sebagai sebuah pusat pameran yang mempamerkan produk dan perkhidmatan Malaysia, MEEC
merupakan lokasi antarabangsa yang menarik bagi penyedia Malaysia dan bakal pembeli daripada
negara luar bertemu dan mendapatkan produk serta perkhidmatan Malaysia yang bermutu tinggi.

(e) Misi Membawa Masuk Pembeli

11. Misi Membawa Masuk Pembeli telah terbukti sebagai program yang berkesan bagi pengeksport
Malaysia dan pembeli antarabangsa bertemu dan meneroka peluang perniagaan baru. Program ini bukan
sahaja berupaya menjadikan syarikat tempatan terutama PKS untuk mempromosi dan memasarkan
produk dan perkhidmatan mereka, tetapi juga memberikan peluang bagi mendapatkan maklumbalas
daripada bakal pengimport dari pasaran antarabangsa.

(f) Kemasukan Delegasi Perdagangan

12. MATRADE merupakan tumpuan utama bagi lawatan-lawatan delegasi dagangan asing. Selain
daripada taklimat perniagaan, pertemuan khusus di antara peniaga Malaysia dan peserta delegasi
perdagangan juga turut disediakan.

You might also like