You are on page 1of 4

Muaz bin Jabal r.

Kelahiran dan kehidupan beliau:

Muaz bin Jabal r.a dilahirkan di Madinah.


Muaz r.a mempunyai ciri-ciri keistimewaan sebagai seorang yang sangat pintar,
mempunyai penampilan sebagai seorang yang perkasa dan berhemah tinggi. Allah
mengurniakan kepada beliau kepetahan bercakap, mempunyai rupa paras dan tutur kata
yang indah.
Muaz bin Jabal r.a memeluk Islam sejak beliau masih kecil melalui Mus'ab bin Umair
yang diutuskan oleh Rasulullah s.a.w ke Madinah untuk mengajar penduduk Madinah.

Berbaiah dengan Nabi:

Muaz r.a termasuk di dalam rombongan yang berjumlah seramai 72 orang Madinah yang
datang berbaiah dengan Nabi s.a.w.
Sebaik sahaja selesai berbaiah, Muaz kembali ke Madinah sebagai seorang pendakwah
Islam di dalam masyarakat Madinah. Beliau berjaya mengislamkan beberapa orang
sahabat yang terkemuka seperti: Amru bin Al-Jamuh.

Sifat terpuji beliau:

Sebaik sahaja Nabi s.a.w berhijrah ke Madinah, Muaz sentiasa berada bersama dengan
Rasulullah s.a.w sehingga beliau dapat memahami Al-Quran dan syariat-syariat Islam
dengan baik menyebabkan beliau muncul sebagai seorang yang paling alim tentang Al-
Quran dari kalangan para sahabat, orang yang paling baik membaca Al-Quran serta
paling memahami syariat-syariat Allah.
Oleh sebab itulah Rasulullah s.a.w memuji beliau dengan bersabda: Yang bermaksud:
Umatku yang paling alim tentang halal dan haram ialah Muaz bin Jabal. Hadis riwayat
Tirmizi dan Ibnu Majah.
Muaz r.a terdiri dari kalangan enam orang yang mengumpulkan Al-Quran pada zaman
Rasulullah s.a.w.
Setelah Allah s.w.t membuka Kota Mekah kepada Rasulullah s.a.w, penduduk Mekah
memerlukan kepada tenaga pengajar yang tetap tinggal bersama dengan mereka untuk
mengajar syariat Allah s.w.t, lalu Rasulullah s.a.w meminta supaya Muaz tinggal bersama
dengan penduduk Mekah untuk mengajar AlQuran dan memberikan kefahaman kepada
mereka mengenai agama Allah s.w.t.
Sifat terpuji beliau juga jelas terserlah ketika rombongan raja-raja Yaman datang
berjumpa Rasulullah s.a.w mengisytiharkan keislaman mereka dan meminta daripada
Rasulullah s.a.w supaya menghantar tenaga pengajar kepada mereka. Lalu baginda
memilih Muaz r.a untuk memegang tugas tersebut bersamasama dengan beberapa orang
para sahabat malah beliau merupakan ketua kepada rombongan para sahabat tersebut.
Rasulullah s.a.w keluar untuk mengucapkan selamat jalan kepada mereka lantas baginda
mewasiatkan kepada Muaz r.a dengan bersabda: "Wahai Muaz! Kemungkinan kamu tidak
akan dapat bertemu lagi dengan aku selepas tahun ini malah mungkin juga selepas ini
kamu akan melalui masjid dan kuburku ..." Lantas Muaz r.a menangis kerana terlalu
sedih untuk berpisah dengan Rasulullah s.a.w. Selepas peristiwa tersebut ternyata
Rasulullah s.a.w wafat dan Muaz tidak lagi dapat melihat baginda.
Setelah Muaz r.a kembali ke Madinah, beliau mendapati Rasulullah s.a.w telah
meninggal dunia.

Peristiwa tersebut tidak dapat ditanggung oleh Muaz menyebabkan beliau menangis
tersedu-sedu di atas kehilangan Rasulullah s.a.w.

- Setelah Umar bin Al-Khattab r.a dilantik menjadi khalifah, beliau mengutuskan Muaz
untuk mendamaikan pertelingkahan yang berlaku di kalangan Bani Kilab.

Keberangkatan Muaz ke Syam untuk mengajar Al-Quran:

Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar r.a juga berlaku peristiwa di mana gabenor
Syam telah menghantar Yazid bin Abi Sufian meminta daripada Umar r.a supaya
menghantar seorang tenaga pengajar kepada penduduk Syam. Lalu Umar memanggil
Muaz bin Jabal, Ubadah bin As-Somit, Abu Ayub AlAnsariy, Ubai bin Kaab dan Abu
Darda' dalam satu majlis. Khalifah Umar berkata kepada mereka: "Sesungguhnya saudara
kamu di negeri Syam telah meminta bantuan daripada aku supaya menghantar sesiapa
sahaja yang boleh mengajar Al-Quran kepada mereka dan memberikan kefahaman
kepada mereka tentang agama Islam. Oleh yang demikian bantulah aku untuk mendapat
tiga orang dari kalangan kamu semoga Allah merahmati kamu. Sekiranya kamu ingin
membuat pengundian, kamu bolehlah membuat undian, jika tidak aku akan melantik tiga
orang dari kalangan kamu".
Lalu mereka menjawab: "Kami tidak akan membuat pengundian memandangkan Abu
Ayub telah terlalu tua manakala Ubai pula sentiasa mengalami kesakitan dan yang tinggal
hanya kami bertiga sahaja". Kemudian Umar berkata kepada mereka: "Kamu mulakanlah
tugas kamu di Hims, sekiranya kamu suka dengan keadaan penduduknya, bolehlah salah
seorang daripada kamu tinggal di sana. Kemudian salah seorang daripada kamu pula
hendaklah pergi ke Damsyik dan seorang lagi pergi ke Palestin". Lalu mereka bertiga
keluar ke Hims dan mereka meninggalkan Ubadah bin As-Somit di sana, Abu Darda'
pergi ke Damsyik manakala Muaz bin Jabal pula terus berlalu pergi ke Palestin.

Kematian beliau: Muaz bin Jabal berada di Palestin sehinggalah beliau diserang wabak.
Ketika hampir mati beliau berkata: "Selamat datang wahai kematian! Selamat datang
kepada tetamu yang tak kunjung tiba dan selamat datang kepada kekasih yang datang
setelah sekian lama dirindukan!". Kemudian beliau melihat ke langit dan berkata: "Wahai
Tuhanku! Sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa aku tidak menyukai dunia apatah
lagi untuk berada kekal di dalamnya selama-lamanya menanam pokok-pokok dan
mengairi sungai, tetapi segala-galanya itu hanyalah sekadar untuk menghilangkan
kehausan di kawasan-kawasan yang kekeringan serta mengharungi saat-saat kesusahan
dan mendekati ulama-ulama dengan menunggang ke majlis-majlis zikir. Oleh yang
demikian terimalah diriku ini wahai Tuhanku dengan kebaikan sebagaimana Kamu
menerima diri seseorang yang beriman". Kemudian beliau meninggal dunia. Semoga
Allah mencucuri rahmat-Nya kepada beliau.
Muadz bin Jabal bin Amr bin Aus al-Khazraji, dengan nama julukan Abu
Abdurahman, dilahirkan di Madinah. Ia memeluk Islam pada usia 18 tahun, Ia
mempunyai keistimewaan sebagai seorang yang sangat pintar dan berdedikasi tinggi.
Dari segi fisik, ia gagah dan perkasa. Allah juga mengaruniakan kepadanya kepandaian
berbahasa serta tutur kata yang indah, Muadz termasuk di dalam rombongan yang
berjumlah sekitar 72 orang Madinah yang datang berbaiat kepada Rasulullah. Setelah itu
Muadz kembali ke Madinah sebagai seorang pendakwah Islam di dalam masyarakat
Madinah. Ia berhasil mengislamkan beberapa orang sahabat yang terkemuka seperti
misalnya Amru bin Al-Jamuh. Pada waktu Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah,
Muadz senantiasa berada bersama dengan Rasulullah sehingga ia dapat memahami Al-
Quran dan syariat-syariat Islam dengan baik. Hal tersebut membuatnya di kemudian hari
muncul sebagai seorang yang paling ahli tentang Al-Quran dari kalangan para sahabat.
Ia adalah orang yang paling baik membaca Al-Quran serta paling memahami syariat-
syariat Allah. Oleh sebab itulah Rasulullah memujinya dengan bersabda, Yang
kumaksud umatku yang paling alim tentang halal dan haram ialah Muadz bin Jabal.
(Hadist Tirmidzi dan Ibnu Majah). Ia meriwayatkan hadist dari Abdullah bin Abbas,
Abdullah bin Umar dan meriwayatkan darinya ialah Anas bin Malik, Masruq, Abu
Thufail Amir bin Wasilah. Selain itu, Muadz merupakan salah satu dari enam orang yang
mengumpulkan Al-Quran pada zaman Rasulullah.

Setelah kota Makkah didatangi oleh Rasulullah, penduduk Makkah memerlukan tenaga-
tenaga pengajar yang tetap tinggal bersama mereka untuk mengajarkan syariat agama
Islam. Rasulullah lantas menyanggupi permintaan tersebut dan meminta supaya Muaz
tinggal bersama dengan penduduk Makkah untuk mengajar Al-Quran dan memberikan
pemahaman kepada mereka mengenai agama Allah. Sifat terpuji beliau juga jelas terlihat
manakala rombongan raja-raja Yaman datang menjumpai Rasulullah guna meng-isytihar-
kan keislaman mereka dan meminta kepada Rasulullah supaya mengantarkan tenaga
pengajar kepada mereka. Begitupun maka Rasulullah memilih Muaz untuk memegang
tugas itu bersama-sama dengan beberapa orang para sahabat.
Rasulullah Shallallahu alaihi wasalam mempersaudarakanya dengan Abdullah bin
Masud. Nabi mengirimnya ke negeri Yaman untuk mengajar, memberikan pengetahuan
agama dan mendidik sampai hapal al-Quran kepada penduduk Yaman. Rasulullah
mengantarnya dengan berjalan kaki sedangkan Muadz berkendaraan, dan Nabi bersabda
kepadanya: Sungguh, aku mencintaimu.
Lantas beliau mewasiatkan kepada Muadz dengan bersabda : Wahai Muadz!
Kemungkinan kamu tidak akan dapat bertemu lagi dengan aku selepas tahun
ini,Kemudian Muadz menangis karena terlalu sedih untuk berpisah dengan Rasulullah
Shallalahu alaihi wassalam. Selepas peristiwa tersebut ternyata Rasulullah wafat dan
Muadz tidak lagi dapat melihatnya.
Muadz sangat terpukul atas berpulangnya Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. Ia
bahkan menangis tersedu-sedu selama beberapa saat. Namun ia segera menyadari
tanggung jawab dakwah di pundaknya. Ia senantiasa menjaga ghirah (semangat)
keislamannya agar tidak surut. Setelah Umar bin Khattab dilantik menjadi khalifah, ia
mengutus Muaz untuk mendamaikan pertikaian yang terjadi di kalangan Bani Kilab. Ia
pun sukses menjalankan misi itu.
Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar pula, gubernur Syam (sekarang Mesir)
mengirimkan Yazid bin Abi Sofyan untuk meminta guru bagi penduduknya. Lalu Umar
memanggil Muadz bin Jabal, Ubaidah bin As-Shamit, Abu Ayyub Al-Ansary, Ubay bin
Kaab dan Abu Darda dalam satu majelis. Khalifah Umar berkata kepada mereka :
Sesungguhnya saudara kamu di negeri Syam telah meminta bantuan daripada aku
supaya mengantar siapa saja yang dapat mengajarkan Al-Quran kepada mereka dan
memberikan pemahaman kepada mereka tentang agama Islam. Oleh karena itu bantulah
aku untuk mendapat tiga orang dari kalangan kamu semoga Allah merahmati kamu.
Sekiranya kamu ingin membuat pengundian, kamu boleh membuat undian, jika tidak aku
akan melantik tiga orang dari kalangan kamu.
Lalu mereka menjawab : Kami tidak akan membuat pengundian dengan memandang
bahwa Abu Ayyub telah terlalu tua, sedang Ubay pun senantiasa mengalami kesakitan,
dan yang tinggal hanya kami bertiga saja. Kemudian Umar berkata kepada mereka :
Kalian mulailah bertugas di Hims, sekiranya kamu suka dengan keadaan penduduknya,
bolehlah salah seorang diantara kamu tinggal di sana. Kemudian salah seorang daripada
kamu hendaknya pergi ke Damsyik, dan seorang lagi pergi ke Palestina.
Lalu mereka bertiga keluar ke Hims dan mereka meninggalkan Ubaidah bin As-Shamit di
sana, Abu Darda pergi ke Damsyik. Muaz bin Jabal terus berlalu pergi ke negara Urdun.
Muaz bin Jabal berada di Urdun pada saat negeri tersebut tengah terserang wabah
penyakit menular.
Muadz bin Jabal wafat tahun 18 H ketika terjadi wabah hebat di Urdun tersebut, waktu
itu usianya 33 tahun

You might also like