Professional Documents
Culture Documents
Jawapanbtsains THN 4-Zul Z PDF
Jawapanbtsains THN 4-Zul Z PDF
ms 6 KBAT
Sekiranya kamu ingin mengekalkan kesegaran epal, apakah yang perlu kamu lakukan?
Simpan di dalam peti sejuk.
ms 9 KBAT
Jawapan soalan pertama ialah ikan.
Ramai murid memelihara ikan kerana ikan mudah diperoleh, harganya murah, mudah
disimpan, jinak dan kos pemeliharaannya yang rendah.
ms 14 KBAT
Bagaimakakah cara untuk mengekalkan kepanasan air supaya boleh bertahan lebih lama?
1. Gunakan gelas polisterina
2. Elakkan daripada meletakkan air di kawasan berangin
3. Simpan air panas dalam termos
ms 41 KBAT
Apakah tindakan kamu sekiranya dikejar oleh anjing?
*Lari *Membaling kayu ke arah anjing *Berdiam diri *Memanjat
pokok *Menjerit dan meminta tolong *dll
ms 48 KBAT
Apakah yang akan berlaku jika kamu tidak mengamalkan budaya hidup sihat?
*kesihatan terganggu *hidup tidak terurus *obesiti *menghidapi
pelbagai penyakit dsbnya.
ms 49 KBAT
Pada pendapat kamu, bolehkah jadual hujung minggu yang baik menjadikan kamu seorang yang
mengamalkan budaya hidup sihat?
Tidak. Jadual hujung minggu yang baik akan memberikan kesan yang baik jika kamu
menggunakannya sebaiknya. Disiplin kamu mengikuti jadual adalah perkara paling
penting untuk memastikan jadual yang dirancang terlaksana.
ms 52 KBAT
Pada pendapat kamu, mengapakah paras air antara kamu dan rakan kamu tidak sama?,
Setiap orang mempunyai saiz paru-paru yang berbeza-beza dan dipengaruhi dengan gaya
hidup seseorang. Seorang yang aktif bersukan mempunyai saiz paru-paru yang lebih
besar, manakala seorang yang mengidap penyakit asma adalah lebih kecil.
UNIT 6 - PENGUKURAN
ms 75 KBAT
Mengapakah kita masih menggunakan alat-alat tidak piawai untuk mengukur objek?
Kita masih menggunakan alat-alat tidak piawai untuk mengukur panjang objek kerana
alat-alat tersebut boleh digunakan secara terus untuk rujukan kendiri.
ms 93 Soalan
Kirakan isi padu bongkah kecil berikut dengan kaedah rumus.
Isi padu bongkah = panjang x lebar x tinggi
= 4 cm X 3 cm X 1 cm
= 12 cm3.
Adakah isi padu bongkah kecil sama apabila diukur dengan menggunakan kaedah sesaran air?
Ya, sama.
ms 93 KBAT
Bolehkah isi padu pepejal sekata yang besar disukat dengan menggunakan kaedah sesaran air.
Mengapa?
Isi padu pepejal yang besar boleh diukur menggunakan kaedah sesaran dengan
menggunakan bekas eureka. Air yang tersesar disukat dengan silinder penyukat.
ms 94 KBAT
Sekiranya kamu diberikan satu objek terapung, bagaimanakah untuk menyukat isi padunya?
Terangkan langkah-langkah yang perlu kamu lakukan.
Untuk menyukat isi padu objek yang terapung menggunakan kaedah sesaran air, objek
tersebut hendaklah diikat dengan objek berat yang tenggelam, seperti batu.
Ambil bacaan isi padu air dan batu (bacaan awal), kemudian ambil bacaan isi padu air,
batu dan objek terapung tersebut (bacaan akhir)(.
Isi padu objek terapung tersebut ialah perbezaan bacaan isi padu akhir dan awal.
ms 101 Soalan
Bagaimanakah pula cara untuk mengukur masa menggunakan ayunan bandul?
Satu tempoh lengkap ayunan bandul ialah apabila bandul diayunkan dan kembali pada
titik yang sama.
ms 108
Apakah yang dapat kamu terangkan tentang situasi A dan B?
Situasi A berlaku kerana ukuran panjang (saiz reban) dan ukuran masa dan isi padu
sukatan tidak diukur dengan tepat.
Situasi B menunjukkan kesan apabila ukuran dibuat dengan kaedah yang betul.
ms 112 KBAT
Apakah yang patut kamu lakukan supaya paying terjun berada lebih lama di udara?
Tambah saiz plastik hitam atau tambah panjang tali.
ms 121 KBAT
Alat pengupas kentang akan berada pada kedudukan menegak, dengan bahagian
pengupas kentang tenggelam manakala bahagian pemegang terapung. Ini kerana
bahagian pengupas kentang diperbuat daripada logam manakala bahagian pemegang
diperbuat daripada plastik.
ms 125 KBAT
Ramalkan perkara yang akan berlaku sekiranya pemegang seterika diperbuat dapipada logam.
Mengapa?
Sekiranya pemegang seterika diperbuat daripada logam, pengguna akan terkena
renjatan elektrik kerana logam merupakan konduktor elektrik, iaitu boleh mengalirkan
arus elektrik.
ms 128 KBAT
Bagaimanakah penggunaan cermin lut sinar boleh membantu peniaga mempromosikan jualanya?
Peniaga boleh mempamerkan barang-barang yang ingin dijual di hadapan kedai dengan
meletakkan tanda harga dan hiasan yang menarik menerusi cermin lut sinar. Ini
membolehkan para pelanggan melihat dengan jelas dan tertarik dengan barang yang
dipromosikan oleh peniaga tersebut.
UNIT 8 PENGARATAN
ms 137 KBAT
Pada pendapat kamu, mengapakah pengaratan dalam situasi ini terjadi?
Pengaratan berlaku kerana objek besi terdedah kepada air dan udara.
ms 160 KBAT
Apakah yang akan berlaku kepada kamu, keluarga dan rakan-rakan sekiranya keadaan ini (Bumi dekat
dengan Matahari) berterusan?
Cuaca panas yang melampau menyebabkan air kolam, sungai dan laut menjadi kering
kontang, haiwan mati kehausan, tumbuhan layu dan akhirnya mati, manusia juga mati akibat
kehausan dan cuaca yang terlalu panas.
Suhu di Bumi terlalu tinggi. Saya, keluarga dan rakan-rakan akan berasa panas, haus dan
akhirnya mati.
Bongkah ais dan glasier di Kutub Utara dan Kutub Selatan akan melebur, paras air naik dan
akhirnya banjir berlaku.
ms 161 KBAT
Apakah yang akan berlaku kepada kamu, keluarga dan rakan-rakan sekiranya keadaan ini (Bumi jauh
dari Matahari) berterusan?
Cuaca sejuk yang melampau, air kolam, sungai dan laut menjadi ais, haiwan mati kesejukan,
tumbuhan tidak dapat hidup dan akhirnya mati, manusia juga mati akibat kesejukan dan tiada
haba.
Suhu di Bumi terlalu rendah. Manusia dan haiwan hidup dalam kesejukan kerana ketiadaan
haba. Akhirnya semua hidupan mati.
UNIT 10 - TEKNOLOGI
ms 167 Mari Lakukan (Soalan)
Deria penglihatan sangat jelas dan anggota badan (tangan) mampu mencapai objek
dengan mudah pada jarak 0.5 meter manakala deria penglihatan kurang jelas dan
anggota badan (tangan) tidak mampu mencapai objek pada jarak 1 meter.
Tidak sama. Keupayaan mengingat berbeza-beza bagi setiap murid.
Manusia mempunyai had keupayaan deria, anggota badan dan otak.
ms 177 KBAT
Berikan kebaikan-kebaikan yang kamu peroleh apabila menggunakan teknologi komunikasi pada masa
ini.
Maklumat tidak dapat disampaikan dengan sempurna dan tepat pada masa dahulu di atas
sebab-sebab berikut: contohnya isyarat asap tidak dapat dilakukan semasa hujan,
burung merpati yang dihantar sebagai ejen pos mati kerana dimakan oleh pemangsa di
pertengahan jalan.