You are on page 1of 4

Eksperimen merupakan satu kaedah yang digunakan untuk menguji hipotesis

sesuatu konsep atau idea dalam pembelajaran subjek sains. Di sekolah,

eksperimen selalu dijalankan di makmal dengan mengunakan kaedah

saintifik. Terdapat beberapa langkah yang akan diikutkan semasa

menjalankan eksperimen. Langkah-langkah tersebut ialah mengenal pasti

masalah, membuat hipotesis, mengenal pasti objektif eksperimen yang

dijalankan, merancang eksperimen dengan menentukan peralatan, bahan

dan kaedah yang digunakan dalam eksperimen. Langkah-langkah yang lain

yang melakukan semasa eksperimen ialah kita perlu mengumpul data.

Selepas eksperimen dijalankan, kita perlu menganalis dan mentafsir data dan

akhirnya, kita perlu membuat kesimpulan berdasarkan eksperimen yang

dijalankan. Langkah keselamatan perlu diambil kira semasa menjalankan

eksperimen supaya tiada kecederaan berlaku kepada pelajar.

Eksperimen bukan sahaja boleh dilakukan di makmal sains tetapi boleh

juga dilakukan di rumah. Seperti kita semua tahu, pada musim COVID-19,

semua sekolah ditutup dan pelajar belajar mengunakan kaedah pembelajaran

secara talian. Oleh sebab itu, pelajar tidak dapat menjalankan eksperiman

sains di makmal dan hanya dapat belajar secara teori. Pembelajaran sains

akan lebih faham apabila membuat eksperimen untuk memahami konsep

sains tertentu. Oleh itu, pelajar boleh melakukan eksperimen di rumah

dengan mengunakan peralatan yang sedia ada untuk lebih memahami


pembelajaran sains. Pelajar boleh melakukan eksperimen yang dicadangkan

oleh guru semasa pembelajaran dalam talian atau pelajar juga boleh

menghasilkan eksperimen sendiri dengan peralatan yang ada.

Salah satu eksperimen yang boleh dibuat di rumah ialah eksperimen

tentang ketumpatan. Ketumpatan merupakan jisim sesuatu bahan per unit

isipadu. Tujuan eksperimen ini ialah untuk memahami ketumpatan

menggunakan air tin berkabonat. Objektif eksperimen tersebut ialah untuk

mendapat tahu tentang ketumpatan tin air berkabonat yang mana

mempunyai ketumpatan yang tinggi. Peralatan yang diperlukan untuk

menjalankan eksperimen tersebut ialah tin air berkabonat yang biasa seperti

coca-cola dan spirit dan yang kurang gula. Bekas besar yang berisi dengan

air. Eksperimen dijalankan dengan memasukkan tin air berkabonat yang

biasa dalam bekas yang berisi air dan mencatatkan data bahawa tin tersebut

tengelam atau terapung. Selepas itu, memasukkan tin air berkabonat yang

kurang gula dan mencatatkan pemerhatian yang berlaku.

Selepas menjalankan eksperimen dan mengumpul data, kita perlu

mentafsirkan data dengan menggunakan pemboleh ubah malar, pemboleh

ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas. Dengan eksperimen

tersebut, kita dapat tahu tin air berkabonat biasa tengelam dan tin karbonat

kurang gula terapung. Akhir eksperimen, kesimpulan yang dapat dibuat ialah,
tin air berkabonat biasa tengelam kerana mempunyai jisim gula yang banyak

menyebabkan tin tersebut lebih berat. Tin air berkabonat kurang gula

terapung kerana jisim gula lebih kurang yang menyebabkan tin tersebut lebih

ringan. Eksperimen ini menunjukkan konsep ketumpatan yang dibelajar

adalah benar dan tepat.

Kesimpulannya, eksperimen dirumah adalah satu kaedah yang baik untuk

semua pelajar untuk memahami konsep sains yang di belajar. Pelajar tidak

perlu mencari peralatan yang susah atau yang perlu dibeli tetapi boleh

mengendalikan eksperimen dengan peralatan yang sedia ada. Selepas

eksperimen dijalankan, pelajar boleh membincang dengan tentang

eksperimen dengan guru semasa pembelajaran talian. Oleh sebab itu, semua

ibu bapa perlu memberi peluang kepada anak-anak mereka untuk

menjalankan eksperimen di rumah. Kerajaan juga boleh mengadakan

seminar secara talian untuk pelajar tentang eksperimen-eksperimen yang

boleh dijalankan di rumah supaya pelajar akan mendapat idea untuk unik.

Daripada,

YOGASHIRI A/P GUNASEGARAN

SJKT SERDANG.

You might also like