You are on page 1of 4

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN ( RPH )

Tempoh masa : 30 minit


Umur : 5 Tahun
Standard Kandungan : SA 2.5 Meramal
Standard Pembelajaran :SA 2.5.2 Membuat ramalan apa yang akan
berlaku berdasarkan aktiviti yang akan
dijalankan
SA 4.1.3 Menyiasat bahan yang boleh larut
dalam
air
KD 2.3.3 Berinteraksi dengan yakin

Objektif :
Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat :
i. Menamakan bahan yang digunakan
ii. Membuat ramalan awal sama ada bahan larut atau tidak larut
dalam air
iii. Mengenalpasti bahan yang larut dan tidak larut dalam air

Standard prestasi : Kanak-kanak dapat membuat ramalan bahan


yang boleh larut dalam air dengan betul

KBAT : Menilai, menganalisa, mengaplikasi

Langkah aktiviti pelajaran :

1. Guru masuk ke dalam kelas dan meminta kanak-kanak berada


dalam satu bulatan yang kecil. Guru menceritakan tentang ‘air milo’
yang diminum semasa sarapan.

2. Guru bersoal jawab dengan kanak-kanak berkaitan air yang


diminum oleh kanak-kanak dan kanak-kanak menceritakan rasa,
cara membuat dan sebagainya. (menilai)

3. Guru membahagikan kanak-kanak secara berpasangan dan


meminta mereka duduk di hadapan bahan yang telah disediakan.
Kanak-kanak diberikan satu lembaran kerja berkaitan dengan ‘ larut
dan tidak larut’.
4. Kanak-kanak mendengar arahan daripada guru. Guru bertanya
kepada kanak-kanak nama bahan yang terdapat di hadapan
mereka. (menilai)

5. Guru membuat demonstrasi dengan memasukkan garam ke dalam


bekas air. Kemudian, guru mengacau sehingga larut. Guru bertanya
kepada kanak-kanak apa yang terjadi kepada garam tersebut.

6. Guru meminta kanak-kanak membuat ramalan awal berkaitan


bahan lain seperti perisa ros, susu, sabun dan penutup botol yang
digunakan dalam eksperimen tersebut. Guru meminta kanak-kanak
untuk menanda (/) pada kotak larut atau tidak larut dalam lembaran
kerja yang disediakan. (menganalisa)

7. Ekperimen dijalankan dengan menggunakan perisa ros, susu, sabun


dan penutup botol. Guru bertanya kepada kanak-kanak bahan mana
yang larut dan tidak larut dalam air dan meminta kanak-kanak
menanda dalam lembaran kerja. (mengaplikasi)

8. Guru bertanya kepada kanak-kanak tentang perasaan mereka


menjalankan aktiviti tersebut dan memberi pujian kepada kanak-
kanak.
LEMBARAN KERJA

Tandakan (/) pada kotak ‘larut’ atau ‘tidak larut’.

Larut Dan Tidak Larut

Ramalan Awal Keputusan Akhir

Bahan Larut Tidak Larut Tidak


Larut Larut

Penutup botol

Susu pekat

Sabun
Perisa Ros

You might also like