You are on page 1of 42

BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA

MELAYU

TAJUK 1 SEMANTIK DALAM BAHASA MELAYU

SINOPSIS

Komponen ini tertumpu kepada kajian semantik yang berkaitan dengan makna
kata dan ayat. Kajian ini menumpukan kepada aspek makna bentuk linguistik
dan hubungannya dunia rujukannya. Semantik merujuk kepada aspek makna
bahasa. Untuk memahami bahasa, kita kita perlu memahami makna kata dan
morfem yang membentuknya. Kita juga perlu mengetahui makna kata bergabung
menjadi frasa dan ayat yang bermakna. Seterusnya kita perlu
menginterpretasikan makna ujaran berdasarkan konteks ayat yang diujarkan.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan tentang semantik , fitur makna, makna leksikal, dan makna


ayat.
2. Menghubungkaitkan antara bidang semantik dengan ilmu linguistik.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

1.1 Semantik dan Makna


Bidang semantik merupakan bidang yang memberikan perhatian kepada aspek
makna dalam bahasa. Dalam kajian semantik kita perlu memahami beberapa
istilah penting terutama sekali istilah semantik dan makna.

Apakah yang dimaksudkan dengan istilah semantik? Menurut Palmer


(1992), istilah semantik merujuk kepada bidang kajian makna. Istilah ini
merupakan istilah yang agak baharu dalam bidang linguistik.

1
BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA
MELAYU

Istilah ini sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani


semantikos, yang bermaksud penting atau bererti. Istilah semantik mula-mula
diperkenalkan oleh M.Breal daripada kata Perancis semantique. Kini istilah
semantik digunakan untuk merujuk kepada kajian makna dalam bidang
linguistik. Kata semantik juga diertikan sebagainilmu tentang makna atau
erti.

Kini makna menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik.Manakala makna


pula secara umumnya membawa erti maksud atau erti. Walau
bagaimanapun, kata makna boleh diberikan bermacam-macam pengertian
yang lain. Kamus Linguistik (1997) memasukkan dua entri bagi kata makna,
iaitu:

(i) Erti yang didukung oleh kata atau kumpulan kata, atau
(ii) Pemahaman sesuatu ujaran oleh pendengar, atau pemahaman kata
atau frasa bertulis oleh pembaca.

Ogden dan Richard (1956) pernah memberikan tidak kurang 16 pengertian


bagi perkataan makna dalam buku mereka yang berjudul The Meaning of
Meanings. Antara pengertian yang diberikan termasuk makna seperti suatu
sifat intrinsic, konotasi sesuatu kata, suatu inti, pokok, suatu kemahuan, dan
emosi yang ditimbulkan oleh sesuatu. Jadi, berdasarkan pengertian oleh
Ogden dan Richard, kita fahami bahawa erti makna cukup menarik tetapi
rumit sekali untuk memahami maksud kata makna.

1.2 Semantik dan Linguistik

Kita sudah jelas bahawa semantik adalah sebahagian daripada linguistik. Kini
semantik sudah boleh diterima sebagai salah satu komponen penting dalam
ilmu linguistic seperti bidang fonetik dan tatabahasa. Ahli-ahli bahasa
meletakkan bidang semantik pada sebelah hujung, manakala fonetik pula
pada sebelah hujung yang lain, dan tatabahasa atau nahu terletak di tengah-
tengah deretan ini.

Bidang semantik amat penting kerana kajian bahasa tidak akan menjadi
sempurna jika tidak ada unsur makna. Semantik menjadi amat penting dalam
tatabahasa, dan tanpanya, kita mungkin dapat membina atau melafazkan
ayat atau ujaran yang tepat dari segi rumusnya tetapi tidak tepat dari segi
ilmu semantik. Contohnya, kita tidak boleh menerima ayat Kerusi itu sedang
menyampaikan ucapan di Dewan Gemilang, sebagai ayat yang betul,
walaupun ayat ini menepati aturan bahasa, iaitu menurut susunan subjek dan
predikat (S + P) di dalamnya. Hal ini kerana maknanya adalah taksa.
Tegasnya, maklumat semantik amat penting dalam linguistik.

2
BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA
MELAYU

1.3 Semantik dan Sejarah

Berdasarkan sejarah linguistik, pada mulanya istilah semantik digunakan


untuk merujuk kepada perkembangan dan perubahan makna dalam bahasa.
Sebelum tahun 1930, kajian semantik telah member focus kepada aspek
kajian tradisional, iaitu perubahan makna. Tetapi, selepas tahun 1930,
perubahan telah berlaku dan semantik sudah mula melihat masalah deskriptif
dan struktur dalam semantik (Ullmann, 1996). Tahun 1931merupakan detik
bersejarah dalam sejarah semantik. Hal ini kerana pada tahun itu telah
muncul tulisan Gustaf Stren yang berjudul Meaning and Change of Meaning
with Special Reference to English Language. Penerbitan tulisan ini telah
membawa trend baharu dalam bidang semantik.

Menurut Ullmann (1996), kajian semantik selepas tahun 1950 tidak lagi
member perhatian terhadap perubahan makna dan sebab-sebabnya.
Sebaliknya, kajian mula beralih kepada aspek dalaman tentang
perbendaharaan kata dan juga daripada prinsip umum kepada kajian bahasa
yang tertentu.

Aktiviti Kendiri 1.3.1

(a) Apakah maksud istilah semantik?

(b) Berikan dua definisi tentang bidang semantik

Aktiviti Kendiri 1.3.2

Bidang semantik boleh dibahagikan kepada beberapa subbidang, seperti


semantik linguistik dan semantik falsafah. Bolehkan anda menyenaraikan
tiga lagi subbidang semantik serta fokus kajiannya bagi setiap subbidang
tersebut?

3
BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA
MELAYU

TAJUK 2 MAKNA LEKSIKAL DALAM BAHASA MELAYU

SINOPSIS

Topik ini akan menerangkan tentang leksikal. Dalam sesuatu bahasa,


perbendaharaan kata bukanlah tersusun dalam satu senarai yang panjang dan
mendatar. Ia juga bukan menegak secara homogen iaitu mengandungi semua
perkataan dalam sesuatu bahasa itu, seperti tersusunya dalam bentuk kamus.
Sebaliknya, susunannya adalah secara berlapis dalam bentuk strata yang
banyak serta nmempunyai hubungan konsepsi antara satu sama lain. Susunan
perkataan juga mempunyai perkaitan dari segi penggunaannya. Hal ini
bermakna sesuatu perkataan yang digunakan mestilah bersesuaian serta
berselarasan dengan sesuatu situasi atau keadaan. Perkaitan tersebut lazimnya
mempunyai hubungan dengan kebudayaan.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Membezakan antara sinonim dan antonim.


2.Men jelaskan tentang fitur makna dan makna leksikal dalam bahasa Melayu.

TAJUK-TAJUK
2.1 Sinonim dan Antonim

2.1.1 Sinonim

Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yng mempunyai


makna yang sama atau hampir sama. Secara umumnya, sinonim disebut
sebagai perkataan seerti , misalnya perkataan kereta dan motokar, sejuk dan
dingin, suka dan gemar, ganggu dan kacau, lupus dan luput, loncat dan
lompat dan sebagainya. Dalam bahasa Melayu, terdapat kamus sinonim yang
mengandungi senarai perkataan seerti bahasa Melayu.

Dalam kehidupan kita seharian kita biasa bersua dengan penggunaan sinonim di
sekeliling kita. Sebagai contoh, di kawasan zoo kita akan melihat papan tanda
yang tertulis Tolong jangan usik, kacau atau ganggu binatang-binatang di
kawasan ini. Di perpustakaan pula, terdapat kata-kata yang berbunyi Dilarang
membuat bising, bercakap dan berbual-bual. Perkataan-perkataan tersebut
mempunyai makna yang hampir sama. Walau bagaimanapun tidak terdapat
perkataan yang bersinonim atau mempunyai makna yang benar-benar sama
secara tepat.

4
BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA
MELAYU

Dalam semantik, ada beberapa jenis sinonim, iaitu sinonim pinjaman, konteks,
laras sosial, dan kolokasi.

2.1.1.1 Sinonim Pinjaman

Belalang bermakna pepatung dalam kebanyakan dialek Melayu. Walau


bagaimanapun, dalam dialek Perak, belalang bermakna cakcibau.

Dalam dialek Kedah, batas ialah jalan raya, yang maksud konvensionalnya
ialah timbunan tanah yang menjadi sempadan petak-petak sawah.

2.1.1.2 Sinonim Konteks

Perkataan jemput dan udang banyak digunakan dalam konteks protokol.


Sebenarnya, jemput digunakan dalam konteks lisan, manakala undang dalam
konteks tulisan. Ini bermakna konteks mewujudkan perkataan yang sama
makna.

2.1.1.3 Sinonim Laras Sosial

Perkataan-perkataan tersebut digunakan dengan berdasarkan status. Misalnya


penyanyi ialah orang yang bernyanyi manakala biduan bermaksud status
yang tinggi dalam profesionalisme seni.

2.1.1.4 Sinonim Kolokasi

Sinonim jenis ini wujud dalam konteks penggunaan yang tersendiri. Contohnya
perkataan banyak dan ramai mempunyai makna yang sama. Contoh ayat,
Banyak kilang kekurangan tenaga pekerja mahir dan Ramai pelajar yang
gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut.

Perkataan banyak boleh digunakan sama ada bagi manusia, tumbuh-


tumbuhan, haiwan dan benda tetapi pastikan perkataan tersebut bermakna
apabila digunakan tanpa kata sifat.

Jika anda menyebut Banyak pelajar yang gembira setelah memperoleh


pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut akan menunjukkan makna yang
salah. Alasannnya, ramai (untuk manusia sahaja) hanya bermakna jika ada kata
sifat (gembira) dalam ayat tersebut.

5
BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA
MELAYU

2.1.2 Antonim

Antonim ialah pertentangan makna perkataan atau kata-kata yang mempunyai


makna yang tidak sama. Secara umumnya, antonim disebut sebagai perkataan
berlawanan, misalnya sejuk lawannya panas, baik lawannya jahat, cantik
lawannya hodoh, tinggi lawannya rendah, miskin lawannya kaya dan
sebagainya. Namun demikian, tidak semua perkataan mempunyai pertentangan
makna satu lawan satu seperti contoh tersebut. Oleh itu kata nafi tidak kadang
kala digunakan bagi menunjukkan pertentangan makna tersebut, misalnya
perkataan lena lawannya tidak lena ataupun mati bermaksud tidak hidup.

Terdapat beberapa jenis antonim seperti:

(a) Antonim pasangan komplemen


(b) Antonim hubungan darjah
(c) Antonim hubungan bertentangan

2.1.2.1 Antonim pasangan komplemen

Antonim pasangan komplemen merupakan pasangan perkataan berlawanan


yang saling melengkapi antara satu sama lain. Cotohnya, perkataan tidur-jaga,
hidup-mati, duduk-bangun, tajam-tumpul, kembang-kuncup, sihat-sakit, gembira-
sedih dan sebagainya.

Selain itu, perkataan perkataan seperti tidak hidup-mati, dan tidak mati-hidup,
tidak tidur-jaga dan tidak jaga-tidur dan sebagainya juga termasuk dalam
antonim jenis ini.

2.1.2.2 Antonim hubungan darjah

Jenis kedua ialah pasangan kata antonim yang menunjukkan hubungan darjah
seperti perkataan besar-kecil, tebal-nipis, tinggi-rendah, panjang-pendek, kurus-
gemuk dan sebagainya. Makna kata adjektif yang menunjukkan pasangan kata
ini mempunyai hubungan rujukan dengan benda yang dimaksudkan. Sebagai
contoh, sebatang kayu itu dikatakan bersiaz panjang dengan merujuk kepada
kayu itu secara spesifik berbanding dengan kayu yang sama jenis.

Selain itu, perkataan itu sendiri tidaklah menggambarkan darjah secara mutlak.
Sebagai contoh, perkataan kecil pada kerbau kecil sebenarnya ,menunjukkan
darjah dan makna yang tidak sama pada perkataan tikus kecil. Demikian juga
perkataan laju bagi merujuk kepada kereta lumba tentulah tidak sama darjahnya
jika merujuk kepada kereta biasa.

6
BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA
MELAYU

2.1.2.3 Antonim hubungan bertentangan

Jenis pasangan kata antonim yang ketiga dinamakan hubungan bertentangan.


Dalam hal ini, kedua-dua pasangan kata itu dari segi semantiknya membawa
makna yang setara, misalnya beri-terima, jual-beli, murid-guru, majikan-pekerja
dan sebagainya. Contohnya jika X beri barang pada Y bermakna Y akan terima
barang itu.

2.2 Hiponim, Homonim dan Polisem

2.2.1 Hiponim

Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain.
Sebagai contoh, melur, mawar,melati,kemboja dan cempaka ialah hiponim
kepada bunga.

Secara umumnya, hiponim merupakan kata umum yang mempunyai hubungan


kekeluargaan dengan kata-kata yang lebih khusus atau dalam erti kata lain ialah
kata umum yang mempunyai lingkungan atau anggotanya terdiri daripada kata
yang khusus.

2.2.2 Homonim

Homonim merujuk kepada hubungan antara homonim. Iaitu dua kata atau lebih
yang mempunyai, sama ada bunyi atau ejaan yang sama, tetapi berlainan
makna. Perkataan yang mempunyai sebutan yang sama, tetapi berbeza makna
seperti yang disebutka tadi dikatakan mempunyai hubungan homonim. Sebagai
contoh, perkataan kepala yang membawa maksud ketua tidak sama maknanya
dengan kepada kereta api. kepada manusia dan kepala surat.

Penggunaan homonim dalam pertuturan atau ayat boleh menimbulkan


kekeliruan jika tidak berlatar belakangkan konteks tertentu. Hal ini kerana
homonim mempunyai sebutan dan bentuk ejaan yang sama, tetapi berbeza dari
segi makna.

2.2.3 Polisem

Polisem ialah perkataan yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan sama
ada secara konseptual atau sedarjah. Dengan kata lain, polisem ialah hubugan
kata atau frasa yang mempunyai dua makna atau lebih dan mempunyai
etimologi yang sama.

7
BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA
MELAYU

Sebagai contoh, kata bantu tentang boleh bermaksud berkaitran sesuatu


perkara. Ada masanya perkataan tentang boleh membawa maksud lawan,
seperti dalam ayat Kita tentang habis-habisan. Contoh lain ialah perkataan
bisa yang membawa maksud sakit sangat dan boleh. Dalam perbualan di
Indonesia, secara normalnya bisa digunakan untuk menggantikan perkataan
boleh. Berdasarkan contoh-contoh tersebut, tentang dan bisa bervariasi
maknanya, tetapi kewujudan polisem ditinjau dengan berasaskan konteks
penggunaan.

Aktiviti Kendiri 2.2.3.1


(a) Huraikan jenis-jenis sinonim beserta dengan contohnya
(b) Dengan contoh yang sesuai, terangkan perbezaan antara hiponim dan
polisem.

8
BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA
MELAYU

TAJUK 3 MAKNA AYAT DALAM BAHASA MELAYU

SINOPSIS

Topik ini akan menjelaskan tentang makna ayat dalam bahasa Melayu. Seperti
yang telah dijelaskan perkataan dan morfem merupakan unit terkecil bahasa
yang mempunyai makna. Kita telah pun mempelajari hubungan makna
perkataan dan unsur semantik sebagai semantik leksikal sebelum ini. Walau
bagaimanapun dalam banyak perkara kita berkomunikasi menggunakan frasa
dan ayat. Makna frasa dan ayat bergantung pada makna perkataan yang
terkandung dalamnya dan bagaimana perkataan itu distruktur dan digabungkan.
Dalam tajuk ini juga akan dihuraikan penganalisisan makna auat Bahasa
Melayu mengikut Kerangka Generatif Chomsky untuk menunjukkan perubahan
semantik dan pengembangan makna.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan definisi makna ayat.


2. Menghuraikan perubahan semantik dan teori pembuktian.

3.1 Makna Ayat

Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa
unsur ini, maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi
sebarang kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang
membaca sesuatu yang ditulis.

Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Setiap
perkataan dan setiap ayat lazimnya dikaitkan sekurang-kurangnya dengan satu
makna. Bagi ayat persoalannya sangat rumit. Dalam setiap bahasa untuk
membentuk suatu ayat, perkataan hendaklah disusun dan untuk mendapatkan
makna ayat bergatung pada makna perkataan yang terdapat dalam ayat tersebut.

Terdapat juga perkataan yang memiliki dua makna dan ada juga yang mempunyai
tiga makna. Adakalanya terdapat juga perkataan yang digunakan tanpa membawa
apa-apa makna.Dalam konteks berbahasa, kita beranggapan bahawa pendengar
atau penulis memehami makna yang ingin di sampaikan sehinggakan kita mengabai
ataupun tidak menyebut atau menulis beberapa perkataan. Dalam bahasa Melayu
makna ayat boleh dibahagikan makna konotatif dan makna denotatif.

9
BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA
MELAYU

3.2 Kerangka Generatif Chomsky


Bagi Chomsky language is not a habit Structure. Hipotesisnya, semua bahasa
dilihat dari struktur dalaman adalah sama iaitu menunjukkan tingkat fikiran
seseorang. Chomsky telah mengemukakan empat konsep utama dasar analisis
Kerangka Generatif iaitu kemampuan berbahasa, perlakuan berbahasa, struktur
dalaman dan struktur luaran. Kemampuan berbahasa ialah segala pengetahuan
yang terdapat dalam otak manusia secara sedar dan tidak sedar. Proses ini juga
mengkaji tentang bagaimana proses mengujarkan bahasa yang terdapat dalam
bentuk rumus-rumus.

Perlakuan bahasa ini mengkaji bagaimana cara seseorang itu mengujarkan


bahasa dan bahasa apa yang diujarkan serta mampu didengar oleh orang lain.
Seterusnya, strukrur dalaman pula wujud daripada kemampuan seseorang untuk
berbahasa serta bagaimana cara menyusun ayat-ayat untuk diujarkan. Konsep
yang terakhir iaitu struktur luaran ini wujud daripada ujaran bahasa yang
dikeluarkan oleh seseorang iaitu apa yang diujarkan. Menurutnya lagi, ayat-ayat
yang diungkapkan oleh penutur lahir di bawah pengetahuan dan kesedaran
penuturnya. Ia diketahui, disedari dan dinyatakan menerusi bunyi-bunyi dan
ejaan.

Aktiviti kendiri 3.2.1


(a) Apakah yang dimaksudkan dengan makna ayat?
(b) Huraikan empat konsep utama Kerangka Generatif Chomsky.

10
BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA
MELAYU

TAJUK 4 PERUBAHAN SEMANTIK

SINOPSIS

Tajuk ini akan mengupas tentang perubahan semantik daripada segi


pengembangan makna, iaitu satu proses perubahan makna daripada makna
yang khusus kepada makna yang lebih umum. Manakala penyempitan makna
pula ialah proses perubahan makna daripada makna yang umum kepada makna
yang lebih khusus. Akhir sekali anjakan makna yang bermaksud makna yang
mengalami proses perubahan berdasarkan situasi atau keadaan.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menghuraikan proses pengembangan makna.


2. Menghuraikan perubahan semantik dari aspek penyempitan makna.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

4.1 Pengembangan Makna

Semantik atau makna boleh dilihat dalam dua sudut iaitu pemgembangan makna
dan penyempitan makna. Peluasan makna meliputi sintaksis dan pragmatik dan
menurut Nor Hashimah Jalaluddin (1992:1) yang memetik pendapat Sperber dan
Wilson (1980) bahawa pengkajian makna belum dapat dipastikan makna
sepenuhnya mengikut apa yang dihajati pleh penutur.

Cakupan makna sekarang lebih luas daripada makna yang lama. Contohnya
berlayar, dulu digunakan dengan pengertian bergerak di laut dengan memakai
layar, tetapi sekarang semua tindakan mengarungi lautan atau perairan dengan
alat apa saja disebut berlayar . Dahulu kata bapa hanya dipakai dalam
hubungan biologis, sekarang semua orang yang lebih tua atau lebih tinggi
kedudukannya disebut bapa sedangkan segala orang yang dianggap sama
darjatnya disebut saudara.

4.2 Penyempitan Makna

Menurut Chaer (1995), Pateda (1986), penyempitan makna ialah gejala yang
terjadi pada kata yang mulanya mempunyai makna yang cukup luas,kemudian
menjadi makna yang cukup terbatas hanya pada makna tertentu sahaja.
Sedangkan Keraf (1986:97) menyatakan bahawa penyempitan makna sebuah
kata ialah proses perubahan makna kata daripada makna yang lebih luas
kepada makna yang lebih khusus atau spesifik.

11
BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA
MELAYU

Sebagai contoh kata ahli membawa makna yang lebih luas iaitu keluarga,
sanak-saudara atau orang-orang yang memasuki sesuatu golongan. Walau
bagaimanapun kata ahli juga telah disempitkan kepada makna orang yang
mahir atau pandai dalam sesuatu ilmu atau disebut juga pakar dalam sesuatu
bidang.

12
BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA
MELAYU

TAJUK 5 PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

SINOPSIS

Kursus ini mengandungi pengenalan, definisi, konsep peristilahan, sejarah


penggubalan peristilahan, prinsip pembentukan istilah, peranan Dewan
Bahasa dan Pustaka, Peranan MABBIM, kepentingan peristilahan dalam
Bahasa Melayu, dan cabarannya pada masa hadapan.

Di samping itu, kursus ini juga mengandungi sumber istilah Bahasa


Melayu, istilah singkatan dan lambang Bahasa Melayu dan ejaan dan
peristilahan Bahasa Melayu

HASIL PEMBELAJARAN

Setelah mengikuti kursus ini, anda dapat :

1. Menjelaskan definisi istilah dalam bahasa Melayu;


2. Prinsip prinsip pembentukan istilah;
3. Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dan MABBIM;
4. Kepentingan Peristilahan dalam Bahasa Melayu;
5. Cabaran dan masa depan peristilahan.

5.1 Pengenalan

Walaupun serumpun dan mempunyai pertalian yang amat erat dari segi sejarah, politik
dan ekonomi Malaysia , Indonesia dan Brunei Darussalam bergerak dan memancarkan
kepelbagaian corak pengayaan bahasanya. Ketiga tiga negara itu juga mempunyai
kaedah tersendiri dalam perkembangan korpus bahasa Melayu.

Dalam usaha menyatukan aspek kebahasaan, terutamanya dari segi


peristilahan, Majlis Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM) dan kemudiannya Majlis
Bahasa Brunei Darussalam Indonesia Malaysia atau MABBIM telah memainkan
peranan untuk mewujudkan satu bentuk ejaan dan istilah yang baku atau seragam
sejak tahun 1972. Pembakuan itu dilakukan untuk pengembangan dan pelestarian
bahasa Melayu sebagai bahasa maju mengungkap pelbagai ilmu pengetahuan.

Istilah ialah lambang linguistik yang berupa huruf, bentuk bebas atau gabungan
beberapa bentuk bebas yang gramatis dan sistematik, yang mengandungi timbunan
konsep atau objek khas dalam bidang tertentu. Bentuknya telah disepakati oleh

13
BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA
MELAYU

sekumpulan pakar melalui jawatankuasa bidang berkenaan sebagai mempunyai nilai


komunikatif yang sesuai. Kewujudan sesuatu istilah itu dianggap penting kerana
mempunyai nilai komunikatif yang menjadi unsur penyampai ilmu pengetahuan. Melalui
istilah, sesuatu konsep dalam bidang ilmu tertentu dapat diungkapkan dan disampaikan
kepada khalayak. Kedudukan istilah menjadi lebih penting lagi dalam bidang sains dan
teknologi yang mengandungi pelbagai konsep khusus dan bersifat teknikal.

Dari segi teorinya, bidang peristilahan merupakan bidang ilmu yang sama
dengan bidang-bidang ilmu yang lain, iaitu mempunyai teori yang tersendiri.
Peristilahan merupakan bidang linguistik praktis yang menerapkan Teori Umum
Peristilahan (TUP) dalam melaksanakan tugas pembinaan istilah. Teori ini
dikembangkan oleh Professor Dr. Eugen Wuster, Vienna. Manakala teori yang lebih
khusus, Gumperz (1908) telah memperkenalkan model dari segi tiga teori peristilahan
iaitu konsep, simbol dan objek. Teori ini kemudiannya disesuaikan lagi oleh Wuster
(1931) dengan Teori Ferdinand de Saussure yang menyatakan empat perkara, iaitu
lambang, bahasa lisan/tulisan, makna, dan objek.

Sebagai badan tunggal yang bertanggungjawab mengubal istilah bahasa


Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mencipta banyak istilah dalam
bahasa itu. Hingga kini, DBP telah berjaya menghasilkan lebih daripada sejuta istilah
dalam pelbagai bidang ilmu, yang kemudiannya diterbitkan dalam bentuk buku.
Pencapaian tersebut amat jelas menunjukkan bahawa DBP begitu kominted untuk
memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa berteknologi tinggi dan
bertamadun melalui peristilahan. Akan tetapi semua usaha itu tidak memberi manfaat
jika pihak masyarakat atau pengguna bahasa Melayu tidak menghargai sumbangan
badan berkenaan, dan bersama sama meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa
yang maju di rantau ini dan dunia umumnya.

Latihan 5.1 1. Nyatakan konsep peristilahan dan pengistilahan


2. Untuk menguji pengetahuan dan kefahaman anda kaitkan peranan
Bahasa Melayu dari segi jati diri rakyat Malaysia.
Dapatkan seberapa banyak maklumat dari perpustakaan atau pusat
sumber yang berdekatan.

5.2 Definisi Istilah

14
BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA
MELAYU

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:591), istilah ialah kata,
gabungan kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat di
dalam sesuatu bidang ilmu atau profesyen. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang
tepat bagi konteks bidangnya. Menurut Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa
Melayu (1992: 1-3) Tataistilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah
( termasuklah kumpulan istilah yang dihasilkannya). Tata istilah atau terminology pula
merupakan kumpulan istilah bagi satu-satu bidang tertentu yang dibentuk menurut
peraturan-peraturan yang ada. Misalnya, tataistilah matematik yang ada yang telah
dibentuk berdasarkan sistem tertentu. Manakala tatanama ialah kumpulan peraturan
untuk menentukan nama dalam bidang ilmu (termasuklah kumpulan nama yang
dihasilkannya). Terdapat perbezaan kata biasa dengan kata istilah. Kata biasa atau kata
umum ialah kata-kata biasa di dalam bahasa. Namun demikian, kata umum boleh
menjadi istilah. Kata istilah ialah kata yang penggunaannya dan maknanya khusus
pada bidang tertentu. Contohnya, kata hidrogren, nitrogen, neonatal, fonem, alofon,
alormof dan morfem merupakan istilah khusus dalam bidang masing-masing.

5.2.1 Morfem dan Proses Peristilahan

Morfem ialah unit atau fungsi nahu. Morfem peristilahan ialah kata akar dan
imbuhan yang digunakan dalam pembentukan istilah. Proses pembentukan istilah
Bahasa Melayu ialah pengimbuhan, pengandaan dan penggabungan.

5.2.1.1 Kata akar

Kata akar ialah kata yang belum mendapat imbuhan.


Misalnya: rumah, asid, algebra dan sebagainya.

5.2.1.2 Imbuhan dan Pengimbuhan

Imbuhan ialah morfem yang digunakan untuk mencipta istilah melalui proses
pengimbuhan. Misalnya: ber- (berinteraksi), -an (hasilan), peN- -an (pemprosesan).

5.2.1.3 Penggandaan

Penggandaan ialah ulangan kata dasar sama ada sebahagian (rambut = rerambut) atau
seluruh (kacang = kacang-kacang) untuk membentuk istilah.

5.2.1.4 Gabungan

Gabungan ialah cantuman dua kata atau lebih untuk membentuk istilah melalui
proses penggabungan. Ada 16 kata majmuk yang mantap seperti setiausaha,
warganegara, bumiputera dan sebagainya. Walau bagaimanapun, ada juga antara
istilah yang digunakan di dalam konteks umum. Dewan Bahasa dan Pustaka (2004),
menjelaskan bahawa hal ini berlaku apabila istilah itu digunakan dengan kerap oleh
masyarakat pengguna bahasa, dan penggunaannya itu tersebar melalui media massa.

15
BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA
MELAYU

Contohnya, kata taqwa merupakan istilah dalam bidang keagamaan Islam dan
belanjawan iaitu istilah dalam bidang ekonomi (dewasa ini istilah bajet digunakan),
sekarang ini kata-kata berkenaan sudah digunakan secara am di dalam penggunaan
bahasa sehari-hari. Usaha penggubalan istilah di Malaysia bermula selepas
tertubuhnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam tahun 1956.

Pada peringkat awalnya tidak ada satu sistem organisasi yang memberi panduan
dan mengawal kerja-kerja peristilahan. Jawatankuasa istilah ditubuhkan berdasarkan
permintaan individu yang berwibawa sebagai pemimpin masyarakat atau sebagai ahli
akademik. Jawatankuasa istilah yang paling awal ditubuhkan ialah Jawatankuasa Istilah
Ekonomi yang dipengerusikan oleh Profesor Diraja Ungku A. Aziz. Sebagai pengerusi
dan pengarah pertama DBP, beliau juga seorang pejuang bahasa kebangsaan. Ungku
A. Aziz telah menyaksikan beberapa ciri perkembangan di dalam perwujudan istilah
ekonomi yang tidak menyenangkan beliau.

1. Pada pendapat anda, mengapa pengistilahan amat penting di


Latihan 5.2 negara kita?

2. Secara ringkas, nyatakan usaha-usaha yang telah di mainkan oleh


Dewan Bahasa dan Pustaka terhadap perkembangan dan
kemajuan peristilahan di Malaysia.

5.3 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka


Perbincangan tentang perkembangan bahasa di Malaysia tidak akan lengkap
sekiranya peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak disentuh. DBP merupakan
satu satu badan yang ditubuhkan oleh kerajaan khusus untuk memajukan bahasa
Melayu. Sehingga hari ini, peranan Dewan Bahasa dan Pustaka di dalam memajukan
bahasa amat penting dan tidak ada badan badan lain yang mampu berperanan
sebagaimana yang dimainkannya.

Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan peranan yang penting di dalam


pembentukan istilah bahasa Melayu. Di dalam bidang bahasa, DBP berperanan
membina korpus dan menyebarkan melalui buku buku istilah, tatabahasa dan
perkamusan. Bahagian pembinaan dan pengembangan bahasa bertanggungjawab
membina dan memperkembangkan istilah, mengadakan penyelidikan dan
menyebarkan hasil pemerolehan mereka. Badan ini juga bertanggungjawab mengawal
penggunaan bahasa dengan mengeluarkan risalah dan panduan umum kepada sektor
awam dan sektor swasta di samping menyediakan khidmat nasihat.

Untuk memperkukuhkan lagi peranannya, Unit Pelaksanaan Bahasa ditubuhkan


pada tahun 1980. Unit ini bertanggungjawab menggalakkan penggunaan bahasa
Melayu. Ia telah melaksanakan beberapa langkah seperti mengadakan ceramah,
taklimat, forum, kursus, rancangan Dewan Bahasa di radio, menyebarkan panduan
bahasa, khidmat nasihat, mengadakan kempen Mencintai Bahasa Melayu dan

16
BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA
MELAYU

mengawasi penggunaan bahasa Melayu di sektor awam dan swasta. Apa yang jelas,
pelaksanaan perancangan bahasa yang dijalankan oleh DBP melalui bahagian -
bahagian tersebut di dalamnya bersifat revolusi tetapi teratur dan sistematik.

Di dalam usaha memajukan lagi bahasa Melayu, DBP juga telah mengadakan
kerjasama dengan beberapa pihak lain. Kerjasama terbesar DBP ialah dengan Majlis
Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM). Kerjasama ini diperluaskan lagi dengan
memasukkan Negara Brunei Darussalam. Hasil kerjasama ini terbentuklah istilah
baharu yang sesuai digunakan di ketiga tiga buah negara yang terlibat.

Peranan utama DBP ialah melaksanakan usaha bagi memenuhi matlamat Bahagian
Peristilahan DBP. Oleh itu, antara peranan yang dilaksanakannya ialah;
Mengumpul istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.
Membentuk istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.
Memperbanyak istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.
Menerbitkan istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.
Mewujudkan Pangkalan Data Peristilahan yang bersistem, sesuai dengan
matlamat penyebaran dan pemasyarakatan istilah.
Menyelaraskan istilah dan penggunaan istilah bahasa Melayu dan mengadakan
kerjasama dengan Indonesia dan Brunei Darussalam melalui MABBIM, dan
negara-negara lain.

Pada tahun 1950-an, apabila dasar pelajaran kebangsaan dirangka dan


diluluskan oleh Dewan Undangan Persekutuan dan kemudian oleh Dewan Parlimen
Persekutuan Tanah Melayu, pengajaran sains dan teknologi diperkenalkan dan
ditingkatkan. Dengan itu, istilah sains dan teknologi perlu diadakan dengan segera.
Bagi mendapat hasil yang seragam dan lebih cepat maka disusun pedoman
pembentukan ini dalam tahun 1950-an.

Segala istilah ilmu dan nama alat perkakas asing yang sedia ada di dalam
bahasa Melayu pada masa itu dipakai terus setelah disesuaikan dengan kemajuan ilmu
pengetahuan. Kalau tidak ada di dalam bahasa Melayu di Tanah Melayu, bolehlah
diambil istilah yang dipakai di Indonesia, kerana memang bahasa di Tanah Melayu
hendak disamakan dengan bahasa di Indonesia. Kalau istilah Indonesia itu tidak sesuai
atau tidak memuaskan hati barulah dibentuk baharu. Istilah-istilah asing yang dipakai
oleh kebanyakan bangsa-bangsa dunia atau istilah asing yang tidak dapat
diterjemahkan dengan setepat-tepatnya bolehlah diterima jadi istilah Melayu. Apabila
membentuk istilah baharu hendaklah digunakan akar kata Melayu. Oleh yang demikian,
istilah baharu yang dibentuk itu hendaklah menggambarkan benda atau fikiran atau
keadaan yang dimaksudkan oleh istilah asing itu. Di bawah ini diberikan contohnya:

a) Acid - asid (bukan acid)


b) Aciditiy - keasidan (bukan asiditi)
c) Acidic - berasid (bukan asidik)

17
BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA
MELAYU

Selain itu, adalah dilarang mengambil bentuk Inggeris secara sepenuhnya


seperti acid, asiditi, dan asidik, kerana bentuk-bentuk morfologi Melayu berlainan
dengan morfologi bahasa Inggeris.

Pada penghujung tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an telah disusun semula
satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci. Berdasarkan pedoman
yang baharu itu, ada beberapa bahagian yang ditetapkan serta diperluas dari segi
dasar, cara dan pedoman, iaitu:

i. Pembentukan istilah baharu hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan


yang progresif dan fleksibel bagi bahasa Melayu moden,
ii. Istilah baharu hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau
masyarakat pemakai bahasa,
iii. Pembentukan istilah baharu, dalam semua bidang ilmu atau yang popular,
hendaklah sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia,
iv. Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan perbendaharaan kata
bahasa Melayu dan yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat
bahasa Melayu-Indonesia; dan
v. Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang jelas
dengan istilah asal atau istilah antarabangsa.

Dasar baharu yang ditetapkan ini sudah membawa peluang kepada penggubal-
penggubal istilah untuk melihat dengan lebih luas cakupan pandangannya menuju
kearah peringkat antarabangsa. Pada masa lalu apabila menggubal istilah,
penggubalan itu dibuat dengan melihat ke dalam bahasa Melayu sahaja. Contohnya
jika ada kata berakhiran gy dalam bahasa Inggeris maka dalam bahasa Melayu
hendaklah dipakai kata kaji, sedangkan kata-kata dasarnya yang lain dicari kata
terjemahannya dalam bahasa Melayu. Contohnya adalah seperti yang berikut:
a) Biology - kajihayat
b) Anthropology - kajimanusia
c) Sociology - kajimasyarakat
d) Archeology - kajipurba
e) Phonology - kajibunyi
f) Geology - kajibumi
g) Psychology - kajijiwa
h) Climatology - kajiiklim

Berdasarkan conoth contoh di atas bentuk istilah memang baik dan sesuai kerana ia
seragam, dan boleh dijadikan panduan untuk membentuk pelbagai istilah dalam bahasa
Melayu dalam bidang-bidang yang lain mengikut bentuk di atas seperti kajiserangga,
kajibintang, kajihaiwan, kajitumbuhan, kajilautan, kajipenyakit dan berbagai-bagai lagi.
Demikian juga daripada bentuk istilah seperti di atas menggambarkan bahawa bahasa
Melayu memang cukup kaya dengan istilah dan mudah pula membentuk kata-kata
istilah baharu dalam bahasa Melayu.

18
BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA
MELAYU

Penggubalan kata istilah di atas ini berlaku kerana kita cuba hendak
mempertahankan keaslian bahasa Melayu dan dalam bentuk istilah Melayu yang sedia
ada, tetapi mengapa pula perkataan organ diciplak daripada bahasa Inggeris, bahasa
asing juga?

Oleh itu, untuk mengelak daripada berlakunya hal-hal seperti di atas, maka
ditetapkan dasar kedua, supaya penggubalan istilah lebih mudah dan lebih praktis, dan
kita dapat menggubal istilah dengan lebih pantas dan cepat, terutama sekali bidang-
bidang ilmu yang sudah tersebar luas di seluruh dunia, seperti farmasi, farmakologi,
filologi, fotosintesis, neurologi, antropologi, linguistik, dan yang seumpamanya. Bagi
dasar yang ketiga pun penting, kerana bahasa Melayu dan bahasa Indonesia
berakarkan induk bahasa yang sama, iaitu bahasa Melayu Johor-Riau. Persamaannya
sangat banyak, jika berbeza pun hanya kerana pengaruh persekitaran dan penjajahan
yang berlainan. Kalau di Indonesia ada pengaruh bahasa Belanda, di Malaysia pula ada
pengaruh bahasa Inggeris yang kuat. Selain itu kita dapat berkongsi membaca buku-
buku rujukan, sama ada yang terbit di Indonesia ataupun yang terbit di Malaysia.

Dasar yang seterusnya ialah menggali lebih banyak kosa kata daripada sumber
yang lebih tua, iaitu daripada bahasa Melayu klasik dan bahasa Indonesia. Dengan itu
akan dapat memperlihatkan kekayaan bahasa Melayu-Indonesia dan ini akan dapat
meningkatkan kemampuan dan kudrat bahasa Melayu-Indonesia dalam dunia ilmu
pengetahuan. Dasar yang kelima akan dapat merapatkan hubungan antara bahasa
Melayu dengan bahasa-bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa dunia antarabangsa
yang lain, jika membentuk atau menggubal istilah mengikut arus perdana antarabangsa
seperti istilah bahasa Inggeris yang sudah menjadi bahasa induk, atau menyerap istilah
daripada bahasa Latin yang menjadi induk bahasa barat yang maju seperti Peranchis,
Jerman dan Sepanyol. Oleh itu, untuk merealisasikan dasar dasar berkenaan maka
DBP telah menyediakan lapan kaedah atau cara, iaitu:

Bagi istilah pinjam-terjemah.


a) Meminjamterjemahkan istilah asing yang sesuai ke dalam bahasa Melayu.
Misalnya:
i. Fixed price - harga tetap
ii. Market price - harga pasaran
iii. Price list - senarai harga
iv. Cost price - harga kos
v. Cost section - bahagian kos

Untuk kepentingan kecekapan, keseragaman, penyelarasan, praktis, ekonomi


dan ilmiah, maka (mengikut keutamaan):

i. Beberapa istilah asing yang sama konsep/pengertiannya dalam


satu bidang ilmu tertentu hendaklah ditetapkan dengan satu sahaja
istilah Melayunya;

19
BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA
MELAYU

ii. Sesuatu istilah asing yang hanya satu sahaja pengertiannya, walau
dalam apa bidang sekalipun, hendaklah ditetapkan dengan satu
sahaja istilah Melayunya; dan
iii. Sesuatu istilah asing, hendaklah ditakrifkan Melayunya dalam
bentuk istilah (bukan terjemahan) yang ringkas dan jumlah
perkataan atau suku kata yang minimum.

Bagi istilah pinjaman, DBP telah memberi pedoman seperti yang berikut:

i. Pengambilan istilah asing dan terus menjadikannya istilah Melayu


hendaklah terbatas kepada (menurut keutamaan):
a) Istilah ilmiah dalam bidang-bidang ilmu tertentu. Ini bermakna
hanya dalam bidang-bidang seperti perubatan, farmakologi,
kejuruteraan, aeroangkasa dan seumpanya.
b) Istilah khusus seperti nama tempat atau negeri, orang atau
gelaran atau idiom. Contohnya seperti Greenland, Wellington,
Burkina Passo, James Watt dan lain-lain.
c) Istilah asing yang belum pernah ada konsepnya, atau tidak ada
persamaan Melayunya, atau tidak ada persamaan atau
terjemahan yang setepat-tepatnya. Contohnya seperti computer
dan digital camera. Kata-kata istilah ini diserap sahaja dengan
penyesuaian ejaan dan tatabahasa Melayu menjadi komputer
dan digital kamera.
d) Istilah umum yang didapati telah popular/praktis dalam
masyarakat pemakai bahasa Melayu-Indonesia. Contohnya
seperti radio, televisyen dan sebagainya.

Pedoman kedua untuk istilah pinjaman yang ditetapkan oleh DBP ialah:

Kata istilah pinjaman yang diambil hanya dalam bentuk dasar, sama ada kata
nama atau kata sifat. Pengambilan istilah terbitan asing dibatasi kepada unsur-unsur
atau bentuk-bentuk yang dapat disesuaikan dengan struktur dan kudrat bahasa Melayu.
Contohnya kita meminjam hanya perkataan atom dan tidak boleh meminjam kata
atomic, atomization dan yang seumpamanya. Tetapi perkataan nuklear (daripada
nuclear) boleh dipinjam, sekalipun kata akarnya nucleus, kerana ini mempunyai
pengertian yang khas.

20
BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA
MELAYU

Pedoman yang ketiga untuk istilah pinjaman yang ditetapkan oleh DBP adalah kata
yang dipinjam, pada umumnya, hendaklah berdasarkan ejaan asal dan bukan bunyinya
dan keutamaannya adalah seperti yang berikut:
a) mengambil bentuk istilah Romawi-Yunani.
Contohnya seperti nama-nama saintifik untuk tumbuh-tumbuhan dan haiwan.
b) mengambil bentuk asal istilah asing dan disesuaikan dengan sistem ejaan
baharu bahasa Melayu-Indonesia. Bagi bahagian ini ada dua pecahannya,
iaitu:
i. menyesuaikan ejaan konsonan/vokalnya menurut bentuk asal
Rumawi-Yunani atau bentuk istilah asal, terutamanya bagi istilah
ilmiah, atau
ii. menyesuaikan bunyi ejaan konsonan/vokal istilah asing dengan
bunyi menurut ejaan Melayu-Indonesia, terutama bagi istilah bukan
ilmiah.

Dalam buku Pedoman Pembentukan Istilah yang baharu di atas, banyak perkara
dan tajuk baharu dimasuk dan tiap-tiap tajuk diberi takrifnya sekali, sehingga pedoman
ini menjadi panduan yang jelas dan tidak mengelirukan. Antara tajuk-tajuk penting yang
dimasukkan ke dalam pedoman ini termasuklah:
i. Beberapa konsep dasar seperti definisi istilah, tataistilah dan tatanama, istilah
khusus dan istilah umum, morfem peristilahan, kata dasar dan kata akar,
imbuhan, kata berimbuhan, kata gabungan, bentuk prototaip dan paradigma
kata atau perangkat kata;
ii. Sumber istilah, seperti kosa kata bahasa asing; dan skema tatacara
pebentukan istilah yang mengandungi tujuh langkah yang ditetapkan seperti
yang berikut:
a) Kata dalam bahasa Melayu yang lazim dipakai,
b) Kata dalam bahasa Melayu yang sudah tidak lazim dipakai,
c) Kata dalam bahasa serumpun yang lazim dipakai,
d) Kata dalam bahasa serumpun yang tidak lazim dipakai,
e) Kata dalam bahasa Inggeris,
f) Kata dalam bahasa asing lain,
h) Pilih yang terbaik antara istilah baharu.

5.4 Peranan MABBIM

MABBIM ialah sebuah badan kebahasaan serantau yang dianggotai oleh tiga
negara, iaitu Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Asalnya badan ini
dinamai Majlis Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM), yang ditubuhkan pada 29
Disember 1972, setelah satu Pernyataan Bersama ditandatangani oleh Allahyarham
Tun Hussein Onn, Menteri Pendidikan Malaysia, dan Bapak Mashuri Saleh S.H. Menteri
Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia, pada 23 Mei 1972 di Jakarta. MBIM

21
BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA
MELAYU

menjadi MABBIM apabila negara Brunei Darussalam menganggotai majlis ini pada 4
November 1985. Manakala, Singapura masih menjadi negara pemerhati Majlis
sehingga kini.

Matlamat penubuhan MABBIM ini untuk membina dan mengembangkan bahasa


rasmi atau bahasa kebangsaan di tiga buah negara anggota tetap berkenaan. Pendek
kata MABBIM bertujuan untuk mendaulat, menyebar dan mengangkat martabat Bahasa
Melayu sebagai bahasa peradapan yang tinggi bukan sahaja di rantau malah di dunia.
Usaha ini boleh menjadi realiti apabila usaha usaha peristilahan berterusan dan lebih
mantap. Ini meliputi semua bidang keilmuan seperti sains, teknologi, komunikasi
maklumat, perubatan, perundangan, perekonomian, kesusasteraan dan sebagainya.

1. Untuk perkembangan Bahasa Melayu, atas alasan apakah


Latihan 5.4.1 dasar-dasar pembentukan istilah di laksanakan? Mengapa?

2. Nyatakan dasar dasar pembentukan istilah bahasa Melayu di


Malaysia.
1. Dengan sokongan pengurusan grafik banding bezakan peranan
Latihan 5.4.2 DBP dengan MABBIM dalam perkembangan Bahasa Melayu.

Layari Internet 1. Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

5.5 Dasar Pembentukan Istilah Bahasa Melayu


Pada tahun 1950-an, apabila dasar pelajaran kebangsaan dirangka dan
diluluskan oleh Dewan Undangan Persekutuan dan kemudian oleh Dewan Parlimen
Persekutuan Tanah Melayu, pengajaran sains dan teknologi diperkenalkan dan
ditingkatkan. Dengan itu, istilah sains dan teknologi perlu diadakan dengan segera.
Bagi mendapat hasil yang seragam dan lebih cepat maka disusun pedoman
pembentukan ini sejak tahun 1950-an. Adalah dilarang kita mengambil sembarangan
bentuk Inggeris secara sepenuhnya seperti acid, asiditi, dan asidik, kerana bentuk
bentuk morfologi Melayu berlainan dengan morfologi bahasa Inggeris.

22
BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA
MELAYU

Manakala pada penghujung akhir tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an telah
disusun semula satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci.
Berdasarkan pedoman yang baharu itu ada beberapa bahagian yang ditetapkan serta
diperluas dari segi dasar, cara dan pedoman, iaitu:

i. Pembentukan istilah baru hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang


progresif dan fleksibel bagi bahasa Melayu moden;

ii. Istilah baru hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau
masyarakat pemakai bahasa;

iii. Pembentukan istilah baru, dalam semua bidang ilmu atau yang popular,
hendaklah sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia;

iv. Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan perbendaharaan kata


bahasa Melayu dan yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa
Melayu-Indonesia; dan

v. Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang jelas


dengan istilah asal atau istilah antarabangsa.

Dasar baharu yang ditetapkan ini sudah membawa peluang kepada penggubal-
penggubal istilah untuk melihat dengan lebih luas cakupan pandangannya menuju kea
rah peringkat antarabangsa. Pada masa lalu apabila menggubal istilah, penggubalan itu
dibuat dengan melihat ke dalam bahasa Melayu sahaja. Contohnya jika ada kata
berakhiran gy dalam bahasa Inggeris mala dalam bahasa Melayu hendaklah dipakai
kata kaji, sedangkan kata-kata dasarnya yang lain dicari kata terjemahannya dalam
bahasa Melayu.

5.6 Prinsip Pembentukan Istilah

Usaha usaha memajukan istilah Melayu lebih aktif selepas tahun 1975. DBP
dengan kerjasama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa
Pedoman Umum Pembentuk Istilah. Jawatankuasa ini berfungsi untuk menghasilkan
istilah yang seragam antara Malaysia dengan Indonesia. Di samping itu, badan ini juga
bertanggungjawab mengembangkan istilah Melayu dan menghasilkan istilah yang lebih
khusus, abstrak dan tepat bersesuaian dengan bidang bidang ilmu yang terdapat di
Malaysia. Di dalam proses pembentukan istilah, jawatankuasa ini lebih mengutamakan
asas bahasa Melayu atau bahasa bahasa serumpun. Pinjaman juga turut dilakukan.
Kerja kerja penggubalan istilah dan pembentukan istilah berdasarkan kepada beberapa
prinsip tertentu.

Istilah boleh dibentuk dengan menggunakan;

23
BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA
MELAYU

i. Kata tunggal iaitu kata yang tanpa imbuhan.


ii. Kata terbitan.
iii. Kata ganda.
iv. Kata gabungan.

5.6.1 Istilah Kata Tunggal (Tanpa Imbuhan)

Istilah yang berupa bentuk dasar dipilih antara golongan kata utama, saperti kata
nama, kata kerja, dan kata adjektif.
Contoh:
Kata nama: buruj constellation
rawan gristle
cahaya light

Kata kerja: pecut accelerate


Imbas scan
reka invent

Kata adjektif: kenyal elastic


Rawak random
Cemas anxious

Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:26) menjelaskan akronim adalah kependekan


yang terbentuk daripada gabungan huruf huruf pertama atau suku kata beberapa
perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan. Contoh :

Cerpen cereka
tabika kugiran
pawagam RISDA
MARA ADUN
BERNAMA PLUS
KOBENA BERNAS

5.6.2 Istilah Kata Terbitan

Istilah yang berupa kata terbitan dibina daripada kata dasar dengan imbuhan
awalan, akhiran, sisipan atau apitan. Istilah kata terbitan ini juga termasuk kata dasar
yang menerima imbuhan bahasa Sanskrit, Arab dan Jawa.

a. Paradigma kata dengan imbuhan ber-


Contoh:

belajar pelajar pelajaran


bertapa pertapa pertapaan

24
BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA
MELAYU

bertani petani pertanian

b. Paradigma dengan Penambah me(N)-


Contoh:

Menulis penulis penulisan tulisan


mengajar pengajar pengajaran ajaran
mengamal pengamal pengamalan amalan
membesar pembesar pembesaran -
mengubah pengubah pengubahan -
mengairi - pengairan -

c. Paradigma dengan me(N)-, ber-


Contoh:

memberhentikan - pemberhentian perhentian


- perkecualian
- - pembelajar pelajaran

d. Paradigma kata dengan me(N)-, per-


Contoh:

Mempersatukan pemersatu pemersatuan persatuan


Memperoleh pemeroleh pemerolehan perolehan
mempelajari pelajar - pelajaran

e. Paradigma kata dengan ke - an


Contoh:
saksi Kesaksian
bermakna Kebermaknaan
terbuka Keterbukaan
penduduk Kependudukan
sesuai kesesuaian

f. Paradigma Kata dengan Sisiapan -en-, -er-, -el-, -em-, -in-


Contoh:

Gigi gerigi
susu tenusu
tapak telapak
kuncup kemuncup
sambung sinambung

25
BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA
MELAYU

5.6.3. Istilah Kata Ganda

Istilah yang terdiri daripada kata ganda boleh merupakan gandaan kata dasar
sepenuhnya atau sebahagiannya dengan atau tanpa imbuhan atau perubahan bunyi.

a. Ganda Penuh
Contoh:

langit-langit kanak-kanak
labi-labi paru-paru
buku-buku guru-guru

b. Ganda Suku Kata Awal


Contoh:

Tetikus rerongga
Cecair Rerambut
gegua jejari

c. Ganda Suku Kata Awal dengan Imbuhan


Contoh:
dedaunan
pepohonan
jejarian

d. Kata Ganda Berentak


Contoh:

Warna-warni Batu-batan
Serta-merta Bengkang-bengkok
Bolak-balik Hingar-bingar
Dolak dalih Mudar mandir
Pupu poyang rempah ratus
5.6.4 Istilah Bentuk Gabungan

Istilah boleh dibentuk dengan menggabungkan dua kata atau lebih. Semua unsur
dalam gabungan ini terdiri daripada bentuk bebas, sama ada sudah mendapat imbuhan
atau tanpa imbuhan.

i. Tanpa Imbuhan:

26
BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA
MELAYU

Contoh:

garis lintang atas aras laut


daftar masuk mesin atur huruf
mesin kira tangan segi empat tepat
ganda tiga kamera laut dalam

ii. Dengan Imbuhan Pada Salah Satu Unsurnya

Contoh- contoh seperti :

saksi pendakwa pelarasan gaji


dalam talian atas talian
mengambil alih menerima pakai
penerima janji gelombang melintang

iii. Dengan Imbuhan pada Kedua-dua Unsur

Contoh - contoh seperti:

Jagaan perlindungan kedudukan anggaran


Perjanjian meluluskan perbelanjaan terealisasi

27
BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA
MELAYU

Latihan 5.4 1. Berdasarkan contoh contoh di atas, cuba anda senaraikan


contoh contoh lain yang berkaitan dengan istilah kata ganda
dan bentuk gabungan.

Itu sahaja yang perlu anda lakukan. Semoga berjaya.

Buku rujukan Abdullah Hassan (ed). (1987). Rencana Linguistik. Dewan Bahasa
dan Pustaka: Kuala Lumpur (Bab 7: Semantik ,hlm.145-164)

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1994). Tatabahasa Dinamika.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Amat Juhari Moain (2010)Penggubalan Istilah Ilmiah dalam


Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azman Wan Chik.1985. Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 2: Latihan


Guru Dan Bahan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka

Darwis Harahap (1994). Binaan Makna.


http://www.angelfire.com/id/ahmad awang/meaning.html
accessed on 5 July 2007.

28
BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA
MELAYU

TAJUK 6 SUMBER ISTILAH BAHASA MELAYU

SINOPSIS

Topik ini akan menerangkan tentang sumber istilah Bahasa Melayu. Ini berdasarkan
perbendaharaan kata umum Bahasa Melayu, perbendaharaan kata serumpun,
perbendaharaan kata bahasa asal , penyerapan istilah asing, bentuk bentuk istilah
(ungkapan) asing yang tetap dan pembentukan istilah pelbagai bidang.

6.1 Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu

Pembentukan istilah boleh diambil daripada perbendaharaan kata umum bahasa


Melayu termasuk kata dari dialek atau bahasa lama. Sesuatu kata yang dipilih untuk
dijadikan istilah itu hendaklah memenuhi syarat yang berikut;

kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang
dimaksudkan.

kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada sekelompok
sinonim).
Contoh:
Hospital dan rumah sakit, dipilih hospital
Fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi

kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang.

6.2 Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun

Istilah juga boleh dibentuk daripada perbendaharaan kata bahasa serumpun


dengan bahasa Melayu sekiranya tidak terdapat istilah yang diperlukan daripada
bahasa Melayu,

Contoh contoh seperti:

gambut (daripada bahasa Banjar) peat


nyeri (daripada bahasa Sunda) pain
engkabang (daripada bahasa Iban) ellipenut
dermaga (daripada bahasa klasik) wharf
dening (daripada dialek Kelantan) yoke

29
BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA
MELAYU

6.3 Perbendaharaan Kata Bahasa Asal

Sekiranya istilah yang diperlukan tidak terdapat daripada bahasa Melayu dan
bahasa serumpun dengan bahasa Melayu maka bolehlah diambil kata-kata daripada
bahasa asal atau bahasa asing. Penulisan istilah ini hendaklah mengutamakan bentuk
ejaannya di dalam bahasa sumber (perlu disesuaikan) tetapi penyebutannya hendaklah
mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Untuk tujuan keseragaman, bahasa Inggeris
yang dianggap paling internasional dijadikan sebagai bahasa sumber melainkan konsep
yang berkenaan tidak ada istilahnya dalam bahasa Inggeris.

Contoh contoh seperti:

Istilah Bahasa Asal Istilah Bahasa Melayu

Atom
Electron Atom
Professional Elektron
Psychology Profesional
Structure Psikologi
Radio Struktur
Television Radio
Radiography Televisyen
Radiografi

6.4 Penyerapan Istilah Asing

Istilah asing boleh dipinjam atas dasar;


Sesuai maknanya;
Lebih singkat daripada terjemahan bahasa Melayunya;
Istilah asing yang diserap itu mempermudahkan penyelarasan, sekiranya istilah
bahasa Melayunya mempunyai banyak sinonim.

6.4.1 Bentuk-Bentuk Serapan

Kata yang diambil daripada bahasa asing terdiri daripada bentuk akar atau
terbitannya. Hal ini bergantung pada:

Konteks situasi dan pemakaiannya di dalam ayat;


Kemudahan belajar bahasa; dan

30
BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA
MELAYU

Kepraktisan.

Pada prinsipnya diambil bentuk tunggal contohnya, spectrum (spektrum) kecuali


kalau bentuk jamaknya yang lebih biasa dipakai.

6.4.2 Istilah Asing yang sudah lazim

Istilah asing yang sudah lama digunakan boleh terus dipakai walaupun ada
kalanya istilah berkenaan tidak sesuai dengan peraturan. Hal ini dilakukan untuk
menjauhkan kekacauan dan kekeliruan.

Contoh contoh seperti :

Istilah Asing Istilah Bahasa Melayu

Campaign
Custom Kempen
Dengue Kastam
Grant Denggi
Pension Geran
Pencen

6.4.3 Ejaan Istilah (Ungkapan) Asing yang Tetap

Istilah asing atau ungkapan tertentu yang sebutan dan ejaannya kekal dalam
semua bahasa, digunakan juga dalam bahasa Melayu dengan syarat diberi garis bawah
atau dicetak miring.
Contoh:
a. bona fide
b. esprit de corps
c. fait accompli
c. weltanschauung
d. cal de sac

Latihan 6.1 1. Nyatakan dari mana sumber istilah Bahasa Melayu diperoleh?

2. Bahaskan mengapa ungkapan atau bahasa asing amat di


perlukan dalam perkembangan peristilahan di Malaysia?

Rujukan Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1994). Tatabahasa Dinamika.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

31
BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA
MELAYU

Amat Juhari Moain (2010)Penggubalan Istilah Ilmiah dalam


Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

6.5 Pembentukan Istilah Pelbagai Bidang

Pelbagai istilah telah digubal dan dibentuk di dalam pelbagai bidang. Sebagai
contoh, istilah - istilah mengikut bidang berkenaan diberikan di bawah:

a) Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu


Audioconferencing Sidang audio
Autosave Autosimpan
Broadcast Siaran;siar
Client-server Pelanggan-pelayan
Connection-oriented network Rangkaian berorientasikan sambungan
Data scrambler Pengarau data
Digital camera Kamera digital
Digital certificate Sijil digital
Digital purse Dompet digital
Digital signature Tandatangan digital

b) Istilah Undang Undang

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu


Administrative order Perintah pentadbiran
Civil disorder Gangguan awam
Civil rights Hak sivil
Double jeopardy Pendakwaan dua kali
Diplomatic immunity Kekebalan diplomatik
Extradiction Ekstradisi
Fraud Fraud
Fugitive offender Pesalah buruan
Fundamental rights Hak asasi
Judicial review Kajian semula kehakiman
Legitimacy Kesahan
Mala fide Mala fide
Mandatory procedure Tatacara mandatory
Native Anak negeri
Natural justice Keadilan asasi

32
BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA
MELAYU

c) Istilah Komputer

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu


Access Capaian
Bench mark Tanda aras
Cursor Kursor
Data base Pangkalan data
Download Muat turun
End user Pengguna akhir
Font Fon
Hardware Perkakasan
Integrated circuit Litar bersepadu
Local area network Rangkaian kawasan setempat

d) Ekonomi / Pentadbiran Perniagaan

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu


Balance sheet Kunci kira-kira
Bridging loan Pinjaman penyambung
Buy out Beli habis
Buy-back price Harga beli balik
By-product Keluaran sampingan
Capital gain Laba modal / keuntungan modal
Cash flow Aliran tunai
Certificate of authorization Perakuan kuasa
Chief executive officer Ketua pegawai eksekutif
Deed of trust Surat ikatan amanah
Investment climate Iklim pelaburan
Long term debt Hutang jangka pendek
Short-term financing Pembiayaan jangka pendek
Sole agent Ejen tunggal
Steering committee Jawatankuasa pemandu

e) Istilah Perhotelan

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu


Ballroom Dewan besar

33
BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA
MELAYU

Banquet Bankuet
Budget hotel Hotel jimat / hotel kelas ekonomi
Buffet Bufet
Business centre Pusat khidmat urusan
Check-in Daftar masuk
Check-out Daftar keluar
Cocktail Koktel
Day use Guna siang
Deluxe room Bilik mewah
Double room Bilik kelamin
Function room Bilik majlis
Luncheon Jamuan tengah hari
Twin bed Katil-kembar
Waiter (L); waitress (P) Pramusaji

f) Fotografi

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu


Abstract photography Fotografi abstrak
Between-the-lens shutter Pengatup antara kanta
Camera angle Sudut kamera
Daylight film Filem warna cahaya siang
Effective aperture Apertur berkesan
Flash Dengar
Ground-angle view Pandangan sudut bawah
Half-length portrait Potret separuh
Invisible light Cahaya halimunan
Latitude of exposure Latitude dedahan
Main lighting Pencahayaan induk
Out of focus Luar fokus
Periscopic lens Periskop
Quartz lens Kanta kuarza
Reflect camera Kamera reflex

g) Istilah Matematik dan Statistik

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu


Aerial cable Kabel aerial
Affine Afin
Affine geometry Geometri afin
Affine variety Aneka afin
Aggregate Agregat
Aggregation Pengagregatan

34
BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA
MELAYU

Aggregative Berdaya agregat; pengagregatan


Aggregative index Indeks pengagregatan
Aggregative model Model berdaya agregat

6.6 Cabaran Cabaran Pembentukan Istilah

Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa istilah amat mencabar. Kritikan yang


dilemparkan kepada mereka datang bertubi tubi, khusus daripada kalangan yang
kurang memahami rasional di belakang pemilihan sesuatu istilah; dan kritikan sinis ini
sering terdengar. Walau bagaimanapun, bagi orang bahasa, linguis dan pendidik,
mereka amat memahami keputusan yang telah dibuat; mereka akur pada istilah yang
telah dibentuk dan menerimanya dengan hati terbuka. Bagi orang yang tidak
memahaminya, tidak semudah untuk mencapai kesepakatan dan persetujuan di dalam
pembentukan istilah baru; tentu sekali banyak cabarannya. Walau apapun kritikan yang
dilemparkan jawatankuasa istilah tetap dengan pendirian mereka. Hakikatnya kerja
yang mereka lakukan berpandu kepada dua kriteria umum:

Kepesatan ilmu :
i. Perkembangan ilmu dalam bidang-bidang tertentu.
ii. Penyerapan istilah-istilah baru mengikut perkembangan semasa.

Kepakaran :
i. Kekurangan pakar di dalam bidang tertentu.
ii. Penentuan sumber istilah (bahasa asal, bahasa serumpun, bahasa pinjaman)

Latihan 6.2 1. Suatu masa dahulu, banyak isu yang berkaitan dengan peristilahan
oleh media-media massa di Malaysia. Beri pendapat anda tentang
kualiti peristilahan yang di gunakan. Adakah anda setuju bahasa
yang digunakan itu tepat dengan apa yang hendak dinyatakan?

Sila rujuk pakar-pakar peristilahan yang berdekatan dengan anda.

Dewan Bahasa dan Pustaka (1992) Pedoman umum Pembentukan


Buku rujukan Istilah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur.

Grace, H. (1975).Syntax ang semantics 3: Speech acts. New York:


Seminar Press.

Hashim Hj. Musa (2006). Pengantar Falsafah Bahasa. (Edisi Kedua).


Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.

Nathesan, S. (2001 ). Makna dalam Bahasa Melayu. Dewan Bahasa

35
BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA
MELAYU

dan Pustaka: Kuala Lumpur (Bab2:Kepelbagaian Makna bagi


perkataan ,hlm 19-26).

Nik Safiah Karim dan rakan(2008) Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.


Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Palmer,F.R, (1992). Semantik. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala


Lu,pur (Terjemahan oleh Abdullah Hassan)

Puteri Roslina Abdul Wahid (2005) Peminjaman Kata Bahasa


Inggeris Dalam Peristilahan Undang Undang. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

O, Grady, W. (2000). Semantics: The analysis of meaning. Addision


Wesley Longman.

36
BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA
MELAYU

TAJUK 7 ISTILAH SINGKATAN DAN LAMBANG BAHASA


MELAYU

SINOPSIS

Topik ini akan menerangkan dan menjelaskan tentang singkatan dan lambang
bahasa. Selain itu, cuba menerangkan perbezaan antara singkatan dengan
lambang.

HASIL PEMBELAJARAN

Menjelaskan tentang konsep singkatan, akronim dan lambang


dalam bahasa Melayu.

7.1 Konsep dan definisi singkatan dan Lambang

7.1.1 Definisi Singkatan

Menurut Kamus Dewan (2007: 1501) menyatakan singkatan ialah


kependekan, ringkasan , merupakan gejala umum dalam pemakaian bahasa.
Manakala Nik Safiah Karim dan rakan-rakan (2008: 66) Akronim adalah kata
singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau
dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada rangkai kata, dan
ditulis serta dilafazkan sebagai perkataan utuh. Beliau menyatakan ada tiga cara
pembentukan akronim. Manakala Asmah Hj. Omar (2009:27) akronim adalah
kata selapis yang dibentuk dengan menggunakan suku kata pada kata-kata
unsur. Menurut Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu KPM (1992:15) singkatan
terbentuk dengan empat cara melalui penggunaan :

a) Menggugurkan satu bahagian atau lebih bahagian daripada dasarnya.


Misalnya :
lab ( laboratory)

b) Menyingkatkan huruf ejaan, tetapi sebutannya seperti bentuk lengkap.


Misalnya:
sin - sinus
cm - sentimeter
cos - konsinus

37
BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA
MELAYU

hab - habitat

c) Menggabungkan suku kata atau bahagian kata. Misalnya:

Mara - Majlis Amanah Rakyat


Perkim - Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia
Bernama - Berita Nasional Malaysia
Tadika - taman didikan kanak kanak
Cerpen - cerita pendek
Kugiran - kumpulan gita rancah
Berdikari - berdiri dengan kaki sendiri
Pawagam - Panggung wayang gambar
Perkeso - Pertubunhan Keselamatan Sosial

d) Menggabungkan huruf pangkal setiap kata, istilah begini dipanggil akronim.


Misalnya:

JKR - Jabatan Kerja Raya


TLDM - Tentera Laut DiRaja Malaysia
IPGKTAR - Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak
LUTH - Lembaga Urusan Tabung Haji
ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia
ADUN - Ahli Dewan Undangan Negeri
IKIM - Institut Kefahaman Islam Malaysia

7.1.2 Definisi Lambang

Menurut Kamus Dewan Edisi keempat ( 2007: 876) Lambang ialah tanda
yang mewakili entiti linguistik seperti bunyi, fonem,suku kata, morfem dan kata
yang diterima dalam transkripsi fonetik atau sistem tulisan.

Lambang huruf ialah singkatan khusus berdasarkan kebiasaan yang


terdiri daripada satu huruf atau lebih tanpa titik di belakangnya, dan digunakan
untuk menandai sesuatu konsep. Contoh :

meter - meter - m
kilogram - kilogram - kg
second - saat - s
ampere - ampere - A
degree - darjah - K
candela - kandela - cd
radian - radian - rad

38
BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA
MELAYU

steradian - steradian - st
mole - mol - mol
hecto - hekto - h
centi - senti - c
mega - mega - M
giga - giga - G

Latihan 7.1 1. Penggunaan lambang lambang istilah belum dikuasai


dengan sepenuhnya oleh pelajar atau masyarakat di
Malaysia. Beri pendapat anda?

Layari internet Sila layari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Tamat. Semoga anda berjaya.

39
BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA
MELAYU

TAJUK 8 EJAAN DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

SINOPSIS

HASIL PEMBELAJARAN

Topik ini akan menerangkan tentang transliterasi dan transkripsi. Berdasarkan


transkripsi dan transliterasi istilah atau perkataan tersebut digunakan dalam bahasa
Melayu tanpa mengubah sebutan dan makna asal atau sumber perkataan tersebut.
Dalam bahasa Melayu banyak perkataan diperoleh dan dikenal pasti dalam bahasa
sumber yang lain. Bahasa bahasa bereknaan seperti bahasa Arab, bahasa Yunani,
bahasa Sankrit dan bahasa bahasa lain.

8.1 Ejaan Transliterasi Dalam Bahasa Melayu

Kamus Dewan (2007:1712) menyata transliterasi ada penukaran huruf


9perkataan dsb)daripada abjad sesuatu tulisan (misalantulisan Arab kepada huruf yang
selaras bunyinya dsb dalam abjad system tulisan lain (spt Rumi). Ejaan Transliterasi
atau alih huruf boleh mengikut perakuan ISO untuk huruf Arab (Perakuan ISO-R233)
atau Perakuan ISO-R315 huruf Yunani. Contoh transliterasi Arab. Contoh :

Bismillahirrahmanirrahim
muslimin
mslimat
untaz
ustazah
haji
hajah
fikir
hadith
gaib
zakat
akad
lafaz
solat
iman
imam
talak

40
BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA
MELAYU

lian
sujud
kiam

8.2 Ejaan Transkripsi Dalam Bahasa Melayu

Transkripsi ialah penulisan sebutan yang menunjukkan sebutan dalam


bahasa yang bersangkutan.

Istilah asing yang diserapkan ke dalam bahasa Melayu tanpa


diterjemahkan, pada umumnya ditranskripsikan lebih dahulu. Misalnya:

bureau - biro
police - polis
ambulance - ambulans

Ejaan nama khas, yang dalam bahasa sumber ditulis dengan huruf Latin,
tidak diubah. Sekiranya nama khas itu ditulis dengan huruf lain, maka diambil
ejaannya yang dalam bahasa Inggeris dan kemudian disesuaikan dengan
bahasa Melayu. Misalnya:

Baekelund
Cannizzaro
Aquadag
Dacron
Keops
Dmitri Ivanovic Mendeleev
Anton Chekhov
Mao Tze Tung

Latihan 8.1 1. Bezakan antara ejaan transliterasi dengan ejaan


transkripsi dalam Bahasa Melayu.

2. Dengan merujuk buku dan internet, senaraikan contoh


contoh lain ejaan transkripsi yang berkaitan.

3. Merujuk buku atau bahan internet , senaraikan cotoh


contoh ejaan transkripsi yang banyak digunakan oleh
media massa terutama media cetak di Malaysia.

41
BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA
MELAYU

Tamat. Semoga anda terus berjaya.

Rujukan Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1994). Tatabahasa


Dinamika. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Amat Juhari Moain (2010)Penggubalan Istilah Ilmiah


dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Azman Wan Chik.1985. Mengajar Bahasa Malaysia Jilid


2: Latihan Guru Dan Bahan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka

Darwis Harahap (1994). Binaan Makna.


http://www.angelfire.com/id/ahmad
awang/meaning.html accessed on 5 July 2007.

Dewan Bahasa dan Pustaka (1992) Pedoman umum


Pembentukan Istilah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur.

Puteri Roslina Abdul Wahid (2005) Peminjaman Kata


Bahasa Inggeris Dalam Peristilahan Undang Undang.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Teuku Iskandar.2008. Kamus Dewan Edisi Keempat.


Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

42

You might also like