You are on page 1of 14

PB 2.

KERAJAAN MALAYSIA

Pemasangan Telefon Pejabat dan


Telefon Rasmi Rumah

PERBENDAHARAAN MALAYSIA
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PB 2.7

KANDUNGAN

PENURUNAN KUASA PERBENDAHARAAN KEPADA PEGAWAI


PENGAWAL .......................................................................................................... 2
PB 2.7 Pemasangan Telefon Pejabat dan Telefon Rasmi Rumah ............... 2
1. Tujuan ...................................................................................................... 2
2. Peraturan Sekarang ................................................................................ 2
3. Peraturan Baru ........................................................................................ 2
4. Syarat-syarat Pemasangan .................................................................... 4
5. Am ............................................................................................................ 5
LAMPIRAN ......................................................................................................... 6

M.S. 1/6
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PB 2.7

PENURUNAN KUASA PERBENDAHARAAN KEPADA PEGAWAI PENGAWAL

PB 2.7 Pemasangan Telefon Pejabat dan Telefon Rasmi Rumah

1. Tujuan

1.1 Tujuan Pekeliling ini adalah untuk menetapkan peraturan baru bagi
pemasangan telefon pejabat dan telefon rasmi di rumah selaras
dengan keadaan semasa.

2. Peraturan Sekarang

2.1 Pegawai Pengawal telah diberi kuasa meluluskan permohonan


pemasangan telefon pejabat dan telefon rasmi rumah pegawai
Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 54 dan ke atas,
Anggota Pentadbiran, pegawai khusus dalam Kumpulan
Pengurusan dan Profesional yang menyandang Ketua
Jabatan/Ketua Bahagian di Kementerian dan pegawai yang secara
langsung mempunyai tugas dan tanggungjawab yang memerlukan
mereka mempunyai telefon talian terus di pejabat dan telefon rasmi
rumah kediaman.

2.2 Selain daripada yang dinyatakan di perenggan 2 di atas,


permohonan dikemukakan kepada Pejabat Belanjawan Negara,
Perbendaharaan Malaysia untuk kelulusan.

3. Peraturan Baru

3.1 Kelulusan Pemasangan Telefon Bagi Anggota Pentadbiran dan


Pegawai Awam

3.2 Pegawai Pengawal boleh meluluskan pemasangan telefon talian


terus pejabat dan telefon rasmi rumah kediaman bagi Anggota
Pentadbiran dan Pegawai Awam di bawah Kementerian dan
Jabatan mereka seperti berikut :

3.2.1 Anggota Pentadbiran yang terdiri daripada Y.B Menteri, Y.B.


Timbalan Menteri dan Setiausaha Politik boleh diluluskan
secara automatik.

3.2.2 Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang


menyandang jawatan Gred 53/Gred 54 dan ke atas atau
yang setaraf dengannya juga diluluskan secara automatik.

M.S. 2/6
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PB 2.7

3.2.3 Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang


menyandang jawatan Ketua Jabatan atau Ketua Bahagian di
Kementerian boleh diluluskan dengan budi bicara.

3.2.4 Pegawai Kumpulan Pengurusan Profesional dan Kumpulan


Pelaksana yang secara langsung mempunyai tugas dan
tanggungjawab yang bersifat kecemasan seperti pegawai-
pegawai tertentu dalam perkhidmatan perubatan,
perkhidmatan teknikal, Polis, Tentera dan seumpamanya
boleh diluluskan dengan budi bicara.

3.2.5 Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan


Kumpulan Pelaksana yang secara langsung mempunyai
tugas dan tanggungjawab yang memerlukan mereka
mempunyai telefon talian terus di pejabat dan telefon rasmi di
rumah kediaman seperti Setiausaha Sulit/Setiausaha Sulit
Kanan kepada Y.B. Menteri/Y.B. Timbalan Menteri, Pegawai
Kanan Perhubungan Akhbar/Setiausaha Akhbar kepada Y.B.
Menteri dan Pegawai Kanan Perhubungan Awam/Pegawai
Perhubungan di Kementerian dan Jabatan juga boleh
diluluskan dengan budi bicara.

3.2.6 Walau bagaimanapun, pegawai-pegawai berikut adalah tidak


layak untuk dipertimbangkan bagi telefon rasmi rumah
sekiranya telah dibekalkan dengan telefon bimbit:

3.2.6.1 Ketua Bahagian bertaraf Gred 54; dan

3.2.6.2 Setiausaha Sulit Kanan, Pegawai Khas,


Setiausaha Sulit dan Setiausaha Akhbar kepada
Menteri dan Timbalan Menteri.

3.3 Kuasa Meluluskan Pemasangan Telefon Pejabat dan Telefon Rasmi


Di Rumah Pegawai Pengawal

3.3.1 Permohonan untuk memasang telefon talian terus pejabat


dan telefon rasmi rumah kediaman bagi kegunaan Pegawai
Pengawal sendiri atau permohonan yang tidak mengikut
garis panduan yang ditetapkan dalam Pekeliling ini
hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Belanjawan Negara,
Perbendaharaan Malaysia untuk kelulusan.

3.4 Kuasa Tambahan Yang Diberi Kepada Pegawai Pengawal

3.4.1 Pegawai Pengawal juga diberi kuasa meluluskan


pemasangan telefon berikut :

M.S. 3/6
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PB 2.7

3.4.1.1 tambahan talian ibu sawat, talian litar komputer


dan mesin faks, talian sambungan dan talian selari
daripada pejabat dan telefon rasmi rumah
kediaman;

3.4.1.2 pemasangan telefon Sistem Pelan;

3.4.1.3 pemasangan telefon Perkhidmatan Antarabangsa


Terus Dail;

3.4.1.4 pemasangan Electronic Key Telephone System


(keyphone); dan

3.4.1.5 pemasangan dan penggunaan PABX.

4. Syarat-syarat Pemasangan

4.1 Pegawai Pengawal hendaklah memastikan jabatan yang memohon


mempunyai peruntukan yang mencukupi untuk membiayai semua
perbelanjaan berhubung dengan pembiayaan dan penyenggaraan
telefon berkenaan.

4.2 Kelulusan pemasangan telefon rasmi di rumah hendaklah diasaskan


kepada keperluan bagi membolehkan pegawai ini dihubungi selalu
bagi urusan rasmi selepas waktu pejabat.

4.3 Pegawai Pengawal hendaklah memastikan telefon talian terus


pejabat dan telefon rasmi rumah yang diluluskan kepada Anggota
Pentadbiran dan Pegawai Awam disenaraikan ke dalam Buku
Panduan Telefon dengan secepat mungkin kecuali atas sebab-
sebab keselamatan. Bagi pegawai-pegawai yang enggan atau
gagal menyenaraikan nombor telefon mereka tanpa sebab-sebab
keselamatan, maka kelulusan yang diberi hendaklah ditarik balik.

4.4 Pegawai Pengawal adalah bertanggungjawab mengawasi dan


menentukan bahawa perbelanjaan bagi pemasangan dan
penggunaan telefon adalah terhad kepada keperluan urusan rasmi
sahaja.

4.5 Permohonan bagi pemasangan telefon rasmi pejabat dan telefon


rasmi kediaman hendaklah diluluskan oleh Pegawai Pengawal
sendiri. Borang seperti di Lampiran A hendaklah digunakan bagi
membuat permohonan. Satu salinan kelulusan tersebut hendaklah
dikemukakan kepada Pejabat Belanjawan Negara, Perbendaharaan
Malaysia untuk tujuan rekod.

M.S. 4/6
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PB 2.7

4.6 Permohonan pemasangan sistem keyphone pejabat hendaklah


dibuat seperti di dalam borang di Lampiran B. Permohonan
hendaklah juga diluluskan oleh Pegawai Pengawal sendiri. Satu
salinan kelulusan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Pejabat
Belanjawan Negara, Perbendaharaan Malaysia untuk tujuan rekod.
4.7 Permohonan pemasangan sistem keyphone pegawai hendaklah
dibuat seperti di dalam borang di Lampiran B1 dan diluluskan oleh
Pegawai Pengawal. Satu salinan kelulusan tersebut hendaklah
dikemukakan kepada Pejabat Belanjawan, Perbendaharaan
Malaysia untuk tujuan rekod.

5. Am

5.1 Penggunaan telefon rasmi oleh pegawai awam adalah seperti yang
dinyatakan di dalam Arahan Perkhidmatan Bab 6 Kemudahan-
kemudahan Perhubungan IV. Penggunaan Telefon. Arahan tersebut
menyatakan adalah menjadi tanggungjawab setiap pegawai yang
dibekalkan dengan telefon talian terus pejabat untuk menentukan
penggunaannya dihadkan kepada urusan rasmi.

M.S. 5/6
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PB 2.7

LAMPIRAN

M.S. 6/6
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PB 2.7 Lampiran A

Lampiran A

Rujukan:

PERMOHONAN UNTUK MEMASANG TELEFON TALIAN TERUS DI


PEJABAT/TELEFON RASMI DI RUMAH PEGAWAI KERAJAAN

Kepada : ________________________

(Pegawai Pengawal) : ________________________________

1. Kementerian/Jabatan : ___________________________________________

2. Nama Penuh Pegawai (huruf besar) : _______________________________

______________________________________________________________

3. Gelaran Jawatan : _______________________________________________

4. Gred Jawatan : _________________________________________________

5. Alamat pejabat/rumah telefon dipasang : _____________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

6. Nyatakan cara perhubungan sekarang : _____________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

7. Nyatakan sebab-sebab telefon diperlukan (sila sertakan senarai tugas bagi


pegawai di perenggan 4.1.4) :

______________________________________________________________

______________________________________________________________

8. Peruntukan untuk memasang : _____________________________________

M.S. 1/2
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PB 2.7 Lampiran A

9. Ulasan Ketua Jabatan : ______________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

Tarikh : ........................... ..........................


(Tandatangan & Cop Ketua Jabatan)

10. Keputusan permohonan : DILULUSKAN/TIDAK DILULUSKAN

Tarikh : ........................... ..........................


(Tandatangan Pegawai Pengawal)

Nama : _____________________________________________

Jawatan : ___________________________________________

Cop Kementerian/Jabatan : _____________________________

Salinan Kepada :

Ketua Setiausaha Perbendaharaan,


Pejabat Belanjawan Negara,
Aras 6, Blok Utara,
Kompleks Kementerian Kewangan,
No.5, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62592 PUTRAJAYA.

M.S. 2/2
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PB 2.7 Lampiran B

Lampiran B
Rujukan :

PERMOHONAN UNTUK MEMASANG/MENGGANTI


SISTEM TELEFON PEJABAT

Kepada : ________________________

(Pegawai Pengawal) : ________________________________

1. Kementerian/Jabatan : ___________________________________________

2. Sistem yang digunakan sekarang : __________________________________


(PBX, PABX PMBX EPABX atau lain-lain sistem)

3. Muatan maksimum talian ibu sawat dan talian sambungan : _____________

4. Bilangan talian ibu sawat dan talian sambungan yang telah dipasang :
(Senaraikan talian sambungan yang telah dipasang di Lampiran 1) :

______________________________________________________________

5. Sistem yang dicadang/ganti : ______________________________________

6. Muatan maksimum talian ibu sawat dan talian sambungan yang boleh
dipasang : _____________________________________________________

7. Sama ada cadangan tambah talian ibu sawat dan talian sambungan :
(Senaraikan talian sambungan yang dicadang dibekalkan di Lampiran 1)

______________________________________________________________

8. Jika rosak, nyatakan kerosakan dan kos pembaikan dalam tempoh 2 tahun
lepas :
______________________________________________________________

______________________________________________________________

9. Justifikasi bagi memasang/mengganti sistem yang digunakan sekarang dan


pandangan STM bagi pemasangan/penggantian sistem baharu :

M.S. 1/3
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PB 2.7 Lampiran B

______________________________________________________________
10. Cadangan pemohon terhadap papan suis yang digunakan :
(Dipulangkan kepada STM/dihapuskan)
______________________________________________________________

______________________________________________________________

11. Peruntukan untuk memasang/mengganti : ____________________________

Tarikh : _____________ _________________________


(Tandatangan Pemohon)

12. Ulasan Ketua Jabatan : ______________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

Tarikh : _____________ ______________________________


(Tandatangan & Cop Ketua Jabatan)

13. Keputusan permohonan : DILULUSKAN/TIDAK DILULUSKAN

Tarikh : _____________ ______________________________


(Tandatangan Pegawai Pengawal)

Nama : _____________________________________________

Jawatan : ___________________________________________

Cop Kementerian/Jabatan : _____________________________

Salinan kepada :

Ketua Setiausaha Perbendaharaan,


Pejabat Belanjawan Negara,
Aras 6, Blok Utara,
Kompleks Kementerian Kewangan,
No.5, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62592 PUTRAJAYA.

M.S. 2/3
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PB 2.7 Lampiran B

Lampiran 1

Kementerian/Jabatan : __________________________________________

Senarai talian sambungan yang sedia ada dan tambahan yang dicadangkan:

________________________________________________________________

Jawatan dan gred pegawai/kategori talian sambungan:

_________________________________________________________________

Bil Nama Tempat A B C: _____________________________________________

Talian sambungan yang sedia ada: ____________________________________

Bahagian/Unit: ____________________________________________________

Tambahan justifikasi dicadangkan: _____________________________________

M.S. 3/3
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PB 2.7 Lampiran B1

Lampiran B1

Rujukan:

PERMOHONAN UNTUK MEMASANG MENGGANTI


SISTEM PELAN/KEYPHONE PEGAWAI

Kepada : ________________________

(Pegawai Pengawal) : ________________________________

1. Kementerian/Jabatan : ___________________________________________

2. Nama Penuh Pegawai (huruf besar) : _______________________________

______________________________________________________________

3. Gelaran Jawatan : _______________________________________________

4. Gred Jawatan : _________________________________________________

5. Sistem yang digunakan sekarang : __________________________________


(Pelan 105, Pelan 107 dll.)

6. Sistem yang dicadang diganti : _____________________________________


(Keyphone, Boss-Secretary Set dll.)

7. Nyatakan sebab-sebab sistem diperlukan : ___________________________

______________________________________________________________

8. Peruntukan untuk memasang/mengganti : ____________________________

Tarikh : ........................... ................


(Tandatangan Pemohon)

M.S. 1/2
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PB 2.7 Lampiran B1

9. Ulasan Ketua Jabatan : __________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

Tarikh : ........................... ..........................


(Tandatangan & Cop Ketua Jabatan)

10. Keputusan permohonan : DILULUSKAN/TIDAK DILULUSKAN

Tarikh : ........................... ..........................


(Tandatangan Pegawai Pengawal)

Nama : _____________________________________________

Jawatan : ___________________________________________

Cop Kementerian/Jabatan : _____________________________

Salinan Kepada :

Ketua Setiausaha Perbendaharaan,


Pejabat Belanjawan Negara,
Aras 6, Blok Utara,
Kompleks Kementerian Kewangan,
No.5, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62592 PUTRAJAYA.

M.S. 2/2

You might also like