You are on page 1of 3

3.

2 Masalah

3.2.1 Alam Sekitar

Hartalega yang menghasilkan sarung tangan nitril yang


memproses bahan bahan kimia. Segala bahan buangan hasil dari
penghasilan dibuang dalam bentuk cecair dan asap yang dilepaskan
ke udara dan saliran. Ini mengakibatkan ketidakopuasan hati
daripada masyarakat setempat. Lebih memburukkan lagi, masalah
sisa kimia yang dilepaskan turut mengundang perhatian dan
campurtangan ahli potitik yang menuntut hartalega mencari jalan
untuk tidak melepaskan sisa buangan kimia ini sepertia cara yang
biasa dilakukan oleh hartalega ataupun mana mana kilang
perindustrian yang lain.
Isu yang timbul hanyalah kerisauan masyarakat setempat
sahaja walaupun pada dasarnya, tiada kesan buruk yang berlaku
kepada penduduk setempat akibat dari sisa buangan yang
dilepaskan oleh hartalega. Malah pekerja di kilang hartalega sendiri
tidak mengalami apa apa masalah kesihatan yang berpunca
daripada kesan kimia di kilang operasi hartalega. Jika campurtangan
pihak ini berterusan, hartalega berisiko untuk hilang penyertaan
pelabur luar dari syarikat Jepun dan Guthrie yang melibatkan
pelaburan sebanyak RM 2 billion yang berminat untuk melabur di
dalam hartalega. Hartalega juga turut mengalami kerugian akibat
dari isu yang ditimbulkan ini kerana kerisauan pelanggan hartalega
sedangkan hartalega sentiasa mematuhi standard piawaian yang
ditetapkan.
Pelanggan hartalega menuntut penjelasan dari pihak hartalega
berhubung isu alam sekitar ini kerana mereka sangat prhatin
berhubung isu yang melibatkan alam sekitar. Pihak hartalega turut
menjaga standard paiwaian alam sekitar walaupun mengeluarkan
kos yang sedikit tinggi. Sebagai contoh pelepasan gas oksigen kimia
adalah 200 partikel per juta (PPM) tetapi standard dalaman
hartalega ialah 100 PPM sejak ia ditubuhkan 20 tahun lalu. Sistem
rawatan air sahaja telah melibatkan kos sebanyak rm 5.6 juta
setahun bagi kos merawat air sebelum dilepaskan ke luar.
Jika isu ini terus dimainkan, pihak hartalega akan terus
menanggung kerugian. Malah jika mereka meminta kilang hartalega
ditutup, ia akan menjejaskan 800 pekerja yang terdiri daripada
masyarakat setempat.

3.2.2 Perubahan teknologi yang berterusan

Teknologi masa kini kian berkembang. Seiring itu, hartalega perlu


untuk sentiasa menaiktaraf teknologi mereka dalam segala aspek
untuk meningkatkan kualiti produk, jumlah pengeluaran dan
sebagainya. Ini penting untuk mereka terus kekal berdaya saing dan
bersaing dengan pesaing pesaing mereka yang sudah tentunya turut
menaik taraf teknologi mereka. Hartalega juga perlu sentiasa bersedia
untuk menerima perubahan dan mengaplikasi perubahan teknologi
teknologi dalam proses penghasilan produk mereka. Mengikut
teknologi terkini, hartalega hanya mampu mengeluarkan 10 billion
keping sarung tangan setahun. Namun menerusi teknologi yang
sedang diadaptasi kini, hartalega dijangka mampu menghasilkan 3.8
billion keping setahun di mana dalam masa sejam hartalega
menghasilkan sebanyak 24 000 keping sarung tangan.

Selain itu, menerusi kajian penambahbaikan kualiti, hartalega


bekerjasama dengan lembaga getah Malaysia untuk menghasilkan
inovasi sarung tangan yang berkualiti lebih tinggi daripada yang
dihasilkan sekarang. Hartelega turut membina Hartalega Nect
Generation Complex (NGC) di Sepang, Selangor yang menyediakan
teknologi baru untuk pembuatan sarung tangan yang lebih berskala
besar dan berkualiti tinggi untuk menampung permintaan semasa
yang kian meningkat di pasaran.
Selain itu,kesukaran untuk mendapatkan buruh tempahan
mendorong hartalega untuk menjalankan kajian dan inovasi terhadap
teknologi penghasilan sarung tangan untuk mengurangkan
kebergantungan kepada tenaga buruh.

You might also like